Sunday 4 September 2016

Fun run

Assalamu alaikum.. Alaikum yaiy. Setiap kali dengar nama Haris J mesti terfikir haram j, as in haram jadah. Lol

Fun Run & 10000 Langkah kat Sepang is my first running event. Tetiba rajin nak lari-lari. Padahal time sekolah dulu setiap kali merentas desa mesti nak ngelat. Acah-acah AJK lah sakit kakilah semputlah cramp lah nenek kahwinlah. Kalau bab alasan tetiba aku jadi kreatif tahap impak maksima. Demi menyahut seruan KJ untuk kekal fit, aku cekalkan hati untuk lari 5 km. Wah hebatnya aku tiba-tiba setelah 10 bulan membelai lemak di rumah. Padahal join sebab benda ni free. Bersungguh-sungguh aku lari. Rasa macam mewakili negara dalam temasya olimpik. Hakhak.

Demi medal aku memulakan larian. Eh bukan ke tadi kau cakap demi KJ lah bagai? Kahkah tak tak, tu aku tipu je. 2 km pertama aku jog non-stop meninggalkan kakak aku jauh tercicir ibarat Usain Bolt. Kahkah. Bersungguh aku nak menamatkan kemarau medal kat rumah. Chong Wei sangat statement ni. Lepas 2 km aku rasa senak perut. So terpaksa jalan lelaju je. Kakak aku dapat kejar aku. Cis. Kemain ujub muka dia.

"Bila last awak buat aktiviti camni?", tanya sang kakak yang ujub.

"10 bulan lepas kot. Erm senak perutlah long."

"MEMANGLAH SENAK DAH KO LARI MACAM ORANG GILA!"

Macam tu eh orang gila lari? Kahkah. Km ke-3 dan 4 aku jalan laju-laju non-stop. Lepas tu tiba-tiba ada sorang pak cik tolak anak dia dalam troller jalan sama laju dengan aku. Mana boleh aku sama level dengan pak cik dan kanak-kanak. Dengan berbekalkan semangat olimpik, aku jog lagi. Lepas 5,6 langkah depan dia aku sambung jalan semula. Orang kompetitif memang macam ni.

Ada juga jenis rabbani. Geng dia saja penuh dia block jalan. Jalan pulak terkedek-kedek. Hangen betul aku. Dah tau kancil tu duk la lane kiri. Lane kanan ni untuk orang yang berpegang pada prinsip yang 'kurik itu kendi yang merah itu saga, yang laju itu kami yang lembab itu anda'. Masuk km ke-5 kaki aku melecet. Tapi aku tetap bersemangat waja jalan laju-laju. Nak tambah effect dramatic tiba-tiba hujan lebat. Pergh masing-masing pecut. Kancil terus transform jadi ferrari. Ada yang ambil short cut. Tu aku tak kisah sangat. Yang aku tak puas hati ni apasal takde orang cipta spek ada wiper?!? Kakak aku ajak aku pecut tapi sakit ziut melecet. Gi lu gi lu. Aku cucuk belakang. 1 km terakhir tu rasa macam jauh gila apasal tak tahu. Betullah tu Einstein kata time is relative. Tedia bukan saja badan cargas minda pun cardas. Kahkah.

Finally sampai ke penamat. I'm a finisher! 5 km non-stop. Ini adalah sejenis anjakan paradigma dalam hidup. Hewhew. Lepas bergambar dengan Achey Bocey aku balik. Ikutkan hati aku nak balik terus. Tapi Achey merayu-rayu nak bergambar dengan aku. Aiseyh. Kita layankan jelah.

No comments:

Post a Comment

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...