Thursday 23 October 2014

Satu perjalanan

Matlamat teragung aku pada Isnin yang lepas adalah untuk pulang ke kampung halaman di Pahang. Seawal Selewat 10 pagi aku menaiki bas T633 untuk pergi ke UM terlebih dahulu untuk melunaskan sedikit kerja di lab.

#1
Dalam banyak-banyak bas, bas T633 lah yang paling banyak ragam. Seorang makcik berbangsa India terkedek-kedek hendak turun bas lalu dimarahi oleh si driver yang juga berbangsa India, "CEPATLAH SIKIT!".
Hek elehh rileklah brader. Orang tua kottt.

#2
Sepanjang di UM sudah berpuluh kali aku ditahan oleh orang yang tak dikenali semata-mata untuk bertanya direction. Apa mereka tak tahu bab jalan dan arah inilah yang paling aku lemah? Ya, memang mereka tak tahu pun. Kau ingat kau famous sangat?

Selesai urusan di makmal aku bergegas ke bus stop Kolej Kediaman Pertama. Bas baru sahaja berlalu beberapa minit sebelum aku sampai di bus stop. Selepas 10 minit aku menunggu berseorangan, datang sebuah kereta menghampiri untuk bertanyakan arah.
"Dimana gate PJ?"
Aku setulus hati memberitahu arah. Tanpa disedari bas T632 datang menghampiri dan selaju mungkin melepasi aku. Apakan daya. Aku hanya mampu melihat dengan hati yang retak seribu. Alahai, begini rasanya ditinggalkan bas. Sakitnya bagai ditinggalkan kekasih.

#3
Setiba di stesen LRT Titiwangsa, aku yang masih berjalan berseorangan didekati oleh seorang wanita India/Singh/Iran (entahlah aku sendiri tidak pasti). Rupanya badi 'arah' ni terbawa sampai ke luar UM. -,-
Dia berkata sesuatu kepada aku. Tapi aku tak dengar. Mungkin kerana terkejut. Aku memandang dia dengan penuh curiga sambil berkata dalam hati, "Dia ni nak sampuk aku ke apa." Dia pun memandang aku seolah-olah menunggu sebuah jawapan. Kami berbalas pandangan seketika. A moment of silence. Awkward.

"Where is Berjaya Times Square?"
Oohhh ini ke soalan yang dia tanya tadi. Tapi disebabkan masih terkejut, aku jadi blur (walaupun dah berpuluh kali pergi TS). I tried my best to help her. But to no avail. In the end, I just said, "I'm not sure. Sorry." :(

#4
Akhirnya aku berjaya menaiki Metrobus Express menuju ke Pahang. Di dalam bas, aku duduk di belakang sorang pakcik. Kepalanya memutih ditutupi uban. Kulitnya berkedut dengan urat-urat tua. Penampilan yang cukup tua. Tapi gayanya bak orang muda. Memegang dua buah telefon pintar Samsung dan Lenovo sebesar muka sambil telinganya disumbat earphones. Jarinya begitu lincah diatas skrin sesentuh bermain game Solitaire. Begitu remaja bukan? kahkah. Ibarat seorang anak muda yang terperangkap dalam jasad orang tua.

#5
3 hari di rumah terasa sungguh pantas. Kugagahkan diri untuk kembali ke KL. Di dalam LRT menuju ke Masjid Jamek, sekali lagi aku ditanya arah oleh orang yang tak dikenali.

"Dik, lepas Masjid Jamek stesen apa eh?"
"Plaza Rakyat kak."
"Tapi akak beli tiket ke Pasar Seni. Macam mana nak pergi sana ye?"
"Oh, akak turun kat Masjid Jamek lepastu tukar LRT."

Yes! kali ini aku jawab yakin. Tak ada blur-blur. Mungkin sebab muka akak tu nampak baik dan beliau bersama anak-anak dan suami.  Dari manalah agaknya satu family ni datang.

