Sunday 4 September 2016

Surat saintis muda

Baru-baru ni aku terjumpa segerombolan saintis muda berbalas surat di fb. Nampak menarik. Aku rasa macam nak join je balas surat sekali. Tapi tu lah, aku tak cukup saintis untuk menyibuk. Haha. Tujuan diorang adalah untuk  membudayakan semula menulis surat antara saintis dahulu kala. Walaupun surat mereka lebih kepada perbincangan mengenai penyelidikan masing-masing, tetapi ada juga surat mereka berkitar tentang perbincangan idea baru dan bertanya khabar. Kenapa font jadi lain tiba-tiba? Sebab aku copy paste. Dasar pemalas memang bijak mencari jalan mudah. He he.

Aku sukalah jugak dengan effort diorang untuk menyemarakkan semula tradisi purbakala ni. Tapi kan, itu kan zaman dulu of course lah diorang surat menyurat. Sekarang kan dah ada whatsapp, line, wechat. Guna tu je kan senang. Aku cadangkan diorang gunakan aktiviti surat menyurat ni dan synchronize kan dengan zaman sekarang supaya dapat menarik lebih ramai generasi Z untuk berkecimpung dalam bidang sains (Tiba-tiba rasa genius pulak dapat mengemukakan cadangan gini). Bak kata Malique, "Tradisi kekalkan, adaptasi harus betul." Takdelah kaum ravers asyik nak ajak battle je dengan kaum hipster. Aku lempang sekor-sekor karang berubah jadi sotong celup tepung terus nanti, boleh aku jual di cafe hipster.

So kalau diorang gunakan idea aku, agaknya macam ini lah jadinya kot surat diorang.

******
Bukak akum,

Sap dude? Dah tengok ke belum filem 'The Man Who Knew Infinity'? Kalau belum, aku nak buat review kat sini kejap boleh tak der? Citer ni pasal ahli math india, S. Ramanujan. So far aku tak terserempak lagi dengan teorem-teorem dia. Mungkin dia ni jenis tak SWITCH OFF kot. Bro, ingat tak kita pernah discuss pasal sifat matematik sampai CREAM otak kita dowh derz siaaa. Sambil-sambil tu kita membuat hipotesis tentang macam manalah rupa PICTURE HUSBANDS kita. Aku harap dia ada lah LESUNG BATU di pipi. Ok lah der, tiba-tiba aku rasa macam malas pulak nak menulis. Tulis panjang-panjang pun buang masa je bro. Kau tahu kan masa kita ni sangat EXPERIENCE macam emas. Sebut pasal emas ni kan bro, semoga negara kita beroleh emas di RIO JAPAN 2020 nanti. Takpelah bro, takleh sembang banyak nanti ada orang BATCH. Jangan lupa cekidaut aku punya moment wechat bro. K gerak lu, peper rogerrrrrrr. *Dabs*

Tutup akum.
******

Kahkahkah disaster juga jadinya. Kalau macam ni kita stick to the ol' skool je lah ea. Kurang kebarangkalian untuk orang diserang sakit jantung. Apa? Korang nak tengok surat ori dari saintis ulung yang sebenar? Alaa tak payahlaa. Ha? Nak jugak? Tak payahlaaaa. Betul-betul nak ke? Haa yela yela. Aku tak bolehlah orang merayu-rayu macam ni. Lemah betul aku rasa. Ok lah demi korang aku tunjuk.



Jangan tanya mana aku dapat surat ni. Susah payah aku dapatkan. Sampai kena tahan dengan immigresen, kena pukul dengan polis bantuan, kena kejar dengan kereta FBI, kena intip dengan CIA. Ini benda rare tau. Korang kira bertuah gila dapat tengok. Dah, pergi buat sujud syukur sana.

No comments:

Post a Comment

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...