Friday, 15 February 2013

Mimpi

Pernah seminggu saya melepak? menginap? menumpang? merempat? merempit? (eh macam tiba-tiba je) apa-apa je lah, di rumah kakak saya.

Di kawasan perumahan baru di Nismilan. Yelah, kawasan baru penghuni pun tak ramai. Memang senyap sunyi lah kawasan tu. Bunyi cengkerik pun takdek.

Tapi yang bestnya, betul-betul depan rumah ada taman. Besar gilaaaaaa. :D Kemain eksaited. Ok dah.

Surau kawasan tu sentiasa kosong. Tok bilal pun takdek lagi kot gamaknya. Sebab seminggu duk situ tak pernah lagi dengar azan.

4 waktu yang itu bolehlah saya alert sendiri.

Tapi subuh? Krik krik. Eh silap, cengkerik mana ada.

Mujur ada phone. Boleh set alarm.

Nak jadikan cerita ni lebih dramatik, pada malam terakhir saya disitu, fon rosak tiba-tiba. Takdeklah tiba-tiba sangat. Dah lama dah dia meragam. Tapi kali ni tak dapat diselamatkan.

Duhhh acano subuh den pagi esok? Sapo nok kojut eh? (tiba-tiba cakap Nismilan acah-acah anak jati sini)

Tiba-tiba terlintas dikepala kata-kata siapa entah, dia pesan, jangan bergantung sangat pada makhluk. Bergantunglah pada Allah. Mintak tolong Dia. Sebelum tidur tu tepuk-tepuk bantal, pesan pada bantal, and cakap pada Allah tolonglah kejut aku pukul sekian-sekian esok. Nanti Dia tolonglah tu kejutkan.

Terima kasih lah pada orang yang pesan tu walaupun saya tak tahu sape. Nanti free2 moh ler kita pekena cekodok tepi tasik. Tiba-tiba kan.

Saya pun praktiklah apa yang dia suruh tu. Dan tidur dalam redhooo. Tawakal.

And then saya mimpi. Mimpi berada di kolej. Baru seminggu tinggalkan kolej dah mimpi. Kejadah.

Mimpi berada dalam bilik dengan rumates tersayang. Eceh.
Ada jugak dua orang kolejmates, yang tak berapa rapat pun, tiba-tiba study dalam bilik saya. Kejadah lagi.

Dipendekkan mimpi, cerita detail karang buatnya ada orang pandai tafsir mimpi kat sini.. hah sudah!
saya tengah relax dikatil, tiba-tiba dengar azan dari surau kolej. Entahlah, terasa azan kali ni lembut je menyapa gegendang telinga. Terasa betul-betul melunakkan hati. Rasa best sangat azan ni! Rasa macam betul-betul dengar azan in reality, bukan mimpi. Tapi ni memang mimpi. Serious, feeling tu tak terungkap dengan taipan keyboard.

Usai sahaja azan dilagukan, debushh!! saya sambung merebahkan tubuh dikatil. Bunyi macam terjun kolam pulak -.-

"Nak relax sikit lagi. Kejap-kejap lagi lah aku solat", monolog sendiri dalam hati.
Ingin merehatkan badan yang kononnya penat.

And then, dua orang kolejmates yang tengah study tadi tu tiba-tiba tutup buku, berjalan keluar meninggalkan bilik nak pergi ambil wudhu'.

Melihat mereka, rasa tersentap. Sentap sangat!! Tiba-tiba (banyak betul tiba-tiba!)  rasa sangat berdosa sebab sengaja melewat-lewatkan solat. Rasa lebih membesarkan rehat daripada Dia. Tsk tsk tsk..Terus istighfar banyak-banyak dalam hati.

Entahlah, menyesallah. Malu. Walaupun hakikatnya tak tahu malu dengan siapa. Malu dengan Dia? Mereka? Atau diri sendiri? Entahlah. Tapi perasaan tu lah yang mencengkam. Apa lagi, cepat-cepat bangun dari katil. The moment nak bangun tu, saya tersedar dari tidur, dengan penuh confused. -.-

Tengok jam, mashaAllah, hampir 6.30. Subuh woi.

Selesai solat, masih dalam ke-konfius-an. Err.

