Friday 27 December 2013

Hidup dan kehidupan


"Gambar ni buat aku terfikir..kita nak berjaya sorang ke bersama? Tapi rezeki bukan urusan kita.."
*Gambar tidak disertakan disini. Harap maklong*

"Dekat U tak sama macam sekolah. Kat sekolah berlumba nak dapat nombor 1. Kat U kalau boleh biarlah time konvo tu semua grad sekali baru rasa seronok."

Begitulah bunyi kicauannya di twitter.

"Kalau dulu belajar erti kecemerlangan, sekarang belajar erti hidup dan kehidupan."

Demikianlah kicauan balasku yang poyo.

Sebenarnya aku still terfikir-fikir isu ni yang dibangkitkan Dekpih semalam. Amboi kemain 'isu'.

Hidup ini bukan setakat deretan A diatas sekeping kertas. Yes.
Kerana kehidupan itu terbina atas nilai-nilai empati, simpati, kasih sayang, persahabatan, .....(sila tambah sendiri)......

Hidup ni terbentuk oleh sesuatu yang bersifat solid seperti segulung ijazah, rumah besar, harta banyak etc. Solid ke? Lantaklah tak terpikir dah term lain.
Sedangkan kehidupan ini dibentuk oleh sesuatu yang abstrak. Jadi bermaknakah hidup tanpa kehidupan? Kadang-kadang kita terlalu mengejar 'hidup' lantas meninggalkan sisi 'kehidupan'.

Orang kata, tak pernah merasai takkan pernah memahami.
Dekpih pernah melalui fasa grad, jadi dia lebih tahu bagaimana perasaan tu. Perasaan grad yang mana tak semua sahabat-sahabat yang menemani perjalanan diplomanya itu ada. 'Geng nya tak complete' senang cerita.

Aku tak pernah merasa grad, masakan aku boleh benar-benar faham perasaan disaat grad but at the same time ada sahabat seperjuangan aku yang terasing dari majlis graduasi tu.

.........atau mungkinkah aku yang terasing itu?

Gembira itu akan jadi lebih best kalau dikongsi.
Susah senang dilalui bersama-sama selama 3,4 tahun, lepas tu nak grad sorang-sorang?
3,4 tahun kita mencipta 'kehidupan' bersama sahabat kita, kemudian kita biarkan dia bersendiri dengan 'hidup'nya?

Haha. Siapa sangka, gila-gila seorang Dekpih, mampu secara spontan memberi aku secebis keinsafan, menyedarkan aku sebuah hakikat, dan mencampakkan aku kedalam ruang muhasabah yang panjang.

Berfalsampah pula aku ditengahhari rembang ini. CC banyak lagi tak study :) Tenang. Tenang. Belajar tak boleh paksa. Nanti hasilnya tak memuaskan. Hihi.

Friday 13 September 2013

Reflection for myself

Fuh fuhh!
*tiup-tiup habuk*

Orang yang tak terduga ditempat yang tak terduga memberi saya peristiwa yang tak terduga.
On the way nak masuk surau saya terserempak dengan seorang perempuan yang pakaiannya..astaga.. (Dia ingat dia Miley Cyrus?). Secara spontannya saya bermonolog sendiri, "Eh ini surau ke?"

Saya yang masih blur2 masuk juga surau tu. Kemudian nampak seorang mak cik arab tengah bercerita pasal aurat dan pakaian kepada seorang akak melayu, tapi suara mak cik tu memang lantang satu surau boleh dengar. Saya yang dah sedia blur ni jadi bertambah-tambah blur, macam "what is going on here?? Ke memang kat surau ni ada sesi tazkirah hari-hari kot..?"

Saya pun joined sajalah 'sesi tazkirah' tu. Mak cik tu cakap tentang syurga, neraka, penciptaan tubuh badan manusia dan sebagainya yang kesemuanya berkait dengan paksi utama topiknya iaitu perihal aurat. Hebatlah mak cik ni boleh bercakap pasal chemical bagai. Makcik ni bercerita sampai menangis. Tengok dia menangis, saya pun rasa nak menangis sekali. Wuu..wuu...

Nak dipendekkan cerita, rupa-rupanya mak cik ni dengan beraninya pergi tegur direct perempuan seksi yang saya selisih di luar pintu masuk surau, dan 'sesi tazkirah' nya itu berlanjutan sehinggalah saya masuk dan joined.

Mungkin orang arab adalah satu bangsa yang tegas dan tiada kompromi. Apa yang hitam, hitam. Apa yang putih, putih. Tidak boleh dicampur menjadi warna kelabu. Mungkin menjadi budaya mereka untuk menegur kemungkaran secara terus dan tidak membutakan mata dengan kejelikan yang jelas didepan mata. Mungkinlah. Saya cakap pun berdasarkan pengalaman saya yang cetek dan pembacaan saya yang terhad.

Sedangkan orang melayu pula adalah satu bangsa yang bertoleransi, cakap berlapik, dan segalanya boleh dibawa kompromi. Mungkin kita terlalu dibelenggu dengan keterikatan budaya dan adat sehingga tiada ruang untuk melaksanakan tuntutan agama sepenuhnya (amar makruf nahi mungkar). Mungkinlah.

Terfikir,

adakah pemikiran kita yang terikat dengan budaya atau sebenarnya iman kita yang lemah?

Lowyat
Maghrib.

Sunday 4 August 2013

Kerana cintaNya umpama sapaan dingin embun yang menghidupkan gersang tanah


Bagi pemuja cinta, daun gugur pun memberi bahagia





Tuhan, izinkan aku mencintaiMu seperti rintik embun yang tak pernah ingkar menanti fajar merekah.




Tuesday 9 July 2013

Doa


Tetapi doa adalah doa. Doa adalah permohonan. Terkadang, orang yang berdoa lupa dia tidak berdoa, melainkan sedang memaksa. 

"Berilah aku kebahagiaan ya Tuhan!". 
"Berilah aku panjang umur!".
"Berilah aku syurga dan jauhkan aku dari neraka!"

