Saturday 23 July 2016

Kadang-kadang bukan aku rindu, cuma teringat.


Baru-baru ni aku beraya dengan kawan-kawan high school.

Masa berborak bergurau senda membahan dan mengumpat, aku tiba-tiba jadi teringat pada kawan aku, Afifah (bukan nama sebenar). Aku dah lost contact dengan budak bertuah ni.

Aku ada pengalaman epik dengan dia ni.

Kisahnya bermula di ambang SPM.
Yelah bila duk asrama di ambang SPM ni bebudak lain mana ada. Calon SPM je yang ada.
Asrama pula selalu dikaitkan dengan cerita seram. Benda cliche kan.

Credit to my papa homeroom yang kacak lagi berbakat

Long story short, si Afifah ni mengalami tekanan perasaan tahap kuasa lohong hitam Boboiboy. SPM je pun, tapi dia punya depresi melampau. Najib kena kecam satu dunia pun tak stress gini. Faham-faham je lah bila orang tengah depressed, dia suka duduk sengsorang melayan perasaan.

Orang tua-tua selalu cakap kalau stress sangat 'benda' tu suka kacau. Emosi tengah tak stabil kan.

Sebelum tu aku takdelah rapat sangat dengan Afifah ni. So aku tak perasan pun dia tengah jiwa kacau kape. Aku tahu pun sebab Dz bagitahu. Dia cakap si fifah ni suka duk sengsorang belakang blok (tempat ampaian) pastu cakap sorang-sorang. Aku pun macam eh serious ah? Sejak tu aku mula peghati dia. Yelah seram kot. Dah lah asrama tak ramai orang pastu ko lepak pulak sengsorang belakang blok what the fish?!?

Dia punya tahap stress tu sampai hilang ingatan. Serious. Ingatan dia bercampur aduk. Dia konfius memori form 4 dengan form 5. Kadang-kadang dia fikir dia form 4 lagi. Banyak kali dia melepak sorang-sorang dalam bilik dia time form 4 (time tu dah jadi bilik junior). Kitorang banyak kali cakap kat dia, tu bukan bilik dia, tapi dia insist gak. Bersungguh-sungguh dia kata tu bilik dia. Kitorang cakaplah tu bilik ko time form 4, skang ko dah form 5. Bilik ko blok lain. Ehhhhhh takkk ni memang bilik aku katanya. Hah lantak.

Pernah gak sekali aku, Etot, and BB melepak bilik junior tu (time tu calon SPM je yang ada so semua bilik jadi tempat lepak kitorang), tiba-tiba Afifah masuk melulu then tidur kat katil lama dia. Tak bagi salam tak tegur tak apa, kitorang macam errr kena sampuk lagi ke dia ni?

Pernah suatu petang yang syahdu, bebudak pergi beriadah. Aku pun beriadah gak. Atas katil. Hahaha. Aku, Mey, Mim melepak je dalam bilik. Kemonlah, riadah? Apetu??? Haha. Lepak punya lepak sampailah hari hujan. Masa tu hampir pukul 6.30 petang jadi aku pun blah dari bilik Mey sebab nak pergi mandi bersiap-siap nak solat maghrib kat surau (oh i miss this moment!).

Untuk balik ke bilik aku kena melalui koridor tempat kitorang selalu rollcall. Masa tu aku perasan si Afifah ni tengah duduk sorang-sorang bersandar didinding, mengadap kawasan rollcall sambil termenung. Dibiarkan saja air hujan menempias kemukanya.

Aku sebagai kawan yang acah-acah caring (eceh) menghampiri dia cuba bertanya khabar.

"Ko ok tak ni?"

Senyap.

"Kalau ada problem citer aa"

Senyap lagi.

"Ko stress exam eh?"

Masih senyap.

Tapi aku tak mengalah. Hidup ni tak boleh cepat sangat mengalah. Tetiba kan.

"Kau nak dengar citer tak?", aku cuba memancing minat dia untuk berborak dengan aku. Since aku pun sebenarnya dah tahu apa masalah dia so aku bukak satu citer motivasi dengan dia.

Aku cerita pasal seorang raja yang suka berburu tapi suatu hari raja tu tercedera di kaki so dia dah tak boleh berburu eh sebenarnya aku pun dah lupa citer dia macam mana. Tapi moral of the story kita kena sentiasa optimis because everything happens for a reason. Mungkin korang pun pernah dengar citer ni. Berkobar-kobar aku citer kat dia. Aku punyalah semangat seperti seorang pejuang syahid yang sedang bersiap sedia terbang ke syurga.

