Wednesday 31 August 2016

When the brain talks about the brain even the brain cannot brain the brain

Adakah anda mengalami kesukaran untuk mengingat jalan? Adakah anda sering berpusing-pusing di roundabout yang sama untuk mencari kedai runcit Ahmad & Co. tapi akhirnya tetap end up di kedai gunting rambut Muthu? Adakah anda sering dijadikan bahan ketawa kerana sering tersalah simpang? Kini anda tidak perlu gusar lagi kerana anda tidak berseorangan. Sebenarnya ramai je yang ada masalah macam tu. Kalau mengikut statistik Jabatan Perangkaan Negara 2014, 47% rakyat Malaysia tidak pandai membaca peta, dan 33% pelajar sekolah sering tersesat untuk pulang ke rumah selepas balik sekolah. Sebab diorang selalu lepak cc dulu sampai lupa nak balik rumah. Ya ya memang aku tipu je statistik ni. Tapi betul memang RAMAI je yang ada masalah mengingat atau mengecam peta/plan kawasan/jalan/lokasi. Dalam ramai-ramai tu, terselit seorang budak comel iaitu aku. Ahh ni aku malas ni. Sikit-sikit nak up diri sendiri. Dasar narcissistik sungguh. Booooo. Ok cukup intro takat ni. Masuk perenggan kedua pulak.

Harini jom kita diskusi sesuatu yang ilmiah sikit. Yelah 4 tahun lagi kan wawasan 2020. So blog aku pun kenalah menjurus kearah ciri-ciri minda kelas pertama dengan cara membincangkan isu-isu yang cukup dugro untuk meransang sel-sel otak untuk berhubung. Kita seharusnya berganding bahu dengan kerajaan untuk menjayakan wawasan ini. Ok secara literalnya kita akan berbincang tentang sel otak. Tahukah anda there is part of the brain that acts as internal GPS? Tetiba nak speaking. Dah lah cakap pasal sel otak, speaking pulak tu. Pandainya anak siapa la ni. 

Hebatkan Allah cipta kita pakej sekali dengan waze. Tak macam henfon. Dah beli henfon kena install waze sendiri pulak tu. Tapi aku tension betul dengan waze sekarang. Tengah guna, tiba-tiba NO GPS DETECTED apahal!? Banyak kali macam tu. Aku dah on location kot. Last last aku bukak tingkap, aku campak fon keluar. Part ni mesti korang dah boleh agak aku menipu kan? Kahkah. Last last aku uninstall je. Rasain lo! Berambus lo dari hidup gue! Rasa nak buat demonstrasi je kat Dataran Merdeka sambil bawak sepanduk "BOYCOTT WAZE!!!" dengan "ALL HAIL GOOGLE MAP".


Tak jadi nak marah lepas tengok muka Ashton Kutcher, ex aku :p

Dalam internal GPS kita ada 3 jenis sel iaitu 'head direction' cells, 'place' cells, dan 'grid' cells. Amacam ada gaya lecturer IPTA tak? Haha. Benda ni ditemui oleh John O'Keefe. Dia ni lecturer kepada lecturer aku. Tahun 2014 dia menang Nobel Prize disebabkan penemuan ni. Bangga gila aku rasa. Walaupun aku takde kaitan langsung dengan research dia. Lolss. Kalau sel-sel otak ni galak berhubung, korang takkan ada masalah. Macam aku sel-sel otak aku tak berapa nak galak sangat. GPS aku not detected. Lolss. Sebab tu aku senang sesat. Aku rasa macam nak post dekat page confession IIUM pulak tiba-tiba. 

Pernahlah sekali aku, Mey, Etot nak pergi Kepong. Mey dengan tenang dan yakinnya tunjuk jalan haa masuk simpang tu haa nanti depan tu belah kanan kita akan jumpa dewan kemasyarakatan haa kau terus je haa tu haa ni. Aku terus tanya dia, "KAU NI MAYOR KAWASAN NI KE MACAM MANA SEKARANG NI?" Dia pun jawab selamba, "Tak lah. Kan kita pernah datang sini sekali time kenduri kakak BB." (Untuk pengetahuan semua, sekali yang dia maksudkan itu adalah setahun yang lepas). Aku lantas pandang dia dengan cukup kagum. Sekagum rakyat Malaysia dengan kehebatan Dato' Lee Chong Wei menewaskan Lin Dan di semi finals Olimpik Rio 2016. Tengok, macam tu sekali aku kagum melihat kepakaran dia menaakul jalan. Bagi aku orang-orang macam ni ada superpower. Best kan ada superpower gini? Macam aku superpower aku ialah menghasilkan blog yang berkualiti. Ahh kau tengok budak ni. Dah lah suka up diri sendiri lepastu kuat perasan pulak. Jom buat demonstrasi "BOYCOTT BLOG SEMUT!!!" Alaaa yela yela. Korang ni pun aku nak gurau sikit pun takleh.


Aku tahu korang bosan baca tulisan panjang-panjang. Takpe, meh aku tampal gambar ex aku lagi :p

Sebenarnya penyakit ni ada nama, developmental topographical disorder (DTD). Penyakit ni bukanlah sejenis pshycological disorder. Dia more to neurological disorder. Secara anatominya otak pesakit DTD sama je dengan orang normal. Cuma mungkin connection dalam otak dia kureng menyebabkan dia tak boleh nak recognize dia punya koordinat. Penyakit ni bukan dapat sejak lahir. Benda ni something yang kita develop dalam hidup. Sebab tu nama dia DEVELOPMENTAL topographical disorder. Ecewah! Kalau tadi gaya macam lecturer IPTA kan? Sekarang ada gaya macam professor emeritus dekat University of Cambridge tak? Kahkah.

Setelah membuat self-diagnosis, aku rasa aku ada penyakit ni. Aku kalau lalu 10 kali kat tempat tu pun boleh sesat lagi. Dah boleh masuk Guinness Book of Records dah rasa. Dah tak terkira banyak kali dah aku tersesat dalam hidup.  Tapi takdelah tahap kronik. Kalau tahap kronik, dalam rumah sendiri pun boleh sesat. Pesakit DTD ni kalau dia dengar anak dia menangis dalam bilik, pastu bersungguh dia nak cari, sampai anak dia dah masuk tadika pun dia tak jumpa-jumpa lagi. Yang ni betul aku tak tipu. Orang macam ni kalau lepas sembahyang dia nak bukak telekung, dia sendiri boleh sesat dalam telekung dia. Kalau dia masukkan kepala dalam bonet kereta nak cari barang, confirm dia tak jumpa jalan keluar lepas tu. Duk jelah dendiam dalam bonet tu pahceroh. Nampak, betapa tidak berfungsinya GPS dia. Ok pasal telekung dengan bonet kereta tu aku tipu je.

Aku rasa masalah ni boleh diatasi kalau kerajaan memacakkan lebih banyak billboard yang tertera wajah Theo James di tepi-tepi jalan. Eh ni macam lebih kepada kepentingan peribadi je? Kahkah. Erm aku berhenti sampai sini jelah. Penat dah nak taip. Takpe je kan buat penutup macam gini je kan? Haha.


Inilah Theo James, ex aku yang ke 9. Kahkah.

