Saturday, 27 August 2016

Campak belakang

Few months ago aku kerja kat KL sekejap. Office aku sebelah KLCC. 

So one friday lepas habis kerja aku nak balik Seremban. Tapi haritu aku keluar office lambat dalam pukul 6.30 macam tu lah. Aku singgah pi makan kfc sengsorang dalam KLCC tu dulu. Aku ambil port dekat sudut hujung sebab senang nak usha orang. Tengah syok tibai ayam goreng, datang seorang lelaki lewat 30-an aku rasa. Pakai t-shirt dan bertopi. Sedikit selebet. Dia duduk meja sebelah aku. Aku buat dont know je lah pasal dia tak hensem. Kahkah.

Aku teruskan membalun ayam goreng. Tiba-tiba mai sorang apek hensem berwajah korea. Pakai segak. Dia minta derma untuk rumah anak yatim. Of course lah aku tak percaya. Muka hensem tak menjanjikan hati yang jujur. Gituh. Tapi dia tu persuasive betul. Dia siap tunjuk lagi id card dia dengan brochure persatuan anak yatim tu. Dalam brochure tu siap ada peta, website, alamat, and contact info lagi. Kalau derma, aku kena tulis nama dan jumlah derma kat atas satu kad yang dia duk pegang. Dia tunjuk kat aku list orang yang dah derma. Ramai juga. Tapi aku still teragak-agak nak derma. Tapi dia ni tak reti give up. Jiwa kental, semangat membara dari puncak hingga ke angkasa. Last2 dia cakap, "Kalau you boleh makan kfc mahal-mahal takkan tak boleh nak derma pada anak yatim. You tak kesian ke mereka tak cukup makan maa."

*Burnnnnnnnnnnnn*

Kena tarbiah sentap dengan apek. Insaf 300 milisaat. T_T

So aku hulurlah RM5. Pasal dalam tangan aku ada not RM1, RM5, dan RM10. Takkan nak bagi RM1. Apa kelas?!  Hewhew. Takkan nak bagi RM10? Nanti duit aku tinggal cukup-cukup untuk bayar tambang bas ke Seremban.

Tapi apek tu reject RM5 aku. Bongkak betul eh. Dia kata at least kena RM10. What the frog! Pesen apa minta derma tetapkan amount ni?!?!?!!

RM5 kau tak nak. Kalau aku tak bagi langsung kang kau tak nak blah pulak.

So aku redha je lah bagi dia RM10. Duit aku tinggal cukup-cukup RM6. What a life! Ni kalau tiba-tiba aku rasa nak terkucil tengah jalan ni memang tak lepas aku nak bayar masuk toilet.

Lepas apek tu blah, lelaki sebelah aku tu pun tegur.

"Kenapa awak bagi dia?"

"Kenapa? Dia penipu ke?"

"Penipu semua tu. Saya dah pernah kena dah. Tadi saya nak bagi hint kat awak, tapi awak tak pandang saya langsung. Mentang-mentanglah cina tu hensem."

Kambing betul apek ni.

Itulah kali terakhir aku percaya dengan lelaki cina berwajah korea. What a life!

Kalau korang terserempak dengan orang-orang minta derma macam ni, tolonglah ignore no matter how convincing they are. Kalau dia paksa derma, kau buat-buatlah macam kena sawan kat situ mesti dia akan blah dengan kadar segara. Kalau derma jugak, kita akan menggalakkan lagi sindiket macam ni untuk terus berkembang biak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Orang-orang macam ni memang suka approach perempuan yang berseorangan. Suka tau menindas kaum yang lemah :( Kalau betul nak sedekah, pergilah masjid. Banyak lagi cara lain nak sedekah. Sekian khidmat masyarakat ini dibawakan oleh biskut Hup Seng.

Tension dengan apek tu tak habis lagi, sekarang mamat selebet ni pulak nak tambah aku punya tension. Friendly namatey mamat ni. Penat aku nak layan. Nak makan ayam goreng pun tak senang. Nak je aku cakap kat dia, "Dah lah jangan cakap dengan aku. Cakap dengan kentang putar tu pulak."

Dia kata aku ambil port dia. Selalunya dia yang duk meja tu untuk usha orang. Dia ingat ni kantin sekolah ke nak main cop cop tempat. -.-

Itulah kali terakhir aku duduk meja tu. What a life!

Aku takut nak buat-buat ramah dengan dia. Kot lah dia buat part time santau orang, naya aku. So setiap kali dia tanya, aku jawab sepatah dua je lepas tu aku senyap. Lepas banyak kali aku buat senyap gitu, dia pun cakap, "Apa benda sembang sembang, senyap. Sembang sembang, senyap. Hahaha."

Yela yela fine aku try lah acah-acah seronok sembang dengan hang.

So aku tanyalah dia kerja apa, tinggal mana, dengan siapa. Dia kata dia kerja sapu sampah. What the fish tukang sapu sampah makan kfc di tengah kota metropolitan disaat ekonomi menghimpit???? Agak-agaklah nak menipu pun. