Saturday 21 May 2016

Half way through


Sudah genap dua minggu disini.

Alhamdulillah banyak ilmu aku dapat.

NikmatNya yang mana lagi hendak aku dustakan? This is a really great blessing from Allah.
Bukan saja dapat ilmu, malah dapat kawan-kawan baru dan dapat improve diri aku lagi. Nampaklah juga perbezaan sebelum aku datang sini dan selepas 2 minggu di sini.
Encik Hisham ada cakap, "Apa yang kamu niat, itulah yang kamu dapat."

Niat aku nak improve diri aku dan ambil seberapa banyak ilmu untuk aku apply dalam hidup. InshaAllah.

Moga Allah tunjukkan jalan. Moga Allah permudahkan urusan. Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi hambaNya.

Sunday 8 May 2016

Ipan


*Ipan approaches Mia yang tengah merajuk*

Ipan: Mia...mia....Ooooo mia.... (Suara mendayu)
Mia: *Ignores him*
Ipan: Ma, Mia anak awan ipan.
Their mother: Kak Mia tak nak kawan Ipan? Ipan pujuklah Kak Mia. Peluk Kak Mia tu, peluk.


Awwww, they're too adorable I cannot. :')

This year, Ipan turns 3 and Mia turns 5. Time flies.

Mia


Mia: Mia tak nak balik rumah ma. Mia nak duduk rumah abi.
Abi: Kenapa?
Mia: Kat rumah ma mia kena kemas rumah, masak sendiri..
Abi: Aikk, takkanlah ma suruh mia masak sendiri?
Mia: Betuuulll. Mia kena masak sendiri je...dalam game.


Asdfghjllojklbeuqpzzzzz boleh tahan sengal juga anak buah aku ni.

Thursday 5 May 2016

Tuhan Lebih Saintifik


Pernah tak korang baca satu buku and later unexpectedly that book turns out to be a turning point dalam hidup korang?

Saya pernah.

Dan buku tersebut adalah....



*Drum rolls*



Dudududududuuuuu (bunyi drum)




Tadaaaaa!!

This is my major turning point

Buku ni saya pinjam dari Datin Cik Adah. Maceh aok. Banyak saham pahala aok.

Buku ni dah lama saya perap dalam kotak. Tak tahulah kenapa. Berbulan-bulan lepas tu kot baru saya baca. Perap punya perap sampai dah jadi pekasam enak dimakan anai-anai. Hehe mengucap panjang tahu ke Cik Adah. Takpelah sama-sama dapat manfaat bukan manusia je anai-anai pun sekali. kehkeh.

Walaupun saya dah baca macam-macam buku, tak pernah lagi dapat impak besar. Adalah small small turning point. But major turning point? Nehi he.

So what so special about this book?

Basically buku ni banyak menceritakan perdebatan antara lecturer muslim dan profesor non-muslim tentang pelbagai topik saintifik dan hal ehwal agama islam.
Setiap kali mereka berdebat, saya pula yang jadi tak senang duduk. Ibarat nak buka puasa tapi tak jumpa air tebu. Gelisah tahu?

Bila baca isu-isu yang dibangkitkan mereka baru saya tersedar, banyak benda yang saya tak tahu dan tak ambil tahu. Bak kata Eminem, "You ignoramus!". Kemain tau quote Eminem kahkah

Buku ni telah membangkitkan satu (banyak) persoalan besar dalam diri saya.

How do I know that Islam is the right path? What makes me so sure that this is the true religion? Everyone claims their religion is the truth, but based on what? What if Islam is wrong? And when you wake up from death, only then you realize that your whole life was a lie? Astaghfirullah aladzim bisikan setan semua ni.

But seriously tho, these are important questions.

And that question leads to many more questions.

Sejak dari tu, saya start digging about everything. About Islam. About Christian. About Jews. About God. About the universe.

Alhamdulillah Allah shows me the way. Saya dah dapat jawapan kepada soalan di atas. Tapi pencarian ni masih belum terhenti. Because one answer leads to another question.

Dipendekkan cerita, sekarang saya yakin Islam ini benar. Kalau dulu saya menganut Islam warisan, hari ini saya menganut Islam pilihan. Andai kata dulu saya lahir dari rahim yahudi atau nasrani (alhamdulillah tak), hari ini buku ini membawa saya kepada kalimah syahadah.

