Thursday 11 August 2016

Renjer Puteri

Apabila melihat gambar Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang juga Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia memakai uniform hijau ini, aku terus tercampak kedalam pusaran memori yang dalam.


Eight years ago, I used to be in that uniform too. Uniform inilah yang telah menjadikanku siapa aku hari ini. Terlalu banyak kenangan yang tak mungkin aku lupakan.

Semasa di MRSM, aku adalah ahli renjer puteri. Uniform ini sering menjadi bahan ejekan kami kerana coraknya yang seakan-akan baju tidur. Kami yang pakai dan kami jugalah yang membahan sesama sendiri. Walaupun begitu, kami tetap bangga memakainya.

Setiap minggu di hari rabu. Can you spot me?
Perkara yang paling tidak dapat aku lupakan sepanjang menjadi ahli renjer puteri ialah apabila kami menyertai Kempori Renjer Puteri MRSM Se-Malaysia. Mana tidaknya, berbulan-bulan sebelum kempori berlangsung kami telah pun melakukan persediaan. Bukan berminggu-minggu, tetapi berbulan-bulan. Pada tahun itu (2008), MRSM Taiping menjadi tuan rumah.

Dalam pelbagai acara pertandingan, kawad kakilah yang memberikan kesan paling dalam di hati. Persediaan berbulan-bulan yang aku katakan tadi adalah mengenai latihan kawad kaki. Kebanyakan yang menyertai kawad kaki adalah pelajar tingkatan empat. Cuma ada 2, 3 orang pelajar tingkatan dua.

Pagi, petang, siang, malam, hujan ribut, panas terik kami tetap berlatih. Setiap petang kami berlatih. Setiap kali habis prep malam juga kami berlatih. Dari jam 11 hingga 12 malam. Setiap hujung minggu juga kami berlatih. Seperti didera gayanya. Penat dan lelah ditolak ketepi. Kerana guru yang menyelia renjer puteri adalah seorang yang tegas. Cikgu Faridah namanya. Guru kesayanganku. Beliaulah warden, guru usrah, dan guru renjer puteri. Kata-katanya selalu penuh dengan hikmah. Kisah hidup dan peribadinya membuatkan aku sangat menghormatinya.

Antara tempat kami berlatih ialah dihadapan pejabat
Dan disekeliling dewan peperiksaan
Terdapat lagi seorang cikgu yang bertanggungjawab keatas renjer puteri tapi aku sudah lupa namanya. Beliau seorang yang sedikit kasar kata-katanya. Kadang-kadang beliau akan memeriksa persembahan kawad dan formasi kami. Selepas berminggu-minggu berlatih, kami mempersembahkan progress kami dihadapannya. Tanpa lengah kami dimaki sesudah itu. Beliau mengatakan kawad dan formasi kami sungguh teruk seperti tidak pernah berlatih! Hati kami sangat terguris. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa kami korbankan masa, tenaga, peluh, dan air mata untuk berlatih. Sekurang-kurangnya bagilah kami kata semangat. Bukannya menghina melulu. Kebanyakan kami terasa hendak give up sahaja. Tapi demi Cikgu Faridah, kami kuatkan hati. Aku masih ingat kata-kata Qiqi, 

"Aku buat ni semua untuk Cikgu Faridah je, bukan untuk dia. Kalau tak, dah lama aku quit."

Pernah suatu ketika, Mim selaku bekas komander mengeluh kepadaku, "Aku tak bolehlah jadi komander. Tapi ko faham-fahamlah Cikgu Faridah tu macam mana. Kalau dia kata nak, maknanya dia nak juga. Walaupun aku tak nak, tapi dia nak juga aku jadi komander. Haih."

Benar sekali apa yang Mim katakan. Memang susah untuk ubah pendirian Cikgu Faridah. That's exactly the same reason we're practising days and nights. Sebab cikgu mahukan tempat pertama.

Walau bagaimanapun, cikgu akhirnya mengambil keputusan menukar komander setelah melihat prestasi Mim yang kurang memuaskan. Junior kami, yang lebih selesa dipanggil Mama, menjadi pengganti Mim.

Kami berlatih tidak kira masa. Aku masih ingat pernah suatu ketika di musim peperiksaan. Untuk ke tapak latihan kawad dari asrama, apabila melalui blok akademik dihujung minggu, kami melihat kawan-kawan semuanya sedang mengulangkaji. Ketika itu terdetik dalam hati, "Ah beruntungnya mereka tidak punya komitmen lain. Banyak masa untuk study."

Blok akademik
Pada awalnya kami dilatih oleh senior-senior renjer puteri. Muka mereka selalu ketat! Semasa musim peperiksaan, kami berlatih sendiri. Di akhir-akhirnya kami dilatih pula oleh kadet polis. Begitu tekad Cikgu Faridah mahukan kemenangan.

