Showing posts with label sukasuki. Show all posts
Showing posts with label sukasuki. Show all posts
Sunday, 6 November 2016
Monday, 3 October 2016
Chillex at Sungai Chiling
Saja nak tulis pasal Sungai Chilling for future reference. Nanti dah tua-tua pelupa lol
Sungai Chilling ni kat Kuala Kubu Baru. Ate belah Perak sana nun. Adalah dalam 2 jam dari KL. Tempat ni bukak Jumaat Sabtu Ahad je. Nak masuk kena bayar RM1 sekepala. Itu baru kepala belum masuk tangan kaki lagi. Ok tak lawak der diorang tak gelak pun. Sebelum masuk kena report dulu kat guard tu berapa banyak botol air plastik makanan nak bawa masuk pastu kena bayar deposit. Tujuannya dia tak nak kita buang sampah merata je dalam sungai tu nanti. Sayangilah sungai kita. Namo buang buang sampah. Namo namo. Babap karang. lels. Sebelum korang nak buat terjunan bebas olimpik kape pergi dengar dulu briefing dari guard tu. INI PENTING. Thank me later.
Haritu aku sampai sana dalam pukul 8 macam tu. So tak ramai orang lagi. Untuk sampai ke waterfall tu kena jungle trekking 3 km and kena cross sungai 6 kali. Lintasan pertama ada jambatan so lek. Lintasan 2-6 masuk sungai. Air sejuk naharum. Kalau ikut kata guard tu air paras badan. Tapi aku pergi time tu paras lutut je. Guard kelentong kitorang kape? Saja la tu nak buat gempak. -.-
Ikan banyak gilaaaaaaa. Ikan Kelah nama dia. Serius banyak duk hurung kitorang. Mahal do'oh binatang ni. Ikan Kelah ni makanan orang mewah-mewah je. Kalau kat Sarawak sekilo boleh cecah ratus-ratus harga dia bak kata mamat tu lah. Kalau dia kelentong aku, maknanya aku kelentong korang la ni. Hewhew. Sungai Chiling ni sebenarnya pusat sanktuari. So memang illegal lah nak tangkap makan ikan tu lol. So diorang ni ibarat harta karun kat situ.
Actually nak datang sini pakai selipar jepun je pun boleh. Aku sajalah gigih nak pakai kasut. Baru sekejap kitorang mandi kat waterfall tu tetiba ramai gila orang. Kejap je segerombolan datang. Nak pergi tempat-tempat macam ni memang kena pergi awal-awal pagi. Kawasan waterfall dia kecik je. Tak macam Sungai Gabai. Ramai orang picnic. Btw banyak kes orang mati lemas kat sungai ni. Air dia cetek je. Unless hujan. Tapi bawah waterfall tu air dia 10 kaki dalam.
Otw trekking balik tu terserempak dengan segerombolan orang bawak barang-barang picnic. Periuk nasi tong air pinggan mangkuk. Nak buat kenduri ke bang kat dalam tu? Kahkah. Dengan kadar segera aku gelak dalam hati. Datang tengahari ada hati nak picnic. Dah takde space woi. Balik jelah picnic belakang rumah. Hahaha.
Sebelum naik kereta balik, korang ingat lagi guard yang kelentong konon air paras dada tu? Haa pergi jumpa dia dulu. Tak bukan nak suruh korang maki dia. Pergi jumpa tunjuk balik plastik makanan yang korang bawa tu. Sebagai bukti korang tak buang sampah merata. Nak balik tu jangan tinggalkan apa-apa kat situ melainkan tapak kaki je ok? Jangan tahu bawa balik kenangan je.

![]() |
| Lintasan keberapa entah tak ingat dah |

| Banyak kan? Kalau boleh tangkap ni jual kat pasar kayo mak nokss |
![]() |
| Cubaan menangkap ikan. Ikan tak pengsan pun ok. Jangan coba-coba fikir kasut aku busuk. |
Actually nak datang sini pakai selipar jepun je pun boleh. Aku sajalah gigih nak pakai kasut. Baru sekejap kitorang mandi kat waterfall tu tetiba ramai gila orang. Kejap je segerombolan datang. Nak pergi tempat-tempat macam ni memang kena pergi awal-awal pagi. Kawasan waterfall dia kecik je. Tak macam Sungai Gabai. Ramai orang picnic. Btw banyak kes orang mati lemas kat sungai ni. Air dia cetek je. Unless hujan. Tapi bawah waterfall tu air dia 10 kaki dalam.
![]() |
| Kelihatan seekor dugong sedang bersiar-siar. Nampak tak perbezaan warna air tu? Haa yang gelap sikit tu lah kawasan 10 kaki. |
Otw trekking balik tu terserempak dengan segerombolan orang bawak barang-barang picnic. Periuk nasi tong air pinggan mangkuk. Nak buat kenduri ke bang kat dalam tu? Kahkah. Dengan kadar segera aku gelak dalam hati. Datang tengahari ada hati nak picnic. Dah takde space woi. Balik jelah picnic belakang rumah. Hahaha.
Sebelum naik kereta balik, korang ingat lagi guard yang kelentong konon air paras dada tu? Haa pergi jumpa dia dulu. Tak bukan nak suruh korang maki dia. Pergi jumpa tunjuk balik plastik makanan yang korang bawa tu. Sebagai bukti korang tak buang sampah merata. Nak balik tu jangan tinggalkan apa-apa kat situ melainkan tapak kaki je ok? Jangan tahu bawa balik kenangan je.
Wednesday, 28 September 2016
28/9/2016
Omg omg omggggg bangun je tidur terus dapat notification best.
Maya Karin replied my comment. Aaaaaaa akhirnya dia menyedari kewujudanku.
![]() |
| Walaupun "haha" je tetap rasa indahnya dunia hahahaha. Weh kau memang kurang perhatian dan kasih sayang eh? Kahkah shadap yu. |
Berdebar-debar jantung kita buka noti tu. Kahkah. Aku excited terlebih ni pasal dia ni idola aku. Kalau orang lain yang reply aku lek-lek je. DJ Lin banyak kali replied tweet aku. Tweet tweet peminat dia semua dia reply. Banyak betul masa lapang dia. Eh apasal citer pasal DJ Lin pulak ni. Ok back to Maya. Maya ni certain2 komen je dia reply. Dan komen aku terpilih! Rasa nak printscreen gantung kat dinding. Hahaha.
Aku minat gila dengan dia ni. Sebabnya;
1) Dia cantik nurhurum dowh derz siaa ziut. Cantik dia lain macam ah. Neelofa, Lisa Surihani etc cantik gak. Tapi cantik diorang biasa-biasa je. Cantik Maya luar biasa sikit. Tak retilah nak explain. Takdelah aku kata muka dia perfect. Ada je some features of her face yang aku tak berkenan sangat. Tapi tetap cantik. Dia macam beautifully imperfect ha camtuh. She's pretty just the way she is. Gehteng. Tapi tu di mata aku ja la. Mata hangpa tak tahulah.
![]() |
| Amacam cantik tak? Ni baru dari tepi. lol. Rambut dia on fleek. |
2) Dia humble. Dia kata tu hasil didikan mak pak dia. Dia jenis yang tak berlagak dengan kekayaan dan kecantikan dia. Dan dia tak suka orang bajet/kerek/sombong/lupa diri. Walaupun kekadang dia narcissistic sikit. Lol. Biasalah tu orang cantik normal lah kalau ada sifat narsisis. Orang tak cantik pun lagu tu, inikan pulak orang cantik.
3) Dia boleh pergi dalam apa jua situation pun. Maksud aku dia boleh buat kerja lasak and boleh buat jugak kerja-kerja high class. Biasa orang cantik ni takleh berpeluh-peluh masuk hutan panjat gunung kawan dengan binatang. Dia selamba ja belasah semua tu. At the same time dia tak kekok pergi event berprestij penuh protokol dan etiquette. Kiranya dia ni serba bolehlah.
5) Dia bersih dari gosip. Walaupun dia hot gila tapi takde pun gosip-gosip liar dengan ramai lelaki. Kalau dia bercinta pun dia tak heboh. She keeps things private. Baguslah tu. Nampaklah sikit macam menjaga maruah diri (walaupun dia seksi sikit. But that's another different story). Tak mencari populariti dengan cara murah.