"Azan tadi tu mimpi ke atau betul-betul azan? Ish takkan betul pulak. Dah seminggu kat sini tak pernah pun dengar azan, takkan hari ni tetiba ada azan pulak. Tapi azan tu betul-betul macam real. Eh mustahillah. Mana ada orang azan subuh pukul 6.30. Hmm mimpilah tu kot. Tak sangka, Dia betul-betul kejutkan aku subuh. Ya Allah, terharunya, dah seminggu aku tak dengar azan, tiba-tiba Dia bagi aku azan yang paling indah pernah aku dengar. Pulak tu, dalam mimpi pun Dia sudi tegur aku yang culas dalam solat. Baiknya Kau pada aku yang bukan siapa-siapa ni :'(", monolog.

Saya minta satu, Dia bagi berganda!

Saya minta kejut subuh, Dia memang kejut subuh dengan azan yang sangat merdu dan teguran yang padu menusuk ke kalbu.

Terima kasih, Ya Allah. Kerana menegur aku dengan cara yang paling sweet.

Seriously, rasa sangat sangat sangat terharu. Wuu..nak nangis..nak nangis..
Macam-macam perasaan ada sebenarnya. Gembira, sebab dapat teguran langsung dari Dia.
Malu, sebab lalai bukan sahaja dalam dunia nyata, dalam mimpi pun lalai !
Banyak lagilah perasaan lain yang tak terluah disini.


Hmm.


Orang kata mimpi mainan syaitan.
Saya tak tahu ini mainan syaitan atau bukan. Saya cuma bersangka baik dengan-Nya.

Wednesday, 13 February 2013

Untitled


""
HambaKu menyombongkan diri terhadapKu dengan pelbagai atribut kemegahan, padahal Akulah yang melindungi mereka ditempat tidur mereka.

AntaraKu dan jin serta manusia, terjadi berita besar, bahawa Akulah yang menciptakan, namun yang disembah adalah selainKu.

Aku memberi rezeki, namun selainKu yang disyukuri.

KebaikanKu sentiasa turun kepada para hamba, tetapi kejahatan merekalah yang selalu naik kepadaKu.

Aku mencintai mereka dengan mengurniakan mereka nikmat-nikmatKu, sedangkan Aku tidak memerlukan mereka. 

Mereka memancing kemurkaanKu dengan pelbagai kemaksiatan, padahal merekalah yang paling memerlukanKu.

Sesiapa yang datang kepadaKu, maka ia akan kujemput dari kejauhan. Sesiapa yang berpaling dariKu, Aku akan memanggilnya dari kejauhan.

Sesiapa yang meniggalkan sesuatu demiKu, akan Kuberikan kepadanya lebih dari cukup.

Sesiapa yang inginkan keredhaanKu, Aku pun menginginkan apa yang diinginkan olehnya.

Sesiapa yang bertindak bergantung kepada kepada daya dan kekuatanKu, maka akan Kulunakkan baginya.

Orang yang melakukan maksiat, tidak akan Kubuat mereka berputus asa dari rahmatKu, jika mereka bertaubat kepadaKu, maka akan Aku menjadi kekasih mereka, kerana Aku mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan.

Jika mereka tidak bertaubat kepadaKu, maka akanKu bertindak sebagai Penyelamat mereka. Akan Kuberikan cubaan kepada mereka dengan pelbagai musibah untuk membersihkan mereka dari pelbagai aib. 

Sesiapa yang lebih mementingkan Aku daripada selainKu, maka akanKu lebih mementingkannya daripada orang lain

Satu kebaikan disisiKu adalah bernilai 10 kali ganda yang sepertinya, hingga ke 700 kali ganda, hingga ke gandaan yang banyak sekali.

 Sedangkan kejahatan disisiKu adalah bernilai satu. Maka jika ia telah menyesal dan memohon ampun, maka Aku pun mengampuninya.

Aku mensyukuri amal kebaikan yang sedikit dan mengampuni banyak kesalahan.

Kasih sayangKu mendahului murkaKu

Sifat penyantunKu mendahului keputusanKu menjatuhkan hukuman.

Pemberian maafKu lebih mendahului seksaanKu.

Aku lebih Pengasih kepada hamba-hambaKu, daripada kasih sayang ibu terhadap anaknya.

""

Monday, 11 February 2013

Sendiri


Berenang dalam lautan manusia

Berombak masalah  --kau lemas sendirian.

:(




"Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan tidak pula Dia membenci" (93:3)

Tempat berpaut paling ampuh, masih ada. Yakinlah wahai hati.




Sunday, 10 February 2013

Sapere aude !


"When you have questions, seek the answers. Don't allow your heart to rot with doubts. When you have answers, seek new questions. Don't allow your mind to rot with stagnation. Knowledge is a clean river, constantly flowing."