Tuesday 30 August 2016

Bahasa Kelantan 101

Aku baru je di-add masuk dalam group keluarga belah bapak aku (rasa macam cucu angkat pula bila menjadi orang terakhir di-add. Bagai melukut di tepi gantang. Sudahlah, aku nak pack barang nak lari dari rumah). Perghh diorang punya loghat kelantan tu sepekat budu ziut! 

Meh usha apa benda yang diorang duk carut dalam tu. Post ni sangat membantu kalau bakal jodoh korang orang kelantan. Sek kito jange pecoh! Tiba.



Aku nak menyampuk pun kena fikir 20000 kali. Kalau tersilap cakap karang tak pasal-pasal diorang bagi aku "Nate mu!" sedas. Paling sopan pun diorang akan cakap, "Gong!" Kahkah




Amacam boleh tak korang translate? Google pun tak mampu tahu? Apa? Korang nak baca lagi? Boleh boleh. Demi korang aku share.




Cukup tak? Ha? Nak lagi? Amboi menjadi-jadi sifat semulajadi busy body korang ni. Kahkah. Ok ok yang ni last.



Ala bukan susah mana pun bahasa kelantan. Apa korang ingat aku noob sangat ke? Sini aku bagi sedas. Nok royak negeri pata timo jajahenyo ado sepuloh. Tempat kawe Koto Baru budok-budok meme juruh wei. Puah puah tubik banda kito derak pahceroh. Dari PCB sampai Guo Muse kito gomo gomo gomo. Oghe jate semak semak, tino-tino comey lotei. Kawe budok Koto Baru tapi rama hok tok cei! Eh tapi ni macam lirik lagu je. He he. Apa? Korang tak pernah dengar lagu ni? Dah, jangan baca blog aku. Jom pack barang sesama kita pindah Vietnam. Kat sana takde orang kelantan.

Monday 29 August 2016

Do's and dont's bila terjumpa tali yang mencurigakan

Pelik tak tajuk ni? Hewhew. Hari ini aku nak cerita pasal kawan aku. Nama dia Hani Qalisya. Amacam best tak nama ni? Haa ni bukan nama sebenar dia. Ni nama yang aku reka mengikut darah manis A+ aku. Kahkah. Identiti sebenar terpaksa dirahsiakan. Sebab cerita ni agak memalukan golongan elit dan feminis. Tetiba je. Aku share kat sini pun sebab aku berpegang pada prinsip 'ketawa bersama, menangis bersama' dengan korang. Beshfwenzs fowever yaww (Mana datang pulak ni?). Tapi cerita ni aku tak tahu nak ketawa ke nak menangis. Mungkin aku patut ketawa sampai menangis? Kahkah. Dah lah. Aku tulis intro panjang-panjang pun bukan korang baca. Nah tatap gambar ni dulu.

Cuba tengok renungan mata dia. Amacam? Ada rasa macam terkena panahan asmara tak? kahkah

Jadi cerita dia macam ni. Once upon a time (alaa kenapa cliche sangat ni bosan derr) ok fine aku tukar. Once in a blue moon, Kelly (ni nama pendek Hani Qalisya. Ni pun aku reka gak) tercicir tali bra dalam office. Ya betul anda tak salah baca. Memang dia tercicir TALI BRA. Sekarang korang dah faham kan perasaan dilemma aku nak gelak ke nak menangis? Apa lagi dia gelabah ayamlah. Kalau tercicir duit boleh kawtim lagi. Ini tercicir tali bra ibarat tercicir maruah tahu!?

Petang tu officemate dia, nama Ehsan, pun tanya, "KELLY, KO ADA TERCICIR TALI TAK?" Kahkah bapak direct woi. Dia ni nama je Ehsan tapi takde belas ehsan langsung terhadap wanita-wanita yang teraniaya. Untuk cover malu, Kelly dengan kereknya jawab, "Tali apa kau nih? Dah, aku banyak kerja ni jangan kacau." Air muka mesti dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir! Ingat tu girls.

So sekarang aku pun tak tahu si Ehsan still simpan ke ataupun dah buang tali tu. Psycho kan budak ni?

Habis je kerja, Kelly whatsapp kat group.

Kelly: Malu muka aku wey. Apa aku nak buat ni!!! Aku rasa nak berhenti kerja je. Natang ngguh! *Inserts cacian dan makian. Terlampau ekstrim untuk aku sematkan disini.*

Aku: Kahkah. Jangan buat perubahan drastik gitu. Rilek. Benda boleh setel. (Senanglah aku cakap sebab bukan tali aku. Haha)

Nofuz: Kalau aku ada kat situ aku ngaku je tu tali aku. Takpe, demi mung aku sanggup tanggung malu. Hahaha. (Pergh #friendshipgoal sungguh ni)

Aku: Ala ko cakap je lah tu officemate lain yang punya. (Jahat dowh cadangan aku. Tak pasal-pasal orang lain kena fitnah. He he)

Kelly: Masalahnya dia jumpa kat meja aku.

Aku: Hm rumit tu. Haa ko cakaplah tu mak cik cleaner yang punya. (Perghh hidup kau kalau sehari tak fitnah orang tak boleh ke?)

Kelly: Masalahnya cleaner office ni LELAKI.

Kahkahkah nasib kau lah labu aku tak tahu nak fitnah siapa lagi dah.

Jadi pesanan aku untuk lelaki-lelaki semua, kalau korang terjumpa tali yang mencurigakan di tempat kerja tolong jangan ambil dan simpan. Lepas tu tolong jangan acah-acah prihatin pergi tanya officemate kau ada hilang tali ke tak. Sangat takde sivik perangai macam tu ye. Setaraf dengan orang yang membuang sampah kedalam sungai (tiba-tiba sangat ni). Kalau nampak tali random tu kau biarkan je. Nanti pandai-pandailah tuan dia kutip.

Aku cerita dekat Lara Aisyah (bukan nama sebenar), rupanya dia pun pernah kena. MEMANG DAH JADI TREND KE MACAM MANA SEKARANG NI?

Btw apa benda entah Astro buat drama letak tajuk Lara Aisyah. Sajalah tu nak tumpang populariti Lara Alana dengan Aaisyah Dhia Rana. Keji betul taktik ni boooo Astro booooo.

So sekarang korang dah decide ke belum nak ketawa ke nak tumpang menangis?

5 fakta tentang aku di sekolah dulu yang korang tak perlu tahu pun tapi aku nak bagitahu juga

Panjang gila tajuk. Ni kalau nak apply jadi wartawan Kosmo! ni memang kena reject dah.

Disebabkan sekarang aku tengah free gila sampai aku rasa nak pergi buat lawatan kat maahad tahfiz yang tengah hot isu sexual abuse tu. Tak puas hati betul aku cikgu-cikgu sekolah agama boleh terjebak dengan kegiatan takde sivik macam ni. Banyak lagi kot aktiviti bermoral lain yang boleh dilakukan bersama pelajar. Macam contoh main teng teng ke, lari baton berganti-ganti ke, atau makan durian di tepi pantai. Tapi memandangkan sekarang aku tengah mengamalkan konsep 'menabunglah demi masa depan yang cemerlang' jadi baik aku duk dendiam je kat rumah sambil tulis post ni.

So ni antara pengalaman aku di sekolah yang bebas dari gejala tak bermoral yang korang tak perlu tahu pun.