Setelah panjang lebar aku citer barulah dia ringan mulut nak berborak dengan aku. Hujan pun semakin lebat seolah turut teruja mendengar ceritaku.

Sebagai penutup cerita, aku katakan pada dia, "Kalau ko ada masalah ke nak aku ajar apa-apa ke, bagitahu jelah. Kalau aku boleh ajar, aku ajar. Ko jangan simpan sorang-sorang. K lah, dah nak maghrib aku nak pergi mandi. Ko pun pergilah mandi. Jangan duk sini sampai malam."

Aku pun beredar, membiarkan dia terus termenung disisi hujan.

Seusai maghrib berjemaah di surau, aku dan teman-teman bersalam-salaman. Tidak semena-mena, tubuhku ditarik dari belakang.

"Terima kasih weh terima kasih. Terima kasih banyak-banyak. Walaupun ko tak tolong ajar aku apa-apa, terima kasih jugak." Ucap Afifah sambil memeluk erat tubuhku berkali-kali.

Aku jadi terpinga-pinga. Kena sampuk ke budak ni?? Kawan-kawan memandang kami hairan. Aku lagi hairan! Lepas 2 saat, baru aku faham apa sebenarnya yang telah kejadian. Rupanya cerita dongeng aku petang tadi benar-benar telah membuatkan dia termotivasi.

Tak kusangka tak kuduga, buat pertama kalinya aku rasa aku berjaya menjalankan tangungjawab sebagai pembimbing rakan sebaya (PRS). Ya, aku adalah seorang PRS semasa di sekolah dulu. Jangan gelak. Tapi kawan-kawan lebih gemar memanggilku Perosak Rakan Sebaya. Ya, sungguh biadap mereka itu.

Macam tu rupanya perasaan membimbing rakan sebaya. Aku punya happy sampai rasa nak bagi khutbah je malam tu.

Sejak haritu Afifah jadi baik semacam dengan aku. Aku tak perasan pun. Etotlah yang cakap kat aku.

"Weh sayang betul Afifah kat ko eh?"

Huh?

Sebenarnya Etot terasa hati. Mana taknya, berjam-jam dia melepak dengan Afifah langsung tak dipelawanya buah ke Etot. Sekali aku lalu kat pintu bilik dia bersungguh-sungguh Afifah panggil aku nak offer buah. Memang sentaplah Etot.

Tapi tak lama lepas tu, Afifah kembali depressed.

Pernahlah sekali time outing, tapi aku tak outing. Aku lepak je dalam bilik dengan kawan. Melepak je kerja aku ni kan. Masa tu lah aku dengar dari blok sebelah suara Afifah meracau. Gelabah ayam lah aku. Cepat-cepat aku pergi blok dia. Masa tu Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) cuba control keadaan masa tu.

Si Dz ni pasang ayat quran dalam handphone pastu sorok handphone tu dalam loker berkunci (LDP pun bawa barang haram?!? hahaha). Si Afifah ni apa lagi kepanasanlah dia dengar ayat quran. Dia goyangkan loker tu nak ambil phone. Cuak gila aku time tu tengok member sendiri naik hantu. Selalu dia pasif je, kali ni dia aggresive.

Fast forward, warden pun datang. Afifah dipindahkan ke blok E. Blok yang paling hujung. Blok yang paling hampir dengan rumah warden. Setelah Afifah tenang, kami suruh dia solat. Selesai solat, Afifah cuma termenung diatas sejadah.

Aku, Dz, Alin, Farhah cuba berborak dengan dia. Setiap kali fikiran dia hanyut, kami cepat-cepat sedarkan dia semula,

"Afifah! Jangan termenung."

"Afifah stress ke?"

"Afifah lapar tak? Nak makan?"

Aku diam je. Sebab aku rasa seram sejuk.

Setelah pelbagai topik mereka cuba, Afifah tetap diam seribu bahasa.

Last last Alin cakap, "Afifah nak cakap dengan siapa? Afifah bagitahu kitorang."

Suasana senyap untuk 3 saat. Kemudian Afifah angkat wajahnya yang tak berperasaan, dan perlahan-lahan mengangkat jari telunjuknya sambil memandang tepat ke arah ku. Semua orang tengok aku.

