Wednesday 28 September 2016

28/9/2016

Omg omg omggggg bangun je tidur terus dapat notification best.

Maya Karin replied my comment. Aaaaaaa akhirnya dia menyedari kewujudanku.


Walaupun "haha" je tetap rasa indahnya dunia hahahaha. Weh kau memang kurang perhatian dan kasih sayang eh? Kahkah shadap yu.


Berdebar-debar jantung kita buka noti tu. Kahkah. Aku excited terlebih ni pasal dia ni idola aku. Kalau orang lain yang reply aku lek-lek je. DJ Lin banyak kali replied tweet aku. Tweet tweet peminat dia semua dia reply. Banyak betul masa lapang dia. Eh apasal citer pasal DJ Lin pulak ni. Ok back to Maya. Maya ni certain2 komen je dia reply. Dan komen aku terpilih! Rasa nak printscreen gantung kat dinding. Hahaha.

Aku minat gila dengan dia ni. Sebabnya;

1) Dia cantik nurhurum dowh derz siaa ziut. Cantik dia lain macam ah. Neelofa, Lisa Surihani etc cantik gak. Tapi cantik diorang biasa-biasa je. Cantik Maya luar biasa sikit. Tak retilah nak explain. Takdelah aku kata muka dia perfect. Ada je some features of her face yang aku tak berkenan sangat. Tapi tetap cantik. Dia macam beautifully imperfect ha camtuh. She's pretty just the way she is. Gehteng. Tapi tu di mata aku ja la. Mata hangpa tak tahulah.


Amacam cantik tak? Ni baru dari tepi. lol. Rambut dia on fleek.

2) Dia humble. Dia kata tu hasil didikan mak pak dia. Dia jenis yang tak berlagak dengan kekayaan dan kecantikan dia. Dan dia tak suka orang bajet/kerek/sombong/lupa diri. Walaupun kekadang dia narcissistic sikit. Lol. Biasalah tu orang cantik normal lah kalau ada sifat narsisis. Orang tak cantik pun lagu tu, inikan pulak orang cantik.

3) Dia boleh pergi dalam apa jua situation pun. Maksud aku dia boleh buat kerja lasak and boleh buat jugak kerja-kerja high class. Biasa orang cantik ni takleh berpeluh-peluh masuk hutan panjat gunung kawan dengan binatang. Dia selamba ja belasah semua tu. At the same time dia tak kekok pergi event berprestij penuh protokol dan etiquette. Kiranya dia ni serba bolehlah.

5) Dia bersih dari gosip. Walaupun dia hot gila tapi takde pun gosip-gosip liar dengan ramai lelaki. Kalau dia bercinta pun dia tak heboh. She keeps things private. Baguslah tu. Nampaklah sikit macam menjaga maruah diri (walaupun dia seksi sikit. But that's another different story). Tak mencari populariti dengan cara murah.

6) And finally (we save the last for the best), she's an enviromentalist! Sebab ikut perangai pak dia. Dia pencinta alam dan haiwan. Sebab tu lah dia jadi idola aku. Kalau tahap international, dia ni lebih kurang macam Leonardo Dicaprio. Leonardo pun environmentalist gak. Leo baru ja join convention duk bincang pasal perdagangan spesis haiwan terancam sekarang ni sambil-sambil fighting pasal global warming. So Leo ni kira my international idol la. Kalau tahap local, Maya. Aku suka Maya sebab dia gunakan ke-famous-an dia untuk raise awareness pasal isu alam sekitar. Dia sangat care pasal bumi kita ni. Dia currently duta kereta elektrik (yang boleh mengurangkan pencemaran udara). Artis lain mana kisah pun pasal alam sekitar. Semua duk kejar glamour, pikir perut sendiri ja. Takde rasa corporate social responsibility langsung! Tiba emo.

Ok dah bye. Selok aku tak habis lagi ni. Rasa nak berlari-lari atas awan je.


Ehemmmm
One of the greatest achievements in my life. Kahkah tak ilmiah langsung achievement kauuu.

Friday 16 September 2016

Some normal things just don't make sense to kids

So Mia asked me today, "Kenapa Cikya asyik pakai spek mata je?"

Guys how am I supposed to answer this guys????

Thursday 15 September 2016

Back to school

Kembali ke sekolah setelah berbulan-bulan. Huhuhu. Dah masuk fasa hidup yang baru. Huhuhu. 

These past few days I learnt a lot about biomedical field and biotechnology development in general in Malaysia with the intention to encourage business thinking by exploiting our bioscience knowledge and skills. This is to ensure that we have back up plan if our career in bioscience is no where to be found. Huhuhu. Amacam? Ada gaya Ustaz Hasrizal tak? Hahak.

Post-post Ustaz kat ig memberi inspirasi betul. Kebetulan timing tu kena betul dengan situasi aku. 