6) And finally (we save the last for the best), she's an enviromentalist! Sebab ikut perangai pak dia. Dia pencinta alam dan haiwan. Sebab tu lah dia jadi idola aku. Kalau tahap international, dia ni lebih kurang macam Leonardo Dicaprio. Leonardo pun environmentalist gak. Leo baru ja join convention duk bincang pasal perdagangan spesis haiwan terancam sekarang ni sambil-sambil fighting pasal global warming. So Leo ni kira my international idol la. Kalau tahap local, Maya. Aku suka Maya sebab dia gunakan ke-famous-an dia untuk raise awareness pasal isu alam sekitar. Dia sangat care pasal bumi kita ni. Dia currently duta kereta elektrik (yang boleh mengurangkan pencemaran udara). Artis lain mana kisah pun pasal alam sekitar. Semua duk kejar glamour, pikir perut sendiri ja. Takde rasa corporate social responsibility langsung! Tiba emo.
Ok dah bye. Selok aku tak habis lagi ni. Rasa nak berlari-lari atas awan je.
One of the greatest achievements in my life. Kahkah tak ilmiah langsung achievement kauuu.
![]() |
| Ehemmmm |
Sunday, 4 September 2016
Surat saintis muda
Baru-baru ni aku terjumpa segerombolan saintis muda berbalas surat di fb. Nampak menarik. Aku rasa macam nak join je balas surat sekali. Tapi tu lah, aku tak cukup saintis untuk menyibuk. Haha. Tujuan diorang adalah untuk membudayakan semula menulis surat antara saintis dahulu kala. Walaupun surat mereka lebih kepada perbincangan mengenai penyelidikan masing-masing, tetapi ada juga surat mereka berkitar tentang perbincangan idea baru dan bertanya khabar. Kenapa font jadi lain tiba-tiba? Sebab aku copy paste. Dasar pemalas memang bijak mencari jalan mudah. He he.
Aku sukalah jugak dengan effort diorang untuk menyemarakkan semula tradisi purbakala ni. Tapi kan, itu kan zaman dulu of course lah diorang surat menyurat. Sekarang kan dah ada whatsapp, line, wechat. Guna tu je kan senang. Aku cadangkan diorang gunakan aktiviti surat menyurat ni dan synchronize kan dengan zaman sekarang supaya dapat menarik lebih ramai generasi Z untuk berkecimpung dalam bidang sains (Tiba-tiba rasa genius pulak dapat mengemukakan cadangan gini). Bak kata Malique, "Tradisi kekalkan, adaptasi harus betul." Takdelah kaum ravers asyik nak ajak battle je dengan kaum hipster. Aku lempang sekor-sekor karang berubah jadi sotong celup tepung terus nanti, boleh aku jual di cafe hipster.
So kalau diorang gunakan idea aku, agaknya macam ini lah jadinya kot surat diorang.
******
Kahkahkah disaster juga jadinya. Kalau macam ni kita stick to the ol' skool je lah ea. Kurang kebarangkalian untuk orang diserang sakit jantung. Apa? Korang nak tengok surat ori dari saintis ulung yang sebenar? Alaa tak payahlaa. Ha? Nak jugak? Tak payahlaaaa. Betul-betul nak ke? Haa yela yela. Aku tak bolehlah orang merayu-rayu macam ni. Lemah betul aku rasa. Ok lah demi korang aku tunjuk.
Jangan tanya mana aku dapat surat ni. Susah payah aku dapatkan. Sampai kena tahan dengan immigresen, kena pukul dengan polis bantuan, kena kejar dengan kereta FBI, kena intip dengan CIA. Ini benda rare tau. Korang kira bertuah gila dapat tengok. Dah, pergi buat sujud syukur sana.
Aku sukalah jugak dengan effort diorang untuk menyemarakkan semula tradisi purbakala ni. Tapi kan, itu kan zaman dulu of course lah diorang surat menyurat. Sekarang kan dah ada whatsapp, line, wechat. Guna tu je kan senang. Aku cadangkan diorang gunakan aktiviti surat menyurat ni dan synchronize kan dengan zaman sekarang supaya dapat menarik lebih ramai generasi Z untuk berkecimpung dalam bidang sains (Tiba-tiba rasa genius pulak dapat mengemukakan cadangan gini). Bak kata Malique, "Tradisi kekalkan, adaptasi harus betul." Takdelah kaum ravers asyik nak ajak battle je dengan kaum hipster. Aku lempang sekor-sekor karang berubah jadi sotong celup tepung terus nanti, boleh aku jual di cafe hipster.
So kalau diorang gunakan idea aku, agaknya macam ini lah jadinya kot surat diorang.
******
Bukak akum,
Sap dude? Dah tengok ke belum filem 'The Man Who Knew Infinity'? Kalau belum, aku nak buat review kat sini kejap boleh tak der? Citer ni pasal ahli math india, S. Ramanujan. So far aku tak terserempak lagi dengan teorem-teorem dia. Mungkin dia ni jenis tak SWITCH OFF kot. Bro, ingat tak kita pernah discuss pasal sifat matematik sampai CREAM otak kita dowh derz siaaa. Sambil-sambil tu kita membuat hipotesis tentang macam manalah rupa PICTURE HUSBANDS kita. Aku harap dia ada lah LESUNG BATU di pipi. Ok lah der, tiba-tiba aku rasa macam malas pulak nak menulis. Tulis panjang-panjang pun buang masa je bro. Kau tahu kan masa kita ni sangat EXPERIENCE macam emas. Sebut pasal emas ni kan bro, semoga negara kita beroleh emas di RIO JAPAN 2020 nanti. Takpelah bro, takleh sembang banyak nanti ada orang BATCH. Jangan lupa cekidaut aku punya moment wechat bro. K gerak lu, peper rogerrrrrrr. *Dabs*
Tutup akum.
******Kahkahkah disaster juga jadinya. Kalau macam ni kita stick to the ol' skool je lah ea. Kurang kebarangkalian untuk orang diserang sakit jantung. Apa? Korang nak tengok surat ori dari saintis ulung yang sebenar? Alaa tak payahlaa. Ha? Nak jugak? Tak payahlaaaa. Betul-betul nak ke? Haa yela yela. Aku tak bolehlah orang merayu-rayu macam ni. Lemah betul aku rasa. Ok lah demi korang aku tunjuk.
Tuesday, 30 August 2016
Bahasa Kelantan 101
Aku baru je di-add masuk dalam group keluarga belah bapak aku (rasa macam cucu angkat pula bila menjadi orang terakhir di-add. Bagai melukut di tepi gantang. Sudahlah, aku nak pack barang nak lari dari rumah). Perghh diorang punya loghat kelantan tu sepekat budu ziut!
Meh usha apa benda yang diorang duk carut dalam tu. Post ni sangat membantu kalau bakal jodoh korang orang kelantan. Sek kito jange pecoh! Tiba.
Aku nak menyampuk pun kena fikir 20000 kali. Kalau tersilap cakap karang tak pasal-pasal diorang bagi aku "Nate mu!" sedas. Paling sopan pun diorang akan cakap, "Gong!" Kahkah
Amacam boleh tak korang translate? Google pun tak mampu tahu? Apa? Korang nak baca lagi? Boleh boleh. Demi korang aku share.
Cukup tak? Ha? Nak lagi? Amboi menjadi-jadi sifat semulajadi busy body korang ni. Kahkah. Ok ok yang ni last.
Ala bukan susah mana pun bahasa kelantan. Apa korang ingat aku noob sangat ke? Sini aku bagi sedas. Nok royak negeri pata timo jajahenyo ado sepuloh. Tempat kawe Koto Baru budok-budok meme juruh wei. Puah puah tubik banda kito derak pahceroh. Dari PCB sampai Guo Muse kito gomo gomo gomo. Oghe jate semak semak, tino-tino comey lotei. Kawe budok Koto Baru tapi rama hok tok cei! Eh tapi ni macam lirik lagu je. He he. Apa? Korang tak pernah dengar lagu ni? Dah, jangan baca blog aku. Jom pack barang sesama kita pindah Vietnam. Kat sana takde orang kelantan.