-Aiman Azlan


Never rot with doubts. Never rot with stagnation. Dare to know!

.

Tadaaaaaaa!! Terkejut tak? Terkejut tak? Lulz.

Sebenarnya nak cakap tadaaaaaaaaa blog ni dah tukar nama!! :D Sila buat muka terkejut tenuk sekarang

Namanya Semut. Apakah?

Ya, cuti adalah waktu terbaik untuk berkenalan dengan semut-semut dirumah.

Pada pengamatan saya, semut adalah satu kaum yang sangat bertamadun. Semut ni walaupun kecik je orangnya binatangnya, tapi banyak ibrah boleh kita ambil.

Pernah dulu waktu kecik, mak saya tolong saya memasak didapur. Eh. Saya tolong mak saya didapur. Tiba-tiba, saya nampak beberapa baris semut merayap didinding. Hairan saya, setiap kali mereka bertembung, seolah-olah mereka sengaja berlanggar, berlaga-laga sesungut antara satu sama lain. Mak saya cakap, "Itu bukan berlanggar. Itu diorang tengah beramah mesra, bertegur sapa antara satu sama lain. Dia tanya nak gi mana tu? Banyak dapat rezeki hari ni? Eh lawa sesungut."

Terer dia translate. Mak saya memang understanding orangnya. Kecik lagi masa tu kan. Masih innocence. Maka saya percaya je lah. -.-'

Selain mesra alam (?) , semut jugak sangat berdisiplin, patuh arahan queen, berdedikasi, komited, mempunyai semangat kesukanan kerjasama yang tinggi, dan 30000 km jaun lebih rajin dari saya. Fuh !

Dan yang lebih osemnya..


Klik untuk tumbesaran yang lebih sempurna!

Agak-agak best tak kalau dapat hidup dalam 'komuniti semut'? 

Korang pelik tak kenapa tajuk entry ni macam ni "." je?
Tak pelik? Ahh walaupun korang tak pelik, nak bagitahu jugak, tu semut! Haha

Sebarang perubahan lain pada blog ni akan diberitahu dari semasa ke semasa. Pergh macam retis. Bajet ada orang kesah je pasal blog ni. Haha. Ini semua poyo~~!!


Assalamualaikum. Kbye!

Saturday, 9 February 2013

The guilt is there

Kau memberiku kerikil-kerikil sederhana saiznya.

"Kerikil ini berguna buat mengisi masa kala menikmati tasik", ujarmu berkali-kali demi cuba merasionalkan pemberian.

Aku memandangmu. Padanya jeda yang lama.

Serasa bingung. Hendak kucapai, tanganku jauh. Tidak kucapai, takut-takut hatimu pula yang menjauh.

Jeda bernoktah.

Pemberianmu kusambut, itupun setelah diregang-regangnya tangan.

Beriringanlah dua batang tubuh itu ke tasik; dengan kerikil digenggam.

Langkahan itu, derap demi derap. Hingga satu detik aku merasakan tak termungkin untuk aku meneruskan.

Tiadalah kau tahu, kerikil pemberianmu itu membagi sakit pada genggaman. Memberatkan tangan pada hayunan. Kerikilmu itu walau saiznya sedikit kecil berbanding besar, tetap tiadalah mampu kugenggam sepenuhnya.

Tanpa tuntas bicara, hadiahmu kupulangkan.

Meneballah rasa bersalahku pada diammu.

Kalaulah kau berjalan dengan kasutku, lihat apa yang aku lihat, dengar apa yang aku dengar, rasa apa yang aku rasa, tentu fahamlah engkau akan kata putusku.

Kuharap adanya belas dalam pandangan matamu. Janganlah dipaksa diriku melakukan apa yang mungkin mudah untuk kau lakukan. Kerana ianya mungkin sukar bagiku.

Sedang saiz telapak tangan sahaja sudah berbeza, apatah lagi saiz kasut.

Langit yang mendung, nikmatnya pada  redup biru yang ada masa-masanya sahaja yang muncul. Indahnya pada kerehatan sang mentari setelah seharian memancar bakti.

Hari yang kelam mahupun sinar, kedua-duanya Tuhan letakkan makna.

Justeru hidupku yang singkat ini, apa inginku biarkan berlalu tanpa makna?

Aku nampak dengan duduk-duduk ditasik itu boleh membuatkan hidupku bermakna.

