Monday 3 October 2016

Chillex at Sungai Chiling

Saja nak tulis pasal Sungai Chilling for future reference. Nanti dah tua-tua pelupa lol

Sungai Chilling ni kat Kuala Kubu Baru. Ate belah Perak sana nun. Adalah dalam 2 jam dari KL. Tempat ni bukak Jumaat Sabtu Ahad je. Nak masuk kena bayar RM1 sekepala. Itu baru kepala belum masuk tangan kaki lagi. Ok tak lawak der diorang tak gelak pun. Sebelum masuk kena report dulu kat guard tu berapa banyak botol air plastik makanan nak bawa masuk pastu kena bayar deposit. Tujuannya dia tak nak kita buang sampah merata je dalam sungai tu nanti. Sayangilah sungai kita. Namo buang buang sampah. Namo namo. Babap karang. lels. Sebelum korang nak buat terjunan bebas olimpik kape pergi dengar dulu briefing dari guard tu. INI PENTING. Thank me later.

Haritu aku sampai sana dalam pukul 8 macam tu. So tak ramai orang lagi. Untuk sampai ke waterfall tu kena jungle trekking 3 km and kena cross sungai 6 kali. Lintasan pertama ada jambatan so lek. Lintasan 2-6 masuk sungai. Air sejuk naharum. Kalau ikut kata guard tu air paras badan. Tapi aku pergi time tu paras lutut je. Guard kelentong kitorang kape? Saja la tu nak buat gempak. -.-

Lintasan keberapa entah tak ingat dah

Banyak aku jumpa batu macam ni. Siapalah yang rajin sangat susun. Bosan sangat kot trekking 3km tak sampai-sampai?Nampak tak batu paling kecik atas sekali tu? Itu adalah simbol kegigihan. Apasal panjang sangat caption ni woi. Ini juga adalah simbol kegigihan. Biasalah orang competitive memang macam ni. Kahkah.

Ikan banyak gilaaaaaaa. Ikan Kelah nama dia. Serius banyak duk hurung kitorang. Mahal do'oh binatang ni. Ikan Kelah ni makanan orang mewah-mewah je. Kalau kat Sarawak sekilo boleh cecah ratus-ratus harga dia bak kata mamat tu lah. Kalau dia kelentong aku, maknanya aku kelentong korang la ni. Hewhew. Sungai Chiling ni sebenarnya pusat sanktuari. So memang illegal lah nak tangkap makan ikan tu lol. So diorang ni ibarat harta karun kat situ.

Banyak kan? Kalau boleh tangkap ni jual kat pasar kayo mak nokss

Cubaan menangkap ikan. Ikan tak pengsan pun ok. Jangan coba-coba fikir kasut aku busuk.

Actually nak datang sini pakai selipar jepun je pun boleh. Aku sajalah gigih nak pakai kasut. Baru sekejap kitorang mandi kat waterfall tu tetiba ramai gila orang. Kejap je segerombolan datang. Nak pergi tempat-tempat macam ni memang kena pergi awal-awal pagi. Kawasan waterfall dia kecik je. Tak macam Sungai Gabai. Ramai orang picnic. Btw banyak kes orang mati lemas kat sungai ni. Air dia cetek je. Unless hujan. Tapi bawah waterfall tu air dia 10 kaki dalam.

Kelihatan seekor dugong sedang bersiar-siar. Nampak tak perbezaan warna air tu? Haa yang gelap sikit tu lah kawasan 10 kaki.

Otw trekking balik tu terserempak dengan segerombolan orang bawak barang-barang picnic. Periuk nasi tong air pinggan mangkuk. Nak buat kenduri ke bang kat dalam tu? Kahkah. Dengan kadar segera aku gelak dalam hati. Datang tengahari ada hati nak picnic. Dah takde space woi. Balik jelah picnic belakang rumah. Hahaha.

Sebelum naik kereta balik, korang ingat lagi guard yang kelentong konon air paras dada tu? Haa pergi jumpa dia dulu. Tak bukan nak suruh korang maki dia. Pergi jumpa tunjuk balik plastik makanan yang korang bawa tu. Sebagai bukti korang tak buang sampah merata. Nak balik tu jangan tinggalkan apa-apa kat situ melainkan tapak kaki je ok? Jangan tahu bawa balik kenangan je.

No comments:

Post a Comment

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...