Friday, 27 December 2013

Hidup dan kehidupan


"Gambar ni buat aku terfikir..kita nak berjaya sorang ke bersama? Tapi rezeki bukan urusan kita.."
*Gambar tidak disertakan disini. Harap maklong*

"Dekat U tak sama macam sekolah. Kat sekolah berlumba nak dapat nombor 1. Kat U kalau boleh biarlah time konvo tu semua grad sekali baru rasa seronok."

Begitulah bunyi kicauannya di twitter.

"Kalau dulu belajar erti kecemerlangan, sekarang belajar erti hidup dan kehidupan."

Demikianlah kicauan balasku yang poyo.

Sebenarnya aku still terfikir-fikir isu ni yang dibangkitkan Dekpih semalam. Amboi kemain 'isu'.

Hidup ini bukan setakat deretan A diatas sekeping kertas. Yes.
Kerana kehidupan itu terbina atas nilai-nilai empati, simpati, kasih sayang, persahabatan, .....(sila tambah sendiri)......

Hidup ni terbentuk oleh sesuatu yang bersifat solid seperti segulung ijazah, rumah besar, harta banyak etc. Solid ke? Lantaklah tak terpikir dah term lain.
Sedangkan kehidupan ini dibentuk oleh sesuatu yang abstrak. Jadi bermaknakah hidup tanpa kehidupan? Kadang-kadang kita terlalu mengejar 'hidup' lantas meninggalkan sisi 'kehidupan'.

Orang kata, tak pernah merasai takkan pernah memahami.
Dekpih pernah melalui fasa grad, jadi dia lebih tahu bagaimana perasaan tu. Perasaan grad yang mana tak semua sahabat-sahabat yang menemani perjalanan diplomanya itu ada. 'Geng nya tak complete' senang cerita.

Aku tak pernah merasa grad, masakan aku boleh benar-benar faham perasaan disaat grad but at the same time ada sahabat seperjuangan aku yang terasing dari majlis graduasi tu.

.........atau mungkinkah aku yang terasing itu?

Gembira itu akan jadi lebih best kalau dikongsi.
Susah senang dilalui bersama-sama selama 3,4 tahun, lepas tu nak grad sorang-sorang?
3,4 tahun kita mencipta 'kehidupan' bersama sahabat kita, kemudian kita biarkan dia bersendiri dengan 'hidup'nya?

Haha. Siapa sangka, gila-gila seorang Dekpih, mampu secara spontan memberi aku secebis keinsafan, menyedarkan aku sebuah hakikat, dan mencampakkan aku kedalam ruang muhasabah yang panjang.

Berfalsampah pula aku ditengahhari rembang ini. CC banyak lagi tak study :) Tenang. Tenang. Belajar tak boleh paksa. Nanti hasilnya tak memuaskan. Hihi.

Friday, 13 September 2013

Reflection for myself

Fuh fuhh!
*tiup-tiup habuk*

Orang yang tak terduga ditempat yang tak terduga memberi saya peristiwa yang tak terduga.
On the way nak masuk surau saya terserempak dengan seorang perempuan yang pakaiannya..astaga.. (Dia ingat dia Miley Cyrus?). Secara spontannya saya bermonolog sendiri, "Eh ini surau ke?"

Saya yang masih blur2 masuk juga surau tu. Kemudian nampak seorang mak cik arab tengah bercerita pasal aurat dan pakaian kepada seorang akak melayu, tapi suara mak cik tu memang lantang satu surau boleh dengar. Saya yang dah sedia blur ni jadi bertambah-tambah blur, macam "what is going on here?? Ke memang kat surau ni ada sesi tazkirah hari-hari kot..?"

Saya pun joined sajalah 'sesi tazkirah' tu. Mak cik tu cakap tentang syurga, neraka, penciptaan tubuh badan manusia dan sebagainya yang kesemuanya berkait dengan paksi utama topiknya iaitu perihal aurat. Hebatlah mak cik ni boleh bercakap pasal chemical bagai. Makcik ni bercerita sampai menangis. Tengok dia menangis, saya pun rasa nak menangis sekali. Wuu..wuu...

Nak dipendekkan cerita, rupa-rupanya mak cik ni dengan beraninya pergi tegur direct perempuan seksi yang saya selisih di luar pintu masuk surau, dan 'sesi tazkirah' nya itu berlanjutan sehinggalah saya masuk dan joined.