1. Masa first day mendaftar nak masuk sekolah asrama kitorang kena beratur dekat kaunter. Sikit lagi turn aku sebelum sampai kaunter tiba-tiba fon aku berbunyi. Gelabah ayamlah aku. Untuk pengetahuan adik-adik, jaman hakak dulu tak boleh bawa fon kat sekolah. So sangat logiklah untuk aku gelabah ayam. Budak depan aku pandang aku dengan muka berkerut macam orang yang tengah tak puas hati nombor dia tak menang cabutan bertuah (Weh teruknya perumpamaan kau). Dia pun cakap kat aku, "Wah biar betik kau nih. Baru first day dah kantoi bawa henfon. Dah lah bawak henfon, confident pulak tu tak buat silent mode." -.-

Eh tadi kau kata bebas dari gejala tak bermoral. Ni first day lagi dah buat perangai tak bermoral apahal? He he.

2. Gara-gara tak dapat jawab soalan masa kelas sejarah, aku dan kawan-kawan lain yang juga buta sejarah kena conteng muka dengan marker. Dan kitorang tak boleh padam sampai habis waktu akademik. Kalau kelas tu lepas waktu rehat apadehal? Yang ada halnya bila kelas tu waktu pagi. So time rehat bebudak kelas aku duk cover2 muka pergi makan. Aku rilek je. Biasalah orang gila glamor memang macam ni.

3. Selain conteng muka, denda favorite cikgu sejarah aku ialah kitorang kena pergi kat tengah-tengah blok akademik lepas tu take turn one by one untuk PELUK dan CIUM tiang/pokok sejurus menjerit "I LOVE SEJARAH!!!" Dah lah semua orang cium tempat sama euww. Korang bayanglah kat sekeliling kau ada berpuluh-puluh pasang mata dari 15 kelas tengah menonton free show tu. Ya ini cara yang paling berkesan untuk meningkatkan populariti dalam masa yang singkat. Tak percaya boleh cuba. Untuk meninggalkan kesan yang lebih mendalam, korang buat untuk semua subjek. Jangan sejarah je. Kalau cikgu korang tak nak denda macam tu, korang request. Faham? Sampai sekarang aku ingat lagi sejarah cium tiang ni. Apa yang aku belajar dalam kelas sejarah aku tak ingat pun. Lolss

Tiba-tiba nak letak gambar Justin Trudeau kat sini. Tapi macam takde kaitan je weh? Biarlah yang penting hensem. Haha.

4. Setiap malam aku mengetuai bebudak blok aku baca surah sebelum lights off yakni surah al-mulk atau ad-dukhan bergilir-gilir setiap hari. Fyi kitorang memang WAJIB baca surah setiap malam. Bukan aku saja nak riak atau tunjuk alim kat sini okay. Disebabkan surah al-mulk lebih pendek maka setiap hari aku suruh diorang baca surah tu je. Dasar pemalas memang macam ni. Sampai junior aku protes, "AL-MULK LAGI????" Kahkah korang diam! Aku tengah dalam mood pemerintahan kuku besi sekarang ni. Nanti bila aku dah ubah dasar pemerintahan ke demokrasi baru aku dengar luahan hati korang. Tapi bagus juga aku buat macam tu. Kalau dulu diorang datang berkumpul, masing-masing bawa mushaf. Sekarang semua datang melenggang. Al-mulk dah ada dalam dada. Ecewah. Inilah dia contoh strategi perang Tsun Zhu. Tetiba.

5. Sebagai fellow blok yang berkarisma (lah sangat), aku join warden buat spot check dari bilik ke bilik. Selain berkarisma, aku juga berjiwa rakyat. Beta sangat faham jerih perih rakyat jelata beta untuk menyembunyikan barang haram. Jadi masa tengah check bilik junior, beta (oi dah dah la tu berbeta beta nya. Ok fine) selak bantal junior terbabit. Dan tiba-tiba.. aku terjumpa sesuatu yang aku tak nak jumpa. Warden pandang aku. Aku pandang warden. Hati aku berdebar-debar. Peluh menitik di dahi. Dunia seolah-olah berhenti berputar. Kahkah dramatik gila. Tapi serious aku kaget gila time tu. Btw apa maksud kaget? Aku taram je ni. Rasa macam fit in pula dalam ayat tu. Haha. Anyway tangan aku still pegang bantal tu. Warden masih tak nampak kewujudan benda tu kat situ. 


Jadi tuan puan yang dihormati sekalian, soalan trivia untuk minggu ini ialah benda apakah yang saya jumpa itu?
Jadi saya berikan anda masa selama seminggu untuk fikir. Jumpa lagi minggu depan di hari dan waktu yang sama untuk anda mengetahui jawapannya. Bye bye!

































Dah dah tak payah nak tunggu seminggu sangat. Minggu depan kau dah start busy. Kang sampai tahun depan diorang duk tunggu (Masalahnya ada orang tunggu ke? boooo booooo). 

Benda yang aku jumpa tu sebenarnya henfon. Ya benda haram yang diburu-buru dengan rakus oleh semua warden. Disebabkan warden tak nampak lagi benda tu, aku cepat-cepat letak bantal tu lalu meneruskan kehidupan seperti biasa. Tapi melihatkan reaksi aku yang aneh tadi, warden jadi suspicious lantas terus check bawah bantal tu. Tak payah tunggu lama-lama, memang sepantas kilat aku kena sound satu das, "OOOOO INI KERJA KAMU SELAMA NI?" Dem. Sorry geng, aku dah cuba yang terbaik untuk cover korang. Aku rasa macam dah betray rakyat aku sendiri. Weh kau tu fellow blok je kot takyah fefeling Malaysian Official 1 sangat. Bhahaha ok fine.

Dah cukup 5. Kalau korang nak lagi, sila tinggalkan di ruangan komen, "SAYA MAHU PART II"
Kahkah melampau sangat bajet glamor aku nih. 

Saturday 27 August 2016

Campak belakang

Few months ago aku kerja kat KL sekejap. Office aku sebelah KLCC. 

So one friday lepas habis kerja aku nak balik Seremban. Tapi haritu aku keluar office lambat dalam pukul 6.30 macam tu lah. Aku singgah pi makan kfc sengsorang dalam KLCC tu dulu. Aku ambil port dekat sudut hujung sebab senang nak usha orang. Tengah syok tibai ayam goreng, datang seorang lelaki lewat 30-an aku rasa. Pakai t-shirt dan bertopi. Sedikit selebet. Dia duduk meja sebelah aku. Aku buat dont know je lah pasal dia tak hensem. Kahkah.

Aku teruskan membalun ayam goreng. Tiba-tiba mai sorang apek hensem berwajah korea. Pakai segak. Dia minta derma untuk rumah anak yatim. Of course lah aku tak percaya. Muka hensem tak menjanjikan hati yang jujur. Gituh. Tapi dia tu persuasive betul. Dia siap tunjuk lagi id card dia dengan brochure persatuan anak yatim tu. Dalam brochure tu siap ada peta, website, alamat, and contact info lagi. Kalau derma, aku kena tulis nama dan jumlah derma kat atas satu kad yang dia duk pegang. Dia tunjuk kat aku list orang yang dah derma. Ramai juga. Tapi aku still teragak-agak nak derma. Tapi dia ni tak reti give up. Jiwa kental, semangat membara dari puncak hingga ke angkasa. Last2 dia cakap, "Kalau you boleh makan kfc mahal-mahal takkan tak boleh nak derma pada anak yatim. You tak kesian ke mereka tak cukup makan maa."

