Monday, 10 July 2017

Gap dan Ulu Semangkok

Sabtu, 8/7/2017

We planned to hike Bukit Kutu. 

Aku bermalam rumah Ama Jumaat tu. Pukul 4.30 pagi Mot datang rumah Ama. Pukul 5 pagi Kamil kutip kitorang kat rumah Ama then straight away pergi KKB. Singgah ambil gambar sekejap kat empangan Sungai Selangor. 

Empangan Sungai Selangor

Pukul 7 pagi sampai di perkampungan orang asli (teringat Paie. Hahaha) sebelum tiba di car park Bukit Kutu. Kena bayar RM1 untuk masuk.

Unfortunately, bila dah sampai baru kami tahu Bukit Kutu ditutup haritu. Sebabnya ada kes orang hilang. So JPAM tengah menjalankan operasi mencari. Kami pun mati kutu sebab tak ada back up plan. Dah drive jauh2 ni takkan nak balik camtu je kan? Soooo not worth it.

Kebetulan time tu ada team lain (SKJ Hikers) yang nak hiking Bukit Kutu jugak. Kamil pergilah tanya sorang otai dalam team tu. Dia kata diorang nak tukar plan. Nak panjat Gunung Ulu Semangkok pula. Kitorang apa lagi, follow je lah. Memang bodoe2 camtu je follow. Hahaha. 

Set otai

Perjalanan dari Bukit Kutu ke GUS (Gap - Ulu Semangkok) ibarat roller coster. Bersimpang siur. Drive kat lereng2 bukit. Angin sejuk semacam. Macam kat Cameron.

Car park Gunung Gap

Pukul 8.30 pagi pendakian bermula. Dengan selsema batuk aku gigihkan jugak. Track dia boleh tahan jahat. Pacak memanjang. Landai kadang-kadang. Lepas sejam, barulah sampai puncak Gunung Gap.

Puncak Gunung Gap

Rehat amik gambar then proceed hiking untuk ke puncak Ulu Semangkok. Mashauloh angin kat atas tu sejuk gila. Menggigil2. Altitude tinggi kan sejuk macam dalam aircond. Tak berpeluh pun. Dua jam jugaklah masa yang diambil untuk sampai puncak Semangkok. Barai tak hengat.

Puncak Gunung Ulu Semangkok

Tapi sumpah view atas tu very worth the hike. Awestruck. Boleh nampak macam-macam puncak gunung atas tu. Part of gunung yang membentuk banjaran Titiwangsa. Ulu Semangkok ni di sempadan Pahang Selangor. So technically kitorang di atas tulang belakang Semenanjung Malaysia. Subhanallah. Osem weh. Aku rasa nak nangis. Ditambah pulak dengan angin sejuk yang kuat. Allahuakbar. Aku rasa tak nak balik. Sayang nak tinggalkan ketenangan tu.

Dab. Hehe.

Berkibarlah.. Berkibarlah.. Berkibarlaaaaahhh.

Lepas sejam berpiknik dan melantak kat atas tu, aku rasa lemau nak turun. Set SKJ Hikers ni siap bawak ketupat, serunding, kuih kacang, dan biskut raya. First time aku hiking rasa kenyang. Selalu hiking sampai puncak amik2 gambar terus turun. Hahaha.

Time turun diorang ni laju namati. Tak paham aku cane diorang boleh turun laju-laju. Sampai harini aku kagum. Macam lipas kudung tetiba dah sampai bawah. Kitorang ni terkedek-kedek macam orang tua. Hahaha. Yang buat terharunya, lepas dah sampai bawah diorang tunggu kitorang kat bawah tu sampai kitorang muncul. Perghh baik gila. Aku pelik gak bila sampai bawah tengok diorang tak balik-balik lagi.

Tapi serious lah time turun tu kaki kitorang lembik gila, terketar-ketar, siap bertongkat. Rasa macam lama gila nak sampai. Tak sedap hati dah, "Aku ni sesat ke apa?" Tapi husnuzon inshaAllah masih on track sebab ada tanda merah kat pokok.

Pukul 4 petang baru selesai semua.

Alhamdulillah. It all started with Bukit Kutu ditutup. Indeed, Allah is the best planner. When He takes something from you, He will replace with something better. When thing doesnt go as you plan, it goes as Allah plans.

Wednesday, 5 July 2017

Ipan IV


Ipan: Good night Cikya.
Me: Good night Ipan.
Ipan: Good night Cikya busuk.
Me: Good night Ipan gemok.
Ipan: Good night Cikya ular sawa.

Hahahaha iKenot la this fella. Takmo kalah. Kalau dilayan, sampai subuh ni.