#6
Akhirnya aku sampai ke stesen LRT Kerinchi, menunggu T633. Awan menghamburkan segala isi kandungannya. Bumi menjadi nyaman seketika. Driver bas mula memanaskan enjin bas yang diparkir agak jauh. Oleh itu, tiada seorang penumpang pun yang meluru menaiki bas kerana tidak mahu meredah hujan. Akhirnya si driver menuruni bas bersama sekaki payung menuju kearah aku dan beberapa penumpang lain. Dia mendekati aku sambil berkata, "Jom". Maka, aku dan dia berjalan beriringan dibawah satu payung untuk menaiki bas. Anyonyoo so sweet. Kemudian dia berpatah balik dan memayungi penumpang lain pula. Sungguh budiman lelaki ini.

Kan dah kukata, T633 ini penuh ragam.

*****

Aku suka berjalan seorang diri. Betullah kata orang tua, banyak berjalan luas pemandangan. Apabila berjalan seorang diri, aku lebih banyak memerhati. Yelah, kalau berjalan dengan kawan mestilah ada sahaja perkara yang hendak dibualkan hingga tak peduli sekeliling.

Bukan ingin menjadi Lone Ranger, cuma ingin menikmati semaksimanya hidup di kota ini. Kerana selepas habis final year ini, aku tak pasti kemana takdir akan membawaku.

Wednesday 22 October 2014

Menunggu

Hidup di kotaraya ini, usia banyak dihabiskan dengan menunggu sahaja.


Menunggu bas..

Menunggu train..

Menunggu teksi..

Menunggu traffic light..

Menunggu traffic jam..


Mereputlah aku dalam penantian -,-


Sunday 19 October 2014

Hell year

Final year a.k.a hell year.

FYP ini memang betul-betul menguji iman. I feel helpless and almost losing hope. Mana tak nya, sehari sebelum present proposal pun aku masih tak faham projek aku. Memang disaster. Kadang-kadang rasa menyesal ambil tajuk ni. Yela, dengan SV nya yang lepas tangan, dengan postgrad student nya yang jenis tak nak langsung spoonfeed. Dengan tak ada briefing nya. Aku memang kena betul-betul independent. Postgrad orang lain siap buatkan proposal lagi. SV orang lain siap bagi berpuluh journal lagi. Tinggal nak baca je. Aku? Apa pun tarak. Semua aku kena usaha sendiri.

Masa minggu kena bentang proposal tu memang aku stress. Macam teraba-raba dalam gelap. Rasa alone gila. Tak tahu nak refer siapa. Tiada lagi tempat aku nak minta tolong selain Tuhan. Tapi, walau jenuh aku mengadu dan meminta, pertolongan-Nya seperti tak kunjung tiba. Aku dah kesuntukan masa. Hari presentation hampir tiba. I feel exhausted. Like really exhausted.

Sedang aku meratap nasibku, aku selak Al-Quran. Allahu..


"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal (cobaan) belum datang kepadamu seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan. penderitaan, dan DIGONCANG (dengan berbagai cobaan), sehingga rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata, "Kapankah datang pertolongan Allah?" Ingatlah SESUNGGUHNYA PERTOLONGAN ALLAH ITU DEKAT" [2:214]


Somehow ayat ini menenangkan hati aku yang berserabut.

Indahkan hidup berTuhan.

Sunday 5 October 2014

Karya Ibnu Qayyim, yang ditokok tambah aku.

Boleh jadi
Saat engkau terlelap
Dibuai mimpi lena

Pintu-pintu langit diketuk
Bertalu-talu
Oleh puluhan doa kebaikan
Yang dirafak untukmu

Dari seorang fakir yang pernah engkau tolong

Atau dari seorang kelaparan
Yang pernah engkau beri makan

Atau dari seorang yang kesedihan
Yang pernah engkau bahagiakan

Atau dari seorang yang pernah engkau selisih di jalanan
Yang telah engkau lemparkan senyuman

Atau dari seorang yang dihimpit kesulitan
Yang pernah engkau lapangkan

Maka dengan itu
Jangan pernah engkau remehkan sebuah kebaikan

Kerana engkau tidak pernah tahu
Kebaikanmu yang manakah dipandang Tuhan

Ke puncak!



Let me bring you to somewhere
To savour the nature
Where the grass is green
Where the sky is blue
Where the air is fresh
And where your souls find peace.