*Burnnnnnnnnnnnn*

Kena tarbiah sentap dengan apek. Insaf 300 milisaat. T_T

So aku hulurlah RM5. Pasal dalam tangan aku ada not RM1, RM5, dan RM10. Takkan nak bagi RM1. Apa kelas?!  Hewhew. Takkan nak bagi RM10? Nanti duit aku tinggal cukup-cukup untuk bayar tambang bas ke Seremban.

Tapi apek tu reject RM5 aku. Bongkak betul eh. Dia kata at least kena RM10. What the frog! Pesen apa minta derma tetapkan amount ni?!?!?!!

RM5 kau tak nak. Kalau aku tak bagi langsung kang kau tak nak blah pulak.

So aku redha je lah bagi dia RM10. Duit aku tinggal cukup-cukup RM6. What a life! Ni kalau tiba-tiba aku rasa nak terkucil tengah jalan ni memang tak lepas aku nak bayar masuk toilet.

Lepas apek tu blah, lelaki sebelah aku tu pun tegur.

"Kenapa awak bagi dia?"

"Kenapa? Dia penipu ke?"

"Penipu semua tu. Saya dah pernah kena dah. Tadi saya nak bagi hint kat awak, tapi awak tak pandang saya langsung. Mentang-mentanglah cina tu hensem."

Kambing betul apek ni.

Itulah kali terakhir aku percaya dengan lelaki cina berwajah korea. What a life!

Kalau korang terserempak dengan orang-orang minta derma macam ni, tolonglah ignore no matter how convincing they are. Kalau dia paksa derma, kau buat-buatlah macam kena sawan kat situ mesti dia akan blah dengan kadar segara. Kalau derma jugak, kita akan menggalakkan lagi sindiket macam ni untuk terus berkembang biak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Orang-orang macam ni memang suka approach perempuan yang berseorangan. Suka tau menindas kaum yang lemah :( Kalau betul nak sedekah, pergilah masjid. Banyak lagi cara lain nak sedekah. Sekian khidmat masyarakat ini dibawakan oleh biskut Hup Seng.

Tension dengan apek tu tak habis lagi, sekarang mamat selebet ni pulak nak tambah aku punya tension. Friendly namatey mamat ni. Penat aku nak layan. Nak makan ayam goreng pun tak senang. Nak je aku cakap kat dia, "Dah lah jangan cakap dengan aku. Cakap dengan kentang putar tu pulak."

Dia kata aku ambil port dia. Selalunya dia yang duk meja tu untuk usha orang. Dia ingat ni kantin sekolah ke nak main cop cop tempat. -.-

Itulah kali terakhir aku duduk meja tu. What a life!

Aku takut nak buat-buat ramah dengan dia. Kot lah dia buat part time santau orang, naya aku. So setiap kali dia tanya, aku jawab sepatah dua je lepas tu aku senyap. Lepas banyak kali aku buat senyap gitu, dia pun cakap, "Apa benda sembang sembang, senyap. Sembang sembang, senyap. Hahaha."

Yela yela fine aku try lah acah-acah seronok sembang dengan hang.

So aku tanyalah dia kerja apa, tinggal mana, dengan siapa. Dia kata dia kerja sapu sampah. What the fish tukang sapu sampah makan kfc di tengah kota metropolitan disaat ekonomi menghimpit???? Agak-agaklah nak menipu pun. Do i look like i was born yesterday?????? Tiba emo. 

Pastu dia cerita pulak dia duda. Bini dah lama meninggal. So sekarang tinggal dengan anak-anak je. Kemonlah cubalah come out with a more interesting story, like kau baru lepas kena abduct dengan alien ke, or your wife turned into a monstrous zombie ke, or your kids found a dinosour egg ke. Dah alang-alang nak menipu create lah topik yang menarik nak dibawa menyembang, tak gitu?

Saja nak bagi hangpa terliur

Tengah sembang tiba-tiba dia minta nombor telefon aku. Omg too random to brain diz shitz. Apa kejadahnya ni. Banyak kali dia insist. Aku rasa dia tengah cari jodohlah. Lama sangat menduda camni lah jadi dia. And of course, me being me, memang tak lah aku nak bagi. Orang hensem pun aku reject, inikan pula orang tua. And alhamdulillah time tu dah nak masuk maghrib. Dia pun blah nak pergi surau katanya. Sempat pesan kat aku, "Awak pun pergilah sembahyang lepas ni." Hey hey hey jangan fikir aku akan tewas dengan ke-alim-an mu. Kahkah.

Oh my goodness all i wanted to do is to just eat ayam goreng, why the Jahim (hell) all these random things must happened to me. Berilah aku kesabaran untuk terus menempuh ranjau kehidupan ini ya Tohan. Nevertheless, I've learnt my lesson. Hope you can take this story as a lesson too.

Akhirnya aku selamat sampai ke Seremban dengan purse nipis tak berduit.

Thursday 25 August 2016

From Him, to Him.

24 ogos birthday abah. Siangnya - group whatsapp family mencanak naik noti berbual untuk sambut birthday abah. Malamnya - mencanak juga naik noti, tapi topik yang totally opposite; pak ngah dah meninggal.

Hari lahir bapak aku adalah hari perginya bapak diorang.

The moment i got that news i was speechless. Begitulah ironinya kita. Bila berita kematian datang kepada kita, kita akan terkejut seolah-olah benda tu mutahil berlaku, walaupun kita memang tahu 

mati itu pasti.

Baru two weeks ago pak ngah sekeluarga datang ke rumah. Sihat walafiat lagi. Siapa sangka, at that moment, the last 20 days of his life had just begun.

Kisah bermula apabila dia tercekik kek apollo. Apollo ni macam srikandi juga kan. Tangan yang disangka lembut menghayun buaian menggoncang dunia mencipta sejarah. Apollo yang disangka lembut rupanya boleh membawa maut. 3 hari tak makan menderita sakit tekak. Pergi hospital terus kena admit ward. Rupanya tekaknya dah banyak berkumpul nanah sehingga sukar bernafas. Dua minggu ditahan wad. Doktor terpaksa buat surgery. Disangkakan selamat tapi maut tak pernah menunda. Berlaku pula jangkitan kuman. Jam 10.44 malam berakhirlah penderitaannya. Pak ngah dah tak ada.

Sebab kematian - Severe sepsis secondary to extensive neck abscess with intrathoracic extension.

(Mujur anak sulung pak ngah kerja nurse)

Semua bergegas balik ke Kelantan.

Kakak aku dari Seremban terus naik flight malam tu juga.

Abang aku lagi kental. Dua hari lepas, dia balik Jtown, tapi tiba-tiba petang semalam boss call suruh masuk kerja malam tu. So petang tu juga dia gerak balik Kuantan. Then malamnya pula dapat berita pasal pak ngah. Habis je kerja malam tu juga dia balik semula ke Jtown. Sampai je rumah, dia minta pinjam powerbank aku. Nampak tak punyalah dia rushing sampai tertinggal powerbank. Pukul 2 pagi tu juga dia drive sorang-sorang balik Kelantan. Kalau pak ngah tahu ni mesti dia terharu.

