Thursday, 19 July 2012

No HATE. Just LOVE.


Salam Ramadhan almurtabak. Ramadhan start esok.. kalau kat malaysia. Kalau kat German dah start hari ni. Woohoo selamat berpuasa untuk awak-awak yang disinun. :D
Sempena ramadhan saya nak citer pasal novel ni.....

Dua jiwa, satu cerita :D

Aha, apa kaitannya ramadhan dengan novel ni? Tak ada kaitan pun. :p Cuma dalam novel ni ada difokuskan tentang ramadhan juga. Nak tahu perbezaan puasa di Malaysia dengan di obersi? Bacalah novel ni.. :D

Saya cuma nak share some quotes yang ada dalam novel ni. Jemput baca. haha


"Masa tak pernah menunggu manusia."

"Kalau bersama waktu susah senang dan makan berkongsi pinggan, tu baru namanya kawan sepanjang zaman."

"Sedangkan bangau merantau pun pulang mencari kerbau, inikan pula anak dagang yang tinggalkan kampung halaman di tanah seberang."

"Yang nyata, kasih sayang memang melengkapkan bahagia. Tak kisahlah dalam bentuk apa atau daripada siapa."

"Cukupkah sekadar harta, kerja dan keluarga jadi sebab untuk berputih mata kalau itu hajat yang tak tercapai sebelum tinggalkan dunia?"

"Hidup didunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak kemana?"

"Peluang yang ada dalam hidup ni sama juga macam keretapi, perlu digapai waktu dia sekejap terhenti depan diri. Terlewat sesaat, makan asap."

"Kena merancang masa depan kalau nak senang. Tapi duit tu bukan dibuat kiblat, hanya dibuat alat."

"Kalau ada kemahuan dan usaha, 'halangan' tu adalah satu perkataan yang tak ada makna apa-apa."

"Biarlah kerja lelah asalkan masih boleh ketaawa, daripada kerja mewah tapi berendam air mata."

"Sungguhlah orang kata, nikmat yang ada takkan terasa, selagi ianya tak lenyap daripada depan mata."

"Kalau kompas tersilap arah, perlu berpatah balik walaupun payah."

"Kalau orang kata nak buang tatu dikulit tu sakit, nak buang tatu dosa dihati tu lagi perit."

"Everybody knows death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going."

"Act dumb. You'll learn more."

"Life is full of changes. And surprises. And the inexplicable(s)."

"There's a difference between living life and merely being alive."

"Life is full of answers waiting to be discovered."

"The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th."


Contengan pengalaman perjalanan mencari Tuhan




ps: Bacalah novel ni. Mana tahu aok akan bertemu hidayah melaluinya. Tak, tak kenal pun. Tak, tak ada komisyen pun. Saja promote.

Tuesday, 17 July 2012

Cuma nak cakap pasal tiang


Perumpamaan utk hari ini. (macam hari-hari pula saya buat 'sesi perumpamaan' macam ni) -.- 



Bayangkan, 
kita tgh jawab final exam paper biochemistry, then masa habis, pengawal periksa tu rampas kertas kita tak bagi kita tulis jawapan seterusnya. Kita gelabah. Ada 1,2 soklan lagi kita tak sempat jawab. Paling-paling pun 15 markah kita hilang kat situ. Soklan yang kita sempat jawab dengan confident pun tak tahulah layak diberi markah atau tak. Apatah lagi yang sempat jawab dengan sangat tak confident nya. Peluh mencurah-curah. Tangan menggigil-gigil. Kaki terasa lemah longlai nak melangkah keluar dari dewan peperiksaan. *Hyperbola sikit :p* Rasa menyesal yang bersangatan. Menyesal ambil masa lama sangat untuk fikir pathway for lipolysis. Menyesal sebab termenung gara-gara teringat separuh je pathway tuh. Rasa menyesal yang terus mencengkam hinggalah hari keluarnya result.


Bayangkan pula,
bagaimana pula dgn solat kita? Jika kita sengaja melewat-lewatkan sehingga habis waktu? Bukan pengawal periksa yang nilai, tapi Yang Mencipta diri kita yang menilai. Menyesal? Atau rasa biasa-biasa je? 


Yang mana yang lebih disesalkan? Tak sempat jawab exam atau tak sempat solat?