Bermakna, jika aku tahu mentadabbur pada hening permukaan airnya, pada ligat renangan ikannya, dan pada hijau pepohonan kelilingnya.

Tapi kawan, aku tidak nampak bagaimana kerikil-kerikil itu dapat membuatkan duduk-duduk ditasik itu menjadi lebih bermakna. Lantas apa perlunya kerikil itu untukku?

Aku faham kecamuk hatimu; pada penolakanku akan pemberianmu itu.

Dan andai saja kau juga faham kecamuk hatiku; antara meletakkan makna pada setiap gerak hidupku, atau memeluk erat hatimu demi sebuah hubungan.

Maafkan aku, kawan.



Wahai Tuhan Yang Maha Memudahkan, permudahkanlah urusan dia, dan permudahkanlah urusanku. Jauhkanlah kami dari daerah sengketa. 

:(

Friday, 8 February 2013

Tindakan refleks

Tatkala aku melihat akhlak mereka yang sungguh menawan, wajah mereka yang tenang, pertuturan mereka yang mendamaikan, nasihat mereka yang membekas, semangat mereka yang menderu, ibadah mereka yang tak kenal surut, keyakinan mereka yang jitu, aku jadi kelu.


Dia, yang melemparkan senyum padaku meski kepenatan diwajahnya jelas teraut. (teraut? pun boleh)

"Janganlah sekali-kali engkau meremehkan sesuatupun dari kebajikan, meskipun sekadar berjumpa dengan saudaramu dengan wajah yang ceria."
(HR Muslim)



Dia, yang mengisi senggang-senggang waktunya dengan bacaan Al Quran.

"Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia."
(23:3)



Dia, yang menutup pili air sementara me-nyahkuman-kan tangannya dengan sabun. *Ammboihh 'menyahkuman'. Haha

Rasulullah SAW pernah melewati Saad yang sedang berwudhu', lalu Baginda bertanya, "Mengapa engkau membazir seperti ini wahai Saad?" Saad bertanya, "Apakah didalam wudhu' juga ada istilah membazir?" Baginda menjawab, "Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir."
(HR Ahmad)

*If you get what I mean.


Dia, yang egonya tidak membengkak saat ditegur oleh manusia "kecil" sepertiku. Bahkan, kata maaf dan terima kasih pula yang meluncur laju dari mulutnya.

"Lihatlah pada apa yang dikata, dan janganlah dilihat pada siapa yang berkata"
(Saidina Ali)



Dia, yang hanya dengan kalam Tuhan, cukup membuatnya terus optimis dan tabah melangkah meski ujian kian memberat.

"Cukuplah Allah sebagai pelindung kami, dan Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar"
(3:173)



Dia, dia, dia, dan dia adalah orang yang berbeza.
Setiap gerak dan tutur mereka seperti diilhamkan oleh Ar Rahman Ar Rahim, seperti dipandu Al Quran As Sunnah, dibayangi Ar Rasul dan sahabat sahabiah. Ada saja gerak-geri mereka yang mengingatkan aku tentang ayat Al Quran mahupun hadis. SubhanAllah.

Melihat akhlak mereka, hati ini rasa insaf dan tersentuh. Rasa sayang dan kasih akan mereka, tidak semena-mena.

Arghhh aku sangat kagum. Kagum yang tak dapat dibendung. Makin aku perhatikan mereka, makin aku kagum. Tapi tipulah kalau mereka sangat sempurna. Aku tak nafi mereka juga ada sisi manusiawinya.

Tak pernah aku sedar, akhlak mampu membuatkan manusia asing untuk jatuh cinta dengan agama sang penyantun yang beradab.

Dan kini bertambah fahamlah aku, bahawa manusia asing itu bukan hanya merujuk kepada mereka yang janggal dengan kalimah 'Allah'. Kerana boleh juga terjadi, manusia asing itu adalah mereka-mereka yang seperti aku. Insan yang masih tercari-cari.

Ada dia berpesan kepadaku,
"Kita kena belajar dari sekeliling kita semua. Belajar dari semua orang."

InshaAllah. Akanku terus belajar, mengaut seberapa banyak manfaat dan hikmah dari dia, mereka, dan dari sesiapa sahaja!

Never-ending "stalking".

Selautan syukur kepada Allah kerana menghadirkan insan-insan seperti ini disekelilingku.

Ehem ehem. Siapakah mereka ini?
Biarlah rahsia. Ekeke. Itu bukan point nya.

Point nya disini my dear self,
berakhlaklah!

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...