Kami bergerak pada hari yang sama Syaitan Kecil itu mampir
Apa maksud ayat yang tertulis di signboard itu?


Di kaki Gunung Datuk, Negeri Sembilan

Sudah tentu, pendakian bermula dengan rafakan doa
Penat kau tahu?
Hampir di puncak

Perlu memanjat tangga untuk naik ke puncak tertinggi
Selat Melaka dan A Famosa yang ditutup kabus

Berikan aku sayap

Penghujung Banjaran Titiwangsa

Aku tak pasti itu gunung apa


Sendirian 

Di belakang lelaki berjersi itu adalah bekas tapak kaki Hang Tuah, menurut kepercayaan penduduk setempat

Mission accomplished! :)
Time to go home

Ah, hello again UM!

#semestertwo #yearthree

Menulis adalah bekerja untuk keabadian

"Mati mematikan manusia
Kecuali manusia yang menulis
Hayatnya panjang kerana pusaka tulis
Antara limpahan pahala menggapai syurga
Atau jujuran dosa menuju neraka."

"Kesedaran bermula daripada saat kita meyakini bahawa penulisan boleh mengubah dunia. Kenyataan ini mungkin terlalu naif, tetapi naifnya mendorong untuk kita kekal menulis dan percaya bahawa suatu ahri nanti, biar sejarah sendiri yang mengadili nasib mereka yang menulis."

"A person can be as intelligent as far reaching the sky, but as long as he doesn't write, he will be lost from the society and from history. Writing is working for immortality."
-Pramoedya Ananta Toer-




Friday 3 October 2014

Perkampungan orang asli Gombak

Sudah lama Semut mendiamkan diri.

Hajat untuk mengabadikan ekspedisi mendaki Datuk dan Broga disini tertangguh dan terus tertangguh hingga terlupa apa yang hendak diabadikan. Kali ini aku ingin menceritakn pengalamanku berkunjung ke perkampungan orang asli untuk mengutip sample najis. Pengalaman yang hanya kudapat disebabkan FYP. Kalau bukan kerana FYP, tak mungkin aku mengetuk rumah orang asli dari pintu ke pintu semata-mata untuk meminta tahi mereka tanpa apa-apa sebab. Hanya orang gila sahaja yang buat begitu.

Ini bukanlah kali pertama aku menyantuni orang asli kerana sebelum ini aku pernah pergi ke perkampungan orang asli di Pulau Carey. Cuma, kunjungan ke Gombak ini meninggalkan kesan di hati berbanding Pulau Carey.

Mula-mula masuk perkampungan itu aku terasa seperti di Afrika. Setelah dua buah rumah dilawati, hujan mencurah dengan lebatnya. Mujur ada sebuah pondok kecil untuk kami tumpang berteduh. Cuaca yang lembab-lembab basah setelah hujan berhenti telah menghilangkan suasana Afrika diganti dengan suasana kampung melayu dulu kala. Aku terasa bagaikan telah tercampak dari ceruk Afrika menaiki mesin masa dan kembali ke zaman P. Ramlee.

Persekitaran yang mundur, sempit, tapi punyai latar belakang gunung berkabus yg cantik. Bersungguh aku nikmati.

Mereka ketinggalan, namun kehidupan mereka aman dengan pemandangan yang menyejuk mata. Kita maju, namun kehidupan kita sesak dengan asap kenderaan, debu kota, dan bunyi bingit yang meragut ketenangan jiwa. Itulah harga yang perlu kita bayar untuk sebuah kemodenan,

Seorang pakcik bertanya kepada kami apa yang ingin kami lakukan dengan najis mereka. Kawanku dengan skemanya menggunakan istilah melayu standard dan simple untuk disesuaikan dengan laras pengetahuan mereka menjawab "kami buat kajian tentang cacing yang ada dalam najis." Skema bukan? kahkahkah

Pakcik itu lantas membalas, "oh, helminth?".

And I was like whaaaaaaaat? *jaw-drops*

Tak kusangka tak kuduga rupanya pakcik itu tahu istilah-istilah saintifik seperti helminth, ascaris, strongiloides, ova. Hairan juga aku dari mana dia tahu. Walaupun hidup dikawasan terpencil namun tidak terputus dari maklumat-maklumat yang biasanya berlegar dibibir profesor-profesor di universiti. Wa respekkk.

