Saturday 20 August 2016

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri

Antara perkara yang menganggu fikiran saya sedari dulu lagi ialah dialog malaikat dalam [2:30].

"Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah..."

Bagaimana malaikat tahu bahawasanya manusia itu akan berbunuhan dan berbuat kerosakan walhal nabi Adam belum lagi diturunkan ke bumi dan manusia belum lagi menjadi khalifah? (Anyway, majority of us just proved that malaikat were absolutely right.)

Sedangkan pada ayat berikutnya jelas mengatakan bahawa "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami.", begitu jawapan malaikat apabila Allah berfirman, "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini jika kamu golongan yang benar."

Nota sisi; Nama benda-benda itu merujuk kepada setiap benda bernyawa dan tidak bernyawa seperti pokok, sungai, dan roh-roh kita. Ya, roh-roh sekalian umat manusia. Apabila Allah menitahkan Nabi Adam untuk menamakan setiap benda tersebut, Nabi Adam menyebut satu-persatu nama roh-roh umat manusia berserta ciri-ciri dan sifat-sifatnya. Senpai actually noticed you!!! Itu Zaiton bakal cikgu sejarah, ini Sameon atlit renang negara berbadan sado berhati insta, itu Latifah usahawan tudung berjaya, ini Leyla Medina anak Ahmad Nabil Ahmad dan sebagainya.

Jikalau benda-benda didepan mata pun malaikat tidak ada pengetahuan mengenainya, bagaimana pula malaikat boleh membaca tentang masa depan khalifah yang masih belum wujud lagi di muka bumi ketika itu? Dari manakah malaikat membuat kesimpulan? Tidakkah terlalu awal untuk malaikat menghakimi? Apakah malaikat juga tidak terlepas dari perbuatan bersangka buruk? Adakah itu sangka buruk malaikat semata-mata atau sebenarnya itulah "realiti ketika itu"?

Fuh, resah juga dibuatnya bila meletakkan 'sangka buruk' dan 'malaikat' di dalam ayat yang sama.

Kalau mengikut teori sains, sistem solar kita tercipta 4.5 billion tahun lalu. Zaman Nabi Adam pula sekitar 7 ribu tahun lalu. Dan sekarang kita sudah pun berada di akhir zaman. Sedikit masa sahaja lagi sebelum bumi ini hancur. Satu tempoh masa yang sangat panjang diantara penciptaan bumi dan turunnya Nabi Adam ke bumi. You do the maths. 4.5 billion minus 7 thousand. Sejarah manusia hanyalah sejuzuk kecil sahaja daripada sejarah bumi.

Apakah untuk tempoh waktu yang cukup panjang itu, bumi hanya didiami oleh haiwan semata? Atau sebenarnya telahpun wujud 'manusia' di bumi ketika itu?

Nota sisi (2); Saya percaya haiwan telahpun wujud sebelum nabi Adam berdasarkan kisah Habil dan Qabil yang perlu mempersembahkan binatang korban kepada Allah [5:27] dan pengajaran burung gagak [5:30] membuktikan haiwan telah lama bertebaran di bumi. Selain itu, terdapat penemuan fossil binatang yang berusia sehingga ratusan ribu tahun lebih lama daripada zaman nabi Adam. Sebagai contoh, fossil Lucy berusia 3 juta tahun. Para pengkaji berselisih pendapat tentang apakah sebenarnya Lucy? Sebahagian mengatakan bahawa Lucy adalah seekor beruk. Manakala bagi pendokong teori Darwin, Lucy adalah spesis transisi dari beruk kepada manusia kerana bentuk rangkanya kelihatan terlalu manusia untuk dikatakan sebagai beruk dan terlalu beruk untuk dikatakan sebagai manusia.

Berbalik kepada persoalan utama, tidak ada ayat Al-quran ataupun hadis yang mengatakan bahawa nabi Adam adalah manusia pertama. Baginda adalah khalifah pertama, tidak secara automatis menjadikannya manusia pertama.

Ajaib. Kerana disaat kepala saya pusing memikirkan hal ini, diizinkan Tuhan saya terjumpa dengan hasil tulisan Ustaz Hasrizal sambil-sambil melayari laman sosial tanpa niat. Dan juga ketika sambil-sambil melayani lagu-lagu lagha di youtube saya terjumpa video ini. Alhamdulillah, ini sangat menjawab persoalan saya.


Saya kalau kepala tengah kusut memang comel macam ni
Seperti apa yang Ustaz katakan, teori evolusi itu luas. Bukan sekadar beruk bertukar menjadi manusia.

Teori ini telah wujud berkurun lamanya dan masih hidup sehingga kini. Teori hasil penyelidikan seumur hidup seorang Darwin yang merentasi seluruh kepulauan Galapagos untuk mengkaji pelbagai spesis burung dan 5436 spesis haiwan dan tumbuhan lainnya yang dicatatkan setebal 368 muka surat didalam buku catatannya. Bermula dari idea "adaptive radiation" membawa kepada "descent with modification" seterusnya "survival of the fittest" dan "natural selection". Pada usia 50 tahun Darwin menerbitkan bukunya yang pertama, "On the Origin of Species". Terlalu banyak umur dan usaha yang diletakkan oleh Darwin atas kajiannya. Jadi saya rasa tidak adil untuk kita menghukum seluruh kajiannya sebagai sampah. 

Sebahagian dari teorinya boleh digunapakai. Sebagai contoh masalah yang dihadapi oleh dunia perubatan masa kini yakni kemunculan drug-resistance bacteria itu kerana apa? Evolusi. Survival of the fittest. Bukan bermaksud yang paling kuat fizikal itulah yang akan survive, tetapi sejauh mana mereka mampu beradaptasi dengan persekitaran. Kalau yang paling kuat sahaja mampu survive, takkanlah dinasour pupus? Sesado manalah sangat bakteria tu? Tak sado pun tapi mereka mampu beradaptasi. 

Nota sisi (3): Malang sungguh apabila idea "survival of the fittest" ini dimanipulasi oleh pihak-pihak yang mementingkan diri sendiri. Adolf Hitler misalnya, yang membawa kepada malapetaka eugenics. 5 juta yahudi, gypsies, golongan tua dan kurang upaya dihapuskan kerana dikategorikan sebagai 'life unworthy of life'. Geram betul dibuatnya.

"Ahhh teori evolusi itu mengarut!"

Bukan teori evolusi yang mengarut. Kefahaman kita tentang teori evolusi itu yang mengarut. Kena bezakan.

Eh kenapa aku cerita pasal teori evolusi pula? MashaAllah fokus ya ukhti.

Ah sudahlah. Panjang pula membebel. Kesimpulannya, ada adam sebelum Adam. Apa, siapa, dan bagaimana itu Allah sahajalah yang mengetahui.

No comments:

Post a Comment

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...