Pak-pak sedara yang jarang balik kampung pun tiba-tiba whatsapp "Kami otw". 
Dalam aku terkelu dengan berita ni, sejujurnya aku senang melihat kematian menyatukan adik-beradik yang berjauhan. 

Mak aku pun nak balik Kelantan juga tapi apakan daya dia pun sakit tak mampu nak travel jauh-jauh.

Aku tak adalah rasa nak menangis meraung meratap hiba sangat. Sebab aku taklah rapat mana dengan pak ngah.

Cuma aku rasa kesian bila fikirkan mak ngah yang kehilangan suami. Bila aku bayangkan mak aku kat tempat dia, it hits me hard. I mean if this could happen to them, it could happen to my family as well right?

Aku kesian bila fikirkan apalah perasaan anak-anak dia. Aku tahu family diorang rapat. Hubungan mak ayah dengan anak-anak, hubungan keadik-beradikan diorang memang sangat rapat. They must be very devastated.

Bila fikirkan pak ngah yang dah pergi, aku tak adalah rasa sedih.
Tapi bila fikirkan anak bini yang dia tinggalkan, aku rasa nak menangis.

Ironi sungguh hidup ini. Yang sakit berbulan-bulan itu mak aku, tup-tup orang lain yang pergi dulu. Betullah orang kata, maut tak kenal sesiapa.

Saturday 20 August 2016

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri

Antara perkara yang menganggu fikiran saya sedari dulu lagi ialah dialog malaikat dalam [2:30].

"Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah..."

Bagaimana malaikat tahu bahawasanya manusia itu akan berbunuhan dan berbuat kerosakan walhal nabi Adam belum lagi diturunkan ke bumi dan manusia belum lagi menjadi khalifah? (Anyway, majority of us just proved that malaikat were absolutely right.)

Sedangkan pada ayat berikutnya jelas mengatakan bahawa "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami.", begitu jawapan malaikat apabila Allah berfirman, "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini jika kamu golongan yang benar."

Nota sisi; Nama benda-benda itu merujuk kepada setiap benda bernyawa dan tidak bernyawa seperti pokok, sungai, dan roh-roh kita. Ya, roh-roh sekalian umat manusia. Apabila Allah menitahkan Nabi Adam untuk menamakan setiap benda tersebut, Nabi Adam menyebut satu-persatu nama roh-roh umat manusia berserta ciri-ciri dan sifat-sifatnya. Senpai actually noticed you!!! Itu Zaiton bakal cikgu sejarah, ini Sameon atlit renang negara berbadan sado berhati insta, itu Latifah usahawan tudung berjaya, ini Leyla Medina anak Ahmad Nabil Ahmad dan sebagainya.

Jikalau benda-benda didepan mata pun malaikat tidak ada pengetahuan mengenainya, bagaimana pula malaikat boleh membaca tentang masa depan khalifah yang masih belum wujud lagi di muka bumi ketika itu? Dari manakah malaikat membuat kesimpulan? Tidakkah terlalu awal untuk malaikat menghakimi? Apakah malaikat juga tidak terlepas dari perbuatan bersangka buruk? Adakah itu sangka buruk malaikat semata-mata atau sebenarnya itulah "realiti ketika itu"?

Fuh, resah juga dibuatnya bila meletakkan 'sangka buruk' dan 'malaikat' di dalam ayat yang sama.

Kalau mengikut teori sains, sistem solar kita tercipta 4.5 billion tahun lalu. Zaman Nabi Adam pula sekitar 7 ribu tahun lalu. Dan sekarang kita sudah pun berada di akhir zaman. Sedikit masa sahaja lagi sebelum bumi ini hancur. Satu tempoh masa yang sangat panjang diantara penciptaan bumi dan turunnya Nabi Adam ke bumi. You do the maths. 4.5 billion minus 7 thousand. Sejarah manusia hanyalah sejuzuk kecil sahaja daripada sejarah bumi.

Apakah untuk tempoh waktu yang cukup panjang itu, bumi hanya didiami oleh haiwan semata? Atau sebenarnya telahpun wujud 'manusia' di bumi ketika itu?

Nota sisi (2); Saya percaya haiwan telahpun wujud sebelum nabi Adam berdasarkan kisah Habil dan Qabil yang perlu mempersembahkan binatang korban kepada Allah [5:27] dan pengajaran burung gagak [5:30] membuktikan haiwan telah lama bertebaran di bumi. Selain itu, terdapat penemuan fossil binatang yang berusia sehingga ratusan ribu tahun lebih lama daripada zaman nabi Adam. Sebagai contoh, fossil Lucy berusia 3 juta tahun. Para pengkaji berselisih pendapat tentang apakah sebenarnya Lucy? Sebahagian mengatakan bahawa Lucy adalah seekor beruk. Manakala bagi pendokong teori Darwin, Lucy adalah spesis transisi dari beruk kepada manusia kerana bentuk rangkanya kelihatan terlalu manusia untuk dikatakan sebagai beruk dan terlalu beruk untuk dikatakan sebagai manusia.

Berbalik kepada persoalan utama, tidak ada ayat Al-quran ataupun hadis yang mengatakan bahawa nabi Adam adalah manusia pertama. Baginda adalah khalifah pertama, tidak secara automatis menjadikannya manusia pertama.

Ajaib. Kerana disaat kepala saya pusing memikirkan hal ini, diizinkan Tuhan saya terjumpa dengan hasil tulisan Ustaz Hasrizal sambil-sambil melayari laman sosial tanpa niat. Dan juga ketika sambil-sambil melayani lagu-lagu lagha di youtube saya terjumpa video ini. Alhamdulillah, ini sangat menjawab persoalan saya.


Saya kalau kepala tengah kusut memang comel macam ni
Seperti apa yang Ustaz katakan, teori evolusi itu luas. Bukan sekadar beruk bertukar menjadi manusia.

Teori ini telah wujud berkurun lamanya dan masih hidup sehingga kini. Teori hasil penyelidikan seumur hidup seorang Darwin yang merentasi seluruh kepulauan Galapagos untuk mengkaji pelbagai spesis burung dan 5436 spesis haiwan dan tumbuhan lainnya yang dicatatkan setebal 368 muka surat didalam buku catatannya. Bermula dari idea "adaptive radiation" membawa kepada "descent with modification" seterusnya "survival of the fittest" dan "natural selection". Pada usia 50 tahun Darwin menerbitkan bukunya yang pertama, "On the Origin of Species". Terlalu banyak umur dan usaha yang diletakkan oleh Darwin atas kajiannya. Jadi saya rasa tidak adil untuk kita menghukum seluruh kajiannya sebagai sampah. 

Sebahagian dari teorinya boleh digunapakai. Sebagai contoh masalah yang dihadapi oleh dunia perubatan masa kini yakni kemunculan drug-resistance bacteria itu kerana apa? Evolusi. Survival of the fittest. Bukan bermaksud yang paling kuat fizikal itulah yang akan survive, tetapi sejauh mana mereka mampu beradaptasi dengan persekitaran. Kalau yang paling kuat sahaja mampu survive, takkanlah dinasour pupus? Sesado manalah sangat bakteria tu? Tak sado pun tapi mereka mampu beradaptasi. 