Bagaimana Tuhan dapat diperintah-perintah seperti ini? Seperti firmanNya:

Doa mereka didalamnya adalah "subhanakallahumma", dan salam penghormatan mereka adalah "salam" dan penutup doa mereka adalah "alhamdulillahi Rabbil 'alamin". [10:10]


Secebis sedutan Musafir Cinta, novel indonesia tulisan Taufiqurrahman Al-Azizy.

Kata-kata yang padu menikam tepat kesudut hati yang terdalam, menyentak aku ke pusaran muhasabah tanpa lengah. Sesuatu yang mungkin tidak kusedari, terkadang dalam berdoa, sebenarnya aku memaksa. Paksaan dalam rintihan.

Kadang-kadang, kerana terburu-buru, jadi lupa untuk beradab dihadapanNya. Tanpa puja, tanpa puji, tanpa selawat, tanpa sebarang madah yang mengakui kelemahan diri, terus saja memohon segala yang dihajati, seolah-olah memaksa setiap kata ucapan doaku ditulis olehNya didalam kitab takdir. Lupa yang segala puja dan puji itu perlu untuk mengakui hakikat kehambaan. Kerana tanpa puja dan puji sekalipun, kerajaanNya tetap langsung tidak sedikitpun tergugah.





Bercakap pasal doa ni jugak teringat dekat seorang senior yang selalu sering amat memesan supaya aku mendoakannya. Setiap kali akhir perbualan mesti itu yang dipesannya. Cubalah sesekali pesan teh ais ke mee bandung ke. Tibe. Tapi rasa pelik dan awkward juga sebenarnya. Sebab dialah satu-satunya manusia yang aku kenal yang suka pesan macam tu.

Dan opkos lah lepas dia pesan macam tu, aku akan pesan balik pada dia untuk mendoakan aku jugak. Dan jawapan yang dia beri lepas tu, cukup buat aku terharu. Sebab dia jawab..




"Always"




Tapi tak tahulah dia serious ke memain.

Saturday 25 May 2013

Jarak

There are 6 stages to knowledge:
Firstly, Asking question in a good manner.
Secondly, remaining quiet and listening attentively.
Thirdly, understanding well.
Fourthly, memorising.
Fifthly, teaching.
Sixthly, it is its fruit -- acting upon its knowledge and keeping to its limits. 
-Ibn Qayyim AlJawziyyah-



Jika ditanya apakah tanda ilmu bermanfaat?
Apa sahaja ilmu yang mendekatkan jarak antara diri dan Tuhan.

Hmm, tolong beri aku masa
Untuk aku ukur jarak itu.

Friday 24 May 2013

KL Sentral

#Satu

Seusai membayar harga makanan dan mendapatkan tempat duduk yang strategik di sebuah francais makanan segera, kami berlima tanpa lengah menadah tangan memohon hindar azab neraka (baca doa makan). Selang dua minit selepas tangan menerkam juadah didepan mata demi mendiamkan perut yang berkeroncong, datang seorang lelaki berpakaian kemas meletakkan sekeping kad diatas meja kami.

Bisu. Diam. Jeda.

Dipendekkan cerita, lelaki bermata sepet itu rupanya meminta derma untuk sebuah persatuan orang-orang pekak. Anehnya derma diwajibkan sebanyak RM10. Pada mulanya hati keberatan. Tapi aku terfikir, aku sedang duduk menikmati juadah RM13 untuk memenuhi hak perutku seorang, justru mengapa begitu berkira untuk menyumbang RM10 kepada si kurang upaya yang mungkin berpuluh orang? Sangat selfish aku rasa. Sudahnya setiap dari kami menderma RM2 seorang. Lelaki itu lantas melemparkan senyuman terima kasih dan berlalu pergi tanpa sepatah langsung komunikasi.

Seketika kemudian, terdetik, persatuan orang pekak? Entah benar entah tidak. Berpakaian rapi dan sopan menyantuni meski diam seribu bahasa, bersahaja 'merompak' wang ku.


#Dua

"Semua ni masih belajar ke?"

Soalan tiba-tiba, kepada kami berempat dari seorang pakcik lewat umur yang menggelar dirinya 'apak', berkulit gelap, dan berpakaian sedikit tidak terurus. Aku melayan berbasa-basi. Sekadar memberi senyum segaris dan menjawab satu atau dua patah. Mungkin senyumku meruntun jiwanya sehingga aku dipuji sebakul. Mungkin juga pujian itu hanya sebagai taktik beliau untuk memperpanjang perbualan. Sesungguhnya aku curiga pada orang yang terlebih  dos ramahnya.

"Rasa terganggu ke apak tegur?"

"Terganggu", jawabku dengan curiga yang padu. Sekali lagi aku dipuji kerana berterus-terang. Tapi beliau masih tetap meneruskan lagi perbualan syok sendirinya tanpa rasa bersalah. Aduh apak, ketahuilah, jawapan jujur yang kejam itu adalah satu permintaan sopan untuk kami tidak terus diganggu apak lagi. =.=

Tapi hairan, semakin lama kami berbual, semakin aku rasakan sesuatu tentang beliau. Aku yakin beliau bukan biasa-biasa. Beliau mungkin 'seseorang' ketika mudanya. Ditengah metropolitan ini, diantara beribu manusia lain lagi, kami juga yang ditegur. Disebalik kebetulan yang penuh curiga ini banyak yang aku pelajari dari dia. Meski kelihatan agak kurang waras, ada kebijaksanaan yang mengalir dari kata-katanya. Pertuturannya sarat dengan falsafah. Nasihat yang diberi dari satu sosok tubuh yang tidak terjangka, membuatkan aku berfikir lama. Siapa sangka, seorang lelaki asing dengan perwatakan yang meragukan mampu mengajar aku lebih dari cikgu disekolah perturunkan.


******

Di satu tempat yang sama pada hari yang sama aku bertemu dua lelaki dengan jarak umur, perwatakan, dan penampilan yang jauh berbeza, cukup memberiku pengajaran berguna.

Didunia yang penuh serigala jadian, suudzhon itu perlu. Kerana husnudzhon selalu memakan diri. Serigala yang tak hanya muncul saat bulan mengambang tidak pernah memilih mangsa. Asal sahaja ada ruang dan peluang, jiwa-jiwa innocence mudah sahaja dicakar-cakar tanpa belas.


