Monday 7 August 2017

Kota Damansara Community Forest Reserve

Bukit yang rendah jangan disangka tak akan sesat.

Bukit Denai Tiga Puteri ni sekitar 600 m sahaja tingginya. Disebabkan terlalu gian, aku ajak Ama hiking. Rendah pun rendahlaaa. Janji dapat berpeluh dan bersakit-sakit. Terasa seperti kepuasan hakiki kalau dapat. 

Perjalanan bermula seperti biasa. Jam 8.45 pagi kami masuk entrance. Kedatangan kami disambut oleh monyet yang sedang kencing. Kahkah. Untuk sampai ke puncak bukit kami melalui track Temuan dan Sahabat. Jauh perjalanannya. Tapi tracknya landai sahaja. Sempoi2. Kami boleh berjoging lagi. Ada juga yang cycling. Sungguh adventurous. 



Apabila hampir sampai ke puncak, kami sesat. Ya Rabbana. Pusing sana, pusing sini, tak jumpa peak. Ada tiga lagi team lain yang sesat macam kami. Dengan izin Allah setelah berpusing-pusing akhirnya jumpa juga peak. Allahu. View boleh tahan cantik. Nampak highway, pencakar langit, dan bukit bukau. Angin sepoi-sepoi. Daun goyang-goyang. Lol.



Lepas rehat, ambil gambar, dan makan roti, kami decide untuk turun jam 10.45 pagi. Turun dengan sangat confident. Berlari-lari turun. Sebab tak sabar nak makan nasi. Hehe. Sampailah kami terserempak dengan satu team merah (Abang Husni, Kak Maziah, dan Kak Sinar). Kami follow rapat belakang mereka sambil-sambil berkenalan. Judging from their look, I bet they are in the mid 30s or early 40s. Tapi stamina padu! Rupanya semua gunung di Malaysia dah mereka conquered. Tinggal bukit-bukit je belum naik. Tak lama lagi mereka akan pergi ke Indonesia untuk mendaki Gunung Merapi. Wish I could follow them!

Apabila sampai di jalan yang bercabang, kami confused. Instead of ambil route kiri, kami ambil route kanan. Little did we know kami tersilap percaturan. Tapi mereka ni sangat positif. Walaupun tak tahu jalan tetap yakin akan jumpa jalan keluar. Jalan punya jalan punya jalan, tanpa sedar track yang kami lalu tu senyap sunyi. Senyap hutan. Senyap as if you are in the middle of the deep jungle. Tak ada bunyi cengkerik mahupun monyet. Track pula ditutupi dengan daun-daun basah seolah-olah jarang dilalui manusia. Aku dah tak sedap hati. Rasa seperti berpusing-pusing di tempat sama. Tekanan psikologi mula terasa. Aku dah pernah masuk hutan di pelbagai tempat, tapi ini first time aku rasa takut. Tapi mujur team merah kekal positif. Otailah katakan. 

Lepas yakin kami dah off track, Abang Husni decide untuk patah balik. Alhamdulillah finally kami kembali ke jalan bercabang tadi dan terserempak dengan manusia lain. Macam tu rupanya perasaan bila sesat dalam hutan. Kalau aku dengan Ama saja masa tu tak tahulah apa yang jadi. Huhu. Kami turun melalui track lain, yakni track Harmoni instead of Temuan. Dah tak tahu kat mana dah track Temuan tadi. Selesai track Harmoni kami tiba di jalan raya. Bukan lagi di entrance yang sama kami masuk. Untuk pergi ke entrance asal, kami kena berjalan sejauh 3 km. Allahuakbar. Mencabar sungguh trip kali ni. Pukul 1.30 baru tiba di car park. 5 jam total masa diambil untuk mendaki 600 m!

Moral of the story, never underestimate mother nature.

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...