Saturday 23 July 2016

Kadang-kadang bukan aku rindu, cuma teringat.


Baru-baru ni aku beraya dengan kawan-kawan high school.

Masa berborak bergurau senda membahan dan mengumpat, aku tiba-tiba jadi teringat pada kawan aku, Afifah (bukan nama sebenar). Aku dah lost contact dengan budak bertuah ni.

Aku ada pengalaman epik dengan dia ni.

Kisahnya bermula di ambang SPM.
Yelah bila duk asrama di ambang SPM ni bebudak lain mana ada. Calon SPM je yang ada.
Asrama pula selalu dikaitkan dengan cerita seram. Benda cliche kan.

Credit to my papa homeroom yang kacak lagi berbakat

Long story short, si Afifah ni mengalami tekanan perasaan tahap kuasa lohong hitam Boboiboy. SPM je pun, tapi dia punya depresi melampau. Najib kena kecam satu dunia pun tak stress gini. Faham-faham je lah bila orang tengah depressed, dia suka duduk sengsorang melayan perasaan.

Orang tua-tua selalu cakap kalau stress sangat 'benda' tu suka kacau. Emosi tengah tak stabil kan.

Sebelum tu aku takdelah rapat sangat dengan Afifah ni. So aku tak perasan pun dia tengah jiwa kacau kape. Aku tahu pun sebab Dz bagitahu. Dia cakap si fifah ni suka duk sengsorang belakang blok (tempat ampaian) pastu cakap sorang-sorang. Aku pun macam eh serious ah? Sejak tu aku mula peghati dia. Yelah seram kot. Dah lah asrama tak ramai orang pastu ko lepak pulak sengsorang belakang blok what the fish?!?

Dia punya tahap stress tu sampai hilang ingatan. Serious. Ingatan dia bercampur aduk. Dia konfius memori form 4 dengan form 5. Kadang-kadang dia fikir dia form 4 lagi. Banyak kali dia melepak sorang-sorang dalam bilik dia time form 4 (time tu dah jadi bilik junior). Kitorang banyak kali cakap kat dia, tu bukan bilik dia, tapi dia insist gak. Bersungguh-sungguh dia kata tu bilik dia. Kitorang cakaplah tu bilik ko time form 4, skang ko dah form 5. Bilik ko blok lain. Ehhhhhh takkk ni memang bilik aku katanya. Hah lantak.

Pernah gak sekali aku, Etot, and BB melepak bilik junior tu (time tu calon SPM je yang ada so semua bilik jadi tempat lepak kitorang), tiba-tiba Afifah masuk melulu then tidur kat katil lama dia. Tak bagi salam tak tegur tak apa, kitorang macam errr kena sampuk lagi ke dia ni?

Pernah suatu petang yang syahdu, bebudak pergi beriadah. Aku pun beriadah gak. Atas katil. Hahaha. Aku, Mey, Mim melepak je dalam bilik. Kemonlah, riadah? Apetu??? Haha. Lepak punya lepak sampailah hari hujan. Masa tu hampir pukul 6.30 petang jadi aku pun blah dari bilik Mey sebab nak pergi mandi bersiap-siap nak solat maghrib kat surau (oh i miss this moment!).

Untuk balik ke bilik aku kena melalui koridor tempat kitorang selalu rollcall. Masa tu aku perasan si Afifah ni tengah duduk sorang-sorang bersandar didinding, mengadap kawasan rollcall sambil termenung. Dibiarkan saja air hujan menempias kemukanya.

Aku sebagai kawan yang acah-acah caring (eceh) menghampiri dia cuba bertanya khabar.

"Ko ok tak ni?"

Senyap.

"Kalau ada problem citer aa"

Senyap lagi.

"Ko stress exam eh?"

Masih senyap.

Tapi aku tak mengalah. Hidup ni tak boleh cepat sangat mengalah. Tetiba kan.

"Kau nak dengar citer tak?", aku cuba memancing minat dia untuk berborak dengan aku. Since aku pun sebenarnya dah tahu apa masalah dia so aku bukak satu citer motivasi dengan dia.

Aku cerita pasal seorang raja yang suka berburu tapi suatu hari raja tu tercedera di kaki so dia dah tak boleh berburu eh sebenarnya aku pun dah lupa citer dia macam mana. Tapi moral of the story kita kena sentiasa optimis because everything happens for a reason. Mungkin korang pun pernah dengar citer ni. Berkobar-kobar aku citer kat dia. Aku punyalah semangat seperti seorang pejuang syahid yang sedang bersiap sedia terbang ke syurga.

