Tuesday 8 November 2016

Gunung Angsi

6/11/2016

Aku, mey, ama, dan syid berpakat untuk hiking gunung Angsi. Gandingan yang sungguh mantap. Mantap sebab dua orang stamina power, dua orang lagi stamina tak dapat dikesan. So kira balance lah. Kaakakaka. Aku dan ama bertolak dari Bangi pukul 5.30 pagi. Bangun gigih pukul 4.30 pagi. Kalau hal duniawi aku memang gigih. Cuba suruh bangun untuk tahajud? Hmmmmmmm. Mey dan Syid pulak gerak dari KL. Kitorang gather kat kaki gunung terus. Perjalanan dari Bangi ambil masa 45 minit. Sempat singgah subuh di sebuah RnR yang takde orang langsung! Seram mak noks.

Untuk mendaki Angsi ada dua laluan; Bukit Putus atau Ulu Bendul. Ulu Bendul ni hardcore sikit. Trek dia lagi panjang. Untuk sampai puncak mungkin 4 jam. Bukit Putus 2 jam je aku tengok google. Sebagai seorang yang mempunyai stamina power kelaut mestilah aku suggest naik Bukit Putus. Disebabkan semangat setia kawan yang kuat mereka pun setuju je. Kami start mendaki pukul 7.40 pagi. Still tak ramai orang lagi. Permit kena bayar RM5. Padia mahal sangat tak tahu. RM2 je cukup ah! Dasar kapitalis! Tibe emo. Limit nak mendaki sampai pukul 4 sahaja. Lepas pukul 4 kena halau.

Treknya ada yang curam ada yang landai. Ada bertangga ada bergelongsor. Sepanjang laluan ada banyak big dick. No no not that dick omg wipe that image off your head! Big dick tu nama yang tertulis kat batang-batang pokok besar yang melintang menghalang jalan. Sungguh savage nama gelarannya. Oh ada jugak lalu dekat kawasan yang tertulis WILD BOAR SWARMP. Mujur takde wild boar yang muncul masa tu! Kalau tak mesti lagi laju kitorang sampai puncak lol. Long story short, kitorang sampai puncak dalam masa 1 jam 59 minit. Haha! Seminit pun berharga tahu?! Ok la tu sebab kitorang target 2 jam melihat kepada speed hat dua orang tu (aku la salah sorangnya tu). Ni awal seminit I smelt VICTORY. Kahkah.

View dia not bad lah. Ada nampak gunung-ganang, hutan, dan kawasan bandar.

Besi buruk segi tiga tu landmark Angsi
Masa nak panggil diorang bergambar kat sini aku jeritlah, "WEH JOM BERGAMBAR DEKAT ILLUMINATI" terus sorang lelaki cina ni pandang aku dengan muka berkerut. Kalau dia ni orang melayu yang suka forward2 msg dalam whatsapp mesti tiba-tiba dia laung ALLAHUAKBAR!!!


Sungai Ulu Bendul
Air dia sejuk nikhirim. Lepas turun dari gunung kitorang singgah hutan lipur Ulu Bendul. Pi celup-celup kaki je. Nak cuci seluar yang penuh dengan lumpur lesut tanah. Kan tadi pi berkubang dalam wild boar swarmp dah lupa? lol Tu jelah kot nak citer. Dah bai.

Sunday 6 November 2016

There are two types of friends

When I use Maya Karin as my whatsapp dp..

Type 1

Type 2

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...