Sekian, ragamku ketika berhadapan dengan manusia yang bermacam ragam.

Sunday 19 May 2013

Sesak


Aha! But I have all of them. xD


Untuk seketika, terpaksa kurangkan dos ketiga-tiganya because...CONASS typhoon is coming!!
Priority must comes first.

Semoga berjaya kawan-kawan. Mari pulun. Biomed rocks!

Berusahalah seolah-olah segalanya terletak ditangan kita, dan bertawakkallah seolah-olah tiada langsung usaha yang kita berikan.
May Allah ease everything.

"Dan sesungguhnya manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya"
[53:39]




Mohon tembakan doanya!

Saturday 20 April 2013

Wednesday 3 April 2013

Malam kian larut

Menghitung detik. Dua hari yang masih terbaki.

Lewat pekat malam ini, entah mengapa, jiwaku meronta-ronta minta segera pulang ke kampung halaman. Fikiran saat ini sudah pun rakus terbang melayang kesana membebaskan diri dari jasad yang terkurung disebalik dinding dimensi ruang dan masa.

Malam ini, kerana fikiran setegarnya meninggalkan jasad terkontang-kanting telah memaksaku melakukan sesuatu yang tak pernah aku ingin cuba. Ya, meng-google image dan meng-google map daerah asalku. Apakah?



Masa, pantaslah menderu. Lebih pantas dari lajunya cahaya. Meski kutahu satu hal yang pasti - cuti ini akan jadi satu bebanan yang berat. Kerana hal yang terlebih pasti - seusai cuti deretan tests dan tugasan akan menyambutku seperti kawan yang sudah lama tidak bersua.


Monday 1 April 2013

Doa

Kepada pemeluk teguh


Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut namaMu

Biar susah sungguh
Mengingat Kau penuh seluruh

CahayaMu panas suci
Tinggal kerdip lilin di kelam sunyi

Tuhanku

Aku hilang bentuk
Remuk

Tuhanku

Aku mengembara dinegeri asing

Tuhanku
DipintuMu aku mengetuk
Aku tidak bisa berpaling


Chairil anwar
13 November 1943

Saturday 16 March 2013

Melankolik


Aku sayang kalian.
Kalian istimewa.
Kalian bukan pungguk merindu bulan.
Kalianlah bulan dipagar bintang!

Sahabat seperjuangan


Buat sang bulan
Terima kasih untuk langkahan bersama selama ini
Ketahuilah betapa aku bersyukur
Kerana dalam kitab takdirku, tertulis cerita kalian.

Terima kasih Tuhan, untuk itu.



---



Aku sayang kalian lebih.
Kalian extra istimewa.
Kalian bukan bulan di pagar bintang.
Kalianlah mentari di ufuk senja!

Ayah dan bonda


Buat mentari hidupku,
Terima kasih untuk pancaran cahaya yang kilau
Kalian setia memberi cahaya disetiap hujung pekat malam
Betapa mungkin kelam hidupku tanpa kalian

Jasa kalian, tak pernah mampu kubalas.

Saturday 16 February 2013

Percaya

Kebahagiaan tidak hadir dengan terpenuhnya segala kehendak
Kebahagiaan hanya terkecap bila ada redha dalam hati.

"Hati emas"

Istilahnya saja sudah menggetarkan jiwa
Apatah lagi untuk memilikinya.

Anggap saja ini cabaran
Kan sudah berlafaz, berniat kerana Dia?
Dia uji demi memberi peluang pada diri untuk membukti.
-- [29:3]


Jangan sia-siakan peluang.


Dan jangan give up.
Sebab give up bukan sifat mukmin.
-- [12:87]

Andai betul-betul berpaut pada-Nya,
Takkan lah Dia nak lepaskan tangan kita pula?


Percaya dan yakin.
Selagi punya Tuhan, harapan itu akan sentiasa ada.


Tawakal 'alaAllah.


Friday 15 February 2013

Selesa

Garis-garis masa menemukan,

Untuk mendapatkan pendengar, itu mudah.
Untuk mendapatkan pendengar seketika, itu lagi mudah.

Tapi,

Untuk mendapatkan pendengar tanpa penghukum, itu payah.
Untuk medapatkan pendengar setia tanpa menghukum, itu lagi payah.

Dan atas sebab itu,

Selain kepada Dia,
Aku lebih senang memuntahkan ke skrin putih ini
Berbanding meluahkan kepada manusia.

--

Kerana "Semut" tak pernah menghukum.
Dan Dia tak pernah mungkir setia.

Mimpi

Pernah seminggu saya melepak? menginap? menumpang? merempat? merempit? (eh macam tiba-tiba je) apa-apa je lah, di rumah kakak saya.

Di kawasan perumahan baru di Nismilan. Yelah, kawasan baru penghuni pun tak ramai. Memang senyap sunyi lah kawasan tu. Bunyi cengkerik pun takdek.

Tapi yang bestnya, betul-betul depan rumah ada taman. Besar gilaaaaaa. :D Kemain eksaited. Ok dah.

Surau kawasan tu sentiasa kosong. Tok bilal pun takdek lagi kot gamaknya. Sebab seminggu duk situ tak pernah lagi dengar azan.

4 waktu yang itu bolehlah saya alert sendiri.

Tapi subuh? Krik krik. Eh silap, cengkerik mana ada.

Mujur ada phone. Boleh set alarm.

Nak jadikan cerita ni lebih dramatik, pada malam terakhir saya disitu, fon rosak tiba-tiba. Takdeklah tiba-tiba sangat. Dah lama dah dia meragam. Tapi kali ni tak dapat diselamatkan.

Duhhh acano subuh den pagi esok? Sapo nok kojut eh? (tiba-tiba cakap Nismilan acah-acah anak jati sini)

Tiba-tiba terlintas dikepala kata-kata siapa entah, dia pesan, jangan bergantung sangat pada makhluk. Bergantunglah pada Allah. Mintak tolong Dia. Sebelum tidur tu tepuk-tepuk bantal, pesan pada bantal, and cakap pada Allah tolonglah kejut aku pukul sekian-sekian esok. Nanti Dia tolonglah tu kejutkan.

