Saturday 23 December 2017

BBC

23/12/17

Setelah berbulan-bulan membelai lemak, Mot ajak hiking. So aku suggest Gunung Bunga Buah. Sebenarnya aku tak ada mood pun nak hiking gunung. Tapi Kamil insist nak panjat level abah abah. Apa barang level hadek hadek, katanya.

7.30 pagi kami berkumpul di rnr Genting Sempah. 15 minit kemudian sampai di Genting. Tapi tak jumpa di mana entrance GBB. While we were discussing kat tepi jalan, ada seorang uncle cina mundar mandir macam tak betul. Dalam hati aku, "Apa yang uncle ni cuba lakukan?" 

Rupa-rupanya dia tengah berjogging.

Anyway, sebab tak jumpa entrance, we decided to ask local people. First, we asked akak receptionist at a nearby hotel. Unfortunately akak tu kata, "GBB dah kena tutup. Tak boleh masuk. Tapi ramai je degil menceroboh. Kalau nak pergi, jalan kaki je depan tu. Selalu je orang masuk. Dah degil kan. Sebenarnya tak boleh. Tapi degil nak buat macam mana."

I think i need aloe vera. Bcos i just got burntttt.

Akak ni 3 kali dia sebut DEGIL. Tuju kat kami kot.

Tapi as usual lah, memang kami degil. Dah kena perli pun pergi jugak. So berjalanlah kami beriringan berempat mencari entrance. Tiba-tiba uncle cina tu panggil kami dari jauh.

"You mau hiking gunung ke? Situ tak boleh masuk wo. You ikut jalan belakang la. Pusing sana ada satu lagi entrance."

Lepastu uncle tu naik kereta dan blah. Kami macam was-was lah nak percaya ke tak uncle ni? We chose to ignore him and continue walking. After few steps, another uncle tegur us. This 2nd uncle looks way better. Haha.

"You mau hiking ke? Boleh masuk ke? Ini gunung sudah tutup. Tapi hari ini tak ada guard, you masuk sajalah. Tapi takut nanti you turun guard ada. Susah lei. Selalu orang masuk ikut satu farm sana. Tapi itu pun sudah tutup."

Ni dah tiga orang dah cakap tak boleh masuk. Hmm. So kami patah balik ke kereta. Bila dah hampir dengan kereta, tiba-tiba ada lagi uncle yang first tu. Hahaha. Tadi dia mundar-mandir dengan kaki. Kali ni dia mundar-mandir dengan kereta pulak. Dia stop kereta tepi jalan, bukak tingkap, and talked to us dengan semangatnya, "You ikut jalan belakang la. You naik kereta pergi sampai hujung sana. Aiyo."

Mot dah gelak cam orang gila dah. Awat kelakar sangat uncle niiii. Kami syak dia abang long kawasan lah.

Then kami pun pergilah jalan belakang. Hopefully uncle tu takde kat entrance belakang nanti. Kahkah. At the second entrance, ada seorang pekerja bangla. Dia nampak gaya kami macam nak hiking, dia terus cakap, "Sudah tutup. Lama sudah tutup. Tak boleh masuk. Ada lagi satu pintu sana. Try tengok sana."

Mashauloh. Berapa banyak entrance dia ada?!? 

Berbekalkan segenggam kedegilan, kami pergi ke entrance ke tiga. Tak ada kereta kat situ. Means tak ada orang hiking. Tapi tu lah, degil kan. Naik jugak. Jalan sikit, jumpa pagar berduri. Kahkah. Bersungguh-sungguh ni tak nak bagi orang hiking. Last last kami fed up. So i suggested to them to change plan and hike Bukit Batu Chondong instead. Rather than pulang dengan kaki kosong kan? Dah datang jauh-jauh ni.

Anyway, GBB ditutup sebab tu kawasan private property. Owner tak bagi masuk. Kalau masuk jugak dikira menceroboh.

So to BBC we go! BBC is located in Kemensah. It is behind the zoo negara and near the ATV Adventure Park. Entrance BBC pun susah jugak nak cari. Setelah berpusing-pusing, jumpa jugaklah entrance yang macam segan-segan nak timbul. Haha. RM1 dibayar dan bermulalah pendakian pada jam 10 pagi. Aku tak pernah start hiking selewat ni. Nasib baik matahari tersipu-sipu malu tak mahu keluar.

Tinggi BBC cuma 200m approx. Lebih kurang 20 minit mendaki. Ye, cenonet je bukitnya. Tapi view boleh tahan lawa. Track bashe-bashe je. Cuma time dekat peak tu kena jadi spiderman kejap. Peak dia berbatu. Ada satu part tu kena panjat betul-betul tepi tebing. Grip tangan and kaki kena kuatlah. Salah pijak, mati katak. Tu je la part yang mencabarnya. Menggigil-gigil kaki aku.

We spent almost 2 hours at the peak. Sebab tak ada orang and cuaca just nice. Tak hujan tak panas. 12.30 kami turun in 5 mins and straight away pergi makan itik salai masak lemak cili api di belakang ppukm. Sedap namateyyy. After eating, we did a short catch up session while re-energizing ourselves. Poyo je. Hiking 20 min je padahal. Kahkah.


Kasut dah rabak :(










Bila difikir-fikirkan balik, ada hikmahnya ketentuan Allah harini.

Bersyukur jugaklah GBB tutup. Sebabnya aku memang tak ready and tak prepare mental untuk panjat GUNUNG yang makan  masa 3-4 jam. Naik BBC yang cenonet pun masing-masing pancit. Kemain poyo nak panjat gunung dengan nak pikul extra tayar kat perut. Haktuih.

Dan bersyukur jugaklah Allah delay timing kami untuk panjat BBC which was at 10 instead of 7-8 am. Puncak jadi lebih tenang sebab tak ada orang. Ini bukit kami yang punya hohoho.

So moral of the story is, trust Him. We planned, He planned too. And His plan is always the best.

No comments:

Post a Comment

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...