Wednesday 4 May 2016

$_$


Sedang aku duduk-duduk melepaskan lelah di bangku bertentangan Secret Recipe PPUM, datang seorang mak cik bertanyakan arah. Tak habis lagi ke badi 'arah' ni?!?

Dipendekkan cerita, kami berbual-bual panjang. Friendly betul mak cik ni. Borak punya borak punya borak rupanya mak cik ni kaki MLM. Aha! Opportunist. Patutlah friendly semacam. Ramah duamacam. Nak cari downline lettew. Disebabkan mak cik ni nak tarik saya join MLM so dia brainwash saya sikit-sikit.

Dia ceritalah masa muda ni lah nak kena kerja keras, kumpul duit banyak-banyak nanti tua senang. Anak-anaknya pun didoktrinkan begini. Ada seorang anaknya fresh grad dapat kerja gaji 3k kemudian berhenti kerja kerana merasakan 3k itu sedikit.

Apa yang penting adalah duit. Duit duit duit.

Tiba-tiba, semacam ada flashback dalam kepala.


"Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya."
[111:2]

"Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba)."
[100:8]

"Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)?"
[92:11]

"Dan mengatakan 'Aku telah menghabiskan harta yang banyak.'"
[90:6]

"Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!"
[89:20]


Saya tak berapa setuju sangat dengan point point mak cik ni. Tapi disebabkan dia orang tua, jadi saya diamkan jelah.  Duit tu memanglah penting. Siapa rasa duit tak penting, sila transfer duit anda ke dalam akaun saya.

Kebanyakkan kes cerai berlaku adalah disebabkan masalah kewangan. Duit tu penting occayyy. Duit penting untuk masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tapi muslim tak berfikir tentang masa depan saja. Muslims think beyond that. Masa muda takkanlah nak dihabiskan untuk mengumpul harta saja. Rugilah.

Bak kata Hlovate, "Duit tu cuma dibuat alat, bukan kiblat."

Cari sekadar perlu. Our main purpose here is not to find money.

One of my favorite ayat in the Quran is;

"Abundance diverts you."
[102:1]

Short yet powerful.
It depicts a profound reality of today.

Ayat ini kurang lebih bermaksud harta kekayaan yang bertimbun-timbun melalaikan kita. Melalaikan kita dari apa? Rememberance of Allah. Again I tell you, this is a very very very shallow translation of the ayat. To truly appreciate the ayat you have to go deeper.

Pertama kali saya mendalami ayat ni, rasa tersentak dan tersentap. Rasa seperti dikejutkan dari tidur yang lena.
Saya tak nak ulas panjang tentang ayat-ayat di atas. Kalau nak lagi feel, boleh rujuk sendiri dari sumber-sumber yang meyakinkan.

Jadi saya tutup post ni dengan satu kisah benar.

Ada seorang lelaki yang berjawatan. Kemudian, dia ditawarkan kenaikan pangkat untuk gaji yang lebih besar. Surprisingly he rejected the promotion. Someone asked him, why dude? That's a lot of money why you rejected it? And he said, "What I have now is enough."


"Abundance diverts you."


No comments:

Post a Comment

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...