Aku telan air liur.

Kenapa tunjuk kat aku kusssss semangat.

Cuak gila aku. Dalam hati aku duk pikir, ni Afifah ke hantu dia yang duk tunjuk kat aku?

Stress sampai masuk hantu pun SPM dia straight As. Memang kena makilah dengan kitorang time ambil result. Hahaha.

Wednesday 13 July 2016

What if I told you..





The real owners are the big wealthy business interests that control things and make all the important decisions. Forget the politicians, they're an irrelevancy. The politicians are put there to give you the idea that you have freedom of choice. 
You don't. 


You have no choice. 
You have owners. 
They own you. 
They own everything. They own all the important land. They own and control the corporations. They've long since bought and paid for the Senate, the Congress, the statehouses, the city halls. 



They've got the judges in their back pockets. And they own all the big media companies, so that they control just about all of the news and information you hear. They've got you by the balls. They spend billions of dollars every year lobbying to get what they want. 
Well, we know what they want; 
they want more for themselves and less for everybody else.



But I'll tell you what they don't want. 


They don't want a population of citizens capable of critical thinking. 
They don't want well-informed, well-educated people capable of critical thinking. 
They're not interested in that. That doesn't help them. That's against their interests. They don't want people who are smart enough to sit around the kitchen table and figure out how badly they're getting f*cked by a system that threw them overboard 30 years ago.


You know what they want? 
Obedient workers ­ people who are just smart enough to run the machines and do the paperwork but just dumb enough to passively accept all these increasingly shittier jobs with the lower pay, the longer hours, reduced benefits, the end of overtime and the vanishing pension that disappears the minute you go to collect it. 


And, now, they're coming for your Social Security. They want your retirement money. They want it back, so they can give it to their criminal friends on Wall Street. And you know something? They'll get it. They'll get it all, sooner or later, because they own this place. 
It's a big club, and you ain't in it. You and I are not in the big club.



This country is finished.


Tuesday 12 July 2016

Random conversation with my bff


Me: Kurma habbatussauda minyak zaiton etc semua tu makanan sunnah kan? Sebab apa?

Her: Sebab diorang guna nama agama untuk jual. Apa itu makanan sunnah?

Me: Kenapa ko tanya aku balik....................... -.-'   Kurma zaitun semua tu memang makanan sunnah. Sebelum diorang jual agama lagi memang tu makanan sunnah

Her: Sunnah ni bukan perbuatan percakapan nabi ke. Kenapa ada makanan.

Me: Sebab nabi makan.......................... Semua yang relate dengan nabi jadi sunnah

Her: Nabi makan roti. Kenapa gardenia bukan sunnah....................

Me: Sebab nabi tak makan roti gardenia....................

Her: Nabi makan gandum. Nabi makan daging

Me: Sure ke nabi makan gandum? Gandum apa hidup di padang pasir?

Her: Roti buat dari gandum????????

Me: Taklah. Dari lentils.

Her: Kebab?

Me: Zaman nabi takde kebab lagi..........................

Her: Kenapa benda kat tanah arab je kira makanan sunnah?

Me: Sebab nabi hidup kat tanah arab..................

Her: So minuman sunnah pun ada? Mesti nabi minum. Pernah ke dengar minuman sunnah?

Me: Nabi minum apa?

Her: Air.......................

Me: Kenapa tomato potato jagung bukan makanan sunnah?

Her: Sabajap. Madu buah tin zaitun ada mention dalam quran. Kismis kurma takde kan? Tapi kenapa still dikira makanan sunnah?

Me: Sebab nabi makan........................

Her: So sebab nabi makan lah????????

Me: Ye..........sebab tu dipanggil sunnah

Her: Kacang tak eh? Sebab nabi tak makan.

Me: Mana ko tahu nabi tak makan?

Her: Sebab bukan sunnah?????????

Me: Zaman nabi musa makan kacang. Entahlah, certain jenis kacang je kot bukan sunnah.

Her: Penat dah. Banyak sangat berfikir harini.

Me: Kacang, timun, bawang semua tu ada mention dalam alquran. Ko tak jawab lagi kenapa jagung bukan makanan sunnah.

Her: Sebab benefit dia tak sebanyak madu kurma zaitun semua tu...........kot.