Allahurabbi T_T





Pandainye diee. Anak siapalah ni. hikhik



Gambar ni.....buat hatiku sentap. T_T



ps: Memang saya takdek chemistry dengan biochemistry. Wuwuwuuu

Monday, 9 July 2012

Kalaulah kan..


Kalaulah Allah lihatkan amalan kita. Berapa banyak dosa. Berapa banyak pahala?
Kalaulah dosa itu macam batu. Berapa berat perlu kita angkat?
Kalaulah dosa itu boleh dihidu. Sebusuk longkang manakah diri kita?
Kalaulah pahala itu bagai duit. Berapa banyak boleh simpan dalam akaun?
Kalaulah dosa itu boleh dilihat. Secantik apakah ia?

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa, dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah sebenar.
Adakah kita akan berkawan dengan mereka? atau takut dan memusuhi mereka? atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan.. (tetap sama seperti biasa kita buat) 


Kalaulah,nabi Muhammad s.a.w hidup bersama kita.
Adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi.
Malu berbuat dosa depan mata banyak nya bertimbun-timbun.
Malu dengan berhala kecil yang ada dalam diri kita secara tak sedar.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara.
Hanya sebab kuasa, ideologi dan harta.

Padahal dah tahu pegangan kita sama.
Padahal dah tahu harta berlambak sedunia tak mampu membeli syurga.
Padahal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu ditukar dengan ampunan Tuhan.


Kalaulah kita nampak syurga dan neraka.
Tempat dan rupa nya bagaimana? Apa ada dalam syurga?
Apa isi dalam neraka?
Masihkah kita  lari dari tanggungan amalan..
Masihkah kita berdalih dan beralasan? T_T
Kalaulah Allah menampak kan wajahNya pada kita masihkah kita sanggup syirikkan dia? Agungkan cinta manusia lagi tinggi dari cinta Dia.

Memang. Berkalau-kalau tu amalan syaitan..
tapi...
"kalau" yang ini bertujuan untuk keluarkan saya, awak dan dia dari terus teruk daripada syaitan.


Mari membina jambatan taubat. Pautlah tanganku jika aku
terjatuh, teman. :')

Sunday, 8 July 2012

Kalian tahu tak 2012 tu Tahun Melawat Perak?

Wuwuwuuu ni nak citer sikit.
Seminggu lepas semester break, saya ada join satu aktiviti nama dia Hijau.

Haaa bila sebut 'hijau' korang agak aktiviti camne? Memang takdek kaitan dengan Zainal Abidin penyanyi lagu Hijau yang pernah popular suatu ketika dahulu tu. Apa lagi yang sinonim dengan 'hijau'? Semestinyalah alam buana semulajadi kan?

Kiranya ni aktiviti nak mendekatkan diri dengan alam semula jadilah setelah lelah dihimpit dengan kesesakan dan hiruk pikuk kehidupan dalam hutan batu ditengah bandaraya metrofulus metropolitan (Fuh,sila baca dengan satu nafas je).

Rasa excited je nak citer ni sebab dah lama tak join aktiviti cenggini. Huhu. Kali  terakhir join pun time sekolah dulu. Sadis, bukan? haha.

 Dan destinasi Hijau kali ni ialah....

jeng 
jeng 
jeng..
.....

 Ah macam tak menjadi je unsur suspen ni. 

Sudah sudah, mari balik ke pangkal jalan. Kitorang pergi ke Gua Tempurung (GT) je sebenonye.

Itulah first time saya meneroka gua. Memang pengalaman yang sangat osem.
Bermula dari masuk pintu gua sampailah patah balik ke pintu gua, memang banyak ilmu ke-gua-an yang gua dapat. Lu hado? Kehkeh.

Meh la gua share satu ilmu yang gua dapat dalam tu. Barulah nampak berilmiah sikit entry gua ni. Kahkah. Dalam GT tu ada batu nama batu granite. Batu ni ajaibnya dia boleh sedut kuasa bateri torchlight lu'olls. Kalau lu tercegat kat batu tu lelama, then tetibe torchlight lu bagaikan hidup segan mati tak mahu, lu jangan panik plak kata GT tu berpenunggu. Kalau gua sebelah lu masa tu memang gua sepak je lu lelaju tanpa belas kasihan.