Terima kasih lah pada orang yang pesan tu walaupun saya tak tahu sape. Nanti free2 moh ler kita pekena cekodok tepi tasik. Tiba-tiba kan.

Saya pun praktiklah apa yang dia suruh tu. Dan tidur dalam redhooo. Tawakal.

And then saya mimpi. Mimpi berada di kolej. Baru seminggu tinggalkan kolej dah mimpi. Kejadah.

Mimpi berada dalam bilik dengan rumates tersayang. Eceh.
Ada jugak dua orang kolejmates, yang tak berapa rapat pun, tiba-tiba study dalam bilik saya. Kejadah lagi.

Dipendekkan mimpi, cerita detail karang buatnya ada orang pandai tafsir mimpi kat sini.. hah sudah!
saya tengah relax dikatil, tiba-tiba dengar azan dari surau kolej. Entahlah, terasa azan kali ni lembut je menyapa gegendang telinga. Terasa betul-betul melunakkan hati. Rasa best sangat azan ni! Rasa macam betul-betul dengar azan in reality, bukan mimpi. Tapi ni memang mimpi. Serious, feeling tu tak terungkap dengan taipan keyboard.

Usai sahaja azan dilagukan, debushh!! saya sambung merebahkan tubuh dikatil. Bunyi macam terjun kolam pulak -.-

"Nak relax sikit lagi. Kejap-kejap lagi lah aku solat", monolog sendiri dalam hati.
Ingin merehatkan badan yang kononnya penat.

And then, dua orang kolejmates yang tengah study tadi tu tiba-tiba tutup buku, berjalan keluar meninggalkan bilik nak pergi ambil wudhu'.

Melihat mereka, rasa tersentap. Sentap sangat!! Tiba-tiba (banyak betul tiba-tiba!)  rasa sangat berdosa sebab sengaja melewat-lewatkan solat. Rasa lebih membesarkan rehat daripada Dia. Tsk tsk tsk..Terus istighfar banyak-banyak dalam hati.

Entahlah, menyesallah. Malu. Walaupun hakikatnya tak tahu malu dengan siapa. Malu dengan Dia? Mereka? Atau diri sendiri? Entahlah. Tapi perasaan tu lah yang mencengkam. Apa lagi, cepat-cepat bangun dari katil. The moment nak bangun tu, saya tersedar dari tidur, dengan penuh confused. -.-

Tengok jam, mashaAllah, hampir 6.30. Subuh woi.

Selesai solat, masih dalam ke-konfius-an. Err.

"Azan tadi tu mimpi ke atau betul-betul azan? Ish takkan betul pulak. Dah seminggu kat sini tak pernah pun dengar azan, takkan hari ni tetiba ada azan pulak. Tapi azan tu betul-betul macam real. Eh mustahillah. Mana ada orang azan subuh pukul 6.30. Hmm mimpilah tu kot. Tak sangka, Dia betul-betul kejutkan aku subuh. Ya Allah, terharunya, dah seminggu aku tak dengar azan, tiba-tiba Dia bagi aku azan yang paling indah pernah aku dengar. Pulak tu, dalam mimpi pun Dia sudi tegur aku yang culas dalam solat. Baiknya Kau pada aku yang bukan siapa-siapa ni :'(", monolog.

Saya minta satu, Dia bagi berganda!

Saya minta kejut subuh, Dia memang kejut subuh dengan azan yang sangat merdu dan teguran yang padu menusuk ke kalbu.

Terima kasih, Ya Allah. Kerana menegur aku dengan cara yang paling sweet.

Seriously, rasa sangat sangat sangat terharu. Wuu..nak nangis..nak nangis..
Macam-macam perasaan ada sebenarnya. Gembira, sebab dapat teguran langsung dari Dia.
Malu, sebab lalai bukan sahaja dalam dunia nyata, dalam mimpi pun lalai !
Banyak lagilah perasaan lain yang tak terluah disini.


Hmm.


Orang kata mimpi mainan syaitan.
Saya tak tahu ini mainan syaitan atau bukan. Saya cuma bersangka baik dengan-Nya.

Wednesday 13 February 2013

Untitled


""
HambaKu menyombongkan diri terhadapKu dengan pelbagai atribut kemegahan, padahal Akulah yang melindungi mereka ditempat tidur mereka.

AntaraKu dan jin serta manusia, terjadi berita besar, bahawa Akulah yang menciptakan, namun yang disembah adalah selainKu.

Aku memberi rezeki, namun selainKu yang disyukuri.

KebaikanKu sentiasa turun kepada para hamba, tetapi kejahatan merekalah yang selalu naik kepadaKu.

Aku mencintai mereka dengan mengurniakan mereka nikmat-nikmatKu, sedangkan Aku tidak memerlukan mereka. 

Mereka memancing kemurkaanKu dengan pelbagai kemaksiatan, padahal merekalah yang paling memerlukanKu.

Sesiapa yang datang kepadaKu, maka ia akan kujemput dari kejauhan. Sesiapa yang berpaling dariKu, Aku akan memanggilnya dari kejauhan.

Sesiapa yang meniggalkan sesuatu demiKu, akan Kuberikan kepadanya lebih dari cukup.

Sesiapa yang inginkan keredhaanKu, Aku pun menginginkan apa yang diinginkan olehnya.

Sesiapa yang bertindak bergantung kepada kepada daya dan kekuatanKu, maka akan Kulunakkan baginya.

Orang yang melakukan maksiat, tidak akan Kubuat mereka berputus asa dari rahmatKu, jika mereka bertaubat kepadaKu, maka akan Aku menjadi kekasih mereka, kerana Aku mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan.

Jika mereka tidak bertaubat kepadaKu, maka akanKu bertindak sebagai Penyelamat mereka. Akan Kuberikan cubaan kepada mereka dengan pelbagai musibah untuk membersihkan mereka dari pelbagai aib. 