Tuesday, 20 June 2017

Mia III


Mia: Cikya, boleh tak Mia nak mandi?
Me: Awalnya? Baru pukul 5.
Mia: Ala bolehlaa Mia nak mandi sekarang.
Me: Mandi pukul 6 laaa.
Mia: Nanti lepas.. Ha.. Nak mandi sekarang.
Me: Lepas apa? Sabarlaa. Tunggu sejam lagi.
Mia: Ala nanti lepas.
Me: *Blur kejap* Lepas apa Mia ni??? Cikya tak paham lerrr. Mandi pukul 6 lah. Buat apa mandi awal-awal.
Mia: Nanti lepas pukul 6, lepas tu pukul 7, lepas tu, lepas tu Cikya suruh mandi. Haaa.
Me: Ooooo. Hahaha.


Mia.. Mia.. Struktur ayat dia main tibai je.

Ipan III


Banglong: Ipan ada sixpack sekarang Cikya.
Me: Yeke? Mana sixpack nak tengok.
Ipan: *Selak baju, kembang kempis kembang kempis perut, bersungguh nak tunjuk sixpack dia.*

Hahahaha. Sixpack tang mana entah. Siapalah yang mengajor dia ni. One round pack je yang aku nampak.

Wednesday, 14 June 2017

UM vs UKM

I personally think UKM is much better than UM. Just my 2cents. Jangan ada yang butthurt pulak. Sorry kalau info aku salah.

UKM encourages students mobility programme. Memang diwar-warkan dan digalakkan. UM pun ada juga exchange program. Tapi UM buat senyap je. Takde pun kempen ke apa untuk expose this kind of programme to students. Students yang rajin mencari je tahu. Kat UKM aku tak cari pun tapi benda ni yang datang kat aku. Publisiti dia bagus. Students UKM aku tengok biasa-biasa je. Muka tak nerd pun tapi dah pergi menuntut ilmu ke serata pelusuk dunia.

Students sains UKM wajib ambil subjek Komunikasi Saintifik. Diajar macam mana nak write and publish paper, macam mana nak buat research, macam mana nak tulis thesis, nak buat ayat saintifik etc. Lebih kurang macam Research Methodology. Tapi subjek RM pun ada juga kat UKM. Maknanya ada dua subjek untuk ajar about research. I think this is good. They can learn a lot. Apa yang tak diajar dalam RM, mereka boleh belajar dalam KS. UM ada RM je.

Students FYP UKM bentang hasil kajian mereka dalam simposium. Masa aku kat UM dulu, viva just sesama coursemates je. Macam tak ada apa sangat yang berlaku. Lol. UKM buat simposium undergrad peringkat fakulti. Semua course (genetic, zoology, microbe, etc) dalam fakulti terlibat dalam simpo tu. Poster merata-rata ditampal untuk hebohkan pasal simpo ni. Semua bilik-bilik kuliah digunakan untuk viva. Meriah. In this way mereka boleh merasalah macam mana perasaannya join conference kalau further postgrad nanti.

Simposium ni seminggu tau. Viva tiga hari. Dua hari terakhir tu ada talk on how to create a good resume/cv and they even have job interviews! Dah macam career fair. Baguskan UKM expose students dengan benda-benda macam ni. Takdelah terkontang-kanting lepas grad nanti.
Kebanyakkan course kat UKM ni 3 tahun je. Jimat masa. Umur 22 dah buat masters. UM umur 22 masih lagi undergrad. Kat UM mana dapat course 3 tahun.

Aku tak tahu fakulti lain, tapi fakulti aku kat UM tak ada fellow fakulti. Fakulti aku kat UKM ada fellow fakulti. Fellow fakulti ni students cemerlang yang dibayar gaji untuk buat kerja-kerja akademik, jadi tutor contohnya. And this fellow is treated like a stuff not student. Aku ada seorang kawan fellow. Dia siap ada bilik sendiri lagi! Macam lecturer. Sticker kat kereta dia sticker staff bukan sticker student. Rilex je parking kat tempat staff. Tapi dia memang layaklah jadi fellow. Dean list wey. Best student biochem. Bangga aku ada anak melayu macam ni. Umur baru 23. Tapi power nuhurum. Aku rasa TPK or KCF boleh pergi jauh kalau UM provide this kind of opportunity to students.

K dah, setakat ni je dulu.

First babyyyy

Alhamdulillah.

After 5 months of hardwork, my first paper finally published.

Paper aku tak gempak pun. Beshe2 je. Tapi sebab first time so macam teruja ciked.

Ingat lagi first draft dulu. Bila aku baca semula, aku sendiri rasa nak campak masuk dustbin. Lol. Lepas draft yang keberapa entah, barulah sv kata ok. Then dia suruh aku hantar ke Prof H for proofreading. First feedback dari dia mashoauloh. Aku call dia nak tanya cemana dengan paper saya? Baru je aku hello terus dia sound, "Eh teruklah paper you ni."

