Sunday 20 July 2014

This Is Me

"Suka sangat beli buku pelik-pelik."
"Kau tengok ni buku yang dia beli. Buku entah pasal apa tak tahu, dah lah cover tak menarik. Entah macam manalah dia pilih buku. Tak paham aku."

Ayat yang biasa aku dengar daripada kawan-kawan - bukan seorang, bukan dua orang, tapi ramai - bukan sekali, bukan dua kali, tapi berkali-kali.

Entahlah, pelik sangat ke minat aku?
Aku beli apa yang aku minatlah. Dah ni minat aku nak buat cemana.
Ini antara buku-buku yang ada dalam koleksi aku.








Bagi aku, kalau nak buat sesuatu tu biarlah ada manfaat, ada pekdah. Tak sikit, banyak pun jadilah. Tengok tu puasa punya pasal, nak cakap lain tertaip lain. Dah tersilap taip malas nak diundur.

Same goes to reading. Aku nak baca bukannya seminit dua. Nak habiskan satu buku tu mau berjam-jam. Jadi aku akan make sure berjam-jam yang aku spend tu berbaloi. That's why aku tak suka baca novel-novel 'picisan', cintan-cintun seperti yang digemari arus perdana sekarang. Amboi. Tbh, aku rasa buang masa je baca novel-novel macam tu, bukannya dapat apa-apa pun selain seronok, hanyut dibuai perasaan, membuatkan jiwaku menjadi rapuh. Gituh.


Bukannya aku nak merendahkan orang yang suka baca novel macam itu. Bukan..bukan.. Semua orang ada minat masing-masing. Dan aku respect perbezaan tu.

Aku okay je walaupun aku and kawan-kawan sekeliling aku punya minat yang bertentangan.
Sebenarnya minat yang 'pelik' ni datang dari kawan-kawan aku on social networks.

In this case, aku punya dua circle of friends yang berbeza. My circle of friends in reality is totally different from the one on social networks. Aku terdedah dengan minat yang macam tu dari mereka lah. Mereka jualah yang sedikit sebanyak membentuk cara fikir aku, cara aku memandang kehidupan.


Buku-buku begini(seperti dalam gambar) akan membuka dimensi baru dalam kotak fikir kau.
Ia akan menyedarkan kau tentang banyak perkara yang berlaku didepan mata kau tapi kau tak nampak.
Ia akan membuatkan kau analyse semula persepsi dan tanggapan kau tentang sesuatu perkara.
Ia akan menyentakkan kau tentang kekurangan diri kau.

Dan yang terpenting,
ia akan membuat kau berfikir kembali bahawa hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan membaca novel picisan.


Saturday 19 July 2014

Hmm


Bagi pemuja cinta, daun gugur pun memberi bahagia.

Kerana cinta membalut setiap pembuluh darah, mencengkam seluruh tunjang saraf, membeku disegenap hujung neurons, terus mata menata pandangan cinta penuh seluruh. Meski jatuhnya pandangan itu keatas daun kering cuma.

Sebenarnya aku sudah muak dengan cinta uda dan dara, sudah mual mendengar ceritera palsu laila dan majnun, sudah jelek menatap kisah ilusi romeo dan juliet. Cinta makhluk Venus dan Mars seringkali menghadiah luka, menjemput duka yang tak terperi. Namun terlebih sering cerita cinta sebegitulah yang diulang papar untuk tatapan lensa mata, baik dilayar skrin mahupun dilayar realiti.
Mungkin surat cinta Tuhan sudah lama tersisip kemas disisi habuk dan debu.


[9:24] -- Mengikut logika matematik pun, tak sama 83 dan 38.


ps: Post orang frust putus cinta.

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...