Sunday 31 December 2017

Projek 2017 - To write all the good things that happen to me throughout this year

My resolution for this year is to focus on the good things that is going to happen to me on each day no matter how big or small they are.

So here we go!

2/1 - Hiked gunung datuk. Mot pick me up kat rumah Along and belanja Mcd. Syid belanja air right after turun gunung. Kamil belanja lunch. Dapat bagi hadiah bufday (songket) kat Mot after 3 months. Lol.

5/1 - Two strangers gave warm smiles at me.

7/1 - Aisyah rumet tumpangkan kereta untuk pergi and balik exam.

15/1 - Hiked Bukit Batu Putih dengan Mot, Ama, and Yayalah (hat ni random).

2/2 - I got to eat cheese cake and marble cake.

3/2 - Cai took me to lubuk buku baru kat KL Central.

6/2 - Akak cleaner tolong halaukan monyet yang bertebaran dekat koridor so that i can walk through it. Thanks kak hipster.

13/2 - SV asked about my pointer. Alhamdulillah finally i can make people proud of me :')

18/2 - Hiked Gunung Berembun with Mot and Syid.

21/2 - Went to pasar malam then makan atas rooftoop fakulti kejuruteraan with farah.

28/2 - SV gave me RM5 for breakfast.

2/3 - My mom datang ukm bawak banyak stok makanan. Ini sangat rare!!

7/3 - SV tanya, "Dia rajin tak? Rajin macam you?" Sajalah nak highlight part yang last tu kahkah.

9/3 - I dreamt of him. Dapat jumpa dalam mimpi je pun jadi lah.

10/3 - Aisyah rumet ajar guna snipping tool, how to convert jpeg/tif/etc, explore new functions in microsoft word. Noob gila rasa.

11/3 - Aisyah and her tunang tolong activate microsoft word and update microsoft 2010 to 2016.

12/3 - So the story goes liddis; Ipan nak basuh tangan kat sinki tapi dia tak sampai. Then dia pergi kat rak pinggan mangkuk looking for something which aku tak tahu apa. He took few stuff and put it back. Took another and put it back again. Finally he took penapis santan. Guess what he's gonna do with that thing? Dia guna penapis santan tu untuk capai pili air kat sinki. And voila! Dia dapat basuh tangan dia. Omggggg comel gila. I'm impressed with his ability to think and solve problem. Yeay sel-sel otak berhubung :'D I asked him, "Siapa yang ajar Ipan?", to which he replied, "Ipan lah." So that means dia bukan belajar dari pemerhatian but he actually thought that by himself. :') This made my day.

14/3 - Farah Amirah belanja syiling untuk refill air. Haha. Little things that count.

17/3 - SV hold my hand. Tak tahu kenapa rasa terharu. Rindu kat mak kot?
- SV reply email cakap "Tq mira!". Ni first time dia reply email just to say tq. Hm just so you know that simple act of kindness like saying 'tq' can make someone's day.

18/3 - SV submitted my first manuscript everrrr to journal. Cant wait for my first baby to be delivered. Hihi.

21/3 - Farah Amirah ajak wall climbing. Too bad i am (almost) broke.

27/3 - Aisyah ajak makan BBB. Just because dia rasa macam dah lama tak makan with me. Haha.

28/3 Today we had mock presentation with SV. Since I had not seen her for quite some time, so I asked her, "Dr sihat?". All of my friends suddenly laughed. Like cute laugh. Not satanic laugh. Lol. Maybe they found my question funny or cute or awkward. Haha. Idk but it feels good to see people (accidentally) happy because of you.

29/3 - SV asked me to convert master to phd. May Allah show me the way!
- SV treated us lunch eventho she was fasting. Huhu.

2/4 Mot made an appreciation post about me on ig out of the blue. Aww thank you terharu titer :')

5/4 Dapat sign and bergambar dengan Mat Luthfi.

6/4 Farah bawak makan nasi manggey dan coconut shake. Antara port yang famous di Bangi. Dap2.

7/4 SV asked me to delete some apps in her phone. I wanted her permission to delete movie apps. So I asked her, "Dr tengok movie eh kat fon?". She blushed while laughing and hitting my hand. Lol. 

11/4 Umar belanja air milo prepared by himself according to original recipe of Milo :D

12/4 Seronok merempit. Haha. Dapat brek mengejut terseret tayar tu paling puas hati.

13/4 Harini beli cheezy fries. Maigoddd sedap gila. Ka aku yang lapaq?

14/4 Dapat a cup of nescafe coconut for free. Not bad lah rasa dia. Taste like latte a bit.