Ye, nak buat master hati kena kental.

Lepastu aku pergi ofis dia nak take note apa yang teruk sangat tu. Lol. Dia pun explain and guide bla3. Not bad lah lepastu aku rasa macam dapat pencahayaan agung sikit. Barulah paham sesikit how to write good paper. Kira berbaloilah kena sound. Kahkah. Lepas dah habis discuss, dia pesan, "Nanti after you do the corrections, hantar balik ke saya." Ceh, aku baru ingat tak nak deal dengan dia dah. Tak sanggup wei kena maki untuk kali kedua. Tetiba dia request camtu hmmmmm.

Pastu aku pi jumpa sv. Bagitahu feedback prof. And aku bagitahu jugak yang prof nak semak lagi paper aku. Pastu sv terkejut sambil gelak. Lol. Sv cakap, "Dia nak belajar dari you la tu. Sebab dia pun tak tahu proteomic."

Ok bangga jap. Hahaha. Prof nak belajar dari aku weii.

Lepas setel correction, aku bagi semula ke prof. Aku whatsapp dia, cakap letak luar bilik dia je sebab dia takde kat bilik. Pastu 4 hari aku tak contact dia. Sebab takut kena sound lagi. Hari kelima, aku dah dapat keberanian. Lol. Pagi tu aku pergi terus bilik dia. Terkejut bukan kepalang aku (amboi ayat hahaha), paper aku tu still ada kat luar bilik dia. Tak berusik langsung! Aku bengang and sedih gila time tu. 4 hari kot. Dia biar je kat situ. Susah payah aku betulkan, dia buat paper aku macam takde erti.

Ye kawan-kawan, hati mesti mau kental.

Aku buat tenang and ketuk pintu bilik dia. Senyum aku tampal di muka. Walaupun hatiku laksana dibom The Little Boy, senjata nuklear yang menghentam Nagasaki dan Hiroshima.
Dia bukak pintu kata busy gila. Tak sempat nak semak paper aku. Eh orang tua ni, dulu suruh aku submit ke dia, sekarang busy pulak. Lain kali jangan suruh aku submit lagi kalau tak nak semak! Ha maroh ni.

Aku pun pulang dengan hati yang redha.

Tetiba petang tu Prof whatsapp, "Your manuscript is ready for pickup. Pls come at 4."

Boo boooo tak nak pick up.

Ok acah je. Mestilah aku pick up.

Long story short, paper aku selamat submit ke journal. Sebulan lepas tu journal bagi first feedback. Kena buat correction. After another 1 month, another correction. Another 1 month lagi, journal tu sent email, "YOUR MANUSCRIPT ARE ACCEPTED FOR PUBLICATION".

Maka bisinglah group whatsapp dengan ucapan CONGRATS. :)

Thursday, 18 May 2017

Edu

I don't know about you but I personally believe that the main purpose of education is to preserve and restored humanity. Pendidikan adalah untuk membina manusia yang bertamadun. Bukan untuk , mengumpul deretan A di atas kertas, PNGK 4, atau mendapatkan ranking terbaik dalam PISA dll. Kalau dapat, itu bonus. Tapi ia tetap bukan tujuan sebenar. Kalau kita jadikan ia sebagai aim, maka kita telah jauh tersasar dari track.

Tapi nak buat macam mana, dah memang sistem pendidikan kita ni exam-oriented. Hanya menekankan aspek intelektual semata. Sedangkan aspek jasmani, rohani, dan emosi tiada dalam silibus. Dan ini melahirkan manusia yang tidak seimbang.

Dari zaman undergraduate lagi aku perhatikan sistem pendidikan kita melahirkan manusia bersifat individualistik dan mementingkan diri sendiri. Aku masih ingat ketika si A dalam kesusahan menyiapkan FYP nya, tidak ada kawan-kawannya yang sanggup meluangkan masa untuk membantu, kerana semuanya sibuk mahu study untuk test. Melihatkan dia yang keresahan, aku hairan di mana kawan-kawannya yang selalu berhuha bersama -- kenapa tegar-tegarnya mereka membiarkan dia dengan masalahnya sendiri -- hanya untuk seketul A di atas kertas? Bayangkan kalau tiba-tiba lecturer kata, "Setiap perbuatan baik yang kamu lakukan sesama sendiri akan diberi markah dan dimasukkan di dalam pointer." Nahh pasti berbondong-bondong yang akan datang membantunya, bukan? Apa saja demi A dan dean list!

Aku yang sekadar dipinggiran ni pula yang datang membantu dia. Walhal aku juga perlu study untuk test. Tapi tak apalah, apa gunanya A kalau manusiawi tergadai.

Even sampai sekarang, as postgraduate, aku tengok perangai individualistik dan selfish ni masih ada disekeliling aku.

Our education system has failed.


Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...