Thursday 23 October 2014

Satu perjalanan

Matlamat teragung aku pada Isnin yang lepas adalah untuk pulang ke kampung halaman di Pahang. Seawal Selewat 10 pagi aku menaiki bas T633 untuk pergi ke UM terlebih dahulu untuk melunaskan sedikit kerja di lab.

#1
Dalam banyak-banyak bas, bas T633 lah yang paling banyak ragam. Seorang makcik berbangsa India terkedek-kedek hendak turun bas lalu dimarahi oleh si driver yang juga berbangsa India, "CEPATLAH SIKIT!".
Hek elehh rileklah brader. Orang tua kottt.

#2
Sepanjang di UM sudah berpuluh kali aku ditahan oleh orang yang tak dikenali semata-mata untuk bertanya direction. Apa mereka tak tahu bab jalan dan arah inilah yang paling aku lemah? Ya, memang mereka tak tahu pun. Kau ingat kau famous sangat?

Selesai urusan di makmal aku bergegas ke bus stop Kolej Kediaman Pertama. Bas baru sahaja berlalu beberapa minit sebelum aku sampai di bus stop. Selepas 10 minit aku menunggu berseorangan, datang sebuah kereta menghampiri untuk bertanyakan arah.
"Dimana gate PJ?"
Aku setulus hati memberitahu arah. Tanpa disedari bas T632 datang menghampiri dan selaju mungkin melepasi aku. Apakan daya. Aku hanya mampu melihat dengan hati yang retak seribu. Alahai, begini rasanya ditinggalkan bas. Sakitnya bagai ditinggalkan kekasih.

#3
Setiba di stesen LRT Titiwangsa, aku yang masih berjalan berseorangan didekati oleh seorang wanita India/Singh/Iran (entahlah aku sendiri tidak pasti). Rupanya badi 'arah' ni terbawa sampai ke luar UM. -,-
Dia berkata sesuatu kepada aku. Tapi aku tak dengar. Mungkin kerana terkejut. Aku memandang dia dengan penuh curiga sambil berkata dalam hati, "Dia ni nak sampuk aku ke apa." Dia pun memandang aku seolah-olah menunggu sebuah jawapan. Kami berbalas pandangan seketika. A moment of silence. Awkward.

"Where is Berjaya Times Square?"
Oohhh ini ke soalan yang dia tanya tadi. Tapi disebabkan masih terkejut, aku jadi blur (walaupun dah berpuluh kali pergi TS). I tried my best to help her. But to no avail. In the end, I just said, "I'm not sure. Sorry." :(

#4
Akhirnya aku berjaya menaiki Metrobus Express menuju ke Pahang. Di dalam bas, aku duduk di belakang sorang pakcik. Kepalanya memutih ditutupi uban. Kulitnya berkedut dengan urat-urat tua. Penampilan yang cukup tua. Tapi gayanya bak orang muda. Memegang dua buah telefon pintar Samsung dan Lenovo sebesar muka sambil telinganya disumbat earphones. Jarinya begitu lincah diatas skrin sesentuh bermain game Solitaire. Begitu remaja bukan? kahkah. Ibarat seorang anak muda yang terperangkap dalam jasad orang tua.

#5
3 hari di rumah terasa sungguh pantas. Kugagahkan diri untuk kembali ke KL. Di dalam LRT menuju ke Masjid Jamek, sekali lagi aku ditanya arah oleh orang yang tak dikenali.

"Dik, lepas Masjid Jamek stesen apa eh?"
"Plaza Rakyat kak."
"Tapi akak beli tiket ke Pasar Seni. Macam mana nak pergi sana ye?"
"Oh, akak turun kat Masjid Jamek lepastu tukar LRT."

Yes! kali ini aku jawab yakin. Tak ada blur-blur. Mungkin sebab muka akak tu nampak baik dan beliau bersama anak-anak dan suami.  Dari manalah agaknya satu family ni datang.

#6
Akhirnya aku sampai ke stesen LRT Kerinchi, menunggu T633. Awan menghamburkan segala isi kandungannya. Bumi menjadi nyaman seketika. Driver bas mula memanaskan enjin bas yang diparkir agak jauh. Oleh itu, tiada seorang penumpang pun yang meluru menaiki bas kerana tidak mahu meredah hujan. Akhirnya si driver menuruni bas bersama sekaki payung menuju kearah aku dan beberapa penumpang lain. Dia mendekati aku sambil berkata, "Jom". Maka, aku dan dia berjalan beriringan dibawah satu payung untuk menaiki bas. Anyonyoo so sweet. Kemudian dia berpatah balik dan memayungi penumpang lain pula. Sungguh budiman lelaki ini.

Kan dah kukata, T633 ini penuh ragam.

*****

Aku suka berjalan seorang diri. Betullah kata orang tua, banyak berjalan luas pemandangan. Apabila berjalan seorang diri, aku lebih banyak memerhati. Yelah, kalau berjalan dengan kawan mestilah ada sahaja perkara yang hendak dibualkan hingga tak peduli sekeliling.

Bukan ingin menjadi Lone Ranger, cuma ingin menikmati semaksimanya hidup di kota ini. Kerana selepas habis final year ini, aku tak pasti kemana takdir akan membawaku.

No comments:

Post a Comment

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...