16/4 Mimpi mengelilingi dan mendarat di bulan. Literally. Real betul perasaannya. Seronok sangat sampai rasa tak mahu bangun dari tidur.

18/4 I heard Umar telling Puva, "Kita kena treat perempuan ni macam queen tau Puva." And yes, he actually did that. Dia sangat hormat perempuan. I love this positive vibe.

20/4 Aku jumpa co-SV. Few things gone wrong in my research due to bad planning. Lepas cerita dekat co-SV, dia pun cakap, "Heyyy scientist, you have to plan your work." Then she laughed. Haha comel gila. Lol. I like the way she treated us. Dia ajar aku untuk berfikir dan bertindak seperti saintis, bukan sekadar postgrad student. 

21/4 Whatsapped SV mintak nak jumpa. Too bad she couldn't make it. But I insisted to meet her sebab dah lama gila tak jumpa. Aku takda apa sangat pun nak cakap dengan dia cuma aku ada KPI aku sendiri berapa kerap aku perlu jumpa dia. Then she called. Lepas dah sembang2, dia tanya, "Ini je ke sebab nak jumpa? Ingatkan masalah besar apa sangatlah. Haha." Aku cakap, "Takde masalah sangat pun. Saja nak jumpa Dr. Dah lama tak jumpa." She laughed it off. Haha. Tu ja lah. Sedikit sebanyak aku pun terhibur. Lol.

25/4 Journal dah bagi feedback for my 1st manuscript. Alhamdulillah walaupun I dont understand what the reviewer wants. Even my SV said, "Saya pun tak berapa faham komen reviewer." Lololol. Nice, Dr. Nice. Dr tak paham lagikan pulak aku. Kahkah.

26/4 Harini aku tak sihat sikit. Batuk and suara pun dah lain macam. Umar caring gila tanya aku macam-macam; "Sakit kepala ke? Sejuk ke aircond ni? Takde selera makan ke? Semalam kena hujan ke? Badan rasa panas ke? Patut rehat je harini." Atototo. Sesape yang tengah cari calon suami meh aku tolong adjust Umar untuk hgpa. Baik sangat orangnya. Tapi tu lah, not my taste. Lol tetiba.

27/4 - Harini aku duduk di kerusi SV sambil menaip di komputernya. Luar biasa. Rasa berdosa nak duduk kerusi lecturer. Haha. Terpaksa tanya dua kali untuk kepastian, "Saya duduk kat sini?". Jawab Dr, "Ya, practise jadi lecturer." Kahkah. Kasar guraunya.

29/4 - Celcom bagi free data for fb and whatsapp sampai 5 Mei! Tak tahulah sempena apa. Masyehh syelcom.

2/5 - First time meeting dgn suppliers. Real betul sembang pasal lab equipment acah-acah pro. Hakhak.
- Meeting dengan SV. SV suruh explain principle of freeze drying (sebab Dr pun tak tahu so dia suruh aku cari jawapan). Aku pun tak fully understand sangat. Tapi aku explain kencang kemain. Confident mesti lebih beb. Hahak. At the end aku cakap, "Kita tak nak produk freeze dry kita tu collapse." Then Dr asked, "Collapse macam mana tu?". Omg aku pun tak tahu sebenarnya so aku jawab je lah, "Yang tu saya tak faham tu." Lepastu SV gelak dengan bersungguh-sungguh. Mesti SV kata dalam hati, "Nate mu! Ingatkan pro sangat tadi."

3/5 - Dapat makan kailan ikan masin!!! Craving satisfied! Thanks rumet.

4/5 - Harini laptop aku masuk air. Mampuih. May the 4th be with me. Tapi takpa I try to look at the bright side. Rupanya ramai ja kengkawan aku yang terer bab gadget ni yang aku boleh harap. Abang aku, Pik, Mot, Rumet. They all gave brilliant, helpful ideas on how to solve my problem with minimum cost. Thank you everyone. 

5/5 - I'm home!!! 

6/5 - So many fruits at home so fresh so clean. Ada jagung, mangga, anggur, pelam. Yummy.

7/5 - Kak ipar tegur, "Kurus aok sekarang." Hihi.

8/5 - Laptop kembali bernyawa seperti biasa (eventho melayang RM200).

9/5 - Joined lecture proteomics Dr Aizat. Lecture tu untuk students dia je. Aku menyelit je kat situ. Alhamdulillah finally aku faham apa yang aku duk baca dalam journal. Beza gila degree dengan master. Degree dulu kelas asyik rasa nak ponteng je. Padahal bayar yuran untuk setiap subjek. Time master ni takde register apa-apa subjek pun. Tapi tercari-cari lecture/talk/bengkel untuk di join. Nak berguru punya pasal. Tapi mostly kena bayar kalau nak join. Tu pun RM dua tiga ratus :( So bila dapat join free memang rasa bersyukur gila. Baru sedar banyak benda yang aku took for granted masa degree dulu.