Monday, 29 August 2016
Do's and dont's bila terjumpa tali yang mencurigakan
Pelik tak tajuk ni? Hewhew. Hari ini aku nak cerita pasal kawan aku. Nama dia Hani Qalisya. Amacam best tak nama ni? Haa ni bukan nama sebenar dia. Ni nama yang aku reka mengikut darah manis A+ aku. Kahkah. Identiti sebenar terpaksa dirahsiakan. Sebab cerita ni agak memalukan golongan elit dan feminis. Tetiba je. Aku share kat sini pun sebab aku berpegang pada prinsip 'ketawa bersama, menangis bersama' dengan korang. Beshfwenzs fowever yaww (Mana datang pulak ni?). Tapi cerita ni aku tak tahu nak ketawa ke nak menangis. Mungkin aku patut ketawa sampai menangis? Kahkah. Dah lah. Aku tulis intro panjang-panjang pun bukan korang baca. Nah tatap gambar ni dulu.
![]() |
| Cuba tengok renungan mata dia. Amacam? Ada rasa macam terkena panahan asmara tak? kahkah |
Jadi cerita dia macam ni. Once upon a time (alaa kenapa cliche sangat ni bosan derr) ok fine aku tukar. Once in a blue moon, Kelly (ni nama pendek Hani Qalisya. Ni pun aku reka gak) tercicir tali bra dalam office. Ya betul anda tak salah baca. Memang dia tercicir TALI BRA. Sekarang korang dah faham kan perasaan dilemma aku nak gelak ke nak menangis? Apa lagi dia gelabah ayamlah. Kalau tercicir duit boleh kawtim lagi. Ini tercicir tali bra ibarat tercicir maruah tahu!?
Petang tu officemate dia, nama Ehsan, pun tanya, "KELLY, KO ADA TERCICIR TALI TAK?" Kahkah bapak direct woi. Dia ni nama je Ehsan tapi takde belas ehsan langsung terhadap wanita-wanita yang teraniaya. Untuk cover malu, Kelly dengan kereknya jawab, "Tali apa kau nih? Dah, aku banyak kerja ni jangan kacau." Air muka mesti dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir! Ingat tu girls.
So sekarang aku pun tak tahu si Ehsan still simpan ke ataupun dah buang tali tu. Psycho kan budak ni?
Habis je kerja, Kelly whatsapp kat group.
Kelly: Malu muka aku wey. Apa aku nak buat ni!!! Aku rasa nak berhenti kerja je. Natang ngguh! *Inserts cacian dan makian. Terlampau ekstrim untuk aku sematkan disini.*
Aku: Kahkah. Jangan buat perubahan drastik gitu. Rilek. Benda boleh setel. (Senanglah aku cakap sebab bukan tali aku. Haha)
Nofuz: Kalau aku ada kat situ aku ngaku je tu tali aku. Takpe, demi mung aku sanggup tanggung malu. Hahaha. (Pergh #friendshipgoal sungguh ni)
Aku: Ala ko cakap je lah tu officemate lain yang punya. (Jahat dowh cadangan aku. Tak pasal-pasal orang lain kena fitnah. He he)
Kelly: Masalahnya dia jumpa kat meja aku.
Aku: Hm rumit tu. Haa ko cakaplah tu mak cik cleaner yang punya. (Perghh hidup kau kalau sehari tak fitnah orang tak boleh ke?)
Kelly: Masalahnya cleaner office ni LELAKI.
Kahkahkah nasib kau lah labu aku tak tahu nak fitnah siapa lagi dah.
Jadi pesanan aku untuk lelaki-lelaki semua, kalau korang terjumpa tali yang mencurigakan di tempat kerja tolong jangan ambil dan simpan. Lepas tu tolong jangan acah-acah prihatin pergi tanya officemate kau ada hilang tali ke tak. Sangat takde sivik perangai macam tu ye. Setaraf dengan orang yang membuang sampah kedalam sungai (tiba-tiba sangat ni). Kalau nampak tali random tu kau biarkan je. Nanti pandai-pandailah tuan dia kutip.
Aku cerita dekat Lara Aisyah (bukan nama sebenar), rupanya dia pun pernah kena. MEMANG DAH JADI TREND KE MACAM MANA SEKARANG NI?
Btw apa benda entah Astro buat drama letak tajuk Lara Aisyah. Sajalah tu nak tumpang populariti Lara Alana dengan Aaisyah Dhia Rana. Keji betul taktik ni boooo Astro booooo.
So sekarang korang dah decide ke belum nak ketawa ke nak tumpang menangis?
5 fakta tentang aku di sekolah dulu yang korang tak perlu tahu pun tapi aku nak bagitahu juga
Panjang gila tajuk. Ni kalau nak apply jadi wartawan Kosmo! ni memang kena reject dah.
Disebabkan sekarang aku tengah free gila sampai aku rasa nak pergi buat lawatan kat maahad tahfiz yang tengah hot isu sexual abuse tu. Tak puas hati betul aku cikgu-cikgu sekolah agama boleh terjebak dengan kegiatan takde sivik macam ni. Banyak lagi kot aktiviti bermoral lain yang boleh dilakukan bersama pelajar. Macam contoh main teng teng ke, lari baton berganti-ganti ke, atau makan durian di tepi pantai. Tapi memandangkan sekarang aku tengah mengamalkan konsep 'menabunglah demi masa depan yang cemerlang' jadi baik aku duk dendiam je kat rumah sambil tulis post ni.
So ni antara pengalaman aku di sekolah yang bebas dari gejala tak bermoral yang korang tak perlu tahu pun.
1. Masa first day mendaftar nak masuk sekolah asrama kitorang kena beratur dekat kaunter. Sikit lagi turn aku sebelum sampai kaunter tiba-tiba fon aku berbunyi. Gelabah ayamlah aku. Untuk pengetahuan adik-adik, jaman hakak dulu tak boleh bawa fon kat sekolah. So sangat logiklah untuk aku gelabah ayam. Budak depan aku pandang aku dengan muka berkerut macam orang yang tengah tak puas hati nombor dia tak menang cabutan bertuah (Weh teruknya perumpamaan kau). Dia pun cakap kat aku, "Wah biar betik kau nih. Baru first day dah kantoi bawa henfon. Dah lah bawak henfon, confident pulak tu tak buat silent mode." -.-
Eh tadi kau kata bebas dari gejala tak bermoral. Ni first day lagi dah buat perangai tak bermoral apahal? He he.
2. Gara-gara tak dapat jawab soalan masa kelas sejarah, aku dan kawan-kawan lain yang juga buta sejarah kena conteng muka dengan marker. Dan kitorang tak boleh padam sampai habis waktu akademik. Kalau kelas tu lepas waktu rehat apadehal? Yang ada halnya bila kelas tu waktu pagi. So time rehat bebudak kelas aku duk cover2 muka pergi makan. Aku rilek je. Biasalah orang gila glamor memang macam ni.
3. Selain conteng muka, denda favorite cikgu sejarah aku ialah kitorang kena pergi kat tengah-tengah blok akademik lepas tu take turn one by one untuk PELUK dan CIUM tiang/pokok sejurus menjerit "I LOVE SEJARAH!!!" Dah lah semua orang cium tempat sama euww. Korang bayanglah kat sekeliling kau ada berpuluh-puluh pasang mata dari 15 kelas tengah menonton free show tu. Ya ini cara yang paling berkesan untuk meningkatkan populariti dalam masa yang singkat. Tak percaya boleh cuba. Untuk meninggalkan kesan yang lebih mendalam, korang buat untuk semua subjek. Jangan sejarah je. Kalau cikgu korang tak nak denda macam tu, korang request. Faham? Sampai sekarang aku ingat lagi sejarah cium tiang ni. Apa yang aku belajar dalam kelas sejarah aku tak ingat pun. Lolss
4. Setiap malam aku mengetuai bebudak blok aku baca surah sebelum lights off yakni surah al-mulk atau ad-dukhan bergilir-gilir setiap hari. Fyi kitorang memang WAJIB baca surah setiap malam. Bukan aku saja nak riak atau tunjuk alim kat sini okay. Disebabkan surah al-mulk lebih pendek maka setiap hari aku suruh diorang baca surah tu je. Dasar pemalas memang macam ni. Sampai junior aku protes, "AL-MULK LAGI????" Kahkah korang diam! Aku tengah dalam mood pemerintahan kuku besi sekarang ni. Nanti bila aku dah ubah dasar pemerintahan ke demokrasi baru aku dengar luahan hati korang. Tapi bagus juga aku buat macam tu. Kalau dulu diorang datang berkumpul, masing-masing bawa mushaf. Sekarang semua datang melenggang. Al-mulk dah ada dalam dada. Ecewah. Inilah dia contoh strategi perang Tsun Zhu. Tetiba.