Bila Ustaz cakap "Dahaga dan membazir duit membeli air mineral EUR1 sebotol" buat aku rasa termotivasi untuk tak membazir. Beli air botol pun bagi Ustaz membazir sebab benda tu boleh bawa dari rumah je. Kat sini Uncle Bob RM7. Cekik darah betul Uncle sekarang. Nak beli, membazir. Kita tengok jelah. :')

Bila Ustaz cakap "My tummy made so much noise this morning, embarrassing me. 30 minutes break before next class will not give enough time to queue for lunch. This juustosämpylä hopefully is enough for my lunch. It is a cheese roll" buat aku rasa bersyukur dapat lunch walaupun sekadar sebuku roti. Ustaz pun lunch apa yang ada je so takdelah teruk sangat perasaan aku bila makan roti je.

Bila Ustaz cakap "Ke universiti pada hari Ahad, kembali semula ke rumah di sebelah petang" buat aku rasa bersemangat nak pergi sekolah even on weekend. Tak loser pun perasaan dia.

Bila Ustaz cakap "So nice studying at the City's library. At home I still don't have chair and table. 3 hours like a flying arrow." buat aku rasa bersyukur ada kerusi meja kipas katil wifi kat bilik. Banyak sangat nikmat ni. Kalau 3 hours tak rasa like a flying arrow memang sia-sia je lah nikmat ni semua.

Bila Ustaz cakap "Semasa di Ideapark tadi, saya rasa sangat lapar. Pagi tadi sarapan lewat sekitar jam 1030 sebelum ke kelas jam 12. Maka saya skip makan tengah hari kerana kelas pun habis jam 3:30 petang" buat aku rasa macam I'm not alone :') Apedehal lunch pukul 3.30

Bila Ustaz cakap "Berjalan kaki sejauh 1km ke perhentian bas" buat aku berhenti mengeluh dan berjalan. Takpelah jalan jauh sikit. Ustaz yang dah tua pun kena jalan kaki 1 km. :')

Bila Ustaz cakap "Kemudian tunggu bas sekitar 30 minit untuk dapatkan bas yang direct ke rumah saya. Di dalam bas perjalanan memakan masa selama 45 minit kerana Ideapark berada jauh di utara Oulu" buat aku rasa macam takdelah pathetic sangat tunggu bas lama-lama. Ini semua jihad ilmu. Huhuhu

Bila Ustaz cakap "Alhamdulillah. Bolehlah saya berpetang-petang dengan senyuman sambil menyiapkan tugasan berbaki" buat aku rasa macam dilempang sekuat hati. Ustaz berpetang-petang dengan tugasan sambil tersenyum. Allah Allah. Aku selalu berpetang-petang dengan benda lagho je. :') Kalau tak tidur, layan youtube/movie/lagu. Tak pun ganggu hidup orang. Tapi petang ni lain sikit, aku tulis blog. Demi korang kan takpe aku sanggup buang masa. Tetiba.

I hope I will have another one thousand reasons to remain studying and learning, bak kata Ustaz.

Aku tutup post ni dengan hashtag kegemaran Ustaz, #allaboutlearning

Sunday 4 September 2016

Fun run

Assalamu alaikum.. Alaikum yaiy. Setiap kali dengar nama Haris J mesti terfikir haram j, as in haram jadah. Lol

Fun Run & 10000 Langkah kat Sepang is my first running event. Tetiba rajin nak lari-lari. Padahal time sekolah dulu setiap kali merentas desa mesti nak ngelat. Acah-acah AJK lah sakit kakilah semputlah cramp lah nenek kahwinlah. Kalau bab alasan tetiba aku jadi kreatif tahap impak maksima. Demi menyahut seruan KJ untuk kekal fit, aku cekalkan hati untuk lari 5 km. Wah hebatnya aku tiba-tiba setelah 10 bulan membelai lemak di rumah. Padahal join sebab benda ni free. Bersungguh-sungguh aku lari. Rasa macam mewakili negara dalam temasya olimpik. Hakhak.

Demi medal aku memulakan larian. Eh bukan ke tadi kau cakap demi KJ lah bagai? Kahkah tak tak, tu aku tipu je. 2 km pertama aku jog non-stop meninggalkan kakak aku jauh tercicir ibarat Usain Bolt. Kahkah. Bersungguh aku nak menamatkan kemarau medal kat rumah. Chong Wei sangat statement ni. Lepas 2 km aku rasa senak perut. So terpaksa jalan lelaju je. Kakak aku dapat kejar aku. Cis. Kemain ujub muka dia.

"Bila last awak buat aktiviti camni?", tanya sang kakak yang ujub.

"10 bulan lepas kot. Erm senak perutlah long."

"MEMANGLAH SENAK DAH KO LARI MACAM ORANG GILA!"

Macam tu eh orang gila lari? Kahkah. Km ke-3 dan 4 aku jalan laju-laju non-stop. Lepas tu tiba-tiba ada sorang pak cik tolak anak dia dalam troller jalan sama laju dengan aku. Mana boleh aku sama level dengan pak cik dan kanak-kanak. Dengan berbekalkan semangat olimpik, aku jog lagi. Lepas 5,6 langkah depan dia aku sambung jalan semula. Orang kompetitif memang macam ni.