10/5 - Lost RM 2, gained RM 1200. Alhamdulillah.

11/5 - Attend sharing session for UKM GoGlobal. Best je dengar exchange students share experiences diorang pergi Mexico, Kazakhstan, Korea, Philipine, Azerbaijan, US etc. Bilalah aku nak merasa pulak. Huhu.

12/5 - Birthday aku tahun ni rasa insaf. Sebab jatuh pada hari yang sama dengan nisfu syaaban. Malam tadi buku amalan lama diangkat dan diganti dengan buku baru. So maknanya birthday aku tahun ni literally start fresh and clean. Just like 25 years ago, when I first came into this world. This just blows my mind. Hadiah birthday paling bermakna buat aku.

13/5 - Picnic di Pulau Burung with my sis and kids.

14/5 - Dapat makan udang after quite a long time.

15/5 - Along belanja kfc.

16/5 - Found my moringa sample (that I thought was lost).
- Kuetiau kungfu BBB for lyfe.

17/5 - Got free yakult. Thanks yakult!

18/5 - Setelah sekian lama menahan diri dari teh ais (in an effort to cut my sugar intake), harini aku minum. MashaAllah nikmatnya.

19/5 - SV ajak ngeteh. Too bad I couldn't make it sebab busy meeting dengan supplier. Kemain busy. Lol.

20/5 - Overnight by the beach at PD.

21/5 - Abang ipar belanja makan.

22/5 - Aisyah Rumet belanja Penyet Express.
- Terserempak dengan SV kat lif then dia tegur, "Dah lama tak jumpa [inserts my name]." Bila SV dah cakap macam ni, kau kena jaga-jaga. Bawak-bawaklah diri tu jumpa dia.

23/5 - Done freeze dried my sample for the first time.
- Maya Karin liked my photo again!!!

24/5 - Journal bagi feedback for second revision of my paper. One step closer.

25/5 - Got free screening for hepatitis B and C. 
- Got free vitagen. Thanks vitagen!

26/5 - Aiskrim cornetto before ramadhon.

27/5 - Finally got time to spring clean my room. Puas!!!

28/5 - Harini akak jual nasi kukus tu baik. Nasi kerabu RM5 dia jual RM4 je. Ok lah jimat singgit. #lifeasastudent lol

29/5 - I'm home!!!

1/6 - Buat popia nestum. Dap2.

3/6 - Berbuka di BBB. #BBB4lyfe

4/6 - Pergi param setelah bertahun-tahun. 

5/6 - Hajar hantar balik kolej.

6/6 - Puva hantar balik kolej. Kalau hari-hari orang hantar kan best. Hihi.

8/6 - I may now confidently handle rats. Ingat lagi masa 1st time dulu ya rabbi geli geleman aku. Sekarang dah berani dah. Dengan kucing pun aku tak berani macam ni. Lols.

11/6 - Honey lemon sedap jugalah. Bila minum rasa refreshing.

12/6 - Alhamdulillah my first baby delivered!! Paper accepted for publication!!

13/6 - Sv bagi sebekas kurma. Pastu dia whatsapp pesan, "Jangan lupa berbuka dengan kurma yang saya bagi." Kahkah. Comel.

14/6 - Dapat biskut and sampul raya dari Prima Nexus.

15/6 - Harini tiba-tiba je sv jadi aggresive. She suddenly decided to do thesis review weekly. Everyone has to review the thesis of her previous students and present it every thursday. Once done with thesis review, she wants to continue with journal club. Every freaking week!! Aku quite setuju jugalah dengan cadangan ni. Tapi tu lah, why so sudden?? Aku rasa ni mesti sebab aku kritik method previous student dia itu hari. Insecure lettew.

19/5 - Dapat makan rendang mak Hajar masak. Bulan puasa aku melantak rendang dalam surau. Hahaha.

21/6 - Akma bagi Cadbury. Tapi cair. Nasib baik ada fridge dalam lab. Orang simpan sample, aku simpan cekelat. Hahahaha.

22/6 - Raspberry cake secret recipe omg sedap namateyyy.

23/6 - I'm home!!!

24/6 - Kak ipaq belanja shopping raya. Tanjat gegirl.

25/6 - Mom bought me a jubah. So harini aku raya pakai jubah. Omg jubah tu sangat simple tapi sangat selesa!! Best2.

