Friday 3 October 2014

Perkampungan orang asli Gombak

Sudah lama Semut mendiamkan diri.

Hajat untuk mengabadikan ekspedisi mendaki Datuk dan Broga disini tertangguh dan terus tertangguh hingga terlupa apa yang hendak diabadikan. Kali ini aku ingin menceritakn pengalamanku berkunjung ke perkampungan orang asli untuk mengutip sample najis. Pengalaman yang hanya kudapat disebabkan FYP. Kalau bukan kerana FYP, tak mungkin aku mengetuk rumah orang asli dari pintu ke pintu semata-mata untuk meminta tahi mereka tanpa apa-apa sebab. Hanya orang gila sahaja yang buat begitu.

Ini bukanlah kali pertama aku menyantuni orang asli kerana sebelum ini aku pernah pergi ke perkampungan orang asli di Pulau Carey. Cuma, kunjungan ke Gombak ini meninggalkan kesan di hati berbanding Pulau Carey.

Mula-mula masuk perkampungan itu aku terasa seperti di Afrika. Setelah dua buah rumah dilawati, hujan mencurah dengan lebatnya. Mujur ada sebuah pondok kecil untuk kami tumpang berteduh. Cuaca yang lembab-lembab basah setelah hujan berhenti telah menghilangkan suasana Afrika diganti dengan suasana kampung melayu dulu kala. Aku terasa bagaikan telah tercampak dari ceruk Afrika menaiki mesin masa dan kembali ke zaman P. Ramlee.

Persekitaran yang mundur, sempit, tapi punyai latar belakang gunung berkabus yg cantik. Bersungguh aku nikmati.

Mereka ketinggalan, namun kehidupan mereka aman dengan pemandangan yang menyejuk mata. Kita maju, namun kehidupan kita sesak dengan asap kenderaan, debu kota, dan bunyi bingit yang meragut ketenangan jiwa. Itulah harga yang perlu kita bayar untuk sebuah kemodenan,

Seorang pakcik bertanya kepada kami apa yang ingin kami lakukan dengan najis mereka. Kawanku dengan skemanya menggunakan istilah melayu standard dan simple untuk disesuaikan dengan laras pengetahuan mereka menjawab "kami buat kajian tentang cacing yang ada dalam najis." Skema bukan? kahkahkah

Pakcik itu lantas membalas, "oh, helminth?".

And I was like whaaaaaaaat? *jaw-drops*

Tak kusangka tak kuduga rupanya pakcik itu tahu istilah-istilah saintifik seperti helminth, ascaris, strongiloides, ova. Hairan juga aku dari mana dia tahu. Walaupun hidup dikawasan terpencil namun tidak terputus dari maklumat-maklumat yang biasanya berlegar dibibir profesor-profesor di universiti. Wa respekkk.

 Mungkin tak hairan sebenarnya bagaimana pakcik tu boleh tahu. Mungkin telah diadakan talk berkali-kali oleh pihak KKM, mahasiswa mahasiswi, atau NGO tentang soil-transmitted diseases. Tapi seriously pakcik, saya masih kagum, kenapa pakcik ingat segala nama-nama saintifik dan parameter-parameter untuk mengira all those parasites, like you dont even have to sit for exams pun kan. Aku sendiri pun ingat sebab exam. Kalau ditanya lepas exam memang kena buka nota semulalah jawabnya. Lolss.

Anyway, this reminds me, as a university student, that we ought to be doing alot more. We need to learn more. Kita mesti mengaplikasikan ilmu itu lebih dari sekadar diatas kertas peperiksaan. Jika seorang lelaki asli yang berumur dalam lingkungan 40-an boleh mengetahui sesuatu yang diajar di universiti, alasan apa lagi yang kita ada untuk mengeluh dan malas belajar? Kalau aku tak menjejakkan kaki di universiti, belum tentu aku tahu istilah-istilah itu semua. Status golongan marginal yang terasing dari capaian internet dan lambakan maklumat tidak membuat dirinya seorang yang ignorant. Syabas!


Keadaan hidup mereka yang daif membuatkan hatiku bagaikan dirobek-robek. Terdapat sebuah rumah menyidai pampers. Kau tahu apa maknanya? Maknanya pampers yang telah anak-anak mereka pakai akan dicuci, disidai dan diguna pakai semula. Sebuah lagi rumah, atap zinc diruang tamunya bocor. Jadi tatkala hujan mereka sekeluarga akan duduk didalam bilik sahaja. Bukan tiada langsung aduan dari mereka kepada pihak yang berwajib untuk memohon bantuan, ada, malahan banyak, namun semua tidak diendahkan.

Jadi katakan padaku, melihat ini semua, bagaimana hatiku tidak diruntun pilu? Selama ini aku hidup cukup segalanya. Makan, minum, pakaian, keselamatan, tempat tinggal, semuanya memenuhi keselesaan. Tapi mereka hidup hanya untuk memnuhi kelangsungan hidup. Selesa itu jauh sekali. Betapa banyak hutang syukur ku kepada Tuhan.

Boleh dikatakan hampir setiap rumah memiliki kucing atau anjing. Ketika melintasi sebuah rumah, aku melihat sorang anak kecil bermain tanah sambil si ibu menjirus laman. Dibiarkan saja si anak itu oleh ibunya. Tak hairanlah jangkitan parasite mudah terjadi dalam kalangan mereka. Teringat kembali aku apa yang telah dibaca didalam nota kuliah tentang mode of transmission of parasites. Dan kini aku telah melihatnya dengan mataku sendiri.

Setelah selesai mengutip sample yang ada (walaupun tak cukup), kami berjalan melintasi sebuah jambatan. Disitu kami disapa oleh 5, 6 orang kanak-kanak yang sedang bermain.

"CARI APA?", sapa salah seorang dari mereka.

Ya, capslock.
Kerana nadanya seperti seorang samseng kampung yang tidak berpuas hati kawasannya diceroboh.

Kami jawab "Cari cacing. Nak tengok?" sambil membuka bungkusan plastik sampah yang kami bawa untuk menyimpan sample najis yang dikutip. Apa lagi, berebut-rebutlah mereka mengerumuni plastik sampah. Respons mereka begitu teruja dan curious. Aku tersentuh melihat gelagat mereka. Adik-adik, jangan bunuh curiousity kalian itu. Curiousity itulah yang kami perlukan untuk survive di dalam bilik-bilik kuliah dan makmal. Alangkah sia-sianya sifat keterujaan ingin tahu itu andai mereka terus tersisih dari arus pendidikan.

Kami tidak berlama-lama disitu. Sekitar jam lima, kami menaiki Swift meluncur lebuh raya untuk kembali ke dunia yang bingit.

No comments:

Post a Comment

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...