Nota sisi (3): Malang sungguh apabila idea "survival of the fittest" ini dimanipulasi oleh pihak-pihak yang mementingkan diri sendiri. Adolf Hitler misalnya, yang membawa kepada malapetaka eugenics. 5 juta yahudi, gypsies, golongan tua dan kurang upaya dihapuskan kerana dikategorikan sebagai 'life unworthy of life'. Geram betul dibuatnya.

"Ahhh teori evolusi itu mengarut!"

Bukan teori evolusi yang mengarut. Kefahaman kita tentang teori evolusi itu yang mengarut. Kena bezakan.

Eh kenapa aku cerita pasal teori evolusi pula? MashaAllah fokus ya ukhti.

Ah sudahlah. Panjang pula membebel. Kesimpulannya, ada adam sebelum Adam. Apa, siapa, dan bagaimana itu Allah sahajalah yang mengetahui.

Monday 15 August 2016

Talks about random

Last week I went to the hospital. Coincidentally, I met my childhood friend. I didn't recognized her at first. But she was taken aback when she saw me. Seeing her odd reaction then only I remembered it's Wardah! Huuuu what a surprise.

I didn't even remember when was exactly the last time I met her. We went to primary school together. Gosh.. that was 12 years ago. We haven't seen each other since then.

Eh dah lah penat pulak nak speaking germany lepas tu kena translate pulak ke english sebab korang tak paham. Aikkk bajet betul.

Masing-masing jadi excited sebab dah lama tak jumpa. Padahal dia duduk belakang rumah aku je pun.

"Ya Allah rumah punya dekat, kat hospital jugak kita nak jumpa. Awak duk atas tu lagi ke?"

"Ha yelah kenapa awak dah pindah ke?"

"Laaa saya pun duk bawah tu lagi."

Then we laughed hysterically.

Lepas hashtag-sembang-kencang, rupanya kami sama-sama ada urusan nak dibereskan di Kuantan.

Kami set date untuk pergi sekali. So this morning she picked me up at home. Lepas dah setel urusan seri paduka baginda (amboih sangat) di Kuantan, semestinya kami memanjangkan langkah sampai ke Jerantut. Orang pahang sebut Jantet. Kahkah huduh sungguh bunyi.

Sepanjang dalam kereta tu mestilah hashtag-sembang-lebat, hashtag-gosip-panas, hashtag-throwback, hashtag-good-old-time, hashtag-memory-lost.


Power betul memori Wardah. Dia ingat lagi nama kelas 6 Arif. Tak futuristik langsung nama kelas aku kan? Kahkah. Dia ingat lagi nama cikgu-cikgi. Dia tahu semua perkembangan kawan-kawan. Terbaik. Aku dah lost contact dengan semua. Sorry lah aku lupa. Banyak sangat makan semut. Dah blog pun nama semut. What a life!

I still remember most of the names she mentioned. Tapi rupa diorang semua memang aku totally forgot lah. Adalah certain nama yang dia sebut buat aku blur 4 saat. Yang paling durhaka bila dia sebut nama Cikgu Fikri aku tak boleh nak recall langsung siapa. I TOTALLY HAVE NO IDEA WHO ON EARTH IS CIKGU FIKRI. Sorry cikgu :(

Baru tahu ramai kengkawan aku masuk USIM.

Baru tahu some of them dah pindah rumah.

Baru tahu Cikgu Hasrina yang dulu ajar aku BM sekarang dah buka spa dan laundry. Kagum kejap. 6000 km jauh lari profession dia. Aku lupa dah muka cikgu cemana. Yang aku ingat kulit dia putih dan suka melawa. Cikgu fav aku nih. Sebab dia suka bagi perhatian kat aku dalam kelas. Eh ke aku yang syok sendiri? Lulzz

Baru tahu Ustazah Masrina still mengajar kat sekolah tu. Dulu masa tution dia selalu bawak anak-anak dia sekali. Sekarang anak dia dah besar dah. Dah tu kau expect makin kecik ke? Susah aku nak brain benda ni. Cepat betul masa berlalu.

Baru tahu Teacher Dayang dah tukar sekolah. Ehmargerddddd Teacher Dayang Zukyanatussaniah! Aku tak boleh lupa nama ni. Rare teroxxx. Bukan nama je rare, tulisan dia pun rare. Tulisan dia sumpah awesome. Dialah satu-satunya manusia yang aku kenal bertulisan cantik, classy, classic, dan eye-catching. So far aku tak jumpa lagi tulisan yang lagi cantik dari dia. Microsoft word pun takde font macam ni. Setiap huruf dia ada ekor. Dan tulisan dia konsisten. Walaupun dah tulis penuh papan hitam, tulisan dia maintained. Dia macam tak kenal erti penat. Aku pulak yang penat tengok dia menulis.

Baru tahu Cikgu Latipah dah jadi guru besar sekolah lain. Wah wah wah tak sangka naik pangkat tinggi betul. Muka dia aku ingat lagi sikit-sikit. Masa dia mengajar math dulu dia suka tanya "Faham dah?" banyak kali. Tengah-tengah mengajar tiba-tiba "Faham dah?" Takde noktah pun. Mula-mula aku ingat dia sebut "Farhanah?" Nama budak kelas aku. Pelik aku kenapa dia suka tanya Farhanah ni??? Tapi aku tengok Farhanah rileks je muka buat tak tahu bila cikgu tanya. Tak puas hati betul aku kenapa selamba sangat budak ni. At least tunjuklah muka cuak sikit. Ni tenang sangat ni. Tapi lama-lama baru aku faham rupanya dia sebut "Faham dah?" bukan "Farhanah?" Haih kesian aku nih. Dah lah makan semut, pekak pulak tu.

Bila borak dengan Wardah kadang-kadang aku rasa macam aku tengah borak dengan Jep. Satu benda yang aku perasan pasal Wardah yang membuatkan aku respect kat dia ialah, bila dia describe orang dia tak akan describe dengan ciri-ciri negatif walaupun ciri-ciri tu lah yang paling obvious dekat orang tu. Contohnya benda yang paling obvious dekat si X ialah mata sepet. Macam bila sebut mata sepet automatik orang akan terbayangkan si X. Normal lah kan kita describe dengan benda yang paling obvious kan? Tapi Wardah tak macam tu. Dia akan cuba sedaya upaya untuk describe dari segi lain. Dari sudut yang lebih positif. Contoh kalau orang tu gemuk, dia tak akan cakap "Ala yang badan besar tu." Kalau orang tu pendek dia tak akan cakap "Ala yang pendek2 tu." Dia akan cuba jugak describe in a positive way. Baguskan dia? Kadang-kadang kita rasa benda ni macam not a big deal pun kan sebab benda yang kita cakap tu memang betul. Tapi sebenarnya benda ni a big deal weh. Ada dalam suratul humazah. Kita sembang pasal ni lain kali.

Lepas maghrib barulah kitorang balik ke pangkal jalan. It was a fun day. Hopefully dapat lepak sesama lagi.

Thursday 11 August 2016

Renjer Puteri

Apabila melihat gambar Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang juga Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia memakai uniform hijau ini, aku terus tercampak kedalam pusaran memori yang dalam.


Eight years ago, I used to be in that uniform too. Uniform inilah yang telah menjadikanku siapa aku hari ini. Terlalu banyak kenangan yang tak mungkin aku lupakan.

