Wednesday 31 July 2019

Viva voce

18/1/2019 - Aku submit thesis untuk semakan examiner luar dan dalam.

11/5/2019 - Aku dapat panggilan dari pejabat kedekanan untuk pemberitahuan tarikh viva voce.

23/5/2019 - Viva voce.

Sesi viva aku bermula pada jam 12 pm hingga jam 2 pm selepas sesi viva Ain tamat. Aku melangkah masuk ke dalam bilik viva dengan perasaan separa nervous separa yakin. Yakin sebab aku tahu apa yang aku buat. Nervous sebab aku tak tahu apa yang patut aku expect? soalan apa lagi yang aku belum terfikir? aspek apa lagi yang aku terlepas pandang? Pengerusi (Prof W) menjemput aku duduk, berbasa basi dan bersembang-sembang dengan aku. Mungkin untuk buat aku selesa dan lupakan perasaan nervous. Viva bermula dengan pembentangan aku. Part ni senang je. Cuma perlu buat seperti apa yang dah dipraktis. Examiners dan pengerusi cuma mendengar tanpa menyampuk. Selesai pembentangan, bermulalah part menyeramkan. Iaitu sesi soal jawab. Untuk sesi soal jawab, we gone through my thesis page by page, dari kulit ke kulit. Semua yang aku tulis dipersoalkan. Kalau penulisan aku baik, lajulah page tu bergerak. Tapi bila sampai di bahagian penulisan aku yang confusing/lack of information, banyaklah pembetulan dan soalan mereka.

External examiner aku ialah lecturer dari UIA (Dr L.) Dr L banyak komen di bahagian literature review aku. Tapi alhamdulillah, soalan2 beliau aku boleh jawab. Cuma aku perlu buat banyak penambahan pada literature review. Katanya lit rev aku terlalu banyak fakta asas, perlu ditambah maklumat2 terkini. Menariknya, lepas selesai beliau bedah thesis aku hingga ke kulit belakang, dia dah sediakan tiga soalan EKSTRA untuk uji kefahaman dan pengetahuan aku tentang bidang research aku. Bears in mind, beliau ialah lecturer yang berpengalaman dalam bidang aku ni. So, aku memang tak boleh kelentong.

Soalan pertama beliau, "Tell me about steroidogenesis". Nasib baik dia tanya open ended question. Jadi aku bagitahu sajalah apa yang aku tahu. Tak perlu goreng apa yang aku tak tahu. Panjang lebar aku jawab. Habis saja aku jawab, beliau terus kata "Ok passed!". Lega sungguh rasanya. Soalan kedua pula tentang antioxidant. Panjang lebar juga aku jawab yang ini. Habis segala pathway keluar dari mulut aku. Tapi Dr L kelihatan seperti masih tidak berpuas hati. Rupanya jawapan aku terlalu saintifik. Dia cuma nak dengar jawapan in layman term atau dalam bahasa yang mudah dan boleh difahami rakyat marhaen. Lol. Soalan ketiga tak sempat ditanya kerana kesuntukan masa. Lega sekali lagi. Hahaha.

Internal examiner aku pula Prof H. Aku pernah cerita tentang beliau di post aku sebelum ni. Prof H adalah lecturer yang hardcore.Aku susah hati bila dapat tahu beliaulah examiner aku. Beliau sangat kritikal dan teliti. Beliau semak thesis aku dengan bersungguh2. Thing is, when people put so much attention to your work, they started to see your flaws, even the tiniest ones. All your mistakes will emerge. Bak kata SV aku, "Habis dilanyaknya thesis you. First time saya tengok thesis student saya diconteng macam ni." Soalan2 Prof H sungguh tak terduga dek akalku dan SVku. Hahaha. Tapi Allah dah janji, "With hardship comes ease." Kebetulan atau suratan - masa aku viva, Prof H baru saja kematian suami. Jadi beliau tak boleh keluar rumah kerana menjalani tempoh iddah. Oleh yang demikian, tempat Prof H diganti oleh Dr E semasa sesi viva. Prof H cuma passed semua komen dan soalannya kepada Dr E. Alhamdulillah! Kalau Prof H ada dalam bilik viva, mungkin 3 jam pun tak cukup. Mahu biru aku dalam tu! Dr E banyak tolong aku masa viva. Tolong rephrase soalan bila dia tengok aku blur. Tolong comfort aku. Tolong tambah jawapan aku. Hahaha. I love Dr E.

Selesai Q&A, aku dan SV diminta keluar dari bilik viva. Selesai mereka berbincang, kami dipanggil masuk semula. Alhamdulillah viva aku PASSED.

Seperti kata Dr L kepada SV aku, "Mereka (aku dan ain) lulus dengan bergaya. Knowledge wise mereka hebat."

Takbirrr!!!

Hahaha. Aku diberi masa 6 bulan untuk buat pembetulan.

29/7/2019 - Aku hantar thesis kepada SV untuk semak pembetulan. Dan dia tambah lagi pembetulan lainnya.

1/8/2019 - Aku hantar thesis kepada Prof H untuk semak pembetulan dan dapatkan pengesahan bahawa thesis aku dah diluluskan. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Hanya Allah saja tahu betapa leganya aku. Feels like all my hard work and determination for the past 3 years really paid off."

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...