5. Sebagai fellow blok yang berkarisma (lah sangat), aku join warden buat spot check dari bilik ke bilik. Selain berkarisma, aku juga berjiwa rakyat. Beta sangat faham jerih perih rakyat jelata beta untuk menyembunyikan barang haram. Jadi masa tengah check bilik junior, beta (oi dah dah la tu berbeta beta nya. Ok fine) selak bantal junior terbabit. Dan tiba-tiba.. aku terjumpa sesuatu yang aku tak nak jumpa. Warden pandang aku. Aku pandang warden. Hati aku berdebar-debar. Peluh menitik di dahi. Dunia seolah-olah berhenti berputar. Kahkah dramatik gila. Tapi serious aku kaget gila time tu. Btw apa maksud kaget? Aku taram je ni. Rasa macam fit in pula dalam ayat tu. Haha. Anyway tangan aku still pegang bantal tu. Warden masih tak nampak kewujudan benda tu kat situ.
Jadi tuan puan yang dihormati sekalian, soalan trivia untuk minggu ini ialah benda apakah yang saya jumpa itu?
Jadi saya berikan anda masa selama seminggu untuk fikir. Jumpa lagi minggu depan di hari dan waktu yang sama untuk anda mengetahui jawapannya. Bye bye!
Dah dah tak payah nak tunggu seminggu sangat. Minggu depan kau dah start busy. Kang sampai tahun depan diorang duk tunggu (Masalahnya ada orang tunggu ke? boooo booooo).
Benda yang aku jumpa tu sebenarnya henfon. Ya benda haram yang diburu-buru dengan rakus oleh semua warden. Disebabkan warden tak nampak lagi benda tu, aku cepat-cepat letak bantal tu lalu meneruskan kehidupan seperti biasa. Tapi melihatkan reaksi aku yang aneh tadi, warden jadi suspicious lantas terus check bawah bantal tu. Tak payah tunggu lama-lama, memang sepantas kilat aku kena sound satu das, "OOOOO INI KERJA KAMU SELAMA NI?" Dem. Sorry geng, aku dah cuba yang terbaik untuk cover korang. Aku rasa macam dah betray rakyat aku sendiri. Weh kau tu fellow blok je kot takyah fefeling Malaysian Official 1 sangat. Bhahaha ok fine.
Dah cukup 5. Kalau korang nak lagi, sila tinggalkan di ruangan komen, "SAYA MAHU PART II"
Kahkah melampau sangat bajet glamor aku nih.

| Tiba-tiba nak letak gambar Justin Trudeau kat sini. Tapi macam takde kaitan je weh? Biarlah yang penting hensem. Haha. |

Saturday, 27 August 2016
Campak belakang
Few months ago aku kerja kat KL sekejap. Office aku sebelah KLCC.
So one friday lepas habis kerja aku nak balik Seremban. Tapi haritu aku keluar office lambat dalam pukul 6.30 macam tu lah. Aku singgah pi makan kfc sengsorang dalam KLCC tu dulu. Aku ambil port dekat sudut hujung sebab senang nak usha orang. Tengah syok tibai ayam goreng, datang seorang lelaki lewat 30-an aku rasa. Pakai t-shirt dan bertopi. Sedikit selebet. Dia duduk meja sebelah aku. Aku buat dont know je lah pasal dia tak hensem. Kahkah.

Aku teruskan membalun ayam goreng. Tiba-tiba mai sorang apek hensem berwajah korea. Pakai segak. Dia minta derma untuk rumah anak yatim. Of course lah aku tak percaya. Muka hensem tak menjanjikan hati yang jujur. Gituh. Tapi dia tu persuasive betul. Dia siap tunjuk lagi id card dia dengan brochure persatuan anak yatim tu. Dalam brochure tu siap ada peta, website, alamat, and contact info lagi. Kalau derma, aku kena tulis nama dan jumlah derma kat atas satu kad yang dia duk pegang. Dia tunjuk kat aku list orang yang dah derma. Ramai juga. Tapi aku still teragak-agak nak derma. Tapi dia ni tak reti give up. Jiwa kental, semangat membara dari puncak hingga ke angkasa. Last2 dia cakap, "Kalau you boleh makan kfc mahal-mahal takkan tak boleh nak derma pada anak yatim. You tak kesian ke mereka tak cukup makan maa."
*Burnnnnnnnnnnnn*
Kena tarbiah sentap dengan apek. Insaf 300 milisaat. T_T
So aku hulurlah RM5. Pasal dalam tangan aku ada not RM1, RM5, dan RM10. Takkan nak bagi RM1. Apa kelas?! Hewhew. Takkan nak bagi RM10? Nanti duit aku tinggal cukup-cukup untuk bayar tambang bas ke Seremban.
Tapi apek tu reject RM5 aku. Bongkak betul eh. Dia kata at least kena RM10. What the frog! Pesen apa minta derma tetapkan amount ni?!?!?!!
RM5 kau tak nak. Kalau aku tak bagi langsung kang kau tak nak blah pulak.
So aku redha je lah bagi dia RM10. Duit aku tinggal cukup-cukup RM6. What a life! Ni kalau tiba-tiba aku rasa nak terkucil tengah jalan ni memang tak lepas aku nak bayar masuk toilet.
Lepas apek tu blah, lelaki sebelah aku tu pun tegur.
"Kenapa awak bagi dia?"
"Kenapa? Dia penipu ke?"
"Penipu semua tu. Saya dah pernah kena dah. Tadi saya nak bagi hint kat awak, tapi awak tak pandang saya langsung. Mentang-mentanglah cina tu hensem."
Kambing betul apek ni.
Itulah kali terakhir aku percaya dengan lelaki cina berwajah korea. What a life!
Kalau korang terserempak dengan orang-orang minta derma macam ni, tolonglah ignore no matter how convincing they are. Kalau dia paksa derma, kau buat-buatlah macam kena sawan kat situ mesti dia akan blah dengan kadar segara. Kalau derma jugak, kita akan menggalakkan lagi sindiket macam ni untuk terus berkembang biak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Orang-orang macam ni memang suka approach perempuan yang berseorangan. Suka tau menindas kaum yang lemah :( Kalau betul nak sedekah, pergilah masjid. Banyak lagi cara lain nak sedekah. Sekian khidmat masyarakat ini dibawakan oleh biskut Hup Seng.
Tension dengan apek tu tak habis lagi, sekarang mamat selebet ni pulak nak tambah aku punya tension. Friendly namatey mamat ni. Penat aku nak layan. Nak makan ayam goreng pun tak senang. Nak je aku cakap kat dia, "Dah lah jangan cakap dengan aku. Cakap dengan kentang putar tu pulak."
Dia kata aku ambil port dia. Selalunya dia yang duk meja tu untuk usha orang. Dia ingat ni kantin sekolah ke nak main cop cop tempat. -.-
Itulah kali terakhir aku duduk meja tu. What a life!
Aku takut nak buat-buat ramah dengan dia. Kot lah dia buat part time santau orang, naya aku. So setiap kali dia tanya, aku jawab sepatah dua je lepas tu aku senyap. Lepas banyak kali aku buat senyap gitu, dia pun cakap, "Apa benda sembang sembang, senyap. Sembang sembang, senyap. Hahaha."
Yela yela fine aku try lah acah-acah seronok sembang dengan hang.