Haha. Kelakar hidup ni. <--- Tiba-tiba.

Beberapa tahun lepas saya ada pesan kat sorang kawan saya. Dia ni hantu komik dan selalu menghabiskan baucer bukunya hanya untuk komik.

I said to her, "Aku tahu kau minat komik. Tapi cer.. cer la cer... cer kau beli satu buku yang betul-betul bagus dan bermanfaat. Satu buku je. Manalah tahu buku tu akan jadi satu turning point yang besar dalam hidup kau."

Eceh.

Tak tahulah dia ambil port ke tak dengan nasihat saya tu. Haha.

Tapi yang kelakarnya sekarang ni nasihat tu menjadi realiti bagi saya.

Tak tak, Dr Farhan Hadi tu bukan sedara saya pun. Tak tak, saya tak jual buku pun. Saja promote. Manalah tahu korang pun akan dapat kesedaran macam saya jugak.

Dah, moga Allah redha!

Wednesday 4 May 2016

$_$


Sedang aku duduk-duduk melepaskan lelah di bangku bertentangan Secret Recipe PPUM, datang seorang mak cik bertanyakan arah. Tak habis lagi ke badi 'arah' ni?!?

Dipendekkan cerita, kami berbual-bual panjang. Friendly betul mak cik ni. Borak punya borak punya borak rupanya mak cik ni kaki MLM. Aha! Opportunist. Patutlah friendly semacam. Ramah duamacam. Nak cari downline lettew. Disebabkan mak cik ni nak tarik saya join MLM so dia brainwash saya sikit-sikit.

Dia ceritalah masa muda ni lah nak kena kerja keras, kumpul duit banyak-banyak nanti tua senang. Anak-anaknya pun didoktrinkan begini. Ada seorang anaknya fresh grad dapat kerja gaji 3k kemudian berhenti kerja kerana merasakan 3k itu sedikit.

Apa yang penting adalah duit. Duit duit duit.

Tiba-tiba, semacam ada flashback dalam kepala.


"Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya."
[111:2]

"Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba)."
[100:8]

"Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)?"
[92:11]

"Dan mengatakan 'Aku telah menghabiskan harta yang banyak.'"
[90:6]

"Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!"
[89:20]


Saya tak berapa setuju sangat dengan point point mak cik ni. Tapi disebabkan dia orang tua, jadi saya diamkan jelah.  Duit tu memanglah penting. Siapa rasa duit tak penting, sila transfer duit anda ke dalam akaun saya.

Kebanyakkan kes cerai berlaku adalah disebabkan masalah kewangan. Duit tu penting occayyy. Duit penting untuk masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tapi muslim tak berfikir tentang masa depan saja. Muslims think beyond that. Masa muda takkanlah nak dihabiskan untuk mengumpul harta saja. Rugilah.

Bak kata Hlovate, "Duit tu cuma dibuat alat, bukan kiblat."

Cari sekadar perlu. Our main purpose here is not to find money.

One of my favorite ayat in the Quran is;

"Abundance diverts you."
[102:1]

Short yet powerful.
It depicts a profound reality of today.

Ayat ini kurang lebih bermaksud harta kekayaan yang bertimbun-timbun melalaikan kita. Melalaikan kita dari apa? Rememberance of Allah. Again I tell you, this is a very very very shallow translation of the ayat. To truly appreciate the ayat you have to go deeper.

Pertama kali saya mendalami ayat ni, rasa tersentak dan tersentap. Rasa seperti dikejutkan dari tidur yang lena.
Saya tak nak ulas panjang tentang ayat-ayat di atas. Kalau nak lagi feel, boleh rujuk sendiri dari sumber-sumber yang meyakinkan.

Jadi saya tutup post ni dengan satu kisah benar.

Ada seorang lelaki yang berjawatan. Kemudian, dia ditawarkan kenaikan pangkat untuk gaji yang lebih besar. Surprisingly he rejected the promotion. Someone asked him, why dude? That's a lot of money why you rejected it? And he said, "What I have now is enough."