27/6 - Today Pak Yie (my pak sedara) gave me duit raya bcs i'm still a student omg the only pak sedara yang memahami. Luv you Pak Yie. And he kissed me on my cheek. Aww so sweet. :') (Actually this was my first time being kiss by a grown man).

1/7 - Abang ipaq belanja pizzahut.

3/7 - Abang rapid tengahari tadi baik betul. I was waiting at bus stop alone when a rapid bus came. Aku tak tahan pun bas tu sebab tak sure dia masuk ukm ke tak. Tetiba bas tu stop. Aku peliklah takde orang turun pun kenapa dia stop. Lepas tu driver bagi isyarat tangan kat aku. Dia tanya, "UKM?". Wah baguslah dia. Aku tak tahan pun dia tau aku nak p ukm. Very considerate and prihatin. Kalau dia jenis 'lantak engkolah' mesti aku duk tercongok lagi tunggu bas kat situ. Hidup abang rapid!

4/7 - Akma belanja air mineral untuk berbuka puasa kat surau. Hajar belanja coconut shake.

5/7 - SV gave me RM200 as a reward for my published paper. Alhamdulillah. Aku ingat dia nak bagi RM50 je. 

6/7 - Mutiara Saintifik bagi biskut and sampul raya.

8/7 - Hiking Gunung Gap dan Gunung Ulu Semangkok.

9/7 - Ama bagi johson&johnson dan hantar balik ukm.

10/7 - Dah seminggu selsema dan batuk. Umar caring sangatttt. Risau betul dia masa kat lab tadi. Kalau hgpa gegirls ngengada nak sepenuh perhatian masa sakit, kahwinlah dengan Umar. Confirm dapat sepenuh perhatian dan kasih sayang.

11/7 - Yana bagi oren sanquick.

14/7 - Yana belanja apa entah dari bakery. Dap2.
- Rumah terbuka biosains. So much food so heaven!!!

15/7 - Dapat makan kambing golek dap2. Rezeki datang bergolek-golek.

18/7 - i think my stamina has improved. Sekarang dah boleh buat plank seminit. Ingat lagi masa memula dulu nak buat 20 saat pun rasa nak nangis. Sekarang nak buat 40 saat pun tak se struggle dulu. The power of exercise. Dasyat2.

20/7 - Team lab buat potluck. Makanan dap2.

25/7 - Pepagi aku datang lab nak buat kerja. Tetiba sakit puan datang. Allahu. Nasib baik ada Yana yang comel lagi baik hati hantar aku balik kolej. And macam biasa, Umar risau betul pasal aku (as a friend). Dapat kawan-kawan baik macam ni satu nikmat besar tahu?

26/7 - Today i had a discussion with my SV. We discussed about carbohydrate metabolism in spermatogenic cells. So i told her everything that I've studied. Surprisingly she didn't know about all of those things. She said, "Ni ilmu baru bagi saya ni." Before keluar dari bilik dia, as usual aku cakaplah terima kasih. Tetiba dia pun cakap terima kasih kat aku. Ni first time ni. I like this kind of interaction where you can learn from each other. You see, learning is a never ending process. Fefeling macam Aristotle dengan anak murid dia pulak. Hihi.

27/7 - Today i joined free talk on diabetic rats. Organized by prima nexus. The speakers were from Japan. Their english is quite difficult to understand. One of the audience is an indian Dr (pure from india) i guess. Paham2 jelah english indian cemana. Huhu. Masa Q&A omg. Macam ayam dengan itik. Aku tak paham engko. Engko tak paham aku. Language barrier is real.

28/7 - Umar hantar balik kolej.

31/7 - Mira Adlin belanja dominos. Yana belanja keropok dan pisang goreng.

1/8 - Yana, Hajar and me met SV today. Before we left, Yana salam Dr (baiknya budak ni). So aku pun salam jugaklah to avoid awkwardness. Time salam tu Dr genggam tangan aku erat gila. First time salam lecturer macam ni.

2/8 - Yana bagi kek. Bagus budak ni. Selalu datang sebagai penyelamat disaat2 aku lapar.

3/8 - Aku nampak lama kereta Akma stop tepi jalan. Rupanya dia tengah tunggu aku semata-mata nak hantar aku balik kolej. Terharu titer.. Alhamdulillah baik-baik manusia kat sini.

4/8 - Yana belanja roti from bakery.
 - I met SV again with Yana. As usual sebelum balik Yana salam Dr. Dr salam ngan Yana biasa2 je. Tapi time salam aku dia genggam macam taknak lepas. Atoto mak2 sangatlah Dr ni. Huhu.

