Sunday 8 July 2012

Kalian tahu tak 2012 tu Tahun Melawat Perak?

Wuwuwuuu ni nak citer sikit.
Seminggu lepas semester break, saya ada join satu aktiviti nama dia Hijau.

Haaa bila sebut 'hijau' korang agak aktiviti camne? Memang takdek kaitan dengan Zainal Abidin penyanyi lagu Hijau yang pernah popular suatu ketika dahulu tu. Apa lagi yang sinonim dengan 'hijau'? Semestinyalah alam buana semulajadi kan?

Kiranya ni aktiviti nak mendekatkan diri dengan alam semula jadilah setelah lelah dihimpit dengan kesesakan dan hiruk pikuk kehidupan dalam hutan batu ditengah bandaraya metrofulus metropolitan (Fuh,sila baca dengan satu nafas je).

Rasa excited je nak citer ni sebab dah lama tak join aktiviti cenggini. Huhu. Kali  terakhir join pun time sekolah dulu. Sadis, bukan? haha.

 Dan destinasi Hijau kali ni ialah....

jeng 
jeng 
jeng..
.....

 Ah macam tak menjadi je unsur suspen ni. 

Sudah sudah, mari balik ke pangkal jalan. Kitorang pergi ke Gua Tempurung (GT) je sebenonye.

Itulah first time saya meneroka gua. Memang pengalaman yang sangat osem.
Bermula dari masuk pintu gua sampailah patah balik ke pintu gua, memang banyak ilmu ke-gua-an yang gua dapat. Lu hado? Kehkeh.

Meh la gua share satu ilmu yang gua dapat dalam tu. Barulah nampak berilmiah sikit entry gua ni. Kahkah. Dalam GT tu ada batu nama batu granite. Batu ni ajaibnya dia boleh sedut kuasa bateri torchlight lu'olls. Kalau lu tercegat kat batu tu lelama, then tetibe torchlight lu bagaikan hidup segan mati tak mahu, lu jangan panik plak kata GT tu berpenunggu. Kalau gua sebelah lu masa tu memang gua sepak je lu lelaju tanpa belas kasihan.

Rasa macam nak buat lagi satu entry dedikasi khas untk Gua Tempurung. Tapi gua malas. Kalau lu'olls nak tahu lebih lanjut pasal GT, lu'olls boleh tekan 'ON Tempurung' dan hantar ke 32232. Lu'olls pergilah explore sendiri GT tu. Berbaloi-baloi, lu tahu? Macam budak retard duk gua-lu gua-lu ni apahal?


Setelah berjam-jam hidup dalam kegelapan gua, tetibe sampai kat
pintu gua ni seolah-olah ternampak cahaya keagungan
bersinar-sinar.

Lepas penat berjimba di GT, malam tu plak kitorang night-walking.
Meredah Sungai Kampar dimalam yang kelam bertemankan cahaya bulan tanpa sinaran torchlight.

Saya je la yang takdek torchlight, orang lain ada. Sadis kuasa dua, bukan? haha. Tetiba ada satu suara macho yang tak dikenali menyapa, "Takdek torchlight ke? Bahaya nih. Kut-kut terpijak batu ke hape ke. Nah torchlight ni." Eceh. Sanggup dia kasi torchlight kat saya yang entah sesape ni pastu dia plak berjalan dalam gelap. Dengan kadar segera saya ambil torchlight tu sambil berkata pada beliau, "Saya rasa saya tercipta dari tulang rusuk kiri awak lah. Jom kita kawen?" kahkah. Okay tipu je.

Masa mula-mula sampai kat sungai tu, abam guide tunjuk kat kitorang acane nak menjala ikan. Ish ish. Tak pernah dibuat aku. Dah la pergi sungai tengah malam, tengok orang menjala plak tu. Sambil redah arus sungai sejuk tu juga kami menikmati pemandangan kunang-kunang lip lap lip lap.
Syahdu. Cantek. :')

Esoknya plak, waterfall abseiling and water rafting. Memang Hijau kali ni bertemakan air. Asyik bergelumang dengan air je. -.-

Wuuu otomatis adrenalin ku mencurah-curah tanpa perlu dipaksa. Ini first time saya try dua kegiatan haram ni. Lepas sakit-sakit kaki ber-abseiling, kami bermandi-manda bak puteri bunian.
Waterfall tu memang cantik. Damai. Tenang. :')

Water rafting sangat mencabar kegagahan dan keberanianku. Dah lah dengan sengajanya abam guide tu terbalikkan raft kitorang. Cis! Kawan-kawan saya apalagi, gelabahlah.
Saya masih lagi act cool, tahan nafas, tutup mulut, bukak mata, relax.
Wah, betul-betul mempraktikkan teori. *Konon*.

Banyak kali jugalah abam guide tu mendajalkan kitorang, lepas tu dia gelak bersungguh-sungguh. -.-



Alamak! Raft terkandas


3 hari kitorang berkecimpung dengan alam semulajadi. Memang feeling tu best. Tenang. Tak terungkap dengan taipan keyboard. Mungkin sebab alam semulajadi tu memang secara semulajadinya bertasbih kepada Allah kot..?

"Segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah..." 
[As-saff(61): 1]

Ibarat masuk majlis zikir. Mestilah rasa tenang kan? Lainlah kalau masuk Zouk. Eh? Walaupun bukan saya yang berzikir, tapi tempias ketenangan dari zikir 'mereka' tu lah yang mendamaikan hati saya mungkin.

"....ketahuilah, dengan zikrullah itu, tenang tenteram lah hati manusia." [Ar-raad(13): 28]

Kesimpulannya kawan-kawan, cintailah sungai kita! Err.. Jagalah kebersihan alam sekitar! Err.. Ahh korang buatlah kesimpulan sendiri. :)

8 comments:

  1. err, ni yg menulis ni kwn ak ke ptri bunian?..huhu
    untungla aok~

    ReplyDelete
  2. Jom pergi jenjalan perak nak? hehe

    ReplyDelete
  3. Hijau,,ignat parti politik doh tadi,, :p

    ReplyDelete
  4. Syai,bila-bila je lah free. haha
    Moi, x tahu apa? Ishh politik plak. Saya x layak mengundi lagi. haha

    ReplyDelete
  5. Ni koi nak bagitahu la ni. :p

    ReplyDelete

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...