Ada juga jenis rabbani. Geng dia saja penuh dia block jalan. Jalan pulak terkedek-kedek. Hangen betul aku. Dah tau kancil tu duk la lane kiri. Lane kanan ni untuk orang yang berpegang pada prinsip yang 'kurik itu kendi yang merah itu saga, yang laju itu kami yang lembab itu anda'. Masuk km ke-5 kaki aku melecet. Tapi aku tetap bersemangat waja jalan laju-laju. Nak tambah effect dramatic tiba-tiba hujan lebat. Pergh masing-masing pecut. Kancil terus transform jadi ferrari. Ada yang ambil short cut. Tu aku tak kisah sangat. Yang aku tak puas hati ni apasal takde orang cipta spek ada wiper?!? Kakak aku ajak aku pecut tapi sakit ziut melecet. Gi lu gi lu. Aku cucuk belakang. 1 km terakhir tu rasa macam jauh gila apasal tak tahu. Betullah tu Einstein kata time is relative. Tedia bukan saja badan cargas minda pun cardas. Kahkah.

Finally sampai ke penamat. I'm a finisher! 5 km non-stop. Ini adalah sejenis anjakan paradigma dalam hidup. Hewhew. Lepas bergambar dengan Achey Bocey aku balik. Ikutkan hati aku nak balik terus. Tapi Achey merayu-rayu nak bergambar dengan aku. Aiseyh. Kita layankan jelah.

Surat saintis muda

Baru-baru ni aku terjumpa segerombolan saintis muda berbalas surat di fb. Nampak menarik. Aku rasa macam nak join je balas surat sekali. Tapi tu lah, aku tak cukup saintis untuk menyibuk. Haha. Tujuan diorang adalah untuk  membudayakan semula menulis surat antara saintis dahulu kala. Walaupun surat mereka lebih kepada perbincangan mengenai penyelidikan masing-masing, tetapi ada juga surat mereka berkitar tentang perbincangan idea baru dan bertanya khabar. Kenapa font jadi lain tiba-tiba? Sebab aku copy paste. Dasar pemalas memang bijak mencari jalan mudah. He he.

Aku sukalah jugak dengan effort diorang untuk menyemarakkan semula tradisi purbakala ni. Tapi kan, itu kan zaman dulu of course lah diorang surat menyurat. Sekarang kan dah ada whatsapp, line, wechat. Guna tu je kan senang. Aku cadangkan diorang gunakan aktiviti surat menyurat ni dan synchronize kan dengan zaman sekarang supaya dapat menarik lebih ramai generasi Z untuk berkecimpung dalam bidang sains (Tiba-tiba rasa genius pulak dapat mengemukakan cadangan gini). Bak kata Malique, "Tradisi kekalkan, adaptasi harus betul." Takdelah kaum ravers asyik nak ajak battle je dengan kaum hipster. Aku lempang sekor-sekor karang berubah jadi sotong celup tepung terus nanti, boleh aku jual di cafe hipster.

So kalau diorang gunakan idea aku, agaknya macam ini lah jadinya kot surat diorang.

******
Bukak akum,

Sap dude? Dah tengok ke belum filem 'The Man Who Knew Infinity'? Kalau belum, aku nak buat review kat sini kejap boleh tak der? Citer ni pasal ahli math india, S. Ramanujan. So far aku tak terserempak lagi dengan teorem-teorem dia. Mungkin dia ni jenis tak SWITCH OFF kot. Bro, ingat tak kita pernah discuss pasal sifat matematik sampai CREAM otak kita dowh derz siaaa. Sambil-sambil tu kita membuat hipotesis tentang macam manalah rupa PICTURE HUSBANDS kita. Aku harap dia ada lah LESUNG BATU di pipi. Ok lah der, tiba-tiba aku rasa macam malas pulak nak menulis. Tulis panjang-panjang pun buang masa je bro. Kau tahu kan masa kita ni sangat EXPERIENCE macam emas. Sebut pasal emas ni kan bro, semoga negara kita beroleh emas di RIO JAPAN 2020 nanti. Takpelah bro, takleh sembang banyak nanti ada orang BATCH. Jangan lupa cekidaut aku punya moment wechat bro. K gerak lu, peper rogerrrrrrr. *Dabs*

Tutup akum.
******

Kahkahkah disaster juga jadinya. Kalau macam ni kita stick to the ol' skool je lah ea. Kurang kebarangkalian untuk orang diserang sakit jantung. Apa? Korang nak tengok surat ori dari saintis ulung yang sebenar? Alaa tak payahlaa. Ha? Nak jugak? Tak payahlaaaa. Betul-betul nak ke? Haa yela yela. Aku tak bolehlah orang merayu-rayu macam ni. Lemah betul aku rasa. Ok lah demi korang aku tunjuk.



Jangan tanya mana aku dapat surat ni. Susah payah aku dapatkan. Sampai kena tahan dengan immigresen, kena pukul dengan polis bantuan, kena kejar dengan kereta FBI, kena intip dengan CIA. Ini benda rare tau. Korang kira bertuah gila dapat tengok. Dah, pergi buat sujud syukur sana.

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...