So aku tanyalah dia kerja apa, tinggal mana, dengan siapa. Dia kata dia kerja sapu sampah. What the fish tukang sapu sampah makan kfc di tengah kota metropolitan disaat ekonomi menghimpit???? Agak-agaklah nak menipu pun. Do i look like i was born yesterday?????? Tiba emo.
Pastu dia cerita pulak dia duda. Bini dah lama meninggal. So sekarang tinggal dengan anak-anak je. Kemonlah cubalah come out with a more interesting story, like kau baru lepas kena abduct dengan alien ke, or your wife turned into a monstrous zombie ke, or your kids found a dinosour egg ke. Dah alang-alang nak menipu create lah topik yang menarik nak dibawa menyembang, tak gitu?

| Saja nak bagi hangpa terliur |
Tengah sembang tiba-tiba dia minta nombor telefon aku. Omg too random to brain diz shitz. Apa kejadahnya ni. Banyak kali dia insist. Aku rasa dia tengah cari jodohlah. Lama sangat menduda camni lah jadi dia. And of course, me being me, memang tak lah aku nak bagi. Orang hensem pun aku reject, inikan pula orang tua. And alhamdulillah time tu dah nak masuk maghrib. Dia pun blah nak pergi surau katanya. Sempat pesan kat aku, "Awak pun pergilah sembahyang lepas ni." Hey hey hey jangan fikir aku akan tewas dengan ke-alim-an mu. Kahkah.
Oh my goodness all i wanted to do is to just eat ayam goreng, why the Jahim (hell) all these random things must happened to me. Berilah aku kesabaran untuk terus menempuh ranjau kehidupan ini ya Tohan. Nevertheless, I've learnt my lesson. Hope you can take this story as a lesson too.
Akhirnya aku selamat sampai ke Seremban dengan purse nipis tak berduit.
Tuesday, 2 August 2016
May Allah bless her with goodness in abundance :')
"Baik datang KL cepat ambil barang London ko sebab aku dah nak start membakar."
"Lek ah nanti aku datang. Jangan bakar lagi."
*****
"Teoh ada dak tu?"
"Oh lupa nak citer aku dah pindah rumah."
"Pindah manaaaaaaa? Awat pindah?"
"Haha cam biasa things happened."
"What happened? Ko pindah mana?"
"Tahsia."
"Takyahlaa tahsia tangat. Baju aku ada lagi dak? Ke dah bakor?"
"Tinggal kat rumah lama. Hakhak"
*****
"Next week duane?"
"Why?"
"Nak pi KL. Ko duane. Nak pulang buku. Nak tshirtttt"
"Tak tahu lagi. Pape aku gitau."
******
"Dah beli tiket jumaat 11.30"
"Harap terlepas bas."
******
"Duane awop?"
"Ada kerja ciked ni weh. Aku tanya pagi tadi tak jawab."
"Kerja apa?"
"Kat UM. Terperangkap. Next week aku mai KL lagi so lek."
"Dalam jasad kukeliru mujur ada kau si peneutralisasi pilu. Penat aku bawak baju. Lenkali nak baju datang ambil sendiri kat rumah aku malas bawak dah."
"Hahahahahaha ye next time aku datang sendiri kutip."
*****
"Nak kena wish ke birthday ko ni? Duane tu? Meh aku belanja makan."
"Wuhuuuuu Seoul garden."
******
"Woi ko block twitter aku. Kenapa block aku. Apa salah akuuuuuu. Sungguh dasyatnyaaaaaaa"
"Dah lama kot. Takkan baru perasan. Bulan 3 tu lagi."
"Woi. Pak ah, Natam nih. Bakpe block aku gilaaaaaaa. Aku perasan je ko hilang kat twitter. Ingat deactivate. Rupanya block aku."
"Eh taklah. Tak block pun. Aku malas nak follow sebab ko asyik reply2 wan. Sakit mata haha."
"Tu ko main salji katne tuh?"
"Mana?"
"Twitcon ko."
"Ohhhh ni kan haritu aku pi ski."
"Bilaaaaa. Tak habaq pun."
"Ehhhh mak tak citer eh. Tu lah ko pun busy event manjang.
"Sorry lah mak. Dalam proses nak take over negara ni."
"Take over! Nanti dah vvip dapat naik private jet jemput2 lah ye."
"Tak skang ni ko pi main ski kat mana?"
"Kat sini2 ja."
"Kat sini mana ada salji."
"Hadoiiiiii."
"Mende mak ni dia putar belit dia pening."
"Ni hat aku pi Korea hari tu lah."
"Hmm mana tahu pi time winter"
"?????????????bulan 2??????????? Obviously winter..."
"Lah bulan 2 ke. Rasa cam baru lagi. Sorry memory lost."
"Dah2 la tu stalk aku."
"Tak stalk dah. Hatiku terguris lepas kena block."
"Lol lek ah aku block ramai bukan ko sorang."
"Tau. Dari beratus tinggal berapa puluh je. Terguris gak tak termasuk dalam kalangan insan terpilih."
"Biasalah josh orang tengah marah dia buat tak pikir."
"Sudahlah mey baru skang nak justify. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna."
*Inserts depressed meme*
"Kusangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari. Puting beliung turut tumpang sekaki."
*Inserts Wan's dp*
"Bosan dah aku tengok gambar ni."
"Nampak sangat selalu whatsapp. -.- Sudahlah josh."
"Tak selalu whatsapp pun syaiton. Aku suka scroll contact list nampak a gambar tu."
"Motif scroll contact list?????????"
"Motif ko download and save gambar tu???????? Saja scroll. Bosan."
"Orang send gilaaaaaaa. Dia autosave."
"Sudahlah mey. Banyak alasan."
"Aku pulak."
"Motif tak delete???????"
"Buat apa delete"
"Buat apa simpan. Nak santau??????"
"Simpanlah nanti dah cerai boleh viralkan. Dulu acah sweet."
"Ko part-time Siakap Keli ke? Or Beautifulnara?"
"Informer Ohbulan dengan twt_yipas"
*****
"Weh pernah pergi perpustakaan negara?"
"Tak. Ko nak gi ke? Holy cow."
"Jom weh. Haha. Ko takde rasa nak pi ke?"
"Pi mendenya aku kat Jtown."
*****
"Weh try jadi apheresis donor. Boleh donate every 2 weeks instead of 3 bulan sekali."
"Apheresis whats dat"
"Donate plasma/platelet je. Rbc return back to donor."
"Macam aku yang hb low ni boleh jugak? Cane nak donate?"
"Methinks. Boleh kot. Sebab bukan donate rbc. Donate platelet. No need hb. Kot."
"Platelet bukan before rbc ke sorry bio fail."
"Next time nak gi donate blood tu try tanya."
"Orang sakit apa nak platelet je? Hmm nak kena study platelet pulak ni."
"Hmm gi la study kat library mak."
"Takmo lah. Nak tunggu ko. Nak gi kena bawak muka budak nerd. Muka pecah rumah ni kang kena pandang serong pulak."
"Pakailah spek. Setel."
"Namoooooo"
*****
"Weh lelaki semua sama."
"Ko baru tau ke hahahahha. Sabor mey. Jangan songsang pulak. Laknatullahhhh."
"Jom kapel."
"Sorry you're not my taste"
*****
"Amende EU Brexit ni amende wey?"
"Europe union. England nak keluarkan. Boleh google sendiri kan!!!!"
"Habis apa effect kat kita? Apasal tiba-tiba? Why now?"
"Pound jatuh. Ada cakap diorang akan makin lemah. Yang effect2 dia ni aku tak tahu lah pulak. Nantilah mak pi library study sana."
"Since bila isu ni start? And kenapa sekarang baru nak vote?"
"Pi library baru mak citer."
"Apalaaa yang ko obses sangat kat library tu."
*****
"Adakah syid telah madukan ko?"
"Whut"
"Be strong mey. Lelaki memang camtu. Semuanya sama."
"Haha lol! Syid je pun."
"Syid pun lelaki."
"Hahahahahaha seriously. Tak nampak pun sebab kena be strong. Ke ko yang heart broken."
