Saturday 19 July 2014

Hmm


Bagi pemuja cinta, daun gugur pun memberi bahagia.

Kerana cinta membalut setiap pembuluh darah, mencengkam seluruh tunjang saraf, membeku disegenap hujung neurons, terus mata menata pandangan cinta penuh seluruh. Meski jatuhnya pandangan itu keatas daun kering cuma.

Sebenarnya aku sudah muak dengan cinta uda dan dara, sudah mual mendengar ceritera palsu laila dan majnun, sudah jelek menatap kisah ilusi romeo dan juliet. Cinta makhluk Venus dan Mars seringkali menghadiah luka, menjemput duka yang tak terperi. Namun terlebih sering cerita cinta sebegitulah yang diulang papar untuk tatapan lensa mata, baik dilayar skrin mahupun dilayar realiti.
Mungkin surat cinta Tuhan sudah lama tersisip kemas disisi habuk dan debu.


[9:24] -- Mengikut logika matematik pun, tak sama 83 dan 38.


ps: Post orang frust putus cinta.

No comments:

Post a Comment

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...