 Mungkin tak hairan sebenarnya bagaimana pakcik tu boleh tahu. Mungkin telah diadakan talk berkali-kali oleh pihak KKM, mahasiswa mahasiswi, atau NGO tentang soil-transmitted diseases. Tapi seriously pakcik, saya masih kagum, kenapa pakcik ingat segala nama-nama saintifik dan parameter-parameter untuk mengira all those parasites, like you dont even have to sit for exams pun kan. Aku sendiri pun ingat sebab exam. Kalau ditanya lepas exam memang kena buka nota semulalah jawabnya. Lolss.

Anyway, this reminds me, as a university student, that we ought to be doing alot more. We need to learn more. Kita mesti mengaplikasikan ilmu itu lebih dari sekadar diatas kertas peperiksaan. Jika seorang lelaki asli yang berumur dalam lingkungan 40-an boleh mengetahui sesuatu yang diajar di universiti, alasan apa lagi yang kita ada untuk mengeluh dan malas belajar? Kalau aku tak menjejakkan kaki di universiti, belum tentu aku tahu istilah-istilah itu semua. Status golongan marginal yang terasing dari capaian internet dan lambakan maklumat tidak membuat dirinya seorang yang ignorant. Syabas!


Keadaan hidup mereka yang daif membuatkan hatiku bagaikan dirobek-robek. Terdapat sebuah rumah menyidai pampers. Kau tahu apa maknanya? Maknanya pampers yang telah anak-anak mereka pakai akan dicuci, disidai dan diguna pakai semula. Sebuah lagi rumah, atap zinc diruang tamunya bocor. Jadi tatkala hujan mereka sekeluarga akan duduk didalam bilik sahaja. Bukan tiada langsung aduan dari mereka kepada pihak yang berwajib untuk memohon bantuan, ada, malahan banyak, namun semua tidak diendahkan.

Jadi katakan padaku, melihat ini semua, bagaimana hatiku tidak diruntun pilu? Selama ini aku hidup cukup segalanya. Makan, minum, pakaian, keselamatan, tempat tinggal, semuanya memenuhi keselesaan. Tapi mereka hidup hanya untuk memnuhi kelangsungan hidup. Selesa itu jauh sekali. Betapa banyak hutang syukur ku kepada Tuhan.

Boleh dikatakan hampir setiap rumah memiliki kucing atau anjing. Ketika melintasi sebuah rumah, aku melihat sorang anak kecil bermain tanah sambil si ibu menjirus laman. Dibiarkan saja si anak itu oleh ibunya. Tak hairanlah jangkitan parasite mudah terjadi dalam kalangan mereka. Teringat kembali aku apa yang telah dibaca didalam nota kuliah tentang mode of transmission of parasites. Dan kini aku telah melihatnya dengan mataku sendiri.

Setelah selesai mengutip sample yang ada (walaupun tak cukup), kami berjalan melintasi sebuah jambatan. Disitu kami disapa oleh 5, 6 orang kanak-kanak yang sedang bermain.

"CARI APA?", sapa salah seorang dari mereka.

Ya, capslock.
Kerana nadanya seperti seorang samseng kampung yang tidak berpuas hati kawasannya diceroboh.

Kami jawab "Cari cacing. Nak tengok?" sambil membuka bungkusan plastik sampah yang kami bawa untuk menyimpan sample najis yang dikutip. Apa lagi, berebut-rebutlah mereka mengerumuni plastik sampah. Respons mereka begitu teruja dan curious. Aku tersentuh melihat gelagat mereka. Adik-adik, jangan bunuh curiousity kalian itu. Curiousity itulah yang kami perlukan untuk survive di dalam bilik-bilik kuliah dan makmal. Alangkah sia-sianya sifat keterujaan ingin tahu itu andai mereka terus tersisih dari arus pendidikan.

Kami tidak berlama-lama disitu. Sekitar jam lima, kami menaiki Swift meluncur lebuh raya untuk kembali ke dunia yang bingit.

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...