"Abundance diverts you."


Kalut


Pernah akaun twitter twtMalaysia mengadakan diskusi terbuka tentang "Liberalisme dalam Islam". Aduh murung saya membacanya. Macam biasalah rakyat Malaysia ramai yang bergelar ilmuwan. Jadi dari topik liberalisme membawa ke syiah, aswj, 8 mazhab, khawarij etc. Pendapat bukan sahaja dilontarkan oleh orang islam tetapi juga non-muslim. Ada yang berunsur provokatif, naif, dan bak kata orang kedah 'buat pala tau'. Itu saya belum cerita lagi akhlak masing-masing dalam berdebat. It's a fail!

Murung jugalah saya di sudut bilik memikirkan bagaimana agama boleh jadi begitu sulit sedangkan Tuhan inginkan kemudahan untuk hambaNya. Bingung saya bagaimana umat boleh terpecah kepada 73 kumpulan walhal semuanya merujuk kepada sumber yang sama yakni Al-Quran dan sunnah. Oh menurut ulama, 73 itu hanyalah simbolik. Jumlah sebenarnya lebih daripada 73. Beratus ada.

Teringat saya pada lagu M. Nasir, Tanya Sama Itu Hud-hud.

Dalam kalut ada peraturan,
Peraturan cipta kekalutan,
Dimana pula kau berdiri,
Di sini.

Dulu, di tengah kekalutan jahiliyyah lahirnya nabi membawa risalah, mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju ke dalam cahaya. Cahaya berlapis cahaya. Tapi kini dengan risalah yang sama manusia menjadi kalut dan kembali teraba-raba dalam kegelapan. Kegelapan berlapis kegelapan. Jadi, dimanakah kita? Disinilah. Di dunia yang penuh kekalutan.

Di mana silapnya?

Lama saya mencari jawapan.

Tapi tak kusangka tak kuduga, jawapannya sudah lama ada dalam Al-Quran.

[98:4-5]

Sincerity is the key.

Tuesday 3 May 2016

NOCERAL interview


The next day after SL1M iv, I attended NOCERAL iv for Quality Officer position in Cell and Transplantation Lab. I really wanted this position because NOCERAL is a good platform for me to explore and start my career because there are a lot of opportunities here. NOCERAL is an integrated research, service and learning institute.

There were 2 interviewers and 8 candidates. 
Some of them looked really confident some were not well prepared. Me? half prepared half nervous. Before the iv, we were asked to answer 4 questions on the answer sheets. 

The Q were about;
GMP competency and why is competency of personnel important.
*Forgot the 2nd Q*
Classification and grading of cleanroom.
Tissue processing and H&E staining.

The iv went like this;

- Introduce yourself.
- They asked every single thing i wrote on my resume! Luckily I did not exaggerate my resume lol.
- Some behavioral Q. Alhamdulillah He gave me ilham to answer these Q. Hehe.
The interviewers were so eager to ask a lot of Q. Some of the Q I didn't sempat to jawab sampai habis dia dah potong lol.
- Expected salary?
- Willing to work extra hour?
- Where do you gonna stay if you got this job since you came from Pahang?
- Have own transport?
- Are you smoking? (Such a weird Q)
- Can you drive?
- Do you have any Q?

Yes, time to revenge. Now it's my turn to bombard them with my Q. *Evil laugh*

Some of my Q were;

What exactly kind of training would I be recieved?How would you describe the working environment in NOCERAL?
What do you expect from someone who is hired for this position?
How can I improve myself from this iv? 
(She said don't sengih-sengih since this is a formal situation. lol. I can't help myself but smile whenever I talk to a stranger or someone I recently know. I always smile even when I talk about sad things to strangers. It is just my subconscious attitude. Sometimes I have to remind myself to not smile. lolololol)
When you will be making a decision so I can follow-up?

Finally they had to say "Ok that's enough Q we have 3 more candidates waiting outside."

Kahkahkah kena halau woi. Actually I have some more Q but nevermind lol.

Other candidates took less than 30 mins, but I took 45 mins. The next candidates were so cuak why I took so long LIKE WHAT ON EARTH DID THEY ASK ME lol

That's it!


Moga Allah redha.

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...