Sunday, 5 July 2015

39:53

"Wahai hamba-hambaku yang MELAMPAUI BATAS terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Kerana sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sungguh Dialah yang maha pengampun lagi maha penyayang." [39:53]

Someone somewhere on this earth might has repent for million times. Walaupun dah bertaubat berkali-kali, dia tetap mengulangi dosa yang sama. Kerana desakan nafsu, hasutan syaitan, dan iman yang lemah, dia tewas berkali-kali. Mengulangi dosa yang sama berkali-kali.

Berkali-kali.

Berkali-kali sehinggakan dia membenci bukan saja dosa itu, malah dirinya sendiri.
She repeatedly doing the same sin until she hates herself.
Benci dengan diri yang tak mampu mengawal nafsu sendiri. Benci dengan diri yang gagal menepis bisikan syaitan. Benci dengan diri yang tak mahu mendengar kata iman. Terlalu benci hingga tak mampu memaafkan diri sendiri. Fed up dengan diri sendiri.

Dalam emosi yang celaru itu, apa agaknya yang difikirkan beliau?

"Kalau aku pun dah benci diri aku, apatah lagi Tuhan? Tuhan yang aku bermaksiat kepadanya, Apakah dia masih terima taubat aku? Apakah masih ada ruang keampunan untuk aku? Apakah Dia masih terima aku? Apakah aku masih punya harapan?"

Saat itu, dunianya pasti akan terasa gelap. Tertanya-tanya apakah kedudukannya disisi Tuhan.
To whom should she turns to? Dari mana hendak dia dapatkan jawapan? Hendak bertanya terus kepada Tuhan di Gunung Sinai? Manakan mungkin. Bertaubat air mata darah sekalipun tetap tak akan dapat berdialog dengan Tuhan. Saat itu, apakah harapan yang dia ada? Apakah harapan yang masih tinggal?

[39:53]

1400 tahun sebelum dia melakukan dosa itu, Tuhan telahpun memberikan jawapan.

"Wahai hambaku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmatKu..."

Ini jawapannya. Inilah harapannya.

Kerana Al-Quran itu sememangnya diturunkan untuk manusia. Untuk menjawab persoalan manusia. Untuk memenuhi keperluan manusia. Untuk menjadi penawar di dalam hati manusia.

Betapa disebalik ayat itu terselit selautan kasih sayang dan rahmat Tuhan kepada pendosa. Ya, PENDOSA.

No comments:

Post a Comment

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...