Saturday, 30 April 2016

API


After iv, I went to Akademi Pengajian Islam just to kill the time.

API has MITA which is minggu terbuka so lotsa booths, open kuliyyahs, forums, etc.

I just wanna jot down something about what I learnt from there.


"Allah tak perlu tunduk pada logik akal manusia." This a very good reminder to me as a student of science.

"Everything has flaws. Every book, interpretation, scholar, etc has flaws. Only Allah and His book are free from flaws. Tafsiran Alquran by scholars also have flaws. Kalau menganggap sesuatu buku dan interpritasi itu tiada cacat cela maka kita telah meletakkannya setaraf dengan Alquran. We can't do that." 
This, too, is a good reminder to me as a student of books.

I attended a kuliyyah titled ' Kritikan terhadap isu keqadiman alam', organized by Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam. Very interesting topic. I never thought about this before. 

The opposite of 'qadim' is 'baharu', 'ada daripada tiada', 'daripada tidak wujud menjadi wujud', 'ada permulaan'. To make it simple qadim is azali. For example, Allah itu qadim. Dia wujud sejak azali. Tiada permulaan. Jadi what about alam? is it qadim atau tidak?

Some scholars said alam is qadim, some said no it is not. 

Why are there different opinions? 
These are some of the points that I remember. 

Pendapat yang mengatakan alam itu qadim adalah kerana telah terkena tempias falsafah yunani sejak zaman aristotle. Sebahagian ulama islam mengatakan alam itu qadim dengan bersandarkan hujah bahawa alam ini adalah manifestasi kasih sayang dan rahmat Tuhan. Dengan mengatakan alam ini baharu, itu bermakna, pada pendapat mereka, kita telah melimitkan kasih sayang dan rahmat Tuhan ke satu tempoh tertentu. Atau dalam erti kata lain, rahmat Tuhan itu bukanlah bersifat azali kerana alam ini tidak wujud sejak azali.

Apakah pula hujah yang mengatakan alam ini tidak qadim? 

Hujahnya adalah, dengan mengatakan alam ini qadim adalah bertentangan dengan sifat Allah sebagai pencipta. Sebagai pencipta, Allah mencipta sesuatu dari tiada kepada ada. Jika alam ini qadim maka Allah bukanlah pencipta alam kerana alam telah sedia ada. Ini adalah hujah Imam Al-Ghazali dalam Tahafatul falasifah. Tahafatul bermaksud ketidakkonsistenan. Kitab ini ditulis oleh imam al-ghazali untuk membidas falsafah-falsafah yang tidak konsisten. Mereka mengaku Allah itu pencipta kemudian mengatakan alam ini qadim. The latter contradicts the former.

Terdapat pula lagi sebahagian ulama yang cuba untuk meneutralkan pendapat kedua-dua belah pihak dengan mengatakan kedua-duanya benar. 

Apakah hujahnya? 
Pendapat ini mengatakan alam ini adalah limpahan dari Allah. Allah itu terlalu hebat hingga alam ini terlimpah daripadaNya sepertimana cahaya terlimpah dari matahari. Allah itu qadim. Alam adalah limpahan dari Allah. Maka, alam itu juga qadim.

Very complicated suddenly I felt like learning medic is easier. So the conclusion is philosophers love to make things complicated lol.

I also attended forums titled 'Wasatiyyah' and 'Pekerti pejuang Islam'.

All this while I thought wasatiyyah means bersederhana. I was wrong. It is not really a correct definition of wasatiyyah. Kalau nak bersederhana, kenapa perlu solat 5 waktu? 3 waktu je cukuplah. Sederhanakan? Kenapa perlu puasa sebulan? Puasa seminggu cukuplah. Sederhanakan? No this is not what it means.

Wasatiyyah means meletakkan sesuatu pada tempatnya. 

So what's the difference between wasatiyyah and adil? I don't quite understand this part. Sorry my bad.

Feel quite inspired by what I heard from Pekerti Pejuang Islam forum.
"I am a doctor. Being a doctor is my part time job. My full time job is pejuang agama."

Til then, adios!

Menganggur


Sekarang aku dalam fasa menganggur.

Buat pertama kali aku rasa tak tahu nak buat apa dengan hidup aku.
Aku nak sambung belajar. Sebab aku tak nak mensia-siakan usia muda aku. Sementara masih ada kudrat, sementara otak masih ligat, sementara masih belum ada komitmen besar (family) dalam hidup.

