Thursday 18 May 2017

Edu

I don't know about you but I personally believe that the main purpose of education is to preserve and restored humanity. Pendidikan adalah untuk membina manusia yang bertamadun. Bukan untuk , mengumpul deretan A di atas kertas, PNGK 4, atau mendapatkan ranking terbaik dalam PISA dll. Kalau dapat, itu bonus. Tapi ia tetap bukan tujuan sebenar. Kalau kita jadikan ia sebagai aim, maka kita telah jauh tersasar dari track.

Tapi nak buat macam mana, dah memang sistem pendidikan kita ni exam-oriented. Hanya menekankan aspek intelektual semata. Sedangkan aspek jasmani, rohani, dan emosi tiada dalam silibus. Dan ini melahirkan manusia yang tidak seimbang.

Dari zaman undergraduate lagi aku perhatikan sistem pendidikan kita melahirkan manusia bersifat individualistik dan mementingkan diri sendiri. Aku masih ingat ketika si A dalam kesusahan menyiapkan FYP nya, tidak ada kawan-kawannya yang sanggup meluangkan masa untuk membantu, kerana semuanya sibuk mahu study untuk test. Melihatkan dia yang keresahan, aku hairan di mana kawan-kawannya yang selalu berhuha bersama -- kenapa tegar-tegarnya mereka membiarkan dia dengan masalahnya sendiri -- hanya untuk seketul A di atas kertas? Bayangkan kalau tiba-tiba lecturer kata, "Setiap perbuatan baik yang kamu lakukan sesama sendiri akan diberi markah dan dimasukkan di dalam pointer." Nahh pasti berbondong-bondong yang akan datang membantunya, bukan? Apa saja demi A dan dean list!

Aku yang sekadar dipinggiran ni pula yang datang membantu dia. Walhal aku juga perlu study untuk test. Tapi tak apalah, apa gunanya A kalau manusiawi tergadai.

Even sampai sekarang, as postgraduate, aku tengok perangai individualistik dan selfish ni masih ada disekeliling aku.

Our education system has failed.


Tuesday 16 May 2017

Kebongkakan akal

Aku tengok orang-orang yang well educated ni mostly ada sejenis sikap yang sama. Yang aku rasa quite problematic. Tak semua. Mostly.

They think they know everything.

Depa sembang berapi-api macam depa sorang ja yang betul. Tak sempat orang lain nak bukak mulut, depa cakap panjang lebar sampai langit pun boleh runtuh semata nak justify bahawasanya depa lah yang paling betul dan paling knowledgeable.

Little did they know the more they talk, the more people see how little knowledge they have.
Contoh real case scenario yang jadi kat aku:

There was a phd student in pharmacy, yang dah habis viva and submitted thesis. Just one step left to be called Dr - Graduation. Long story short, dia tanya berapa dose treatment yang aku akan bagi kat tikus. Aku jawablah 400mg/kg. Then she snapped. Bergegar arasy bila dia explain yang dose aku tu not acceptable bla3 too high bla3 not suitable for human bla3. Lepastu bila aku cuba nak explain dia tak nak dengar.

Dia ingat aku pilih dose tu sesuka hati aku  ja ka? Dia ingat aku tak refer berpuluh journal dulu? Dia ingat aku belum defense proposal ka? And the most important is, dia belajar pharmacy takkan tak pernah dengar pasal dose translation? Itu dose untuk tikus yang nak kaitkan dengan human apa jadahnya? Ofcos lah kena translate dulu dose tu sebelum bagi ke human.

Inilah masalah orang pandai. Dia ingat dia tahu semua benda. Dia ingat orang yang bawah dia bodoh tak tahu apa.

Inilah yang Montaigne kata sebagai kebongkakan akal. Orang pandai mudah sangat menjadi bongkak dan terlupa tentang had intelek mereka.

Manusia tetap manusia tidak kiralah pandai takat mana pun.

Socrates merupakan orang yang terpandai di Athens semasa zamannya. Kau tahu kenapa?
Dia merupakan orang terpandai bukan kerana dia tahu semua benda. Tapi kerana dia tahu yang bahawasanya dia tak tahu semua benda. Dia sedar tentang kewujudan ilmu dan pengetahuan lain yang dia tidak ada.

"Aku tahu bahawasanya aku tidak tahu."

Paradoks Socrates.

Disinilah letaknya kebijaksanaan Socrates.