Semakin menghampiri hari pertandingan, semakin dasyat latihan kami. Seakan-akan latihan tentera. Mana tidaknya, couch diimport khas dari Kadet Polis atas arahan Cikgu Faridah. Beliau adalah komander pasukan kawad kadet polis. Kawan kami juga. Nama gelarannya Gent. Singkatan kepada Sergeant (Sarjan). Seorang yang sangat tegas, kasar dan bajet, sesuai dengan gelarannya.

Yang dihadapan sekali itulah Gent
Muka nak macho je semua.
MRSM kami memang masyhur dengan kadet polis. Jika ada pertandingan kawad kadet polis, semua akan sedia maklum bahawa MRSM kamilah yang akan menang.

Gent memang betul-betul mendera kami. Latihan biasanya ditamatkan pada pukul 2, 3 pagi. Ketika hari kami berangkat ke Taiping, pada malam itu kami tidak dapat tidur kerana Gent memaksa kami berlatih kaw-kaw untuk terakhir kalinya. Hari panas terik atau hujan renyai-renyai pun kami perlu berlatih. Kusangkakan hujan lebat boleh berehat. Rupanya tetap kena berlatih didalam dewan. Sepanjang latihan, kami ditengking, dijerit, dikutuk sebagai satu cara untuk membuatkan kami kuat.

"APAHAL LEMBIK SANGAT NI?!?!"

"AKU NAK SUARA KORANG LEBIH KUAT DARI AKU. FAHAM?!?!!!"

"KAU PUMPING 10 KALI SEKARANG!!!"

Bukan sahaja kuat fizikal malah kental hati dan mental. Kami berlatih gaya kadet polis.

Dewan peperiksaan juga menjadi mangsa. Asal boleh.
Akhirnya tibalah hari yang dinanti-nanti. Kami datang menaiki bas maktab dengan segunung harapan. Bas kami menarik perhatian ramai orang kerana sangat antik (buruk).

Bas lama
Ini bas baru yang tak sempat kami rasai
Di tapak perhimpunan MRSM Taiping kami berkawad. Ketika itu pasukan lain memakai kasut kawad feminin, tetapi kami meminjam kasut kawad kadet polis. Sungguh maskulin. Ala-ala boot. Sebab MRSM kami tak cukup bajet untuk beli kasut kawad untuk renjer puteri.

Begitu ramai penonton di sekeliling kami. Semasa persembahan kawad kami, ada suara-suara enak dari penonton yang kami dengar.

"Smart gila diorang kawad. Macam kadet polis."

"Pergh ni dah berapa tahun practise ni."

"Gila sharp!"

Penat nak control supaya jangan tersenyum. Mana boleh senyum dalam barisan!

Untuk keluar dari barisan, kebiasaannya ketika latihan, komander akan memberi arahan "Keluaaaaar baris!", maka kami akan pusing ke kanan dan bergerak tiga langkah. Tetapi pada hari kejadian, entah bagaimana kami sudah pun mengadap ke kanan sebelum keluar barisan. Jadi apabila komander memberi arahan untuk keluar barisan, sebahagian dari kami terus bergerak tiga langkah manakala sebahagian yang lain berpusing ke kanan terlebih dahulu. We messed up at the very last step! Kesilapan ini tak pernah kami lakukan ketika latihan. At the very last minute fate decided to say "Surpriseeeee!!!" Yeah congrats you got us.

Bersurai dari barisan, kami semua mengeluh dengan wajah yang sangat kecewa dan sugul. Hati kami bagaikan bandar Hiroshima yang baru dimusnahkan oleh The Little Boy, bom atom milik tentera US. That little mistake was very devastated. Kami hanya tunduk memandang jalan tar. Tak mampu rasanya untuk mengangkat wajah kerana terlalu sedih dan malu. Tapi tak disangka penonton-penonton memberi kami kata pujuk dan semangat. Mereka seolah-olah memahami jerih perih kami berlatih.

"Takpe takpe, korang kawad smart gila."

"It's okay korang dah buat yang terbaik."

"Relakslah sikit je tu. C'mon."

Sungguh saat tu kami sangat terharu. Padahal mereka dari MRSM lain. Instead of being happy their rival messed up, they comforted us. How lovely they were. To see this kind of humanity was worth all the pain. :')

Mungkin persembahan kami begitu memberi kesan sehinggakan ada dalam kalangan penonton yang ingat wajah kami. Aku masih ingat beberapa minggu selepas pertandingan, aku ditegur oleh seorang pelajar dari MRSM lain.

"Muka awak macam familiar lah. Awak join kawad kat Taiping kan? Dalam barisan last, hujung sekali kan?"

