Thursday, 21 December 2017

Bukit Senaling

23/09/2017

My sister ajak hiking Bukit Senaling a.k.a Bukit Terbakar bersama geng-geng Jom Kurus (tapi tak kurus-kurus) nya. Bukit ni dipanggil Bukit Terbakar sebab pernah terbakar dulu. Still ada lagi kesan-kesan kebakaran yang menyebabkannya tak sehijau bukit-bukit lain. Ketinggian 394 meter. Ya, memang sangat rendah. First kena jungle trekking 2 km. Takdelah jungle sangat. Macam kawasan yang selalu lori lalu. Bertanah merah. Macam tanah gambut. Lembik. Pijak, runtuh. Pagi buta tu pulak hujan. Hmmmm berselut berlumpur je laaa. Makin lama berjalan makin berat terasa kaki sebab ada tanah melekat-lekat kat tapak kasut aku. Satu kerja pula nak kikis buang. Bila hampir dengan puncak, track dah start mencanak. Berbatu curam. For each step, boleh pijak satu kaki je. Time turun ada sorang aunty ni jatuh bergolek down the drain. Kesian gila. Dah habis kawasan berbatu, barulah masuk ke alam hutan. Hutan dia hitam. Terbakor kan. After 500 meter mendaki hutan terbakor, then sampailah ke puncak. Total masa pendakian ke atas ialah 1 jam. Puncak dia luas. Nak main bola pun boleh. View pun cantik.

Oh ye, masa mendaki tu geng-geng kakak aku semua jauh kat belakang. Aku hike dengan sorang pakcik hiker tegar. Sikit sikit dia berhenti ambil gambar dan selfie. Aku just ambil gambar view. Mungkin sebab pakcik ni hairan aku asyik gambar view tak ambil gambar sendiri, tetiba dia ambil gambar aku.

"Ok ok, stay situ nak ambil gambar. Spot cantik tu."

Ya, pakcik. Saya boleh je nak stay situ posing bagai juara. Spot pun memang cantik. Tapi pakcik, kenapa ambil gambar saya pakai fon pakcik? Saya kenot brain ni.

"Ok tolong ambil gambar abang pulak."

Amboi. Bahasakan diri abang pulak.


3, 4 kali jugaklah dia shoot gambar aku guna fon dia.

Harap lepas ni aku hiking tak jumpa dia lagi dah. Huhu.








Monday, 7 August 2017

Kota Damansara Community Forest Reserve

Bukit yang rendah jangan disangka tak akan sesat.

Bukit Denai Tiga Puteri ni sekitar 600 m sahaja tingginya. Disebabkan terlalu gian, aku ajak Ama hiking. Rendah pun rendahlaaa. Janji dapat berpeluh dan bersakit-sakit. Terasa seperti kepuasan hakiki kalau dapat. 

Perjalanan bermula seperti biasa. Jam 8.45 pagi kami masuk entrance. Kedatangan kami disambut oleh monyet yang sedang kencing. Kahkah. Untuk sampai ke puncak bukit kami melalui track Temuan dan Sahabat. Jauh perjalanannya. Tapi tracknya landai sahaja. Sempoi2. Kami boleh berjoging lagi. Ada juga yang cycling. Sungguh adventurous. 



Apabila hampir sampai ke puncak, kami sesat. Ya Rabbana. Pusing sana, pusing sini, tak jumpa peak. Ada tiga lagi team lain yang sesat macam kami. Dengan izin Allah setelah berpusing-pusing akhirnya jumpa juga peak. Allahu. View boleh tahan cantik. Nampak highway, pencakar langit, dan bukit bukau. Angin sepoi-sepoi. Daun goyang-goyang. Lol.



Lepas rehat, ambil gambar, dan makan roti, kami decide untuk turun jam 10.45 pagi. Turun dengan sangat confident. Berlari-lari turun. Sebab tak sabar nak makan nasi. Hehe. Sampailah kami terserempak dengan satu team merah (Abang Husni, Kak Maziah, dan Kak Sinar). Kami follow rapat belakang mereka sambil-sambil berkenalan. Judging from their look, I bet they are in the mid 30s or early 40s. Tapi stamina padu! Rupanya semua gunung di Malaysia dah mereka conquered. Tinggal bukit-bukit je belum naik. Tak lama lagi mereka akan pergi ke Indonesia untuk mendaki Gunung Merapi. Wish I could follow them!

Apabila sampai di jalan yang bercabang, kami confused. Instead of ambil route kiri, kami ambil route kanan. Little did we know kami tersilap percaturan. Tapi mereka ni sangat positif. Walaupun tak tahu jalan tetap yakin akan jumpa jalan keluar. Jalan punya jalan punya jalan, tanpa sedar track yang kami lalu tu senyap sunyi. Senyap hutan. Senyap as if you are in the middle of the deep jungle. Tak ada bunyi cengkerik mahupun monyet. Track pula ditutupi dengan daun-daun basah seolah-olah jarang dilalui manusia. Aku dah tak sedap hati. Rasa seperti berpusing-pusing di tempat sama. Tekanan psikologi mula terasa. Aku dah pernah masuk hutan di pelbagai tempat, tapi ini first time aku rasa takut. Tapi mujur team merah kekal positif. Otailah katakan. 

