Wednesday 26 April 2017

Kembara mencari diri aku yang hilang

Dulu aku jarang dan tak berminat pun nak tengok cerita hantu. Sebabnya mudah; terlalu mengarut, tidak logic, lucu, dan lakonan semata-mata. Kalau tengok dengan kawan-kawan aku pastu depa duk tutup mata, aku macam, "Awat hang takut sangat? Dia berlakon ja tu." Aku boleh tengok sambil gelak dengan mata terbuka luas.

Tapi tu dulu lah.

For the past couple of years ni aku terpengaruh dengan kawan-kawan yang obses dengan cerita hantu. Depa ni memang kaki wayang hantu sampai perangai pun dah serupa hantu. Boleh kata setiap malam tengok cerita hantu.

Sekarang ni ditambah dengan kemunculan Fiksyen Shasha. Cerita-cerita seram kat FS semuanya based on true story confessed by serata orang dari pelusuk Malaysia. Kadang-kadang baca rasa tak percaya. Sebab tak sangka boleh jadi in real life. Ingatkan dalam movie ja.

Dan aku perasan sesuatu. Sejak selalu layan cerita lagu ni aku jadi penakut. Berbeza dengan aku yang dulu.

So aku nak buat konklusi dekat sini bahawasanya cerita hantu sangatlah tak bagus untuk perkembangan psikologi dan mental terutamanya budak-budak yang baru nak membesar. Aku yang dah besar ni pun boleh terganggu mental.

Depa akan membesar dengan satu momokan yang tidak realistik dalam kepala. Bahayanya momok ni sebab dia tak wujud tapi boleh merencatkan self-esteem kanak-kanak. Depa akan jadi takut dengan benda yang tak wujud dan tak perlu ditakuti pun in the first place.

Yang lebih bahayanya depa jadi lebih beriman kepada hantu berbanding Tuhan.

Jadi kalau hampa ada adik atau anak nanti, jangan ajar depa tengok cerita hantu. Ajar depa kenal Tuhan dulu acamtuha.

Sekarang ni macam mana aku nak gain balik keberanian aku?

Ha cakap pasal keberanian, aku ada story.

Masa aku tingkatan dua dulu ustaz yang mengajar kelas aku pandai 'baca' orang dan pandai mengubat. Hampa faham kan maksud 'baca orang' tu kan?

So one day, I still remember, he told me, "Ustaz tengok kamu ada satu keberanian atau kekuatan dalaman yang orang lain tak ada. Ustaz tak tahu apa. Tapi kamu ada itu. Susah ustaz nak jelaskan. Tapi ustaz nampak dan dapat rasakan."

Jangankan ustaz, aku sendiri pun tak tahu sampai sekarang apa benda yang ustaz maksudkan. Nampaknya aku masih belum habis kenal diri sendiri. Aku cuma harap that thing still ada dalam diri aku.

Doakan aku kuat dan berani.

No comments:

Post a Comment

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...