Semasa di MRSM, aku adalah ahli renjer puteri. Uniform ini sering menjadi bahan ejekan kami kerana coraknya yang seakan-akan baju tidur. Kami yang pakai dan kami jugalah yang membahan sesama sendiri. Walaupun begitu, kami tetap bangga memakainya.

Setiap minggu di hari rabu. Can you spot me?
Perkara yang paling tidak dapat aku lupakan sepanjang menjadi ahli renjer puteri ialah apabila kami menyertai Kempori Renjer Puteri MRSM Se-Malaysia. Mana tidaknya, berbulan-bulan sebelum kempori berlangsung kami telah pun melakukan persediaan. Bukan berminggu-minggu, tetapi berbulan-bulan. Pada tahun itu (2008), MRSM Taiping menjadi tuan rumah.

Dalam pelbagai acara pertandingan, kawad kakilah yang memberikan kesan paling dalam di hati. Persediaan berbulan-bulan yang aku katakan tadi adalah mengenai latihan kawad kaki. Kebanyakan yang menyertai kawad kaki adalah pelajar tingkatan empat. Cuma ada 2, 3 orang pelajar tingkatan dua.

Pagi, petang, siang, malam, hujan ribut, panas terik kami tetap berlatih. Setiap petang kami berlatih. Setiap kali habis prep malam juga kami berlatih. Dari jam 11 hingga 12 malam. Setiap hujung minggu juga kami berlatih. Seperti didera gayanya. Penat dan lelah ditolak ketepi. Kerana guru yang menyelia renjer puteri adalah seorang yang tegas. Cikgu Faridah namanya. Guru kesayanganku. Beliaulah warden, guru usrah, dan guru renjer puteri. Kata-katanya selalu penuh dengan hikmah. Kisah hidup dan peribadinya membuatkan aku sangat menghormatinya.

Antara tempat kami berlatih ialah dihadapan pejabat
Dan disekeliling dewan peperiksaan
Terdapat lagi seorang cikgu yang bertanggungjawab keatas renjer puteri tapi aku sudah lupa namanya. Beliau seorang yang sedikit kasar kata-katanya. Kadang-kadang beliau akan memeriksa persembahan kawad dan formasi kami. Selepas berminggu-minggu berlatih, kami mempersembahkan progress kami dihadapannya. Tanpa lengah kami dimaki sesudah itu. Beliau mengatakan kawad dan formasi kami sungguh teruk seperti tidak pernah berlatih! Hati kami sangat terguris. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa kami korbankan masa, tenaga, peluh, dan air mata untuk berlatih. Sekurang-kurangnya bagilah kami kata semangat. Bukannya menghina melulu. Kebanyakan kami terasa hendak give up sahaja. Tapi demi Cikgu Faridah, kami kuatkan hati. Aku masih ingat kata-kata Qiqi, 

"Aku buat ni semua untuk Cikgu Faridah je, bukan untuk dia. Kalau tak, dah lama aku quit."

Pernah suatu ketika, Mim selaku bekas komander mengeluh kepadaku, "Aku tak bolehlah jadi komander. Tapi ko faham-fahamlah Cikgu Faridah tu macam mana. Kalau dia kata nak, maknanya dia nak juga. Walaupun aku tak nak, tapi dia nak juga aku jadi komander. Haih."

Benar sekali apa yang Mim katakan. Memang susah untuk ubah pendirian Cikgu Faridah. That's exactly the same reason we're practising days and nights. Sebab cikgu mahukan tempat pertama.

Walau bagaimanapun, cikgu akhirnya mengambil keputusan menukar komander setelah melihat prestasi Mim yang kurang memuaskan. Junior kami, yang lebih selesa dipanggil Mama, menjadi pengganti Mim.

Kami berlatih tidak kira masa. Aku masih ingat pernah suatu ketika di musim peperiksaan. Untuk ke tapak latihan kawad dari asrama, apabila melalui blok akademik dihujung minggu, kami melihat kawan-kawan semuanya sedang mengulangkaji. Ketika itu terdetik dalam hati, "Ah beruntungnya mereka tidak punya komitmen lain. Banyak masa untuk study."

Blok akademik
Pada awalnya kami dilatih oleh senior-senior renjer puteri. Muka mereka selalu ketat! Semasa musim peperiksaan, kami berlatih sendiri. Di akhir-akhirnya kami dilatih pula oleh kadet polis. Begitu tekad Cikgu Faridah mahukan kemenangan.

Semakin menghampiri hari pertandingan, semakin dasyat latihan kami. Seakan-akan latihan tentera. Mana tidaknya, couch diimport khas dari Kadet Polis atas arahan Cikgu Faridah. Beliau adalah komander pasukan kawad kadet polis. Kawan kami juga. Nama gelarannya Gent. Singkatan kepada Sergeant (Sarjan). Seorang yang sangat tegas, kasar dan bajet, sesuai dengan gelarannya.

Yang dihadapan sekali itulah Gent
Muka nak macho je semua.
MRSM kami memang masyhur dengan kadet polis. Jika ada pertandingan kawad kadet polis, semua akan sedia maklum bahawa MRSM kamilah yang akan menang.

Gent memang betul-betul mendera kami. Latihan biasanya ditamatkan pada pukul 2, 3 pagi. Ketika hari kami berangkat ke Taiping, pada malam itu kami tidak dapat tidur kerana Gent memaksa kami berlatih kaw-kaw untuk terakhir kalinya. Hari panas terik atau hujan renyai-renyai pun kami perlu berlatih. Kusangkakan hujan lebat boleh berehat. Rupanya tetap kena berlatih didalam dewan. Sepanjang latihan, kami ditengking, dijerit, dikutuk sebagai satu cara untuk membuatkan kami kuat.

"APAHAL LEMBIK SANGAT NI?!?!"

"AKU NAK SUARA KORANG LEBIH KUAT DARI AKU. FAHAM?!?!!!"

"KAU PUMPING 10 KALI SEKARANG!!!"

Bukan sahaja kuat fizikal malah kental hati dan mental. Kami berlatih gaya kadet polis.

Dewan peperiksaan juga menjadi mangsa. Asal boleh.
Akhirnya tibalah hari yang dinanti-nanti. Kami datang menaiki bas maktab dengan segunung harapan. Bas kami menarik perhatian ramai orang kerana sangat antik (buruk).

Bas lama
Ini bas baru yang tak sempat kami rasai
Di tapak perhimpunan MRSM Taiping kami berkawad. Ketika itu pasukan lain memakai kasut kawad feminin, tetapi kami meminjam kasut kawad kadet polis. Sungguh maskulin. Ala-ala boot. Sebab MRSM kami tak cukup bajet untuk beli kasut kawad untuk renjer puteri.

Begitu ramai penonton di sekeliling kami. Semasa persembahan kawad kami, ada suara-suara enak dari penonton yang kami dengar.

"Smart gila diorang kawad. Macam kadet polis."

"Pergh ni dah berapa tahun practise ni."

"Gila sharp!"

Penat nak control supaya jangan tersenyum. Mana boleh senyum dalam barisan!