Lepas yakin kami dah off track, Abang Husni decide untuk patah balik. Alhamdulillah finally kami kembali ke jalan bercabang tadi dan terserempak dengan manusia lain. Macam tu rupanya perasaan bila sesat dalam hutan. Kalau aku dengan Ama saja masa tu tak tahulah apa yang jadi. Huhu. Kami turun melalui track lain, yakni track Harmoni instead of Temuan. Dah tak tahu kat mana dah track Temuan tadi. Selesai track Harmoni kami tiba di jalan raya. Bukan lagi di entrance yang sama kami masuk. Untuk pergi ke entrance asal, kami kena berjalan sejauh 3 km. Allahuakbar. Mencabar sungguh trip kali ni. Pukul 1.30 baru tiba di car park. 5 jam total masa diambil untuk mendaki 600 m!

Moral of the story, never underestimate mother nature.

Monday, 10 July 2017

Gap dan Ulu Semangkok

Sabtu, 8/7/2017

We planned to hike Bukit Kutu. 

Aku bermalam rumah Ama Jumaat tu. Pukul 4.30 pagi Mot datang rumah Ama. Pukul 5 pagi Kamil kutip kitorang kat rumah Ama then straight away pergi KKB. Singgah ambil gambar sekejap kat empangan Sungai Selangor. 

Empangan Sungai Selangor

Pukul 7 pagi sampai di perkampungan orang asli (teringat Paie. Hahaha) sebelum tiba di car park Bukit Kutu. Kena bayar RM1 untuk masuk.

Unfortunately, bila dah sampai baru kami tahu Bukit Kutu ditutup haritu. Sebabnya ada kes orang hilang. So JPAM tengah menjalankan operasi mencari. Kami pun mati kutu sebab tak ada back up plan. Dah drive jauh2 ni takkan nak balik camtu je kan? Soooo not worth it.

Kebetulan time tu ada team lain (SKJ Hikers) yang nak hiking Bukit Kutu jugak. Kamil pergilah tanya sorang otai dalam team tu. Dia kata diorang nak tukar plan. Nak panjat Gunung Ulu Semangkok pula. Kitorang apa lagi, follow je lah. Memang bodoe2 camtu je follow. Hahaha. 

Set otai

Perjalanan dari Bukit Kutu ke GUS (Gap - Ulu Semangkok) ibarat roller coster. Bersimpang siur. Drive kat lereng2 bukit. Angin sejuk semacam. Macam kat Cameron.

Car park Gunung Gap

Pukul 8.30 pagi pendakian bermula. Dengan selsema batuk aku gigihkan jugak. Track dia boleh tahan jahat. Pacak memanjang. Landai kadang-kadang. Lepas sejam, barulah sampai puncak Gunung Gap.

Puncak Gunung Gap

Rehat amik gambar then proceed hiking untuk ke puncak Ulu Semangkok. Mashauloh angin kat atas tu sejuk gila. Menggigil2. Altitude tinggi kan sejuk macam dalam aircond. Tak berpeluh pun. Dua jam jugaklah masa yang diambil untuk sampai puncak Semangkok. Barai tak hengat.

Puncak Gunung Ulu Semangkok

Tapi sumpah view atas tu very worth the hike. Awestruck. Boleh nampak macam-macam puncak gunung atas tu. Part of gunung yang membentuk banjaran Titiwangsa. Ulu Semangkok ni di sempadan Pahang Selangor. So technically kitorang di atas tulang belakang Semenanjung Malaysia. Subhanallah. Osem weh. Aku rasa nak nangis. Ditambah pulak dengan angin sejuk yang kuat. Allahuakbar. Aku rasa tak nak balik. Sayang nak tinggalkan ketenangan tu.

Dab. Hehe.

Berkibarlah.. Berkibarlah.. Berkibarlaaaaahhh.

Lepas sejam berpiknik dan melantak kat atas tu, aku rasa lemau nak turun. Set SKJ Hikers ni siap bawak ketupat, serunding, kuih kacang, dan biskut raya. First time aku hiking rasa kenyang. Selalu hiking sampai puncak amik2 gambar terus turun. Hahaha.

Time turun diorang ni laju namati. Tak paham aku cane diorang boleh turun laju-laju. Sampai harini aku kagum. Macam lipas kudung tetiba dah sampai bawah. Kitorang ni terkedek-kedek macam orang tua. Hahaha. Yang buat terharunya, lepas dah sampai bawah diorang tunggu kitorang kat bawah tu sampai kitorang muncul. Perghh baik gila. Aku pelik gak bila sampai bawah tengok diorang tak balik-balik lagi.

Tapi serious lah time turun tu kaki kitorang lembik gila, terketar-ketar, siap bertongkat. Rasa macam lama gila nak sampai. Tak sedap hati dah, "Aku ni sesat ke apa?" Tapi husnuzon inshaAllah masih on track sebab ada tanda merah kat pokok.