"Apasal aku pulak siakkk"
"See. Apasal aku jugak siak"
"Takpe mey. Ngaku je. Lelaki memang takleh caye."
"Thefuqq iz diz"
"The fish mey"
"Fish it is"
"Bong bong pun heart broken pasal brexit. Siapa kata jam takde perasaan. Sedangkan jam ada perasaan. Inikan pulak ko mey. Be stronkk."
"Tau dak kenapa nama dia Big Ben?"
"Kenapa?"
"Sebab dalam tower tu ada bell besar. Saiz dia sama besar dengan size Ben. Ben tu yang duk bunyikan bell tu."
"Who the fish iz Ben?"
"Itz Ben! Dia gemuk so orang panggil dia Big Ben."
"Ben who?"
"Benjamin Hall. Hat citer tu tour guide bagitau. Tapi bila aku search takde pulak citer camtu. Harem."
"Tour guide nipu. Takkanlah manusia sebesar tu. Orang obese pun tak besar gitu."
"Weh aku debor"
"Dah kenapa"
"Esok nak gi library. Haha!"
"Dengan siapa. Finally!"
"Sorunk!"
"Jiwa katunk!"
"FTW!"
"Library tu katne? Cane nak gi sana?"
"Dataran merdeka. Tak tahu. Esok explore."
"Selfie ciked! Muka pecah rumah pergi library. Study pasal apheresis. Pasal Brexit sekali!"
*****
"Weh ko sure ke yang ko nak pi ni perpustakaan negara? Bukan perpustakaan KL?"
"Bukan sama ke? Perpustakaan negara kuala lumpuq"
"Lainnnnnn. Perpustakaan KL kat Dataran Merdeka. Negara dekat IJN tu."
"Aikkkk. Oshit."
"Jangan carut. Gi google tengok"
"Adoiiiiii. Stress dah. Takmo lah pi. Patut debor semacam."
"Powerlah naluri keibuan mak. Pi je lah library KL ada beza ke?"
"Takmo kl"
"Pi la. Ajak Ijam."
"Ijam jetlag baru balik outstation."
"Cheput?"
"Tolonglah Cheput. End up duk membahan je nanti."
"Mmmkayh."
"Namo lah pi. Tunggu ko."
*****
"Bebi esok remind me to return your book."
"Ohhhh aku pun ada benda nak kena bawak."
*****
"Kenapa buku aku dah jadi budu?"
"Boleh ko buat dinner lol. Baju London je? Baju Krabi mana?"
"Errrr kan aku dah kata jangan tanya pasal baju Krabi. Aku dah bagi orang lain hahahhaha."
"The fishhhhh"
*****
"Selamat hari raya josh. Jumpa lagi lain kali."
"Selamat hari raya mey. Thanks for everything. I love you."
"Errrr aku patut rasa seram ke sekarang ni?"
******
Finally. After berbulan-bulan dia perap souvenirs ni akhirnya I got my hands on these. :D
Sebenarnya aku tak kisah sangat pasal souvenirs ni. Cukuplah bila dia pergi London, Paris, Korea, Vietnam, Krabi tu dia ingat kat aku. Ececehhhh haktuih!
Saturday, 23 July 2016
Kadang-kadang bukan aku rindu, cuma teringat.
Baru-baru ni aku beraya dengan kawan-kawan high school.
Masa berborak bergurau senda membahan dan mengumpat, aku tiba-tiba jadi teringat pada kawan aku, Afifah (bukan nama sebenar). Aku dah lost contact dengan budak bertuah ni.
Aku ada pengalaman epik dengan dia ni.
Kisahnya bermula di ambang SPM.
Yelah bila duk asrama di ambang SPM ni bebudak lain mana ada. Calon SPM je yang ada.
Asrama pula selalu dikaitkan dengan cerita seram. Benda cliche kan.
![]() |
| Credit to my papa homeroom yang kacak lagi berbakat |
Long story short, si Afifah ni mengalami tekanan perasaan tahap kuasa lohong hitam Boboiboy. SPM je pun, tapi dia punya depresi melampau. Najib kena kecam satu dunia pun tak stress gini. Faham-faham je lah bila orang tengah depressed, dia suka duduk sengsorang melayan perasaan.
Orang tua-tua selalu cakap kalau stress sangat 'benda' tu suka kacau. Emosi tengah tak stabil kan.
Sebelum tu aku takdelah rapat sangat dengan Afifah ni. So aku tak perasan pun dia tengah jiwa kacau kape. Aku tahu pun sebab Dz bagitahu. Dia cakap si fifah ni suka duk sengsorang belakang blok (tempat ampaian) pastu cakap sorang-sorang. Aku pun macam eh serious ah? Sejak tu aku mula peghati dia. Yelah seram kot. Dah lah asrama tak ramai orang pastu ko lepak pulak sengsorang belakang blok what the fish?!?
Dia punya tahap stress tu sampai hilang ingatan. Serious. Ingatan dia bercampur aduk. Dia konfius memori form 4 dengan form 5. Kadang-kadang dia fikir dia form 4 lagi. Banyak kali dia melepak sorang-sorang dalam bilik dia time form 4 (time tu dah jadi bilik junior). Kitorang banyak kali cakap kat dia, tu bukan bilik dia, tapi dia insist gak. Bersungguh-sungguh dia kata tu bilik dia. Kitorang cakaplah tu bilik ko time form 4, skang ko dah form 5. Bilik ko blok lain. Ehhhhhh takkk ni memang bilik aku katanya. Hah lantak.
Pernah gak sekali aku, Etot, and BB melepak bilik junior tu (time tu calon SPM je yang ada so semua bilik jadi tempat lepak kitorang), tiba-tiba Afifah masuk melulu then tidur kat katil lama dia. Tak bagi salam tak tegur tak apa, kitorang macam errr kena sampuk lagi ke dia ni?
Pernah suatu petang yang syahdu, bebudak pergi beriadah. Aku pun beriadah gak. Atas katil. Hahaha. Aku, Mey, Mim melepak je dalam bilik. Kemonlah, riadah? Apetu??? Haha. Lepak punya lepak sampailah hari hujan. Masa tu hampir pukul 6.30 petang jadi aku pun blah dari bilik Mey sebab nak pergi mandi bersiap-siap nak solat maghrib kat surau (oh i miss this moment!).
Untuk balik ke bilik aku kena melalui koridor tempat kitorang selalu rollcall. Masa tu aku perasan si Afifah ni tengah duduk sorang-sorang bersandar didinding, mengadap kawasan rollcall sambil termenung. Dibiarkan saja air hujan menempias kemukanya.
Aku sebagai kawan yang acah-acah caring (eceh) menghampiri dia cuba bertanya khabar.
"Ko ok tak ni?"
Senyap.
"Kalau ada problem citer aa"
Senyap lagi.
"Ko stress exam eh?"
Masih senyap.
Tapi aku tak mengalah. Hidup ni tak boleh cepat sangat mengalah. Tetiba kan.
"Kau nak dengar citer tak?", aku cuba memancing minat dia untuk berborak dengan aku. Since aku pun sebenarnya dah tahu apa masalah dia so aku bukak satu citer motivasi dengan dia.
Aku cerita pasal seorang raja yang suka berburu tapi suatu hari raja tu tercedera di kaki so dia dah tak boleh berburu eh sebenarnya aku pun dah lupa citer dia macam mana. Tapi moral of the story kita kena sentiasa optimis because everything happens for a reason. Mungkin korang pun pernah dengar citer ni. Berkobar-kobar aku citer kat dia. Aku punyalah semangat seperti seorang pejuang syahid yang sedang bersiap sedia terbang ke syurga.
Setelah panjang lebar aku citer barulah dia ringan mulut nak berborak dengan aku. Hujan pun semakin lebat seolah turut teruja mendengar ceritaku.
Sebagai penutup cerita, aku katakan pada dia, "Kalau ko ada masalah ke nak aku ajar apa-apa ke, bagitahu jelah. Kalau aku boleh ajar, aku ajar. Ko jangan simpan sorang-sorang. K lah, dah nak maghrib aku nak pergi mandi. Ko pun pergilah mandi. Jangan duk sini sampai malam."
