Tuesday 16 May 2017

Kebongkakan akal

Aku tengok orang-orang yang well educated ni mostly ada sejenis sikap yang sama. Yang aku rasa quite problematic. Tak semua. Mostly.

They think they know everything.

Depa sembang berapi-api macam depa sorang ja yang betul. Tak sempat orang lain nak bukak mulut, depa cakap panjang lebar sampai langit pun boleh runtuh semata nak justify bahawasanya depa lah yang paling betul dan paling knowledgeable.

Little did they know the more they talk, the more people see how little knowledge they have.
Contoh real case scenario yang jadi kat aku:

There was a phd student in pharmacy, yang dah habis viva and submitted thesis. Just one step left to be called Dr - Graduation. Long story short, dia tanya berapa dose treatment yang aku akan bagi kat tikus. Aku jawablah 400mg/kg. Then she snapped. Bergegar arasy bila dia explain yang dose aku tu not acceptable bla3 too high bla3 not suitable for human bla3. Lepastu bila aku cuba nak explain dia tak nak dengar.

Dia ingat aku pilih dose tu sesuka hati aku  ja ka? Dia ingat aku tak refer berpuluh journal dulu? Dia ingat aku belum defense proposal ka? And the most important is, dia belajar pharmacy takkan tak pernah dengar pasal dose translation? Itu dose untuk tikus yang nak kaitkan dengan human apa jadahnya? Ofcos lah kena translate dulu dose tu sebelum bagi ke human.

Inilah masalah orang pandai. Dia ingat dia tahu semua benda. Dia ingat orang yang bawah dia bodoh tak tahu apa.

Inilah yang Montaigne kata sebagai kebongkakan akal. Orang pandai mudah sangat menjadi bongkak dan terlupa tentang had intelek mereka.

Manusia tetap manusia tidak kiralah pandai takat mana pun.

Socrates merupakan orang yang terpandai di Athens semasa zamannya. Kau tahu kenapa?
Dia merupakan orang terpandai bukan kerana dia tahu semua benda. Tapi kerana dia tahu yang bahawasanya dia tak tahu semua benda. Dia sedar tentang kewujudan ilmu dan pengetahuan lain yang dia tidak ada.

"Aku tahu bahawasanya aku tidak tahu."

Paradoks Socrates.

Disinilah letaknya kebijaksanaan Socrates.

Sepatutnya lagi tinggi ilmu seseorang lagi berhati-hatilah dia dalam berkata-kata.

Aku pun perasan berdasarkan pemerhatian aku keatas orang-orang akademik ni, selalunya yang paling beriya-iya tu lah yang have less knowledge about the things yang dia iya-iya kan tu.

Sebenarnya kita boleh belajar daripada orang yang kita anggap hina.

Teringat pesan seseorang, "Kita kena belajar dari sekeliling kita. Belajar dari semua orang."

Post ini adalah sebahagian dari pelajaran yang aku dapat dari sekeliling aku.

So the take home msg is, "No one knows everything, but everyone knows something."

No comments:

Post a Comment

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...