Me: Bukan. Sebab nabi tak makan. Geddit???????? Makanan jadi sunnah sebab nabi makan. Bukan sebab benefit je.

Her: Macam mana tahu nabi tak makan

Me: Dari hadis...........................

Her: Beras?

Me: Padang pasir ada beras ke?

Her: Zaman nabi kan selalu duk secupak beras. Nabi makan local food je ke? Makanan import tak makan? Diorang kan berdagang.

Me: Dah ada makanan import ke masa tu? Mungkin makanan around tanah arab dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Kalau dari benua lain tak sampai kot (buat bijok). Tak sure ah. Pernah dengar Columbian Exchange?

Her: Kenapa makanan sunnah ni semua makanan yang ringan-ringan? Takde makanan berat. Bila Columbian Exchange?

Me: Sebab nabi bukan jenis mentekedarah macam kita............................ Nabi tak pernah rasa kenyang. Sampai kena ikat batu diperut.

Her: .... ..... ...... *a moment of keinsafan*

Me: Columbian exchange aku tak ingat. Kena cek balik. Pointnya kat sini zaman nabi jagung takde lagi kat tanah arab so nabi tak makan jagung. So dia tak jadi makanan sunnah. Bukannya maksud makanan tak sunnah ni tak bagus. Ada je makanan tak sunnah yang lagi bagus. Cuma tak tumbuh di tanah arab. Faktor geografi. Makanan sunnah bukannya miracle food. Bukannya segala jenis mak nenek penyakit boleh sembuh dengan hanya makanan sunnah. Tapi kita kena yakin makanan sunnah tu baik. Jangan perlekeh. Bak kata kawan aku, dulu air peluh Rasulullah pun orang berebut.

Her: Oooooooooo begitu







Aku just terfikirlah kan, kalau nabi lahir kat benua Amerika mesti potato tomato yang jadi makanan sunnah instead of kurma zaitun, kan? Aku tanya kawan aku, dia cakap aku pertikaikan makanan sunnah. So aku diam je lah..............................................


Tapikan kalau semua yang nabi makan tu jadi sunnah so maknanya kalau aku guna mathematical reasoning dia akan jadi macam ni;

Premis 1: Semua yang nabi makan jadi sunnah
Premis 2: Nabi makan makanan yang halalan toyyiban
Conclusion: Semua makanan halalan toyyiban jadi makanan sunnah


Betul tak?


Vaksin



Mulanya aku hairan jugalah kenapa ada orang reject vaccine. Since I have some medical background so I know how does the vaccine works and how important it is. But then gerakan antivaksin ni bukan kes terpencil. It is a global issue. So they must have some strong reasons to reject vaccine.

I am not totally a pro-vaxxer. And neither do I totally an anti-vaxxer.
Biasalah everything has pros and cons kan? Vaksin ni bukanlah 100% safe or 100% unsafe. Question is which one outweigh which one? We gotta choose the lesser between the two evils.

So tak perlulah nak bash atau enraged dengan orang yang berbeza pendapat dengan kita.
Pro-vax tak perlulah kata anti-vax ni f-ing ignorant, jumud, konservatif, selfish. And anti-vax pun tak payahlah kata pro-vax bertaqlid buta. No one knows everything, but everyone knows something, kan? There must be some good reasons people are rejecting or accepting vaccine.

C'mon lah anti-vax movement ni bukan setakat di Malaysia. It's all over the world kot.
USItalyJapanAustralia contohnya ada juga golongan penentang vaksin. (Klik link yang telah di highlight)


Aku try lah memahami golongan anti-vax ni and they got few reasons to do so.

Salah satunya because of safety and effectiveness of the vaccine.
Reason yang paling hot sekali adalah thimerosal yang dikatakan boleh menyebabkan autism. Sampai sekarang aku pun tak tahu dimana kebenarannya. Mungkin kena minta tolong Papa Kebenaran untuk tahu apa sebenarnya yang telah kejadian. Sinetron apa yang mereka mainkan. Hohoho


CDC and WHO kata thimerosal adalah selamat dan tidak menyebabkan autism. Rujuk websites CDC and WHO.

Tapi kalau tengok pula website yang bukan mainstream seperti iniitusinisitu dan sinun kontradiks pula ceritanya.

Jadi CDC dan WHO menipu? Tak pasti juga. Cuba tengok ini pulak.