Sepatutnya lagi tinggi ilmu seseorang lagi berhati-hatilah dia dalam berkata-kata.

Aku pun perasan berdasarkan pemerhatian aku keatas orang-orang akademik ni, selalunya yang paling beriya-iya tu lah yang have less knowledge about the things yang dia iya-iya kan tu.

Sebenarnya kita boleh belajar daripada orang yang kita anggap hina.

Teringat pesan seseorang, "Kita kena belajar dari sekeliling kita. Belajar dari semua orang."

Post ini adalah sebahagian dari pelajaran yang aku dapat dari sekeliling aku.

So the take home msg is, "No one knows everything, but everyone knows something."

Diet

Selama ni diet aku sangat tak seimbang. Terlalu banyak pengambilan karbohidrat dan gula. Tengahari dan malam aku makan nasi dengan lauk ja. Sayur sangat-sangat jarang aku ambil. Buah apatah lagi. Nihil. Yelah, nak saving punya pasal. Makan bukan fikir untuk sihat pun. Sekadar untuk lepaskan rasa lapar. Kesiankan hidup rakyat marhaen?

Setelah pelbagai jenis bahan bacaan mengenai diabetes, obesity, dan reproductive aku hadam, baru aku sedar tabiat pemakanan aku ni sangat memudharatkan. Inilah pekdahnya buat masters pasal diabetes dan fertility. Lol.

Sinilah aku share sedas apa yang aku tahu.

Korang pernah dengar ovarian cyst? Usually penyakit ni menyerang perempuan bujang. Simptom dia kalau rasa sakit yakmat setiap kali datang period untuk sepanjang tempoh period. Kalau 7 hari period, 7 harilah sakit yakmat! Berbeza dengan period pain yang datang hanya pada hari pertama/kedua/ketiga period. Pasaipa rasa sakit? Sebab bila period, darah terperangkap dalam cyst. Kalau tak dirawat, cyst will get bigger everytime you have period. Cyst ni terjadi disebabkan aras estrogen yang tinggi dan progesterone yang rendah dalam badan. Salah satu cara nak cegah ialah dengan mengambil makanan antiestrogen yakni sayuran dan buahan.

Lagi sedas aku nak share.

Diabetes ni satu penyakit yang sangat common among malaysians kan? Risk factors for diabetes are genetic, physical inactivity, and bad diet. High carb and glucose diet. Kalau pagi tengahari petang malam kau balun nasi jangan terkejutlah kau diabetic esok lusa. Chatime coolblog tu minuman haram untuk orang diabetic. Kau minum, kau dosa.

Sekarang ni kau bayanglah, keturunan aku semua diabetic. Atuk aku baru je meninggal awal tahun ni sebab diabetic. Nenek aku dulu pun meninggal sebab diabetic. Mak ayah aku dua-dua diabetic. Abang aku yang belum masuk 30series lagi pun dah diabetic. So aku memang risiko besar untuk diabetic. Kalau aku makan tak jaga, boleh potong kaki siap-siap dah rasanya. Sebab tu lah sekarang tiba-tiba je aku aktif berlari, memanjat gunung sana-sini. Bukan nak follow trend, tapi sebab nak sihat. Once you have diabetes, you'll always have diabetes. No cure.

Insaf betul rasa. So aku berazam untuk amalkan diet seimbang. Walaupun aku rasa macam mustahil. Sebab semua benda perlukan duit. Inilah payahnya hidup dalam zaman kapitalis.
Kalau tak seimbang pun at least sihatlah sikit diet aku banding sebelum ni.

Lagi satu benda yang aku baru sedar ialah betapa susahnya nak cari makanan berkhasiat walaupun kedai makan bersepah-sepah kat foodcourt kolej aku ni. Kau tengok Uncle Bob. Dah la mahal, jual pula processed meat, minyak goreng ayam tu dah berapa kali reuse dah. Cancer semua tu. Kedai western tu pulak, jual cheezy fries, meatball, wedges. Kedai nasi putih pulak lauk je banyak, sayur takde.

Hari-hari aku termenung nak makan apa? Kalau ikut nafsu aku tibai je semua. Tapi tu lah, ikut rasa binasa, ikut nafsu masuk ICU.

Apa-apapun, inshaAllah aku akan amalkan sayur setiap hari dan buah secara berkala. Junk food, fast food aku akan try avoid (unless dah craving sangat!).

Apa guna ilmu kalau tak diamalkan, yedok?

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...