Sesiapa yang lebih mementingkan Aku daripada selainKu, maka akanKu lebih mementingkannya daripada orang lain

Satu kebaikan disisiKu adalah bernilai 10 kali ganda yang sepertinya, hingga ke 700 kali ganda, hingga ke gandaan yang banyak sekali.

 Sedangkan kejahatan disisiKu adalah bernilai satu. Maka jika ia telah menyesal dan memohon ampun, maka Aku pun mengampuninya.

Aku mensyukuri amal kebaikan yang sedikit dan mengampuni banyak kesalahan.

Kasih sayangKu mendahului murkaKu

Sifat penyantunKu mendahului keputusanKu menjatuhkan hukuman.

Pemberian maafKu lebih mendahului seksaanKu.

Aku lebih Pengasih kepada hamba-hambaKu, daripada kasih sayang ibu terhadap anaknya.

""

Monday 11 February 2013

Sendiri


Berenang dalam lautan manusia

Berombak masalah  --kau lemas sendirian.

:(




"Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan tidak pula Dia membenci" (93:3)

Tempat berpaut paling ampuh, masih ada. Yakinlah wahai hati.




Sunday 10 February 2013

Sapere aude !


"When you have questions, seek the answers. Don't allow your heart to rot with doubts. When you have answers, seek new questions. Don't allow your mind to rot with stagnation. Knowledge is a clean river, constantly flowing."

-Aiman Azlan


Never rot with doubts. Never rot with stagnation. Dare to know!

.

Tadaaaaaaa!! Terkejut tak? Terkejut tak? Lulz.

Sebenarnya nak cakap tadaaaaaaaaa blog ni dah tukar nama!! :D Sila buat muka terkejut tenuk sekarang

Namanya Semut. Apakah?

Ya, cuti adalah waktu terbaik untuk berkenalan dengan semut-semut dirumah.

Pada pengamatan saya, semut adalah satu kaum yang sangat bertamadun. Semut ni walaupun kecik je orangnya binatangnya, tapi banyak ibrah boleh kita ambil.

Pernah dulu waktu kecik, mak saya tolong saya memasak didapur. Eh. Saya tolong mak saya didapur. Tiba-tiba, saya nampak beberapa baris semut merayap didinding. Hairan saya, setiap kali mereka bertembung, seolah-olah mereka sengaja berlanggar, berlaga-laga sesungut antara satu sama lain. Mak saya cakap, "Itu bukan berlanggar. Itu diorang tengah beramah mesra, bertegur sapa antara satu sama lain. Dia tanya nak gi mana tu? Banyak dapat rezeki hari ni? Eh lawa sesungut."

Terer dia translate. Mak saya memang understanding orangnya. Kecik lagi masa tu kan. Masih innocence. Maka saya percaya je lah. -.-'

Selain mesra alam (?) , semut jugak sangat berdisiplin, patuh arahan queen, berdedikasi, komited, mempunyai semangat kesukanan kerjasama yang tinggi, dan 30000 km jaun lebih rajin dari saya. Fuh !

Dan yang lebih osemnya..


Klik untuk tumbesaran yang lebih sempurna!

Agak-agak best tak kalau dapat hidup dalam 'komuniti semut'? 

Korang pelik tak kenapa tajuk entry ni macam ni "." je?
Tak pelik? Ahh walaupun korang tak pelik, nak bagitahu jugak, tu semut! Haha

Sebarang perubahan lain pada blog ni akan diberitahu dari semasa ke semasa. Pergh macam retis. Bajet ada orang kesah je pasal blog ni. Haha. Ini semua poyo~~!!


Assalamualaikum. Kbye!

Saturday 9 February 2013

The guilt is there

Kau memberiku kerikil-kerikil sederhana saiznya.

"Kerikil ini berguna buat mengisi masa kala menikmati tasik", ujarmu berkali-kali demi cuba merasionalkan pemberian.

Aku memandangmu. Padanya jeda yang lama.

Serasa bingung. Hendak kucapai, tanganku jauh. Tidak kucapai, takut-takut hatimu pula yang menjauh.

Jeda bernoktah.

Pemberianmu kusambut, itupun setelah diregang-regangnya tangan.

Beriringanlah dua batang tubuh itu ke tasik; dengan kerikil digenggam.

Langkahan itu, derap demi derap. Hingga satu detik aku merasakan tak termungkin untuk aku meneruskan.

Tiadalah kau tahu, kerikil pemberianmu itu membagi sakit pada genggaman. Memberatkan tangan pada hayunan. Kerikilmu itu walau saiznya sedikit kecil berbanding besar, tetap tiadalah mampu kugenggam sepenuhnya.

Tanpa tuntas bicara, hadiahmu kupulangkan.

Meneballah rasa bersalahku pada diammu.

Kalaulah kau berjalan dengan kasutku, lihat apa yang aku lihat, dengar apa yang aku dengar, rasa apa yang aku rasa, tentu fahamlah engkau akan kata putusku.

Kuharap adanya belas dalam pandangan matamu. Janganlah dipaksa diriku melakukan apa yang mungkin mudah untuk kau lakukan. Kerana ianya mungkin sukar bagiku.

Sedang saiz telapak tangan sahaja sudah berbeza, apatah lagi saiz kasut.

Langit yang mendung, nikmatnya pada  redup biru yang ada masa-masanya sahaja yang muncul. Indahnya pada kerehatan sang mentari setelah seharian memancar bakti.

Hari yang kelam mahupun sinar, kedua-duanya Tuhan letakkan makna.

Justeru hidupku yang singkat ini, apa inginku biarkan berlalu tanpa makna?

Aku nampak dengan duduk-duduk ditasik itu boleh membuatkan hidupku bermakna.

Bermakna, jika aku tahu mentadabbur pada hening permukaan airnya, pada ligat renangan ikannya, dan pada hijau pepohonan kelilingnya.

Tapi kawan, aku tidak nampak bagaimana kerikil-kerikil itu dapat membuatkan duduk-duduk ditasik itu menjadi lebih bermakna. Lantas apa perlunya kerikil itu untukku?

Aku faham kecamuk hatimu; pada penolakanku akan pemberianmu itu.