Aku ada lah tanya di page fb Medical Mythbuster Malaysia (yang obviously a provaxx) tentang isu thimerosal ni tapi tu lah angin bertiup sepoi-sepoi bahasa tamil. Soalan aku tak dilayan. Cedih. Suspicious jugalah apasal soalan aku tak dijawab sedangkan page tu kan bertujuan untuk memberi pencerahan kepada masyarakat tentang isu-isu perubatan. Komen-komen aku yang berbaur provax di'like' dan di'reply' tapi komen yang berunsur antivax dibuat dont know je.

Ni ikhlas ke nak mencerahkan masyarakat? If you truly want to educate people, then tell us the whole truth. Why only educate us on the positive side of vaccine and you totally abandon the negative side? Kalau tak ada sesiapa tanya ok fine lah tak nak cerita pun. Ni dah ada orang tanya kenapa buat senyap juga? This is not education, this is doctrinism.

Kawan aku pun pernah kena sound dekat page penolong pegawai perubatan and soalan dia pun tak dijawab. Apa semua ni???

I believe parents should be well-informed about the good and bad effects of vaccine so they can make a fair judgement.

This kind of attitude just proved that something is definitely wrong with the content of thimerosal in vaccine, dont you think?

Aku tanya bukannya nak bash. I just honestly want to know the truth.

Sebenarnya memang banyak informations bias kalau kita cuma baca from what they feed us. Dont just blindly believe what the media told us.

I'm not against vaccine. Even aku sendiri pun ambil vaksin masa kecik dulu and sekarang alhamdulillah sihat walafiat. But there are some people who are not as lucky as me. Contohnya this kid and this kid. Walaupun aku meragui kesahihan cerita ni.


Lagi satu reason anti-vaccine is alternative medicine and natural approaches.

Kalau korang suka follow benda-benda yang viral lah kan, *jemah mode on* ada seorang penyanyi nasyid ni yang sangat anti-vaccine disebabkan oleh reasons diatas. Memang dia kena kecam habis dengan netizen. Kesemua anaknya tak pernah ambil vaksin. Dia lebih selesa menggunakan pendekatan homeopathy, makanan sunnah, dan zikir.

Honestly, I dont really know about homeopathy so no komen. But regarding makanan sunnah I would like to share this with you.






Tapi tu lah like I said everything has pro and con.

Vaksin ni penting for herd immunity. My friend, Dr Qid cakap (eceh ada orang tu dah pass medical school congrats haha) tak semua kanak-kanak boleh ambil vaksin disebabkan oleh some contraindications. So these kids have to rely on herd immunity to protect themselves from infection.

If majority of people rejected vaccination, herd imunity will collapse. Jadi kesianlah dekat budak-budak yang tak boleh ambil vaksin. Kalau terjadi disease outbreak, those kids will be at the highest risk.

Bukan kebetulan diphteria datang menyerang Kedah disaat Kedah mencatatkan kes penolakan vaksin tertinggi di Malaysia.


Isu ni sangat complicated because it deals with peoples' life. And our decision affects others too, not just our own kids.



So is there any win-win solution for this issue? I think there is.
Tapi aku tak habis study lagi pasal tu.


So stay tuned. Eceh.


Monday 11 July 2016

Cuci pinggan


Great minds discuss ideas.
Average minds discuss events.
Small minds discuss people.
-Eleanor Roosevelt-



Great minds discuss about the expectation on women or maybe gender equality?
Average minds discuss about cuci pinggan pun nak jadi isu ke?
Small minds discuss about perempuan yang meroyan pasal cuci pinggan ni semua pemalas.
-Aku-


Haha. Jadi kita di mana?

Saturday 9 July 2016

Ipan II


Me: Ipan tak boleh ikut ma pergi kedai
Ipan: Cikya ongok
Me: Apa?
Ipan: Cikya ongok
His mom: APA?!?! Cikya bongok?!
Ipan: Aah
His mom: *Tampor*


Hahahaha dan uke. Tak padan dengan pelat nak curse orang.  I bet he doesn't even know what it means.


...sambungan...

Me: Siapa ajar Ipan cakap macam tu? Mesti ikut abang long ni kan?!
Abang long: Dia ikut Mia la >.<
Me: Siapa ajar Mia?
Abang long: Ma
His mom: *Tampor*


Hahahahaha
Moral of the story is,
kids imitate.

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...