Saturday 18 February 2017

Gunung Berembun

Ahad, 19/2/2017

So citer dia hari khamis haritu Kamil whatsapp aku "Sap sis, weekend buat apa? Hiking ayuh!". Lantas aku roger group hiking gegirls. Too bad Ama tak boleh join. Long story short, aku, Mey, Syid, Piju and Kamil je yang available. Aku suggest untuk naik gunung Telapak Buruk. Depa ni setuju je walaupun tak pernah dengar nama gunung tu. Lol! Plan nak gerak pukul 5 pagi hari ahad. Pagi tu tiba-tiba je Piju and Kamil cancel last minute. Nohorom betul budak-budak ni. Tapi kitorang tiga gigih gak nak teruskan misi.

Pukul 7 gerak dari Bangi. Singgah petronas beli air botol and roti 5,6 ketui. Sampai Jelebu tak jumpa entrance Telapak Buruk. Jumpa entrance Berembun ja. So kitorang hiking ja la gunung berembun. Pas masuk rm5. Start pendakian pukul 8.40 lebih kurang. Aku gugel blog-blog orang tengok Berembun ni 1000+ meter ja. TAPI YANG 1000m TU PART YANG MENCANAK NAIK KE PUNCAK. DEPA TAK CAKAP PULAK SEBELUM MENCANAK TU KENA JUNGLE TREKKING 4 KM. SO TOTAL UNTUK NAIK KE PUNCAK IALAH 5KM. ANDA RASA???

Perjalanan dari tempat parking ke entrance Berembun
4km berjalan dalam hutan tu terasa sangat lama. Rasa macam tak sampai-sampai. Track dia kecik-kecik. Pastu pulak kena berjalan tepi tebing-tebing curam dengan track yang kecik tu. Start dari entrance tu berjalan dalam 2 km jumpa air terjun Lata Berembun. Sejuk sikit hati. Hihi. Kena jalan atas kayu balak untuk menyeberang sungai tu. 

Lata Berembun
Jalan lagi 2km jumpa Gua Kambing. Gua jela ada. Kambing takde. 

Gua Kambing
Dah penat bertrekking 4km nak kena hiking mencanak pula. Lepas dari gua tu track dah start curam 70 degree. Serius satu km terakhir ni aku tak larat langsung. Bateri tinggal 5% je lagi. Nak angkat kaki sendiri pun tak larat. Kalau boleh berjalan dengan tangan dah lama aku switch. Lol. Rasa macam nak givap. Tapi rugilah dah sejauh ni aku berjalan takkan nak givap???? Memang takde choice lain. Aku proceed je. Slow pun slow lah nanti sampai jugak. Finally pukul 11.40 kitorang sampai kat atas. ALHAMDULILLAH. 3 jam naik. Kira power gak ah untuk orang yang takde stamina cam aku ni. Hihihi. Ramai manusia atas tu. Ada sorang uncle cina ni dia hiking dengan team dia ramai gila. So sepanjang perjalanan tu kejap-kejap kitorang jumpa dengan dia.

Puncak Berembun
Bila sampai atas puncak tu hikers semua ada dua pilihan. 

1) Balik terus guna track yang sama
2) Teruskan perjalanan ke crash site kat gunung Telapak Buruk. Hat ni makan masa lagi 3 jam. So untuk berpatah balik ke pangkal jalan pukul 6 petang baru habis.

Kitorang decide nak balik terus sebab lapar wei. Orang lain semua bawak beg macam nak daypack. Megi, dapur, air pelbagai color semua ada. Kitorang? Bawak beg kecik yang ada roti dengan air ja. Kitorang bawak air total 3.5 litre tak cukup woi. Rasa nak je minum air sungai tu. Tak expect plak perjalanan sejauh ni. So bawak bekal gitu-gitu ja la. Memang kebulurlah dalam hutan tu.
Ingat tak uncle cina tadi tu? Haa dia ada menyembang dengan kitorang. Dia terkejutlah kami hiking bertiga ja. Pastu tiga-tiga first time naik gunung ni. Dia decide nak pergi crash site. Kami cakap kami nak balik sebab lapar teroxx. Tapi dia tak bagi kami balik hahahah. Dia cakap rugilah dah alang-alang baik pergi je.

"You tau tak apa special nya you bertiga?"

Tiga-tiga blur tunggu jawapan.

"You guys are DARE. You naik tak buat preparation. You belasah saja. You sangat berani. Orang cakap bodo2 naik bodo2 pergilah"

Ye memang berani. Berani and stupid. Hahahahha. 

Lepas tu kami turun. Uishh time turun laju. Bila sampai gua kambing kami rilex2 kejap sebab takde orang. Pastu kat Lata Berembun kami celup-celup kaki sat. Air dia sejukkkk. Time turun lah baru boleh nak menikmati. Hee. Nak habiskan dua km terakhir tu rasa macam jauh gila. Maybe sebab energy dah low kot. Banyak kali perut aku berbunyi-bunyi masa nak turun. Perut aku dan bunyi hutan (burung, air terjun, angin, babi hutan) galak bersahut-sahutan seperti membentuk simfoni. Finally bila dah sampai kat entrance rasa macam nak sujud syukur je. TAKBIR!!! Syid yang stamina padu pun boleh penat. Ni kan pulak aku dengan Mey. Check timing tengok turun pun 3 jam. Cemana entah turun naik boleh sama. Padahal kami singgah gua dengan lata tu kejap je.

Balik je dari hiking ada satu kejadian buruk berlaku kat kami. Nanti aku cerita dalam next post.

The end.

No comments:

Post a Comment

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...