Dan andai saja kau juga faham kecamuk hatiku; antara meletakkan makna pada setiap gerak hidupku, atau memeluk erat hatimu demi sebuah hubungan.

Maafkan aku, kawan.



Wahai Tuhan Yang Maha Memudahkan, permudahkanlah urusan dia, dan permudahkanlah urusanku. Jauhkanlah kami dari daerah sengketa. 

:(

Friday 8 February 2013

Tindakan refleks

Tatkala aku melihat akhlak mereka yang sungguh menawan, wajah mereka yang tenang, pertuturan mereka yang mendamaikan, nasihat mereka yang membekas, semangat mereka yang menderu, ibadah mereka yang tak kenal surut, keyakinan mereka yang jitu, aku jadi kelu.


Dia, yang melemparkan senyum padaku meski kepenatan diwajahnya jelas teraut. (teraut? pun boleh)

"Janganlah sekali-kali engkau meremehkan sesuatupun dari kebajikan, meskipun sekadar berjumpa dengan saudaramu dengan wajah yang ceria."
(HR Muslim)



Dia, yang mengisi senggang-senggang waktunya dengan bacaan Al Quran.

"Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia."
(23:3)



Dia, yang menutup pili air sementara me-nyahkuman-kan tangannya dengan sabun. *Ammboihh 'menyahkuman'. Haha

Rasulullah SAW pernah melewati Saad yang sedang berwudhu', lalu Baginda bertanya, "Mengapa engkau membazir seperti ini wahai Saad?" Saad bertanya, "Apakah didalam wudhu' juga ada istilah membazir?" Baginda menjawab, "Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir."
(HR Ahmad)

*If you get what I mean.


Dia, yang egonya tidak membengkak saat ditegur oleh manusia "kecil" sepertiku. Bahkan, kata maaf dan terima kasih pula yang meluncur laju dari mulutnya.

"Lihatlah pada apa yang dikata, dan janganlah dilihat pada siapa yang berkata"
(Saidina Ali)



Dia, yang hanya dengan kalam Tuhan, cukup membuatnya terus optimis dan tabah melangkah meski ujian kian memberat.

"Cukuplah Allah sebagai pelindung kami, dan Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar"
(3:173)



Dia, dia, dia, dan dia adalah orang yang berbeza.
Setiap gerak dan tutur mereka seperti diilhamkan oleh Ar Rahman Ar Rahim, seperti dipandu Al Quran As Sunnah, dibayangi Ar Rasul dan sahabat sahabiah. Ada saja gerak-geri mereka yang mengingatkan aku tentang ayat Al Quran mahupun hadis. SubhanAllah.

Melihat akhlak mereka, hati ini rasa insaf dan tersentuh. Rasa sayang dan kasih akan mereka, tidak semena-mena.

Arghhh aku sangat kagum. Kagum yang tak dapat dibendung. Makin aku perhatikan mereka, makin aku kagum. Tapi tipulah kalau mereka sangat sempurna. Aku tak nafi mereka juga ada sisi manusiawinya.

Tak pernah aku sedar, akhlak mampu membuatkan manusia asing untuk jatuh cinta dengan agama sang penyantun yang beradab.

Dan kini bertambah fahamlah aku, bahawa manusia asing itu bukan hanya merujuk kepada mereka yang janggal dengan kalimah 'Allah'. Kerana boleh juga terjadi, manusia asing itu adalah mereka-mereka yang seperti aku. Insan yang masih tercari-cari.

Ada dia berpesan kepadaku,
"Kita kena belajar dari sekeliling kita semua. Belajar dari semua orang."

InshaAllah. Akanku terus belajar, mengaut seberapa banyak manfaat dan hikmah dari dia, mereka, dan dari sesiapa sahaja!

Never-ending "stalking".

Selautan syukur kepada Allah kerana menghadirkan insan-insan seperti ini disekelilingku.

Ehem ehem. Siapakah mereka ini?
Biarlah rahsia. Ekeke. Itu bukan point nya.

Point nya disini my dear self,
berakhlaklah!

Thursday 7 February 2013

For you.




"Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan dibibir. 
Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya."
-Imam Al Ghazali-


Ya, doa itu ajaib.

:)

Sunday 3 February 2013

13:11

Bismillah.

Ok itu mukaddimahnya.
Pendek dan padat.

Tak tahu nak mulakan entry ni macam mana sebenarnya. Jadi kita mulakan dengan bismillah. 

Now, kita straight to the point.
Saya cuma nak cerita apa yang kehidupan ini telah mengajar saya. Ececehh. Bak kata orang France, "experience is the best teacher", lepas di-translate dalam bahasa inggeris. Ekeke.


"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
(13:11)

Sebelum ni memang dah banyak kali bertembung berbalas senyum dengan ayat ni. 
Tapi tu lah. Walaupun dah banyak kali jumpa tapi macam angin lalu je. Nyamannya seketika je terasa. Bila angin tu menjauh, terus dilupakan. Tak ada rasa nak appreciate pun.
Sebenarnya apa yang saya cuba sampaikan ni? -.-

Ok sebenarnya cerita dia macam ni..

Once upon the time (sungguh cliche -.-) saya jawab exam. Final exam. Nak dijadikan cerita yang dah memang terjadi pun, saya tiba-tiba blank. 

Study ber-rak-rak, sekali time exam lupa. 
Perasaan masa tu amatlah julung-julung kali dirasa diluar waktu exam. Dalam banyak-banyak waktu, waktu exam juga dia nak lupa. Marah ni!! Haha.

Contohnya soalan dia macam ni. Contoh je ni.
"List the clinical uses of atropine"

Haaa punya banyak puluh-puluh drugs nak kena ingat(over), confirm confirm lah saya tertukar-tukar which one which. Hyoscine, bleomycin, ipratropium, benztropine, paclitaxel, bla bla bla dengan segala clinical uses, adverse effects, contraindications bla bla bla sampai memory full dah haaa. Perghhh dah habis exam pun ingat lagi kau semua-semua ni. Bangga Dr. Dhar****. Konon.