Rasa macam nak buat lagi satu entry dedikasi khas untk Gua Tempurung. Tapi gua malas. Kalau lu'olls nak tahu lebih lanjut pasal GT, lu'olls boleh tekan 'ON Tempurung' dan hantar ke 32232. Lu'olls pergilah explore sendiri GT tu. Berbaloi-baloi, lu tahu? Macam budak retard duk gua-lu gua-lu ni apahal?


Setelah berjam-jam hidup dalam kegelapan gua, tetibe sampai kat
pintu gua ni seolah-olah ternampak cahaya keagungan
bersinar-sinar.

Lepas penat berjimba di GT, malam tu plak kitorang night-walking.
Meredah Sungai Kampar dimalam yang kelam bertemankan cahaya bulan tanpa sinaran torchlight.

Saya je la yang takdek torchlight, orang lain ada. Sadis kuasa dua, bukan? haha. Tetiba ada satu suara macho yang tak dikenali menyapa, "Takdek torchlight ke? Bahaya nih. Kut-kut terpijak batu ke hape ke. Nah torchlight ni." Eceh. Sanggup dia kasi torchlight kat saya yang entah sesape ni pastu dia plak berjalan dalam gelap. Dengan kadar segera saya ambil torchlight tu sambil berkata pada beliau, "Saya rasa saya tercipta dari tulang rusuk kiri awak lah. Jom kita kawen?" kahkah. Okay tipu je.

Masa mula-mula sampai kat sungai tu, abam guide tunjuk kat kitorang acane nak menjala ikan. Ish ish. Tak pernah dibuat aku. Dah la pergi sungai tengah malam, tengok orang menjala plak tu. Sambil redah arus sungai sejuk tu juga kami menikmati pemandangan kunang-kunang lip lap lip lap.
Syahdu. Cantek. :')

Esoknya plak, waterfall abseiling and water rafting. Memang Hijau kali ni bertemakan air. Asyik bergelumang dengan air je. -.-

Wuuu otomatis adrenalin ku mencurah-curah tanpa perlu dipaksa. Ini first time saya try dua kegiatan haram ni. Lepas sakit-sakit kaki ber-abseiling, kami bermandi-manda bak puteri bunian.
Waterfall tu memang cantik. Damai. Tenang. :')

Water rafting sangat mencabar kegagahan dan keberanianku. Dah lah dengan sengajanya abam guide tu terbalikkan raft kitorang. Cis! Kawan-kawan saya apalagi, gelabahlah.
Saya masih lagi act cool, tahan nafas, tutup mulut, bukak mata, relax.
Wah, betul-betul mempraktikkan teori. *Konon*.

Banyak kali jugalah abam guide tu mendajalkan kitorang, lepas tu dia gelak bersungguh-sungguh. -.-



Alamak! Raft terkandas


3 hari kitorang berkecimpung dengan alam semulajadi. Memang feeling tu best. Tenang. Tak terungkap dengan taipan keyboard. Mungkin sebab alam semulajadi tu memang secara semulajadinya bertasbih kepada Allah kot..?

"Segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah..." 
[As-saff(61): 1]

Ibarat masuk majlis zikir. Mestilah rasa tenang kan? Lainlah kalau masuk Zouk. Eh? Walaupun bukan saya yang berzikir, tapi tempias ketenangan dari zikir 'mereka' tu lah yang mendamaikan hati saya mungkin.

"....ketahuilah, dengan zikrullah itu, tenang tenteram lah hati manusia." [Ar-raad(13): 28]

Kesimpulannya kawan-kawan, cintailah sungai kita! Err.. Jagalah kebersihan alam sekitar! Err.. Ahh korang buatlah kesimpulan sendiri. :)

Saturday, 7 July 2012

Cuti-cuti Malaysia.


Dah hampir 3 minggu bercuti. Memang heaven!! :D 

Masa sangat deras berlalu. Sederas air disungai Kampar. Eceh.
Walau acane pun, saya sangat-sangat hargai nikmat bersenang-lenang cuti ni. 