Setelah panjang lebar aku citer barulah dia ringan mulut nak berborak dengan aku. Hujan pun semakin lebat seolah turut teruja mendengar ceritaku.

Sebagai penutup cerita, aku katakan pada dia, "Kalau ko ada masalah ke nak aku ajar apa-apa ke, bagitahu jelah. Kalau aku boleh ajar, aku ajar. Ko jangan simpan sorang-sorang. K lah, dah nak maghrib aku nak pergi mandi. Ko pun pergilah mandi. Jangan duk sini sampai malam."

Aku pun beredar, membiarkan dia terus termenung disisi hujan.

Seusai maghrib berjemaah di surau, aku dan teman-teman bersalam-salaman. Tidak semena-mena, tubuhku ditarik dari belakang.

"Terima kasih weh terima kasih. Terima kasih banyak-banyak. Walaupun ko tak tolong ajar aku apa-apa, terima kasih jugak." Ucap Afifah sambil memeluk erat tubuhku berkali-kali.

Aku jadi terpinga-pinga. Kena sampuk ke budak ni?? Kawan-kawan memandang kami hairan. Aku lagi hairan! Lepas 2 saat, baru aku faham apa sebenarnya yang telah kejadian. Rupanya cerita dongeng aku petang tadi benar-benar telah membuatkan dia termotivasi.

Tak kusangka tak kuduga, buat pertama kalinya aku rasa aku berjaya menjalankan tangungjawab sebagai pembimbing rakan sebaya (PRS). Ya, aku adalah seorang PRS semasa di sekolah dulu. Jangan gelak. Tapi kawan-kawan lebih gemar memanggilku Perosak Rakan Sebaya. Ya, sungguh biadap mereka itu.

Macam tu rupanya perasaan membimbing rakan sebaya. Aku punya happy sampai rasa nak bagi khutbah je malam tu.

Sejak haritu Afifah jadi baik semacam dengan aku. Aku tak perasan pun. Etotlah yang cakap kat aku.

"Weh sayang betul Afifah kat ko eh?"

Huh?

Sebenarnya Etot terasa hati. Mana taknya, berjam-jam dia melepak dengan Afifah langsung tak dipelawanya buah ke Etot. Sekali aku lalu kat pintu bilik dia bersungguh-sungguh Afifah panggil aku nak offer buah. Memang sentaplah Etot.

Tapi tak lama lepas tu, Afifah kembali depressed.

Pernahlah sekali time outing, tapi aku tak outing. Aku lepak je dalam bilik dengan kawan. Melepak je kerja aku ni kan. Masa tu lah aku dengar dari blok sebelah suara Afifah meracau. Gelabah ayam lah aku. Cepat-cepat aku pergi blok dia. Masa tu Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) cuba control keadaan masa tu.

Si Dz ni pasang ayat quran dalam handphone pastu sorok handphone tu dalam loker berkunci (LDP pun bawa barang haram?!? hahaha). Si Afifah ni apa lagi kepanasanlah dia dengar ayat quran. Dia goyangkan loker tu nak ambil phone. Cuak gila aku time tu tengok member sendiri naik hantu. Selalu dia pasif je, kali ni dia aggresive.

Fast forward, warden pun datang. Afifah dipindahkan ke blok E. Blok yang paling hujung. Blok yang paling hampir dengan rumah warden. Setelah Afifah tenang, kami suruh dia solat. Selesai solat, Afifah cuma termenung diatas sejadah.

Aku, Dz, Alin, Farhah cuba berborak dengan dia. Setiap kali fikiran dia hanyut, kami cepat-cepat sedarkan dia semula,

"Afifah! Jangan termenung."

"Afifah stress ke?"

"Afifah lapar tak? Nak makan?"

Aku diam je. Sebab aku rasa seram sejuk.

Setelah pelbagai topik mereka cuba, Afifah tetap diam seribu bahasa.

Last last Alin cakap, "Afifah nak cakap dengan siapa? Afifah bagitahu kitorang."

Suasana senyap untuk 3 saat. Kemudian Afifah angkat wajahnya yang tak berperasaan, dan perlahan-lahan mengangkat jari telunjuknya sambil memandang tepat ke arah ku. Semua orang tengok aku.

Aku telan air liur.

Kenapa tunjuk kat aku kusssss semangat.

Cuak gila aku. Dalam hati aku duk pikir, ni Afifah ke hantu dia yang duk tunjuk kat aku?

Stress sampai masuk hantu pun SPM dia straight As. Memang kena makilah dengan kitorang time ambil result. Hahaha.

No comments:

Post a Comment

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...