Tuesday 16 May 2017

Diet

Selama ni diet aku sangat tak seimbang. Terlalu banyak pengambilan karbohidrat dan gula. Tengahari dan malam aku makan nasi dengan lauk ja. Sayur sangat-sangat jarang aku ambil. Buah apatah lagi. Nihil. Yelah, nak saving punya pasal. Makan bukan fikir untuk sihat pun. Sekadar untuk lepaskan rasa lapar. Kesiankan hidup rakyat marhaen?

Setelah pelbagai jenis bahan bacaan mengenai diabetes, obesity, dan reproductive aku hadam, baru aku sedar tabiat pemakanan aku ni sangat memudharatkan. Inilah pekdahnya buat masters pasal diabetes dan fertility. Lol.

Sinilah aku share sedas apa yang aku tahu.

Korang pernah dengar ovarian cyst? Usually penyakit ni menyerang perempuan bujang. Simptom dia kalau rasa sakit yakmat setiap kali datang period untuk sepanjang tempoh period. Kalau 7 hari period, 7 harilah sakit yakmat! Berbeza dengan period pain yang datang hanya pada hari pertama/kedua/ketiga period. Pasaipa rasa sakit? Sebab bila period, darah terperangkap dalam cyst. Kalau tak dirawat, cyst will get bigger everytime you have period. Cyst ni terjadi disebabkan aras estrogen yang tinggi dan progesterone yang rendah dalam badan. Salah satu cara nak cegah ialah dengan mengambil makanan antiestrogen yakni sayuran dan buahan.

Lagi sedas aku nak share.

Diabetes ni satu penyakit yang sangat common among malaysians kan? Risk factors for diabetes are genetic, physical inactivity, and bad diet. High carb and glucose diet. Kalau pagi tengahari petang malam kau balun nasi jangan terkejutlah kau diabetic esok lusa. Chatime coolblog tu minuman haram untuk orang diabetic. Kau minum, kau dosa.

Sekarang ni kau bayanglah, keturunan aku semua diabetic. Atuk aku baru je meninggal awal tahun ni sebab diabetic. Nenek aku dulu pun meninggal sebab diabetic. Mak ayah aku dua-dua diabetic. Abang aku yang belum masuk 30series lagi pun dah diabetic. So aku memang risiko besar untuk diabetic. Kalau aku makan tak jaga, boleh potong kaki siap-siap dah rasanya. Sebab tu lah sekarang tiba-tiba je aku aktif berlari, memanjat gunung sana-sini. Bukan nak follow trend, tapi sebab nak sihat. Once you have diabetes, you'll always have diabetes. No cure.

Insaf betul rasa. So aku berazam untuk amalkan diet seimbang. Walaupun aku rasa macam mustahil. Sebab semua benda perlukan duit. Inilah payahnya hidup dalam zaman kapitalis.
Kalau tak seimbang pun at least sihatlah sikit diet aku banding sebelum ni.

Lagi satu benda yang aku baru sedar ialah betapa susahnya nak cari makanan berkhasiat walaupun kedai makan bersepah-sepah kat foodcourt kolej aku ni. Kau tengok Uncle Bob. Dah la mahal, jual pula processed meat, minyak goreng ayam tu dah berapa kali reuse dah. Cancer semua tu. Kedai western tu pulak, jual cheezy fries, meatball, wedges. Kedai nasi putih pulak lauk je banyak, sayur takde.

Hari-hari aku termenung nak makan apa? Kalau ikut nafsu aku tibai je semua. Tapi tu lah, ikut rasa binasa, ikut nafsu masuk ICU.

Apa-apapun, inshaAllah aku akan amalkan sayur setiap hari dan buah secara berkala. Junk food, fast food aku akan try avoid (unless dah craving sangat!).

Apa guna ilmu kalau tak diamalkan, yedok?

No comments:

Post a Comment

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...