Bila tak dapat jawab tu apa saya buat? Berjalan keluar meninggalkan seminar room dengan bergaya. Memang tak lah. Haha. Sedor-sedor lah sikit carry marks tak seberapa.
Btw, jawab exam dalam seminar room instead of exam hall yang gah, menyebabkan debaran nak menduduki exam kurang terasa....lah sangat.

Maka saya perah-perah lah otak yang geliga ni dengan harapan adalah jus yang mengalir buat penghilang dahaga. Tibe.

Ada jugaklah jawapan-jawapan yang melintas dikepala. Tapi saya tak confident. Jadi saya tak tulis. Maka saya perah lagi nak cari jawapan yang kononnya lebih bernas, comel dan kelihatan tidak menjengkelkan(pergh, macam tak percaya je saya guna word ni. haha).

Last last sudahnya, soalan tak berjawab pun. Ada lah jawab, pendek je lah tapi.

Tapi yang lawaknya sebelum, semasa, dan selepas exam duk mintak kat Allah nak result cemerlang, gemilang, terbilang, dan majulah result untuk negara. Dan Allah tu maha Pengasih, kerana sesungguhnya memang saya tak dapat pun result macam tu. Haha.


Gambar sekadar hiasan


Lalu (13:11) datang menerjah tepat pada masanya. 

Maka bermulalah episod muhasabah. Ehem ehem.


*Ambil cermin*

Kan Allah dah kata, Dia tak akan ubah nasib kau, kalau kau sendiri tak berusaha nak ubah. Kau duk mintak kat Allah result yang boleh mengembangkan mak ayah, tapi kau sendiri tak berusaha menggerakkan tangan kau untuk tulis jawapan-jawapan yang dah terlintas dikepala. Bukankah menggerakkan tangan untuk menulis itu juga satu usaha? Ke kau nak jawapan tu muncul sendiri atas kertas exam secara tiba-tiba? Walhal jawapan-jawapan yang terlintas dikepala kau semua tu adalah ilham dari Allah. Nampak tak? Allah dah tolong kau. Tapi kau yang tak tolong diri sendiri. Nampak tak kedayusan kau disitu? Eh.

*Simpan balik cermin*

Memang saya hilang markah. Tapi saya dapat pengajaran yang sangat berharga disitu. 

Hek elehh ni je ke pengalaman yang kau nak cerita? Mende kecik ni pun nak jadi isu. Hambarlah.

Ya, saya tahu hambar. Hidup saya memang hambar pun. Perkara yang kecik yang kadang orang terlepas pandang semacam ni lah yang membawa saya mengenal Tuhan. 

Buat apa lah  ada pengalaman yang maha osem sekalipun, tapi tak pandai nak ambil iktibar. Mungkin pengalaman osem boleh buat hidup kita ceria, tapi ceria yang kosong.

Eh ayat macam emo je ni pasaipa?
Lulz.

Cuti ni saja dah berkali-kali saya diarrhea. 
Pi klinik doktor bagi metaclopramide dengan atropine.
Sengih sorang-sorang tengok ubat. 
Haha.

Friday 1 February 2013

43:67


Ketika kubaca firmanNya, "sungguh tiap mukmin bersaudara"
Aku merasa, kadang ukhwah tak perlu dirisaukan
Tak perlu, kerna ia hanyalah akibat dari iman

Aku ingat pertemuan pertama kita, ukhti sayang
Dalam dua detik, dua detik saja
Aku telah merasakan perkenalan, bahkan kesepakatan
Itulah ruh-ruh kita yang saling sapa, berpeluk mesra
Dengan iman yang menyala mereka telah mufakat
Meski lisan belum saling sebut nama dan tangan belum berjabat

Ya, kubaca lagi firmanNya, "sungguh tiap mukmin itu bersaudara"
Aku makin tahu persaudaraan tidak perlu dirisaukan

Kerana saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh
saat salam terasa menyakitkan,saat kebersamaan serasa siksaan
Saat pemberian bagai bara api, saat kebaikan justeru melukai
Aku tahu, yang rombeng bukan ukhwah kita
Hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau mengerdil
Mungkin dua-duanya, mungkin kau saja
Tentu lebih sering, imanku lah yang compang-camping

Kubaca firman persaudaraan ya ukhti sayang
Dan aku makin tahu, mengapa dikala lain diancamkan;
"Para kekasih pada hari itu, sebahagian menjadi musuh sebahagian yang lain..
Kecuali orang-orang yang bertakwa"


-Salim A Fillah, Dalam dekapan ukhwah-



Best kan? First time baca pun rasa tersentuh.
Tak ingatlah bila first time saya baca puisi ni.

Tapi masa Forum Mardhatillah bil Ukhwah with Hilal Asyraf, ada ditunjukkan video pasal puisi ni.

Sebenarnya dalam puisi ni 'ukhti' tu 'akhi'.
Sengaja tukar.
Rasa pelik pulak nak hayati dengan word 'akhi' tu. Haha



"Close friends, that Day, will be enemies to each other, except for the righteous"
(43:67)


Ukhwahfillah
Bunyinya sedap.
Lebih sedap dari ABC yang menuruni kerongkong disaat panas terik mentari. Sangat tiba-tiba. -.-

Tapi ianya rare. *saya sedang bercakap tentang ukhwahfillah. Bukan ABC.
Ianya memang rare.
Tapi ia ada.
Wujud.

Dulu saya tak faham macam mana nak dapat ukhwahfillah ni?

What you give, you get back.
Erti hidup pada memberi.

Untuk mendapatkan ukhwah semacam ini, kita dulu yang perlu memberi.
Memanglah payah. Sebab?
Sebab kita mengharapkan balasan dari sahabat kita.

Bila kita sayang sahabat kita, kita mengharapkan dia sayang kita sepertimana kita sayangkan dia.
Bila kita rindukan dia, kita harapkan yang dia juga merindukan kita.
Bila kita concerns tentang dia, kita berharap dia juga turut concerns tentang kita.
Dan semua sayang, rindu, dan concern ini kita letakkan 'kerana Allah'

Tapi yang sebaliknya pula berlaku.
Semua yang kita harapkan, tinggal harapan.
Tiadalah sudah ukhwahfillah.
Kecewalah kita dengan ukhwahfillah.