Aku pun beredar, membiarkan dia terus termenung disisi hujan.
Seusai maghrib berjemaah di surau, aku dan teman-teman bersalam-salaman. Tidak semena-mena, tubuhku ditarik dari belakang.
"Terima kasih weh terima kasih. Terima kasih banyak-banyak. Walaupun ko tak tolong ajar aku apa-apa, terima kasih jugak." Ucap Afifah sambil memeluk erat tubuhku berkali-kali.
Aku jadi terpinga-pinga. Kena sampuk ke budak ni?? Kawan-kawan memandang kami hairan. Aku lagi hairan! Lepas 2 saat, baru aku faham apa sebenarnya yang telah kejadian. Rupanya cerita dongeng aku petang tadi benar-benar telah membuatkan dia termotivasi.
Tak kusangka tak kuduga, buat pertama kalinya aku rasa aku berjaya menjalankan tangungjawab sebagai pembimbing rakan sebaya (PRS). Ya, aku adalah seorang PRS semasa di sekolah dulu. Jangan gelak. Tapi kawan-kawan lebih gemar memanggilku Perosak Rakan Sebaya. Ya, sungguh biadap mereka itu.
Macam tu rupanya perasaan membimbing rakan sebaya. Aku punya happy sampai rasa nak bagi khutbah je malam tu.
Sejak haritu Afifah jadi baik semacam dengan aku. Aku tak perasan pun. Etotlah yang cakap kat aku.
"Weh sayang betul Afifah kat ko eh?"
Huh?
Sebenarnya Etot terasa hati. Mana taknya, berjam-jam dia melepak dengan Afifah langsung tak dipelawanya buah ke Etot. Sekali aku lalu kat pintu bilik dia bersungguh-sungguh Afifah panggil aku nak offer buah. Memang sentaplah Etot.
Tapi tak lama lepas tu, Afifah kembali depressed.
Pernahlah sekali time outing, tapi aku tak outing. Aku lepak je dalam bilik dengan kawan.
Si Dz ni pasang ayat quran dalam handphone pastu sorok handphone tu dalam loker berkunci (LDP pun bawa barang haram?!? hahaha). Si Afifah ni apa lagi kepanasanlah dia dengar ayat quran. Dia goyangkan loker tu nak ambil phone. Cuak gila aku time tu tengok member sendiri naik hantu. Selalu dia pasif je, kali ni dia aggresive.
Fast forward, warden pun datang. Afifah dipindahkan ke blok E. Blok yang paling hujung. Blok yang paling hampir dengan rumah warden. Setelah Afifah tenang, kami suruh dia solat. Selesai solat, Afifah cuma termenung diatas sejadah.
Aku, Dz, Alin, Farhah cuba berborak dengan dia. Setiap kali fikiran dia hanyut, kami cepat-cepat sedarkan dia semula,
"Afifah! Jangan termenung."
"Afifah stress ke?"
"Afifah lapar tak? Nak makan?"
Aku diam je. Sebab aku rasa seram sejuk.
Setelah pelbagai topik mereka cuba, Afifah tetap diam seribu bahasa.
Last last Alin cakap, "Afifah nak cakap dengan siapa? Afifah bagitahu kitorang."
Suasana senyap untuk 3 saat. Kemudian Afifah angkat wajahnya yang tak berperasaan, dan perlahan-lahan mengangkat jari telunjuknya sambil memandang tepat ke arah ku. Semua orang tengok aku.
Aku telan air liur.
Kenapa tunjuk kat aku kusssss semangat.
Cuak gila aku. Dalam hati aku duk pikir, ni Afifah ke hantu dia yang duk tunjuk kat aku?
Stress sampai masuk hantu pun SPM dia straight As. Memang kena makilah dengan kitorang time ambil result. Hahaha.
Monday, 4 May 2015
Saturday, 19 July 2014
Hmm
Bagi pemuja cinta, daun gugur pun memberi bahagia.
Kerana cinta membalut setiap pembuluh darah, mencengkam seluruh tunjang saraf, membeku disegenap hujung neurons, terus mata menata pandangan cinta penuh seluruh. Meski jatuhnya pandangan itu keatas daun kering cuma.
Sebenarnya aku sudah muak dengan cinta uda dan dara, sudah mual mendengar ceritera palsu laila dan majnun, sudah jelek menatap kisah ilusi romeo dan juliet. Cinta makhluk Venus dan Mars seringkali menghadiah luka, menjemput duka yang tak terperi. Namun terlebih sering cerita cinta sebegitulah yang diulang papar untuk tatapan lensa mata, baik dilayar skrin mahupun dilayar realiti.
Mungkin surat cinta Tuhan sudah lama tersisip kemas disisi habuk dan debu.
[9:24] -- Mengikut logika matematik pun, tak sama 83 dan 38.
ps: Post orang frust putus cinta.
[9:24] -- Mengikut logika matematik pun, tak sama 83 dan 38.
ps: Post orang frust putus cinta.
Sunday, 19 May 2013
Sesak
![]() |
| Aha! But I have all of them. xD |
Untuk seketika, terpaksa kurangkan dos ketiga-tiganya because...CONASS typhoon is coming!!
Priority must comes first.
Semoga berjaya kawan-kawan. Mari pulun. Biomed rocks!
Berusahalah seolah-olah segalanya terletak ditangan kita, dan bertawakkallah seolah-olah tiada langsung usaha yang kita berikan.
May Allah ease everything.
"Dan sesungguhnya manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya"
[53:39]
Mohon tembakan doanya!
Saturday, 20 April 2013
Tuesday, 29 January 2013
Tanpa tajuk
1. Istiqamah itu bukan senang. Dah lah susah, susah pulak tu. *haaa perhatikan unsur penegasan disitu :p
2. Tak mahu dan tak tahu itu tak sama. Kerana aku tahu, dia menjauh bukan kerana tak mahu tapi kerana tak tahu. Izinkan aku memberi tahu agar dia mahu dan bergerak menuju mampu.
3. Menangguhkan solat itu sungguh tidak cool.
4. Bila ikhlas, hanya Allah yang tahu. Bila tidak ikhlas, hanya Allah dan diri sendiri yang tahu.
5. Setiap yang berlaku dalam hidup ni adalah tanda kasih sayang dan rahmat Allah. Tinggal kita je, nak bersangka baik atau tak.
6. Hapdet gaya Tun M. Haha. Banyak yang nak dicerita. 5 points di atas mewakili 5 cerita berbeza. Sudahnya jadi macam ni.
Saturday, 17 November 2012
Deciphering the codes of life.
Ini kisah aku. Kisah yang sama. Diulang-ulang oleh beribu
manusia seperti kamu. Namun tidak seorang pun dari kamu yang memahami aku
sepenuhnya selain Penciptaku.
Aku.
Terbentuk daripada jujukan huruf. A, U, G, dan C.
Terlahir
daripada salinan fotokopi DNA.
Aku yang pra-matang bakal meredah takdirku yang sungguh
berliku!
Liku perjalanan yang bukan sahaja sukar untuk aku lalui,
bahkan sukar juga difahami oleh manusia yang berakal sempurna.
Kehidupan yang bagaikan tiada erti didalam kepompong
nukleus, membuatkan aku teringin benar amat meneroka dunia luar.
Tapi apakan daya, aku masih setahun jagung.
Dunia disebalik lapisan membrane sana, bukan tempat untuk
aku. Ia medan ujian.
Ia tempat untuk mereka yang matang.
Mereka yang sanggup berdepan tribulasi dan cabaran.
Mereka yang tahu arah tujuan hidup.
Mereka yang tergalas tanggungjawab dipundak.
Bukan untuk anak kecil seperti aku, yang masih tidak mengerti apa-apa.

Mereka yang berjaya melepasi tembok membrane itu, langsung
tidak pernah kembali.
Aku tertanya-tanya sendiri, masih hidupkah mereka? Atau
telah diracik-racik enzyme buas?
Ngeri. Ngeri untuk aku bayangkan dunia sana.
Kupanjangkan imaginasi. Mungkin dunia sana terlalu indah.