Bukak bukak je FB dengan riang ria ribena nya, tetiba nampak my coursemate (Miss Liuk) post schedule for sem 3. Tetiba jugak peratus riang ria ribena saya berkurang secara mendadak sekali. 
Oh mak ai, packnya jadual! 
Kelas kalau tak start pukul 8, start pukul 9. Habis plak tetiap hari pukul 5. 
Dah macam zaman asasi dolu-dolu plak.



Ni kucing Miss Liuk. Seriously, letak
gambar kucing dia lagi menarik dari
letak gambar dia. :p


Dengan schedule yang cenggitu, ditambah plak dengan hal ehwal AG and biomed night..aaaaa tak nak bayang tahap kebizian and keletihan tu!

Dugaan.. Mesti sem 3 ni banyak bertapa kat fac. 
Mesti memalam kena tengok juniors practise. 
Mesti kena memarah juniors. Eh?(Time kitorang jadi juniors dolu pun sesedap chipsmore je seniors menyinga) 
Mesti esoknya plak tersenggok-senggok dalam kelas. 
Mesti tengahari tu sempat tak sempat je nak makan. 
Mesti time lecture, perut rancak berdikir barat, perut orang sebelah bernashid, perut orang belakang plak sayup-sayup kedengaran When you said nothing at all by Ronan Keating (Kenapa mesti lagu ni? Eh suka hati lah. Blog saya kan. :p). 

Mestiiiii punyalah. Tu diaaa dah nampak dah masa depan. -.-

Dengan muka yang macam mak ikan bilis yang kehilangan anak-anak(Macam mana ek muka dia? Entah. Muka monyoklah kot, macam muka awok, eh, saya), saya scroll FB tu makin bawah makin bawah makin bawah. 
Abaikan post Miss Liuk terbabit. 
Tok sey lah kawe scan lamo-lamo. 

Tetibe ku terpana. Pandanganku jatuh pada status seorang sahabat yang tak pernah aku kenali didunia realiti apatah lagi di alam maya. 
Ala macam lah korang tak biasa friend-friend dengan makhluk asing kan? I mean, orang asing. Heh. 

Dia tulis camni....



"Allah gives the HARDEST battles to His TOUGHEST soldiers."


Tetibe peratus riang ria ribena saya meningkat, muka plak seperti mak ikan bilis yang seolah-olah menjumpai  semula anak-anaknya satu persatu.
Ingatlah anak-anak, sesungguhnya Allah tidak akan menguji diluar kemampuan hambaNya :')

Haaa nampak tak permainannya disitu? He won't put me into this kind of hectic life if I can't cope with the situation. Ujian hebat untuk orang yang hebat, kan?
Once Allah dah letak kita dalam situasi tu, that means kita mampu. 
Ya,jangan ragu-ragu lagi. 
Eh yeke aku mampu ni?? Iyeeeeeee. Taknak caye plak. Pukul karang. 


Pack schedule, AG, Biomed night.. the battle is about to begin. C'mon little soldiers! let's fight!!


ps: Memang tajuk tak de kena mengena dengan entry. Kehkeh. Kan dah cakap tadi. Blog saya, suka hati sayalah.

Friday, 6 July 2012

Ahlan, ahlan~

Ahlan wasahlan to myself. (^_^)



This is my first psot!! (tak yah cakap pun orang boleh tahu)

Setelah berfikir semasak-masaknya hingga rentung, saya tekad untuk menulis blog! *bersemangat mengenggam tangan*. Ditambah pula dengan pujuk rayu, dorongan dan tunjuk ajar daripada kawan-kawan maka makin berkobar-kobar la semangat saya. 

Kenapa "combination of million words"? Sebab blog ni memang consists of combination of million words. Kalau saya kucing pastilah saya akan gunakan one word sahaja yakni, meow meow meow. Tapi sudah terang lagi bersuluh spotlight yang saya adalah manusia. Ceh, ngaku jelah memang tiada idea lain. :p

Harapan saya, blog ni akan menjadi platform untuk saya menasihati diri sendiri disamping berkongsi cerita dan merapu. InsyaAllah, nasihat untuk diri sendiri tu akan cuba saya amalkan. Mata siapa yang paling dekat dengan jari yang menaip? Telinga siapa yang paling dekat dengan mulut yang berbicara? 

"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak kamu lakukannya? Amat besar kebencian Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu lakukannya."
[As-saff(61):2-3]

Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap. Eh?

Assalamualaikum. Kbye!




Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...