Tapi masalahnya aku tak nampak jalan.


Sunday, 5 July 2015

39:53

"Wahai hamba-hambaku yang MELAMPAUI BATAS terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Kerana sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sungguh Dialah yang maha pengampun lagi maha penyayang." [39:53]

Someone somewhere on this earth might has repent for million times. Walaupun dah bertaubat berkali-kali, dia tetap mengulangi dosa yang sama. Kerana desakan nafsu, hasutan syaitan, dan iman yang lemah, dia tewas berkali-kali. Mengulangi dosa yang sama berkali-kali.

Berkali-kali.

Berkali-kali sehinggakan dia membenci bukan saja dosa itu, malah dirinya sendiri.
She repeatedly doing the same sin until she hates herself.
Benci dengan diri yang tak mampu mengawal nafsu sendiri. Benci dengan diri yang gagal menepis bisikan syaitan. Benci dengan diri yang tak mahu mendengar kata iman. Terlalu benci hingga tak mampu memaafkan diri sendiri. Fed up dengan diri sendiri.

Dalam emosi yang celaru itu, apa agaknya yang difikirkan beliau?

"Kalau aku pun dah benci diri aku, apatah lagi Tuhan? Tuhan yang aku bermaksiat kepadanya, Apakah dia masih terima taubat aku? Apakah masih ada ruang keampunan untuk aku? Apakah Dia masih terima aku? Apakah aku masih punya harapan?"

Saat itu, dunianya pasti akan terasa gelap. Tertanya-tanya apakah kedudukannya disisi Tuhan.
To whom should she turns to? Dari mana hendak dia dapatkan jawapan? Hendak bertanya terus kepada Tuhan di Gunung Sinai? Manakan mungkin. Bertaubat air mata darah sekalipun tetap tak akan dapat berdialog dengan Tuhan. Saat itu, apakah harapan yang dia ada? Apakah harapan yang masih tinggal?

[39:53]

1400 tahun sebelum dia melakukan dosa itu, Tuhan telahpun memberikan jawapan.

"Wahai hambaku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmatKu..."

Ini jawapannya. Inilah harapannya.

Kerana Al-Quran itu sememangnya diturunkan untuk manusia. Untuk menjawab persoalan manusia. Untuk memenuhi keperluan manusia. Untuk menjadi penawar di dalam hati manusia.

Betapa disebalik ayat itu terselit selautan kasih sayang dan rahmat Tuhan kepada pendosa. Ya, PENDOSA.

Saturday, 21 February 2015

Kesayangan


Kerana ukhwah ini terlalu nikmat
maka kubekukan ruang dan masa


......





.......


Agar kedinginan beku ini terus terasa
meski kita berjauhan amat

Cause I'm only human






Dear dad, I'm sorry for not being a girly daughter like you wanted.
Dear mom, I'm sorry for not being an obedient daughter like you wanted.
Dear sister, I'm sorry for not being as cool as you wanted.
Dear brothers, I'm sorry for not being someone you can always rely on like you wanted.
Dear best friends, I'm sorry for not being as tough as you wanted.
Dear friends, I'm sorry for not being as funny as you wanted.
Dear lecturers, I'm sorry for not being a diligent student like you wanted.
Dear 'someone' that I used to know, I'm sorry for not always be by your side like you wanted.
Dear crush, I'm sorry for not being as pretty as you wanted.


Dear everyone, I'm sorry for being a human.

Thursday, 23 October 2014

Satu perjalanan

Matlamat teragung aku pada Isnin yang lepas adalah untuk pulang ke kampung halaman di Pahang. Seawal Selewat 10 pagi aku menaiki bas T633 untuk pergi ke UM terlebih dahulu untuk melunaskan sedikit kerja di lab.

#1
Dalam banyak-banyak bas, bas T633 lah yang paling banyak ragam. Seorang makcik berbangsa India terkedek-kedek hendak turun bas lalu dimarahi oleh si driver yang juga berbangsa India, "CEPATLAH SIKIT!".
Hek elehh rileklah brader. Orang tua kottt.

#2
Sepanjang di UM sudah berpuluh kali aku ditahan oleh orang yang tak dikenali semata-mata untuk bertanya direction. Apa mereka tak tahu bab jalan dan arah inilah yang paling aku lemah? Ya, memang mereka tak tahu pun. Kau ingat kau famous sangat?