Mungkin orang arab adalah satu bangsa yang tegas dan tiada kompromi. Apa yang hitam, hitam. Apa yang putih, putih. Tidak boleh dicampur menjadi warna kelabu. Mungkin menjadi budaya mereka untuk menegur kemungkaran secara terus dan tidak membutakan mata dengan kejelikan yang jelas didepan mata. Mungkinlah. Saya cakap pun berdasarkan pengalaman saya yang cetek dan pembacaan saya yang terhad.

Sedangkan orang melayu pula adalah satu bangsa yang bertoleransi, cakap berlapik, dan segalanya boleh dibawa kompromi. Mungkin kita terlalu dibelenggu dengan keterikatan budaya dan adat sehingga tiada ruang untuk melaksanakan tuntutan agama sepenuhnya (amar makruf nahi mungkar). Mungkinlah.

Terfikir,

adakah pemikiran kita yang terikat dengan budaya atau sebenarnya iman kita yang lemah?

Lowyat
Maghrib.

Sunday, 4 August 2013

Kerana cintaNya umpama sapaan dingin embun yang menghidupkan gersang tanah


Bagi pemuja cinta, daun gugur pun memberi bahagia





Tuhan, izinkan aku mencintaiMu seperti rintik embun yang tak pernah ingkar menanti fajar merekah.




Tuesday, 9 July 2013

Doa


Tetapi doa adalah doa. Doa adalah permohonan. Terkadang, orang yang berdoa lupa dia tidak berdoa, melainkan sedang memaksa. 

"Berilah aku kebahagiaan ya Tuhan!". 
"Berilah aku panjang umur!".
"Berilah aku syurga dan jauhkan aku dari neraka!"

Bagaimana Tuhan dapat diperintah-perintah seperti ini? Seperti firmanNya:

Doa mereka didalamnya adalah "subhanakallahumma", dan salam penghormatan mereka adalah "salam" dan penutup doa mereka adalah "alhamdulillahi Rabbil 'alamin". [10:10]


Secebis sedutan Musafir Cinta, novel indonesia tulisan Taufiqurrahman Al-Azizy.

Kata-kata yang padu menikam tepat kesudut hati yang terdalam, menyentak aku ke pusaran muhasabah tanpa lengah. Sesuatu yang mungkin tidak kusedari, terkadang dalam berdoa, sebenarnya aku memaksa. Paksaan dalam rintihan.

Kadang-kadang, kerana terburu-buru, jadi lupa untuk beradab dihadapanNya. Tanpa puja, tanpa puji, tanpa selawat, tanpa sebarang madah yang mengakui kelemahan diri, terus saja memohon segala yang dihajati, seolah-olah memaksa setiap kata ucapan doaku ditulis olehNya didalam kitab takdir. Lupa yang segala puja dan puji itu perlu untuk mengakui hakikat kehambaan. Kerana tanpa puja dan puji sekalipun, kerajaanNya tetap langsung tidak sedikitpun tergugah.





Bercakap pasal doa ni jugak teringat dekat seorang senior yang selalu sering amat memesan supaya aku mendoakannya. Setiap kali akhir perbualan mesti itu yang dipesannya. Cubalah sesekali pesan teh ais ke mee bandung ke. Tibe. Tapi rasa pelik dan awkward juga sebenarnya. Sebab dialah satu-satunya manusia yang aku kenal yang suka pesan macam tu.

Dan opkos lah lepas dia pesan macam tu, aku akan pesan balik pada dia untuk mendoakan aku jugak. Dan jawapan yang dia beri lepas tu, cukup buat aku terharu. Sebab dia jawab..




"Always"




Tapi tak tahulah dia serious ke memain.

Saturday, 25 May 2013

Jarak

There are 6 stages to knowledge:
Firstly, Asking question in a good manner.
Secondly, remaining quiet and listening attentively.
Thirdly, understanding well.
Fourthly, memorising.
Fifthly, teaching.
Sixthly, it is its fruit -- acting upon its knowledge and keeping to its limits. 
-Ibn Qayyim AlJawziyyah-



Jika ditanya apakah tanda ilmu bermanfaat?
Apa sahaja ilmu yang mendekatkan jarak antara diri dan Tuhan.

Hmm, tolong beri aku masa
Untuk aku ukur jarak itu.