Terkedu aku seketika. Punya ramai yang join kawad, dia boleh ingat muka aku. Nak kata dia salah orang, posisi aku yang dia sebut tu betul.

Ketika hari terakhir kempori, keputusan diumumkan. Kami berkumpul beramai-ramai di padang. Seperti yang kami jangkakan, pertandingan kawad dimenangi oleh tuan rumah. Setelah diumumkan, suasana menjadi bingit dengan teriakan dari sidang hadirin.

"Boo boooooo!!!"

"Apasal Taiping pula yang menang?!?!?"

"Taiping kawad teruk gila kot."

"Muadzamlah patut menang!!!!"

Ada juga aku dengar suara sarkastik dari orang yang berdekatan denganku.

"Sendiri beli hadiah, sendiri balut, sendiri dapat. Tahniahlah."

Cikgu Faridah pernah berkata kepada kami semasa latihan, "Kalau kita jadi tuan rumah, kita tak akan menang." Begitu kiasan cikgu untuk mengajar kami supaya jujur. Kerana mengikut resam, pertandingan apapun, tuan rumah pasti akan menang kerana bias, walaupun mereka tidak sebenarnya layak. Cikgu tidak mahu menang cara kotor.

Apabila berita ini sampai ke pengetahuan maktab kami, rupanya Gent juga kecewa.

Pernah aku bergurau dengan Gent setelah pulang ke maktab, "Kitorang dapat nombor 1..."

"Seriously?", tanya Gent dengan wajah seakan-akan baru menang loteri sebelum aku menyambung ayatku,

"...kalau tolak tuan rumahlah."

Terus awan mendung berarak di wajahnya. Haha.

Kami redha sahaja.

Bila aku fikir-fikirkan semula, terlalu banyak pengajaran yang aku dapat dari semua ini.
Pertama-tama sekali, disiplin dan kerja keras boleh menjadikan kita manusia hebat. Tak pernah terdetik dalam hati kami untuk memukau manusia hanya dengan kawad. Disiplin sangat penting dalam berkawad. Bila masuk barisan, automatis muka jadi ketat, tiada lagi senyum dan gurau. Aku masih ingat ketika di tingkatan 5, bilamana Cikgu Wan mengarahkan kami membuat demonstrasi kawad dihadapan pelajar tingkatan 4, muka kami semua tiba-tiba menjadi serius sehingga ditegur oleh cikgu, "Kenapa serius sangat ni hahaha." Apa boleh buat, dah memang dilatih berbulan-bulan begitu.

Namun harus diingat, takdir Allah melebihi tadbir manusia. Walau sekuat mana kami berlatih, jika sudah tertulis rezeki kami tempat kedua maka nombor dua jugalah yang kami dapat.

Seperti lagu Wani ft. Juzzthin, "Walau genggamannya kuat, jika bukan milik kita, akan terlepas jua."

Seterusnya, jangan pernah riak dengan kelebihan yang Allah beri. Mungkin ketika mendengar pujian yang melambung semasa persembahan, hati kami menjadi takbur. Maka berlakulah plot twist dihujungnya yang memaksa hati (figuratively) dan wajah (literally) kami untuk tunduk melihat kembali bumi yang dipijak.

Pengajaran berikutnya adalah teamwork. Bak kata Malique, ketawa bersama, menangis bersama, kubersumpah harap kita matipun bersama. Sebaik sahaja masuk dalam barisan, apa sahaja sengketa kami di luar, kami lupakan. Kalau nak menang mesti bersatu, tak boleh pentingkan diri sendiri dan ketepikan ego. Mesti ikut semua arahan komander meskipun dia seorang junior. Faham-faham sahajalah kehidupan berasrama, junior tidak boleh mengarah-arah senior. Kalau ada senior yang tidak berpuas hati dengan junior walaupun hal kecil, akan terus diadakan roll-call untuk brainwash junior. Sungguh poyo, bukan?

Selain itu, reaksi dari pelajar-pelajar MRSM lain atas kesilapan dan kekalahan kami mengajar aku bahawa memiliki empati dan simpati itu lebih penting daripada memiliki trofi. Kejujuran itu nilainya sangat mahal. Jangan dijual dengan harga hanya sebuah trofi. Dan keadilan mestilah diperjuangkan meskipun suara kita tidak didengar.

Rasa seperti menjawab soalan penulisan SPM pula.

They got the trophy but we got the life-long lessons. Moga juniors kami yang akan datang dapat tebus kembali kekalahan ini.

Ketika berkemas sebelum berangkat pulang ke Muadzam, Qiqi selaku ketua kontinjen bertanya kepada Cikgu Faridah.

"Cikgu sedih tak kita tak dapat tempat pertama?"

Cikgu hanya tersenyum. 

Senyum yang tak dapat kami rungkai maksudnya.

No comments:

Post a Comment

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...