Saturday 17 November 2012

Deciphering the codes of life.

Ini kisah aku. Kisah yang sama. Diulang-ulang oleh beribu manusia seperti kamu. Namun tidak seorang pun dari kamu yang memahami aku sepenuhnya selain Penciptaku.

Aku. 
Terbentuk daripada jujukan huruf. A, U, G, dan C. 
Terlahir daripada salinan fotokopi DNA.
Aku yang pra-matang bakal meredah takdirku yang sungguh berliku!
Liku perjalanan yang bukan sahaja sukar untuk aku lalui, bahkan sukar juga difahami oleh manusia yang berakal sempurna.

Kehidupan yang bagaikan tiada erti didalam kepompong nukleus, membuatkan aku teringin benar amat meneroka dunia luar.

Tapi apakan daya, aku masih setahun jagung.
Dunia disebalik lapisan membrane sana, bukan tempat untuk aku. Ia medan ujian.
Ia tempat untuk mereka yang matang.
Mereka yang sanggup berdepan tribulasi dan cabaran.
Mereka yang tahu arah tujuan hidup.
Mereka yang tergalas tanggungjawab dipundak.
Bukan untuk anak kecil seperti aku, yang masih tidak mengerti apa-apa.

Mereka yang berjaya melepasi tembok membrane itu, langsung tidak pernah kembali.
Aku tertanya-tanya sendiri, masih hidupkah mereka? Atau telah diracik-racik enzyme buas?
Ngeri. Ngeri untuk aku bayangkan dunia sana.

Kupanjangkan imaginasi. Mungkin dunia sana terlalu indah.
Terlalu indah, hingga membuatkan mereka asyik.
Terlalu asyik, hingga terlupa daerah asal.

Meski beribu perasaan mencengkam, sedikit pun tidak meragut semangatku yang membuak-buak untuk menerjah dunia luar, Lautan Cytoplasm.
Hanya ditengah lautan sana dapat aku realisasikan impianku. Satu-satunya tempat yang dapat aku sumbangkan bakti. Menghasilkan protein.

Kerana impianku adalah untuk berbakti.
Menyumbang jasa. Agar kewujudanku bererti.

Seperti pesannya Syed Qutb;
"Orang yang hidup untuk dirinya sendiri adalah orang yang kecil dan mati juga sebagai orang yang kecil. Orang yang hidup untuk orang lain adalah orang yang besar dan mati juga sebagai orang yang besar"

****

Pintu-pintu gerbang untuk sampai ke dunia sana diselia ketat oleh pengawal yang gagah dan tegas.
Exportin. Nama yang digeruni oleh aku.
Hanya mereka yang cukup syarat sahaja yang dapat melepasi gerbang pemisah itu.

Dibekali azam, aku berdepan beberapa episod mehnah sebagai persediaan.
Persediaan yang melayakkan aku melepasi Exportin.

Dari pangkalku sampai kehujung aku disaring. Dilengkapkan dengan pelbagai perisai. Perisai, yang tika aku diserang musuh, membuatkan aku tidak terkesan apa-apa. Pangkal kepalaku dilindungi 7-methylguanosine cap sedang hujung tubuhku dilengkapi poly-A tail. Poly-A tail itu pasport dan signal identiti didunia baruku.

Ibarat pohonnya orkid yang mendapat kesempurnaan air, nutrients, minerals, dan cahaya matahari namun tidak pula dicantas segala semak-samun meliar yang bersaing hidup disekelilingnya, masakan sang orkid boleh hidup subur menjulang langit?

Begitu jua halnya aku. Perisai semata bukan jaminan kehebatan. Hakikatnya, aku perlu mencantas segala cacat cela diri yang melambatkan gerak perjuanganku. 
Mujurlah ada Spliceosomal complex, teman setia kala diperlukan. Dialah yang tegar-tegarnya menghakis segala sampah(junk) yang membentuk sebahagian tubuhku, introns.

Tidak cukup dengan itu, tubuhku telah di-edit (apa eh bahasa melayunya?) supaya aku jelas dengan tugas yang bakal aku galas. Mereka yang matang adalah mereka yang mempunyai misi dan visi yang jelas dalam hidup. Nah, kini aku telah matang!

Wahai badai cytoplasm, bersiap siagalah dengan kehadiranku.

Datangkanlah tsunami mu, kerana sebentar lagi akanku bolos liang(pores) kawalan Exportin itu!


**********


Ps: Kahkahkah. Ini hasil imaginasi liar akibat test next week. Cerita sikit-sikit jelah. Kalau cerita detail karang jadi wikipedia pulak. Eh, boleh teka tak siapa ‘aku’? Secara spesifik dan saintifiknya siapa ‘aku’? :D

Cellular and molecular Genetics. Wish me luck bebehh.

Thursday 15 November 2012

Gaza, kau jauh.


1 Muharam 1434 H

Gaza was under attack.


Sungguh berbeza Tahun Baru di Malaysia berbanding di Gaza.

Gazans sebenarnya hebat. Kerana itu mereka diuji dengan ujian yang cukup hebat. Ujian peluru dan bom.
Sedang kita, umat islam di Malaysia sangat lemah. Cukup hanya diuji dengan hiburan, kita dah hanyut.



Kusangkakan daging ayam, rupanya daging saudara sendiri


Kita selesa sebab kita tak rasa. Selesa yang membunuh.
Forgive me for being such an ignorant, oh my brothers and sisters.
Makanya.. mulai detik ini, akan kuboikot McDogol. Tekad. Wuwuu peberet nii T_T
Cuma ini usaha kecilku untuk membantu.

Usaha yang kecil, jangan dipandang kecil.
Something is better than nothing, yes?
^^

Selain doa, hanya simpati yang mampu kukirim untuk saudaraku dibalik dunia sana.

Boikot McD. 
Tulis gedabak gedabak + colour colour kasi ingat.
Azamku sempena 1434 H. Hoyeahh ! *Bersemangat menggenggam tangan berkerut dahi*
Oh tak lupa juga, coke.

Ingin pandang McD sebagai;
sejenis tempat yang haram dijejak dek kaki
sejenis makanan yang haram dirasa dek taste buds
sejenis minuman yang haram ditelan dek oesophagus.

Biar kesedaran ini terus-terusan mengalir didalam arteries, veins, mahupun capillaries
dan terus-terusan ia mencengkam setiap butir haemoglobin. Terus-terusan. Agar tidak Palestin cuma disebut bermusim.

Kudoakan israHELL cepat-cepat terkubur.

Ini doa dari aku yang bukan malaikat,
untuk mereka yang separa iblis.





~This isn't just about muslims, christians, jews or atheists, it's about HUMANITY. ~

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...