6/8 - Hiking Bukit Denai Tiga Puteri di Kota Damansara Community Forest Reserve with Ama.

9/8 - Umar belanja putu piring.

11/8 - SV belanja makan petang.
- Pakcik bas 3U hantar balik kolej. Supposedly dia tak lalu pun kolej aku.

12/8 - Found new interesting user friendly website for designing. I loike.

15/8 - My sperm lab team won gold medal for pertandingan Intellectual Property. I designed the brochure. Hihi.

17/8 - My labmates did a very belated birthday surprise for me.

19/8 - Attend Sea Games KL 2017 Opening Ceremony and saw so many famous people.

20/8 - A stranger gave me roti because i helped her.

22/8 - Attend Bengkel Penulisan Buku dari Tesis. Now i got a new goal; to publish an academic book.

24/8 - Celebrate birthday abah.
- I'm home!!

25/8 - My brother kawen!

28/8 - Umar belanja air jagung.

31/8 - Puva hantar balik kolej.

1/9 - Umar pikap kat kolej pergi lab. 

3/9 - Puva hantar balik kolej. Bestnya hari-hari ada orang pickup. Hihi.

4/9 - Umar hantar balik kolej.
- Mak aisyah belanja sate kajang.

9/9 - Umar sanggup tunggu aku habis labwork semata-mata nak hantar aku balik kolej. Omg so gentleman. Tapi last2 dia tak hantar pun. Sebab aku halau dia balik. Hahaha. Aku tanya dengan nada serius, "Umar kenapa tak balik-balik lagi?" Lalu dia pun balik. Haha. Aku tak bolehlah orang baik sangat ni. Nanti jatuh hati, susah.

11/9 - Ain belanja sandwich.

12/9 - Akma belanja aiskrim.
- Saudagar cakap dia teringat aku bila dengar lagu Beautiful in White. Aww so random so shuitt. Hahaha.

13/9 - Sv belanja spagetti.
- Post Saudagar di fb mencecah 10k shared. I'm so proud of you!

20/9 - Akma belanja choc cake and cheese cake.

24/9 - Hiking Bukit Senaling a.k.a. Bukit Terbakar di Kuala Pilah with my sis.

29/9 - SV belanja breakfast.

30/9 - Put kawen!! Reunited with my roomates just like the good ol' time. 

3/10 - SV belanja breakfast, lunch, minum petang.
- My lab team won gold medal for pertandingan Innotvet.
- Finally dapat luahkan kat SV segala ketidakpuashatian yang terpendam dihati. Huhu.

4/10 - Akma belanja chocolate roll and hantar balik kolej.

7/10 - Won another gold medal for pertandingan Pecipta.

11/10 - SV cakap, "So [my name] boleh GOT lah ni kan." Huhu aminnnnnn. We'll see Dr.

14/10 - Dapat makan nasi pakapau for free. Dap2.

27, 28, 29, 30/10 - I'm home!!!

9, 10, 11, 12/11 - i'm home!!!

13/11 - i donated blood.

26/11 - SV belanja breakfast.

23/12 - Hiking Bukit Batu Chondong with Mot, Kamil, and Nazrul.

25/12 - Aku dah siap tulis 80% of my thesis. Sekarang aku rasa hidup aku macam kosong. Hahaha. Sebelum ni setiap hari aku bangun pagi looking forward to write my thesis. I always imagined macam manalah perasaannya dah siap thesis. Now thesis aku dah siap (except for the proteomic part sebab labwork tak siap lagi), that hype has gone. Apa-apa pun, Alhamdulillah. Now i can focus on my paper. Manalah mood aku ni pergi.

27/12 - Harini aku start buat proteomic. Omggg i love it! Kena troubleshoot, optimize, solving problems yada3 best sangat! Feel like a real scientist. Hihi.

29/12 - Today i met sv to ask boleh tak aku join kolokium if i tangguh the semester. Aku plan nak tangguh semester 4 but at the end of the semester ada kolokium. Kalau aku tak join kolokium next sem, aku kena join masa sem 6. Gila bila nak habis master aku macam ni? Tapi nasib baik tadi sv cakap boleh join walaupun tangguh. Alhamdulillahhh.

Finally, today is 365/365. Banyak juga hari aku skipped. It's either sebab lupa, busy, atau malas. Huhu. Overall, 2017 has been nice to me. Ke sebab aku focus on good things je? Bad things pun banyak je happened this year. Tapi untuk apa dikenang? Buat sakit hati je, yedok?

Akhir kata for 2017, HAPPY NEW YEAR!


No comments:

Post a Comment

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...