Wednesday 13 February 2013

Untitled


""
HambaKu menyombongkan diri terhadapKu dengan pelbagai atribut kemegahan, padahal Akulah yang melindungi mereka ditempat tidur mereka.

AntaraKu dan jin serta manusia, terjadi berita besar, bahawa Akulah yang menciptakan, namun yang disembah adalah selainKu.

Aku memberi rezeki, namun selainKu yang disyukuri.

KebaikanKu sentiasa turun kepada para hamba, tetapi kejahatan merekalah yang selalu naik kepadaKu.

Aku mencintai mereka dengan mengurniakan mereka nikmat-nikmatKu, sedangkan Aku tidak memerlukan mereka. 

Mereka memancing kemurkaanKu dengan pelbagai kemaksiatan, padahal merekalah yang paling memerlukanKu.

Sesiapa yang datang kepadaKu, maka ia akan kujemput dari kejauhan. Sesiapa yang berpaling dariKu, Aku akan memanggilnya dari kejauhan.

Sesiapa yang meniggalkan sesuatu demiKu, akan Kuberikan kepadanya lebih dari cukup.

Sesiapa yang inginkan keredhaanKu, Aku pun menginginkan apa yang diinginkan olehnya.

Sesiapa yang bertindak bergantung kepada kepada daya dan kekuatanKu, maka akan Kulunakkan baginya.

Orang yang melakukan maksiat, tidak akan Kubuat mereka berputus asa dari rahmatKu, jika mereka bertaubat kepadaKu, maka akan Aku menjadi kekasih mereka, kerana Aku mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan.

Jika mereka tidak bertaubat kepadaKu, maka akanKu bertindak sebagai Penyelamat mereka. Akan Kuberikan cubaan kepada mereka dengan pelbagai musibah untuk membersihkan mereka dari pelbagai aib. 

Sesiapa yang lebih mementingkan Aku daripada selainKu, maka akanKu lebih mementingkannya daripada orang lain

Satu kebaikan disisiKu adalah bernilai 10 kali ganda yang sepertinya, hingga ke 700 kali ganda, hingga ke gandaan yang banyak sekali.

 Sedangkan kejahatan disisiKu adalah bernilai satu. Maka jika ia telah menyesal dan memohon ampun, maka Aku pun mengampuninya.

Aku mensyukuri amal kebaikan yang sedikit dan mengampuni banyak kesalahan.

Kasih sayangKu mendahului murkaKu

Sifat penyantunKu mendahului keputusanKu menjatuhkan hukuman.

Pemberian maafKu lebih mendahului seksaanKu.

Aku lebih Pengasih kepada hamba-hambaKu, daripada kasih sayang ibu terhadap anaknya.

""

1 comment:

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...