Wednesday 26 April 2017

Salam

Kenapa bila kita masuk rumah/bilik yang kita tahu tak ada orang didalamnya, kita kena bagi salam?

Ya saya tahu anda akan jawab, "Walaupun tak ada orang tapi mungkin ada makhluk-makhluk Allah yang lain." Ok kalau betul ada makhluk lain, kenapa kita bagi salam? Macam mana kalau dia jawab? Tak ke lintang pukang kita lari?

Mungkin anda akan cakap, "Berdoalah supaya dia tak jawab." Jadi kalau kita tak nak dia jawab, why do we bother to give salam in the first place?

Kalau betul tak nak dia jawab, janganlah bagi salam langsung. Kan mudah sifirnya tu.

Serious ni saya tak faham. Tolonglah sesiapa explain kenapa kena bagi salam? 

Mungkinlah ni melibatkan soal adabkan? But seriously though, kalau dia jawab lepastu kita lari mencicit, dimana adab kita kalau begitu? Mencicit jugak?

Kembara mencari diri aku yang hilang

Dulu aku jarang dan tak berminat pun nak tengok cerita hantu. Sebabnya mudah; terlalu mengarut, tidak logic, lucu, dan lakonan semata-mata. Kalau tengok dengan kawan-kawan aku pastu depa duk tutup mata, aku macam, "Awat hang takut sangat? Dia berlakon ja tu." Aku boleh tengok sambil gelak dengan mata terbuka luas.

Tapi tu dulu lah.

For the past couple of years ni aku terpengaruh dengan kawan-kawan yang obses dengan cerita hantu. Depa ni memang kaki wayang hantu sampai perangai pun dah serupa hantu. Boleh kata setiap malam tengok cerita hantu.

Sekarang ni ditambah dengan kemunculan Fiksyen Shasha. Cerita-cerita seram kat FS semuanya based on true story confessed by serata orang dari pelusuk Malaysia. Kadang-kadang baca rasa tak percaya. Sebab tak sangka boleh jadi in real life. Ingatkan dalam movie ja.

Dan aku perasan sesuatu. Sejak selalu layan cerita lagu ni aku jadi penakut. Berbeza dengan aku yang dulu.

So aku nak buat konklusi dekat sini bahawasanya cerita hantu sangatlah tak bagus untuk perkembangan psikologi dan mental terutamanya budak-budak yang baru nak membesar. Aku yang dah besar ni pun boleh terganggu mental.

Depa akan membesar dengan satu momokan yang tidak realistik dalam kepala. Bahayanya momok ni sebab dia tak wujud tapi boleh merencatkan self-esteem kanak-kanak. Depa akan jadi takut dengan benda yang tak wujud dan tak perlu ditakuti pun in the first place.

Yang lebih bahayanya depa jadi lebih beriman kepada hantu berbanding Tuhan.

Jadi kalau hampa ada adik atau anak nanti, jangan ajar depa tengok cerita hantu. Ajar depa kenal Tuhan dulu acamtuha.

Sekarang ni macam mana aku nak gain balik keberanian aku?

Ha cakap pasal keberanian, aku ada story.

Masa aku tingkatan dua dulu ustaz yang mengajar kelas aku pandai 'baca' orang dan pandai mengubat. Hampa faham kan maksud 'baca orang' tu kan?

So one day, I still remember, he told me, "Ustaz tengok kamu ada satu keberanian atau kekuatan dalaman yang orang lain tak ada. Ustaz tak tahu apa. Tapi kamu ada itu. Susah ustaz nak jelaskan. Tapi ustaz nampak dan dapat rasakan."

Jangankan ustaz, aku sendiri pun tak tahu sampai sekarang apa benda yang ustaz maksudkan. Nampaknya aku masih belum habis kenal diri sendiri. Aku cuma harap that thing still ada dalam diri aku.

Doakan aku kuat dan berani.

Online

Di zaman IT dan teknologi ni mudah betul aku rasa irritated. Kemajuan teknologi memudahkan kita untuk mempamerkan kebodohan dan kebiadaban diri sendiri kepada dunia.

Kalau dulu kita kena bertentang mata dulu baru boleh timbul rasa suka atau benci. Tapi sekarang belum face to face lagi dah timbul rasa menyampah, melihatkan perangai di atas talian.

Banyak yang aku tak berkenan dengan sikap manusia atas talian. Disebabkan ini blog aku, jadi aku nak buat luahan perasaan kat sini.

Salah satu sikap yang aku tak suka ialah; bila si A sampaikan bad news yang menimpa diri/keluarganya dalam group whatsapp, si B akan membalas dengan ucapan takziah, doa atau kata-kata semangat. Saya tak kisah yang itu.

Yang saya kisahkan, ucapan si B di copy paste oleh si C, D, E sehingga Z. Aduh, perangai apa ni? Kalau yang di copy paste tu berita gembira atau ucapan hari jadi tak apalah. Ini dalam situasi sedih pun nak buat perangai serupa ini?

Mana sensitiviti? Kasihan si A, dah lah baru ditimpa kecelakaan, dapat pula msg copy paste berantai yang serupa celaka.

Kalau tak ikhlas nak mendoakan, diam sajalah. It would be less irritating that way.

Entahlah. Adakah aku terlalu serious dalam mendepani kehidupan? Atau mereka yang terlalu santai?
Kalau aku terlalu serious, pls blame my flactuated hormones.

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...