Untuk keluar dari barisan, kebiasaannya ketika latihan, komander akan memberi arahan "Keluaaaaar baris!", maka kami akan pusing ke kanan dan bergerak tiga langkah. Tetapi pada hari kejadian, entah bagaimana kami sudah pun mengadap ke kanan sebelum keluar barisan. Jadi apabila komander memberi arahan untuk keluar barisan, sebahagian dari kami terus bergerak tiga langkah manakala sebahagian yang lain berpusing ke kanan terlebih dahulu. We messed up at the very last step! Kesilapan ini tak pernah kami lakukan ketika latihan. At the very last minute fate decided to say "Surpriseeeee!!!" Yeah congrats you got us.

Bersurai dari barisan, kami semua mengeluh dengan wajah yang sangat kecewa dan sugul. Hati kami bagaikan bandar Hiroshima yang baru dimusnahkan oleh The Little Boy, bom atom milik tentera US. That little mistake was very devastated. Kami hanya tunduk memandang jalan tar. Tak mampu rasanya untuk mengangkat wajah kerana terlalu sedih dan malu. Tapi tak disangka penonton-penonton memberi kami kata pujuk dan semangat. Mereka seolah-olah memahami jerih perih kami berlatih.

"Takpe takpe, korang kawad smart gila."

"It's okay korang dah buat yang terbaik."

"Relakslah sikit je tu. C'mon."

Sungguh saat tu kami sangat terharu. Padahal mereka dari MRSM lain. Instead of being happy their rival messed up, they comforted us. How lovely they were. To see this kind of humanity was worth all the pain. :')

Mungkin persembahan kami begitu memberi kesan sehinggakan ada dalam kalangan penonton yang ingat wajah kami. Aku masih ingat beberapa minggu selepas pertandingan, aku ditegur oleh seorang pelajar dari MRSM lain.

"Muka awak macam familiar lah. Awak join kawad kat Taiping kan? Dalam barisan last, hujung sekali kan?"

Terkedu aku seketika. Punya ramai yang join kawad, dia boleh ingat muka aku. Nak kata dia salah orang, posisi aku yang dia sebut tu betul.

Ketika hari terakhir kempori, keputusan diumumkan. Kami berkumpul beramai-ramai di padang. Seperti yang kami jangkakan, pertandingan kawad dimenangi oleh tuan rumah. Setelah diumumkan, suasana menjadi bingit dengan teriakan dari sidang hadirin.

"Boo boooooo!!!"

"Apasal Taiping pula yang menang?!?!?"

"Taiping kawad teruk gila kot."

"Muadzamlah patut menang!!!!"

Ada juga aku dengar suara sarkastik dari orang yang berdekatan denganku.

"Sendiri beli hadiah, sendiri balut, sendiri dapat. Tahniahlah."

Cikgu Faridah pernah berkata kepada kami semasa latihan, "Kalau kita jadi tuan rumah, kita tak akan menang." Begitu kiasan cikgu untuk mengajar kami supaya jujur. Kerana mengikut resam, pertandingan apapun, tuan rumah pasti akan menang kerana bias, walaupun mereka tidak sebenarnya layak. Cikgu tidak mahu menang cara kotor.

Apabila berita ini sampai ke pengetahuan maktab kami, rupanya Gent juga kecewa.

Pernah aku bergurau dengan Gent setelah pulang ke maktab, "Kitorang dapat nombor 1..."

"Seriously?", tanya Gent dengan wajah seakan-akan baru menang loteri sebelum aku menyambung ayatku,

"...kalau tolak tuan rumahlah."

Terus awan mendung berarak di wajahnya. Haha.

Kami redha sahaja.

Bila aku fikir-fikirkan semula, terlalu banyak pengajaran yang aku dapat dari semua ini.
Pertama-tama sekali, disiplin dan kerja keras boleh menjadikan kita manusia hebat. Tak pernah terdetik dalam hati kami untuk memukau manusia hanya dengan kawad. Disiplin sangat penting dalam berkawad. Bila masuk barisan, automatis muka jadi ketat, tiada lagi senyum dan gurau. Aku masih ingat ketika di tingkatan 5, bilamana Cikgu Wan mengarahkan kami membuat demonstrasi kawad dihadapan pelajar tingkatan 4, muka kami semua tiba-tiba menjadi serius sehingga ditegur oleh cikgu, "Kenapa serius sangat ni hahaha." Apa boleh buat, dah memang dilatih berbulan-bulan begitu.

Namun harus diingat, takdir Allah melebihi tadbir manusia. Walau sekuat mana kami berlatih, jika sudah tertulis rezeki kami tempat kedua maka nombor dua jugalah yang kami dapat.

Seperti lagu Wani ft. Juzzthin, "Walau genggamannya kuat, jika bukan milik kita, akan terlepas jua."

Seterusnya, jangan pernah riak dengan kelebihan yang Allah beri. Mungkin ketika mendengar pujian yang melambung semasa persembahan, hati kami menjadi takbur. Maka berlakulah plot twist dihujungnya yang memaksa hati (figuratively) dan wajah (literally) kami untuk tunduk melihat kembali bumi yang dipijak.

Pengajaran berikutnya adalah teamwork. Bak kata Malique, ketawa bersama, menangis bersama, kubersumpah harap kita matipun bersama. Sebaik sahaja masuk dalam barisan, apa sahaja sengketa kami di luar, kami lupakan. Kalau nak menang mesti bersatu, tak boleh pentingkan diri sendiri dan ketepikan ego. Mesti ikut semua arahan komander meskipun dia seorang junior. Faham-faham sahajalah kehidupan berasrama, junior tidak boleh mengarah-arah senior. Kalau ada senior yang tidak berpuas hati dengan junior walaupun hal kecil, akan terus diadakan roll-call untuk brainwash junior. Sungguh poyo, bukan?

Selain itu, reaksi dari pelajar-pelajar MRSM lain atas kesilapan dan kekalahan kami mengajar aku bahawa memiliki empati dan simpati itu lebih penting daripada memiliki trofi. Kejujuran itu nilainya sangat mahal. Jangan dijual dengan harga hanya sebuah trofi. Dan keadilan mestilah diperjuangkan meskipun suara kita tidak didengar.

Rasa seperti menjawab soalan penulisan SPM pula.

They got the trophy but we got the life-long lessons. Moga juniors kami yang akan datang dapat tebus kembali kekalahan ini.

Ketika berkemas sebelum berangkat pulang ke Muadzam, Qiqi selaku ketua kontinjen bertanya kepada Cikgu Faridah.

"Cikgu sedih tak kita tak dapat tempat pertama?"

Cikgu hanya tersenyum. 

Senyum yang tak dapat kami rungkai maksudnya.

Saturday 6 August 2016

Someone is missing me that makes me miss them all


Sometimes you meet people a little too late in life.

And sometimes, time runs out too quickly before you can get the chance to properly know them. Maybe the world is cruel like that.

But I'm glad we met; and for what little time we did have, and all the memories and moments.

So wherever life takes you, I wish you all the best. I pray that the world will be kinder, will be softer. I hope you find another happiness. And that happiness will find you.

I hope we cross paths again.


Missing this bunch of people.

Everyone was so gorgeous on this day

This place holds a lot of memories.


Buaya semua ni. Hari-hari libas ekor. 
Kaki selfie, kaki drama, buaya darat, dan mek ganu

24/7 with them.
My closest friend for the whole month.
Again
And again.
TMJ
That was someone's heels yang tercabut tapak. He tried to fix it.
One thing that I like about them is they really took a good care of each other.

Human brains (or hearts) are mysterious. How can we miss people we just spent time for only one month?

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...