Tuesday 20 June 2017

Mia III


Mia: Cikya, boleh tak Mia nak mandi?
Me: Awalnya? Baru pukul 5.
Mia: Ala bolehlaa Mia nak mandi sekarang.
Me: Mandi pukul 6 laaa.
Mia: Nanti lepas.. Ha.. Nak mandi sekarang.
Me: Lepas apa? Sabarlaa. Tunggu sejam lagi.
Mia: Ala nanti lepas.
Me: *Blur kejap* Lepas apa Mia ni??? Cikya tak paham lerrr. Mandi pukul 6 lah. Buat apa mandi awal-awal.
Mia: Nanti lepas pukul 6, lepas tu pukul 7, lepas tu, lepas tu Cikya suruh mandi. Haaa.
Me: Ooooo. Hahaha.


Mia.. Mia.. Struktur ayat dia main tibai je.

Ipan III


Banglong: Ipan ada sixpack sekarang Cikya.
Me: Yeke? Mana sixpack nak tengok.
Ipan: *Selak baju, kembang kempis kembang kempis perut, bersungguh nak tunjuk sixpack dia.*

Hahahaha. Sixpack tang mana entah. Siapalah yang mengajor dia ni. One round pack je yang aku nampak.

Wednesday 14 June 2017

UM vs UKM

I personally think UKM is much better than UM. Just my 2cents. Jangan ada yang butthurt pulak. Sorry kalau info aku salah.

UKM encourages students mobility programme. Memang diwar-warkan dan digalakkan. UM pun ada juga exchange program. Tapi UM buat senyap je. Takde pun kempen ke apa untuk expose this kind of programme to students. Students yang rajin mencari je tahu. Kat UKM aku tak cari pun tapi benda ni yang datang kat aku. Publisiti dia bagus. Students UKM aku tengok biasa-biasa je. Muka tak nerd pun tapi dah pergi menuntut ilmu ke serata pelusuk dunia.

Students sains UKM wajib ambil subjek Komunikasi Saintifik. Diajar macam mana nak write and publish paper, macam mana nak buat research, macam mana nak tulis thesis, nak buat ayat saintifik etc. Lebih kurang macam Research Methodology. Tapi subjek RM pun ada juga kat UKM. Maknanya ada dua subjek untuk ajar about research. I think this is good. They can learn a lot. Apa yang tak diajar dalam RM, mereka boleh belajar dalam KS. UM ada RM je.

Students FYP UKM bentang hasil kajian mereka dalam simposium. Masa aku kat UM dulu, viva just sesama coursemates je. Macam tak ada apa sangat yang berlaku. Lol. UKM buat simposium undergrad peringkat fakulti. Semua course (genetic, zoology, microbe, etc) dalam fakulti terlibat dalam simpo tu. Poster merata-rata ditampal untuk hebohkan pasal simpo ni. Semua bilik-bilik kuliah digunakan untuk viva. Meriah. In this way mereka boleh merasalah macam mana perasaannya join conference kalau further postgrad nanti.

Simposium ni seminggu tau. Viva tiga hari. Dua hari terakhir tu ada talk on how to create a good resume/cv and they even have job interviews! Dah macam career fair. Baguskan UKM expose students dengan benda-benda macam ni. Takdelah terkontang-kanting lepas grad nanti.
Kebanyakkan course kat UKM ni 3 tahun je. Jimat masa. Umur 22 dah buat masters. UM umur 22 masih lagi undergrad. Kat UM mana dapat course 3 tahun.

Aku tak tahu fakulti lain, tapi fakulti aku kat UM tak ada fellow fakulti. Fakulti aku kat UKM ada fellow fakulti. Fellow fakulti ni students cemerlang yang dibayar gaji untuk buat kerja-kerja akademik, jadi tutor contohnya. And this fellow is treated like a stuff not student. Aku ada seorang kawan fellow. Dia siap ada bilik sendiri lagi! Macam lecturer. Sticker kat kereta dia sticker staff bukan sticker student. Rilex je parking kat tempat staff. Tapi dia memang layaklah jadi fellow. Dean list wey. Best student biochem. Bangga aku ada anak melayu macam ni. Umur baru 23. Tapi power nuhurum. Aku rasa TPK or KCF boleh pergi jauh kalau UM provide this kind of opportunity to students.

K dah, setakat ni je dulu.

First babyyyy

Alhamdulillah.

After 5 months of hardwork, my first paper finally published.

Paper aku tak gempak pun. Beshe2 je. Tapi sebab first time so macam teruja ciked.

Ingat lagi first draft dulu. Bila aku baca semula, aku sendiri rasa nak campak masuk dustbin. Lol. Lepas draft yang keberapa entah, barulah sv kata ok. Then dia suruh aku hantar ke Prof H for proofreading. First feedback dari dia mashoauloh. Aku call dia nak tanya cemana dengan paper saya? Baru je aku hello terus dia sound, "Eh teruklah paper you ni."

Ye, nak buat master hati kena kental.

Lepastu aku pergi ofis dia nak take note apa yang teruk sangat tu. Lol. Dia pun explain and guide bla3. Not bad lah lepastu aku rasa macam dapat pencahayaan agung sikit. Barulah paham sesikit how to write good paper. Kira berbaloilah kena sound. Kahkah. Lepas dah habis discuss, dia pesan, "Nanti after you do the corrections, hantar balik ke saya." Ceh, aku baru ingat tak nak deal dengan dia dah. Tak sanggup wei kena maki untuk kali kedua. Tetiba dia request camtu hmmmmm.

Pastu aku pi jumpa sv. Bagitahu feedback prof. And aku bagitahu jugak yang prof nak semak lagi paper aku. Pastu sv terkejut sambil gelak. Lol. Sv cakap, "Dia nak belajar dari you la tu. Sebab dia pun tak tahu proteomic."

Ok bangga jap. Hahaha. Prof nak belajar dari aku weii.

Lepas setel correction, aku bagi semula ke prof. Aku whatsapp dia, cakap letak luar bilik dia je sebab dia takde kat bilik. Pastu 4 hari aku tak contact dia. Sebab takut kena sound lagi. Hari kelima, aku dah dapat keberanian. Lol. Pagi tu aku pergi terus bilik dia. Terkejut bukan kepalang aku (amboi ayat hahaha), paper aku tu still ada kat luar bilik dia. Tak berusik langsung! Aku bengang and sedih gila time tu. 4 hari kot. Dia biar je kat situ. Susah payah aku betulkan, dia buat paper aku macam takde erti.

Ye kawan-kawan, hati mesti mau kental.

Aku buat tenang and ketuk pintu bilik dia. Senyum aku tampal di muka. Walaupun hatiku laksana dibom The Little Boy, senjata nuklear yang menghentam Nagasaki dan Hiroshima.
Dia bukak pintu kata busy gila. Tak sempat nak semak paper aku. Eh orang tua ni, dulu suruh aku submit ke dia, sekarang busy pulak. Lain kali jangan suruh aku submit lagi kalau tak nak semak! Ha maroh ni.

Aku pun pulang dengan hati yang redha.

Tetiba petang tu Prof whatsapp, "Your manuscript is ready for pickup. Pls come at 4."

Boo boooo tak nak pick up.

Ok acah je. Mestilah aku pick up.

Long story short, paper aku selamat submit ke journal. Sebulan lepas tu journal bagi first feedback. Kena buat correction. After another 1 month, another correction. Another 1 month lagi, journal tu sent email, "YOUR MANUSCRIPT ARE ACCEPTED FOR PUBLICATION".

Maka bisinglah group whatsapp dengan ucapan CONGRATS. :)

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...