Saya ada terbaca pasal ni (kita je yang berusaha nak ber-ukhwahfillah, sedangkan sahabat kita tu tak ambil port pun) dalam buku Fanzuru written by Hilal Asyraf.

Apa yang dia kata dalam buku tu?
Bacalah sendiri. Haha.

Lepas baca buku tu, ia memberi saya satu persepsi baru tentang ukhwahfillah.
Eh tak, tak. Bukan persepsi baru. Persepsi tambahan. :)


Gambar takde kaitan :p


Sebenarnya, apa point yang saya cuba sampaikan ni?
Krik krik

Saya cuma nak cakap puisi atas tu best.
Entri ni cuma nak share puisi atas tu je.
Tapi dah termeleret pulak. :p

Assalamualaikum. Kbye!

Tuesday 29 January 2013

Tanpa tajuk


1. Istiqamah itu bukan senang. Dah lah susah, susah pulak tu. *haaa perhatikan unsur penegasan disitu :p

2. Tak mahu dan tak tahu itu tak sama. Kerana aku tahu, dia menjauh bukan kerana tak mahu tapi kerana tak tahu. Izinkan aku memberi tahu agar dia mahu dan bergerak menuju mampu.

3. Menangguhkan solat itu sungguh tidak cool.

4. Bila ikhlas, hanya Allah yang tahu. Bila tidak ikhlas, hanya Allah dan diri sendiri yang tahu.

5. Setiap yang berlaku dalam hidup ni adalah tanda kasih sayang dan rahmat Allah. Tinggal kita je, nak bersangka baik atau tak.

6. Hapdet gaya Tun M. Haha. Banyak yang nak dicerita. 5 points di atas mewakili 5 cerita berbeza. Sudahnya jadi macam ni.


Sunday 27 January 2013

Pelangi kehidupan

Sem 1 Year 2 sudah pun selamat melabuhkan tirai. Ok skema.

Sem ni terasa sangat berwarna warni. Banyak pengalaman baru, best dan tak best.
Ada ups and downs.
Bukan sekadar fasa plateau. *physio tiba tiba.

Inilah warna warni yang membentuk pelangi kehidupan saya! :D

Dr Zakir Naik Malaysian Tour 2012 (PWTC)

Sampai sekarang masih rasa tak percaya dapat jumpa beliau secara live :O
Selama ni hanya mampu tengok dalam utube je. Wuu~

Lelaki ini, banyak hujah-hujah menarik yang boleh saya dengar
Satu perkara yang buat saya cukup kagum dengan beliau ialah bagaimana beliau mampu mematahkan hujah lawannya hingga membuatkan lawannya terduduk, terdiam, dan termalu sendiri. *Hyperbola sikit.
Pulak tu, beliau hafal kesemua holy books agama-agama yang ada atas muka bumi ni. Al-Quran, Bible, kitab-kitab Hindu yang berbelit lidah nak disebut, and etc..

Entah berapa ribu GiB la memori dia kan?


Forum Mardhatillah Bil Ukhwah

Ust Zul, Ust Ismail, Hilal Asyraf, Kak Su :)

Kenapa dengan forum ni? Ok, forum ni sama sahaja macam forum lain. Cumanya, forum ni memberi saya pengalaman pertama berjumpa dengan Hilal Asyraf. 

Kenapa dengan Hilal Asyraf? Ok, Hilal Asyraf ni sama sahaja macam manusia lain, Cumanya, saya kagum dengan cara dia berfikir dan melihat sesuatu perkara (berdasarkan buku-buku yang dia tulis).

Mungkin sebab tu lah saya teruja nak datang forum ni.


Duduk Diam Untuk Gaza (DDUG)

SAVE SYRIA FREE GAZA

Orang kuat Aqsa Syarif pun datang

Bersama sebahagian yang terlibat :)

:')

Duduk diam untuk Gaza bukanlah duduk diam yang tidak bermotif.
It was an effort to raise awareness among malaysians.
Meski usaha ini kelihatan kecil, tapi..

Something is better than nothing, yes?


Kem Tautan Hati

Disebalik kem yang biasa-biasa ini, ada sesuatu yang luar biasa yang saya peroleh.
Macam-macam 'pengalaman pertama' yang saya dapat dari kem ni.

First time buat campfire.
First time wudhu' dengan air sungai (sungai apa ntah?)
First time cari arah kiblat sendiri di tengah hutan
First time solat dilantai bumi beralaskan batu dan kerikil
First time solat tanpa telekung berbumbungkan langit.

Dan semua ini memberikan saya suatu perasaan yang luar biasa.
Mungkin biasa bagi orang lain, tapi tidak bagi saya.

Masak nasi dalam buluh :D

Sungai yang tak diketahui namanya
Air terjun.
*tak cakap pun orang boleh tahu. apa punya caption daa.
tak payah letak captionlah lain kali

*tak ada caption*


Eh eh, macam kenal..

pengalaman kali kedua dengan Hilal Asyraf :p
Secara overall, kem ni memang mencabar.
Bertepatan dengan temanya 'Survival of the fittest'.
Eh bukan, 'Survival of iman' :)


Sebenarnya banyaaaaaaaak lagi pengalaman manis leting, tawar hebe, pahit maung.
Tapi saya malas nak type.
Sampai sini saja.
Kbye.

Saturday 5 January 2013

Nak pergi mana?


"So where are you going?"
(81:26)

The best question to be ask to ourselves.
Everyday.

Demi hari-hari yang membuatkan
otak penat
Tubuh letih
Nafas lelah
Semangat lemah
Jiwa sesak

Kekabutan hidup untuk menunaikan hak diri
terhadap keperluan dan kehendak
dalam perjalanan yang terlalu panjang
didunia yang sementara ini

Membuatkan kita kekadang lupa,
sebenarnya diri ini
nak kemana?

"So where are you going?"
(81:26)

Matikan sebentar langkah itu
dan hitung semula
kemana sebenarnya langkahanku terarah?


"So where are you going?"
(81:26)

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...