Thursday 15 September 2016

Back to school

Kembali ke sekolah setelah berbulan-bulan. Huhuhu. Dah masuk fasa hidup yang baru. Huhuhu. 

These past few days I learnt a lot about biomedical field and biotechnology development in general in Malaysia with the intention to encourage business thinking by exploiting our bioscience knowledge and skills. This is to ensure that we have back up plan if our career in bioscience is no where to be found. Huhuhu. Amacam? Ada gaya Ustaz Hasrizal tak? Hahak.

Post-post Ustaz kat ig memberi inspirasi betul. Kebetulan timing tu kena betul dengan situasi aku. 

Bila Ustaz cakap "Dahaga dan membazir duit membeli air mineral EUR1 sebotol" buat aku rasa termotivasi untuk tak membazir. Beli air botol pun bagi Ustaz membazir sebab benda tu boleh bawa dari rumah je. Kat sini Uncle Bob RM7. Cekik darah betul Uncle sekarang. Nak beli, membazir. Kita tengok jelah. :')

Bila Ustaz cakap "My tummy made so much noise this morning, embarrassing me. 30 minutes break before next class will not give enough time to queue for lunch. This juustosämpylä hopefully is enough for my lunch. It is a cheese roll" buat aku rasa bersyukur dapat lunch walaupun sekadar sebuku roti. Ustaz pun lunch apa yang ada je so takdelah teruk sangat perasaan aku bila makan roti je.

Bila Ustaz cakap "Ke universiti pada hari Ahad, kembali semula ke rumah di sebelah petang" buat aku rasa bersemangat nak pergi sekolah even on weekend. Tak loser pun perasaan dia.

Bila Ustaz cakap "So nice studying at the City's library. At home I still don't have chair and table. 3 hours like a flying arrow." buat aku rasa bersyukur ada kerusi meja kipas katil wifi kat bilik. Banyak sangat nikmat ni. Kalau 3 hours tak rasa like a flying arrow memang sia-sia je lah nikmat ni semua.

Bila Ustaz cakap "Semasa di Ideapark tadi, saya rasa sangat lapar. Pagi tadi sarapan lewat sekitar jam 1030 sebelum ke kelas jam 12. Maka saya skip makan tengah hari kerana kelas pun habis jam 3:30 petang" buat aku rasa macam I'm not alone :') Apedehal lunch pukul 3.30

Bila Ustaz cakap "Berjalan kaki sejauh 1km ke perhentian bas" buat aku berhenti mengeluh dan berjalan. Takpelah jalan jauh sikit. Ustaz yang dah tua pun kena jalan kaki 1 km. :')

Bila Ustaz cakap "Kemudian tunggu bas sekitar 30 minit untuk dapatkan bas yang direct ke rumah saya. Di dalam bas perjalanan memakan masa selama 45 minit kerana Ideapark berada jauh di utara Oulu" buat aku rasa macam takdelah pathetic sangat tunggu bas lama-lama. Ini semua jihad ilmu. Huhuhu

Bila Ustaz cakap "Alhamdulillah. Bolehlah saya berpetang-petang dengan senyuman sambil menyiapkan tugasan berbaki" buat aku rasa macam dilempang sekuat hati. Ustaz berpetang-petang dengan tugasan sambil tersenyum. Allah Allah. Aku selalu berpetang-petang dengan benda lagho je. :') Kalau tak tidur, layan youtube/movie/lagu. Tak pun ganggu hidup orang. Tapi petang ni lain sikit, aku tulis blog. Demi korang kan takpe aku sanggup buang masa. Tetiba.

I hope I will have another one thousand reasons to remain studying and learning, bak kata Ustaz.

Aku tutup post ni dengan hashtag kegemaran Ustaz, #allaboutlearning

No comments:

Post a Comment

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...