Terlalu indah, hingga membuatkan mereka asyik.
Terlalu asyik, hingga terlupa daerah asal.
Meski beribu perasaan mencengkam, sedikit pun tidak meragut
semangatku yang membuak-buak untuk menerjah dunia luar, Lautan Cytoplasm.
Hanya ditengah lautan sana dapat aku realisasikan impianku.
Satu-satunya tempat yang dapat aku sumbangkan bakti. Menghasilkan protein.
Kerana impianku adalah untuk berbakti.
Menyumbang jasa. Agar kewujudanku bererti.
Seperti pesannya Syed Qutb;
"Orang yang hidup untuk dirinya sendiri adalah orang
yang kecil dan mati juga sebagai orang yang kecil. Orang yang hidup untuk orang
lain adalah orang yang besar dan mati juga sebagai orang yang besar"
****
Pintu-pintu gerbang untuk sampai ke dunia sana diselia ketat
oleh pengawal yang gagah dan tegas.
Exportin. Nama yang digeruni oleh aku.
Hanya mereka yang cukup syarat sahaja yang dapat melepasi
gerbang pemisah itu.
Dibekali azam, aku berdepan beberapa episod mehnah sebagai
persediaan.
Persediaan yang melayakkan aku melepasi Exportin.
Dari pangkalku sampai kehujung aku disaring. Dilengkapkan
dengan pelbagai perisai. Perisai, yang tika aku diserang musuh, membuatkan aku
tidak terkesan apa-apa. Pangkal kepalaku dilindungi 7-methylguanosine cap sedang hujung tubuhku dilengkapi poly-A tail. Poly-A tail itu pasport dan signal identiti didunia baruku.
Ibarat pohonnya orkid yang mendapat kesempurnaan air,
nutrients, minerals, dan cahaya matahari namun tidak pula dicantas segala
semak-samun meliar yang bersaing hidup disekelilingnya, masakan sang orkid
boleh hidup subur menjulang langit?
Begitu jua halnya aku. Perisai semata bukan jaminan
kehebatan. Hakikatnya, aku perlu mencantas segala cacat cela diri yang
melambatkan gerak perjuanganku.
Mujurlah ada Spliceosomal complex, teman setia kala diperlukan. Dialah yang
tegar-tegarnya menghakis segala sampah(junk) yang membentuk sebahagian tubuhku,
introns.
Tidak cukup dengan itu, tubuhku telah di-edit (apa eh bahasa
melayunya?) supaya aku jelas dengan tugas yang bakal aku galas. Mereka yang
matang adalah mereka yang mempunyai misi dan visi yang jelas dalam hidup. Nah,
kini aku telah matang!
Wahai badai cytoplasm, bersiap siagalah dengan kehadiranku.
Datangkanlah tsunami mu, kerana sebentar lagi akanku bolos
liang(pores) kawalan Exportin itu!
**********
Ps: Kahkahkah. Ini hasil imaginasi liar akibat test next
week. Cerita sikit-sikit jelah. Kalau cerita detail karang
jadi wikipedia pulak. Eh, boleh teka tak siapa ‘aku’? Secara spesifik dan
saintifiknya siapa ‘aku’? :D
Cellular and molecular Genetics. Wish me luck bebehh.
Friday, 7 September 2012
Ko-Q
Aku bukan sang pemuisi
yang hebat menyusun kata
bermain bahasa
mengatur aksara
membentuk madah pujangga
Aku bukan sang pemuisi
tidak gampang aku melontar idea
meluah rasa yang terbuku dijiwa
membiarkan jemari tari menari ria
bersama aliran idea selaju terjunan Niagara
ah! sudah.
aku hilang kosa kata
Bukankah sudah kukata.
aku bukan sang pemuisi.
*****
Hari tu daftar subjek Puisi.
Tapi ingat nak tukarlah.
Nak pilih subjek ko-q ni boleh mengundang dilemma jugakan.
Asas Penulisan Puisi
Bimbingan Kerjaya
Pemudahcara(fasilitator)
Mana satu nak pilih? Secara gediknya fikiran i tengah kusut sekarang ni.
Proses pemilihan dan timbangtara dibuat dari aspek masa, minat dan manfaat. Ok, skemanya bahasa. Haha
Rasa macam nak ambil Puisi. Tapi macam yang saya kata kat atas tu, saya bukan pemuisi. Walaupun minat tu ada, tapi bakat tak ada.
Bimbingan Kerjaya macam sangat bermanfaat. Saya pun blur lagi pasal kerjaya apa yang saya nak. Mana tahu dari kelas ni saya boleh temui pencahayaan agung. Eheh.
Pemudahcara macam menarik juga. Tapi timing tu tak kena lah. Aiseyh.
Hatiku berbelah tiga. -.-
ps: Gampang tu dicedok dari bahasa Indonesia. It means EASY. Mohon jangan rujuk kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Lulz
Saturday, 21 July 2012
Anak...menakanku
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (bertauhid), maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Mulanya saya tak faham hadis ni. Lepas tu saya ada terbaca long times ago kat mana entah..dia cakap..
"macam mana anak orang islam boleh jadi yahudi pula? Sedangkan hanya orang yang lahir dari rahim perempuan yahudi je yang boleh jadi yahudi. Yang dimaksudkan dalam hadis "...yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." adalah merujuk kepada tingkahlaku/perangai anak-anak tersebut."
Yahudi tu sebenarnya sejenis agama atau bangsa? Ke ada genes tertentu yang bawa trait keyahudian? Warghhh makin tak faham lah. -.-
Tapi memang mak ayah ada pengaruh besar dalam kehidupan anak-anak. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya.... bagaimana gendang begitulah tarinya.... kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.... biduk berlalu kiambang bertaut. Err macam tak ada kena mengena je. (Waa masih segar lagi peribahasa purbakala ni dalam ingatan saya yek. Bangga cikgu Noraini. Ekeke)
Kenapa saya bercakap pasal anak-anak pula ni? Oh parok.
Sebenarnya saya rindu kat anak buah, tu je nak cakap. Hehe. Nama beliau Cik Nin. Tembam-tembam orangnya. Memang sedap nak cubit-cubit. Eeeee geram ! geram !
| Ni lah Cik Nin yang digembar-gemburkan. :D *tapi masa ni darjah ke-chuby-an dia sedang menurun* |
| Ala-ala retis malaya gittew (tak pandang kamera) :p |
| Kenapa tona kulit berbeza dengan 2 gambar di atas???? |
| Nampak tak lapisan lemak di kaki kanan? Wahaha |
![]() |
| Mujurlah gambar saya masa kecik-kecik ada lagi. :p (memang tiba-tiba sangat) |
7 bulan Cik Nin dijaga oleh atok nenek dia (mak ayah saya la tu).
7 bulan atok nenek menatang (kasar pula bunyinya. haha) Cik Nin bagai air zam zam yang penuh. Sampai dia tak kenal mak ayah sendiri. Dengan mak ayah sendiri, dia nangis guling-guling. :O Tapi sekarang Cik Nin duk ngan mak ayah dia lah. Sebab tu rindu. Wuwuuu
Melihat kepada situasi di atas, saya teringat Mr. Krab, tiba-tiba.
![]() |
| The most mysterious equation ever. |
Mungkin Mr. Krab dah hapuskan naluri ke-dugong-an, lalu menerapkan naluri ke-ketam-an dalam diri anak dia. Macam ni lah kot bila anak orang islam jadi 'yahudi'.
Kbye!
ps: Boleh sesiapa explain pasal hadis atas tu?
Subscribe to:
Posts (Atom)
Thinking of the title is always the hardest thing to do
I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...
-
Wuwuwuuu ni nak citer sikit. Seminggu lepas semester break, saya ada join satu aktiviti nama dia Hijau. Haaa bila sebut 'hijau' ...
-
I'm presenting youuu.........RAEF !!!! :D Inche Raef ni suara dia memang sedap. Pergh. Kenal dia pun sebab lagu it's jumu...
-
Kalaulah Allah lihatkan amalan kita. Berapa banyak dosa. Berapa banyak pahala? Kalaulah dosa itu macam batu. Berapa berat perlu kita ang...