Friday, 24 May 2013

KL Sentral

#Satu

Seusai membayar harga makanan dan mendapatkan tempat duduk yang strategik di sebuah francais makanan segera, kami berlima tanpa lengah menadah tangan memohon hindar azab neraka (baca doa makan). Selang dua minit selepas tangan menerkam juadah didepan mata demi mendiamkan perut yang berkeroncong, datang seorang lelaki berpakaian kemas meletakkan sekeping kad diatas meja kami.

Bisu. Diam. Jeda.

Dipendekkan cerita, lelaki bermata sepet itu rupanya meminta derma untuk sebuah persatuan orang-orang pekak. Anehnya derma diwajibkan sebanyak RM10. Pada mulanya hati keberatan. Tapi aku terfikir, aku sedang duduk menikmati juadah RM13 untuk memenuhi hak perutku seorang, justru mengapa begitu berkira untuk menyumbang RM10 kepada si kurang upaya yang mungkin berpuluh orang? Sangat selfish aku rasa. Sudahnya setiap dari kami menderma RM2 seorang. Lelaki itu lantas melemparkan senyuman terima kasih dan berlalu pergi tanpa sepatah langsung komunikasi.

Seketika kemudian, terdetik, persatuan orang pekak? Entah benar entah tidak. Berpakaian rapi dan sopan menyantuni meski diam seribu bahasa, bersahaja 'merompak' wang ku.


#Dua

"Semua ni masih belajar ke?"

Soalan tiba-tiba, kepada kami berempat dari seorang pakcik lewat umur yang menggelar dirinya 'apak', berkulit gelap, dan berpakaian sedikit tidak terurus. Aku melayan berbasa-basi. Sekadar memberi senyum segaris dan menjawab satu atau dua patah. Mungkin senyumku meruntun jiwanya sehingga aku dipuji sebakul. Mungkin juga pujian itu hanya sebagai taktik beliau untuk memperpanjang perbualan. Sesungguhnya aku curiga pada orang yang terlebih  dos ramahnya.

"Rasa terganggu ke apak tegur?"

"Terganggu", jawabku dengan curiga yang padu. Sekali lagi aku dipuji kerana berterus-terang. Tapi beliau masih tetap meneruskan lagi perbualan syok sendirinya tanpa rasa bersalah. Aduh apak, ketahuilah, jawapan jujur yang kejam itu adalah satu permintaan sopan untuk kami tidak terus diganggu apak lagi. =.=

Tapi hairan, semakin lama kami berbual, semakin aku rasakan sesuatu tentang beliau. Aku yakin beliau bukan biasa-biasa. Beliau mungkin 'seseorang' ketika mudanya. Ditengah metropolitan ini, diantara beribu manusia lain lagi, kami juga yang ditegur. Disebalik kebetulan yang penuh curiga ini banyak yang aku pelajari dari dia. Meski kelihatan agak kurang waras, ada kebijaksanaan yang mengalir dari kata-katanya. Pertuturannya sarat dengan falsafah. Nasihat yang diberi dari satu sosok tubuh yang tidak terjangka, membuatkan aku berfikir lama. Siapa sangka, seorang lelaki asing dengan perwatakan yang meragukan mampu mengajar aku lebih dari cikgu disekolah perturunkan.


******

Di satu tempat yang sama pada hari yang sama aku bertemu dua lelaki dengan jarak umur, perwatakan, dan penampilan yang jauh berbeza, cukup memberiku pengajaran berguna.

Didunia yang penuh serigala jadian, suudzhon itu perlu. Kerana husnudzhon selalu memakan diri. Serigala yang tak hanya muncul saat bulan mengambang tidak pernah memilih mangsa. Asal sahaja ada ruang dan peluang, jiwa-jiwa innocence mudah sahaja dicakar-cakar tanpa belas.


Sekian, ragamku ketika berhadapan dengan manusia yang bermacam ragam.

Sunday, 19 May 2013

Sesak


Aha! But I have all of them. xD


Untuk seketika, terpaksa kurangkan dos ketiga-tiganya because...CONASS typhoon is coming!!
Priority must comes first.

Semoga berjaya kawan-kawan. Mari pulun. Biomed rocks!

Berusahalah seolah-olah segalanya terletak ditangan kita, dan bertawakkallah seolah-olah tiada langsung usaha yang kita berikan.
May Allah ease everything.

"Dan sesungguhnya manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya"
[53:39]




Mohon tembakan doanya!

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...