Selesai urusan di makmal aku bergegas ke bus stop Kolej Kediaman Pertama. Bas baru sahaja berlalu beberapa minit sebelum aku sampai di bus stop. Selepas 10 minit aku menunggu berseorangan, datang sebuah kereta menghampiri untuk bertanyakan arah.
"Dimana gate PJ?"
Aku setulus hati memberitahu arah. Tanpa disedari bas T632 datang menghampiri dan selaju mungkin melepasi aku. Apakan daya. Aku hanya mampu melihat dengan hati yang retak seribu. Alahai, begini rasanya ditinggalkan bas. Sakitnya bagai ditinggalkan kekasih.

#3
Setiba di stesen LRT Titiwangsa, aku yang masih berjalan berseorangan didekati oleh seorang wanita India/Singh/Iran (entahlah aku sendiri tidak pasti). Rupanya badi 'arah' ni terbawa sampai ke luar UM. -,-
Dia berkata sesuatu kepada aku. Tapi aku tak dengar. Mungkin kerana terkejut. Aku memandang dia dengan penuh curiga sambil berkata dalam hati, "Dia ni nak sampuk aku ke apa." Dia pun memandang aku seolah-olah menunggu sebuah jawapan. Kami berbalas pandangan seketika. A moment of silence. Awkward.

"Where is Berjaya Times Square?"
Oohhh ini ke soalan yang dia tanya tadi. Tapi disebabkan masih terkejut, aku jadi blur (walaupun dah berpuluh kali pergi TS). I tried my best to help her. But to no avail. In the end, I just said, "I'm not sure. Sorry." :(

#4
Akhirnya aku berjaya menaiki Metrobus Express menuju ke Pahang. Di dalam bas, aku duduk di belakang sorang pakcik. Kepalanya memutih ditutupi uban. Kulitnya berkedut dengan urat-urat tua. Penampilan yang cukup tua. Tapi gayanya bak orang muda. Memegang dua buah telefon pintar Samsung dan Lenovo sebesar muka sambil telinganya disumbat earphones. Jarinya begitu lincah diatas skrin sesentuh bermain game Solitaire. Begitu remaja bukan? kahkah. Ibarat seorang anak muda yang terperangkap dalam jasad orang tua.

#5
3 hari di rumah terasa sungguh pantas. Kugagahkan diri untuk kembali ke KL. Di dalam LRT menuju ke Masjid Jamek, sekali lagi aku ditanya arah oleh orang yang tak dikenali.

"Dik, lepas Masjid Jamek stesen apa eh?"
"Plaza Rakyat kak."
"Tapi akak beli tiket ke Pasar Seni. Macam mana nak pergi sana ye?"
"Oh, akak turun kat Masjid Jamek lepastu tukar LRT."

Yes! kali ini aku jawab yakin. Tak ada blur-blur. Mungkin sebab muka akak tu nampak baik dan beliau bersama anak-anak dan suami.  Dari manalah agaknya satu family ni datang.

#6
Akhirnya aku sampai ke stesen LRT Kerinchi, menunggu T633. Awan menghamburkan segala isi kandungannya. Bumi menjadi nyaman seketika. Driver bas mula memanaskan enjin bas yang diparkir agak jauh. Oleh itu, tiada seorang penumpang pun yang meluru menaiki bas kerana tidak mahu meredah hujan. Akhirnya si driver menuruni bas bersama sekaki payung menuju kearah aku dan beberapa penumpang lain. Dia mendekati aku sambil berkata, "Jom". Maka, aku dan dia berjalan beriringan dibawah satu payung untuk menaiki bas. Anyonyoo so sweet. Kemudian dia berpatah balik dan memayungi penumpang lain pula. Sungguh budiman lelaki ini.

Kan dah kukata, T633 ini penuh ragam.

*****

Aku suka berjalan seorang diri. Betullah kata orang tua, banyak berjalan luas pemandangan. Apabila berjalan seorang diri, aku lebih banyak memerhati. Yelah, kalau berjalan dengan kawan mestilah ada sahaja perkara yang hendak dibualkan hingga tak peduli sekeliling.

Bukan ingin menjadi Lone Ranger, cuma ingin menikmati semaksimanya hidup di kota ini. Kerana selepas habis final year ini, aku tak pasti kemana takdir akan membawaku.

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...