Pernah akaun twitter twtMalaysia mengadakan diskusi terbuka tentang "Liberalisme dalam Islam". Aduh murung saya membacanya. Macam biasalah rakyat Malaysia ramai yang bergelar ilmuwan. Jadi dari topik liberalisme membawa ke syiah, aswj, 8 mazhab, khawarij etc. Pendapat bukan sahaja dilontarkan oleh orang islam tetapi juga non-muslim. Ada yang berunsur provokatif, naif, dan bak kata orang kedah 'buat pala tau'. Itu saya belum cerita lagi akhlak masing-masing dalam berdebat. It's a fail!
Murung jugalah saya
Teringat saya pada lagu M. Nasir, Tanya Sama Itu Hud-hud.
Dalam kalut ada peraturan,
Peraturan cipta kekalutan,
Dimana pula kau berdiri,
Di sini.
Dulu, di tengah kekalutan jahiliyyah lahirnya nabi membawa risalah, mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju ke dalam cahaya. Cahaya berlapis cahaya. Tapi kini dengan risalah yang sama manusia menjadi kalut dan kembali teraba-raba dalam kegelapan. Kegelapan berlapis kegelapan. Jadi, dimanakah kita? Disinilah. Di dunia yang penuh kekalutan.
Di mana silapnya?
Lama saya mencari jawapan.
Tapi tak kusangka tak kuduga, jawapannya sudah lama ada dalam Al-Quran.
[98:4-5]
Sincerity is the key.
No comments:
Post a Comment