Pukul 4 petang baru selesai semua.

Alhamdulillah. It all started with Bukit Kutu ditutup. Indeed, Allah is the best planner. When He takes something from you, He will replace with something better. When thing doesnt go as you plan, it goes as Allah plans.

Wednesday, 5 July 2017

Ipan IV


Ipan: Good night Cikya.
Me: Good night Ipan.
Ipan: Good night Cikya busuk.
Me: Good night Ipan gemok.
Ipan: Good night Cikya ular sawa.

Hahahaha iKenot la this fella. Takmo kalah. Kalau dilayan, sampai subuh ni.

Tuesday, 20 June 2017

Mia III


Mia: Cikya, boleh tak Mia nak mandi?
Me: Awalnya? Baru pukul 5.
Mia: Ala bolehlaa Mia nak mandi sekarang.
Me: Mandi pukul 6 laaa.
Mia: Nanti lepas.. Ha.. Nak mandi sekarang.
Me: Lepas apa? Sabarlaa. Tunggu sejam lagi.
Mia: Ala nanti lepas.
Me: *Blur kejap* Lepas apa Mia ni??? Cikya tak paham lerrr. Mandi pukul 6 lah. Buat apa mandi awal-awal.
Mia: Nanti lepas pukul 6, lepas tu pukul 7, lepas tu, lepas tu Cikya suruh mandi. Haaa.
Me: Ooooo. Hahaha.


Mia.. Mia.. Struktur ayat dia main tibai je.

Ipan III


Banglong: Ipan ada sixpack sekarang Cikya.
Me: Yeke? Mana sixpack nak tengok.
Ipan: *Selak baju, kembang kempis kembang kempis perut, bersungguh nak tunjuk sixpack dia.*

Hahahaha. Sixpack tang mana entah. Siapalah yang mengajor dia ni. One round pack je yang aku nampak.

Wednesday, 14 June 2017

UM vs UKM

I personally think UKM is much better than UM. Just my 2cents. Jangan ada yang butthurt pulak. Sorry kalau info aku salah.

UKM encourages students mobility programme. Memang diwar-warkan dan digalakkan. UM pun ada juga exchange program. Tapi UM buat senyap je. Takde pun kempen ke apa untuk expose this kind of programme to students. Students yang rajin mencari je tahu. Kat UKM aku tak cari pun tapi benda ni yang datang kat aku. Publisiti dia bagus. Students UKM aku tengok biasa-biasa je. Muka tak nerd pun tapi dah pergi menuntut ilmu ke serata pelusuk dunia.

Students sains UKM wajib ambil subjek Komunikasi Saintifik. Diajar macam mana nak write and publish paper, macam mana nak buat research, macam mana nak tulis thesis, nak buat ayat saintifik etc. Lebih kurang macam Research Methodology. Tapi subjek RM pun ada juga kat UKM. Maknanya ada dua subjek untuk ajar about research. I think this is good. They can learn a lot. Apa yang tak diajar dalam RM, mereka boleh belajar dalam KS. UM ada RM je.

Students FYP UKM bentang hasil kajian mereka dalam simposium. Masa aku kat UM dulu, viva just sesama coursemates je. Macam tak ada apa sangat yang berlaku. Lol. UKM buat simposium undergrad peringkat fakulti. Semua course (genetic, zoology, microbe, etc) dalam fakulti terlibat dalam simpo tu. Poster merata-rata ditampal untuk hebohkan pasal simpo ni. Semua bilik-bilik kuliah digunakan untuk viva. Meriah. In this way mereka boleh merasalah macam mana perasaannya join conference kalau further postgrad nanti.

Simposium ni seminggu tau. Viva tiga hari. Dua hari terakhir tu ada talk on how to create a good resume/cv and they even have job interviews! Dah macam career fair. Baguskan UKM expose students dengan benda-benda macam ni. Takdelah terkontang-kanting lepas grad nanti.
Kebanyakkan course kat UKM ni 3 tahun je. Jimat masa. Umur 22 dah buat masters. UM umur 22 masih lagi undergrad. Kat UM mana dapat course 3 tahun.

Aku tak tahu fakulti lain, tapi fakulti aku kat UM tak ada fellow fakulti. Fakulti aku kat UKM ada fellow fakulti. Fellow fakulti ni students cemerlang yang dibayar gaji untuk buat kerja-kerja akademik, jadi tutor contohnya. And this fellow is treated like a stuff not student. Aku ada seorang kawan fellow. Dia siap ada bilik sendiri lagi! Macam lecturer. Sticker kat kereta dia sticker staff bukan sticker student. Rilex je parking kat tempat staff. Tapi dia memang layaklah jadi fellow. Dean list wey. Best student biochem. Bangga aku ada anak melayu macam ni. Umur baru 23. Tapi power nuhurum. Aku rasa TPK or KCF boleh pergi jauh kalau UM provide this kind of opportunity to students.

K dah, setakat ni je dulu.

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...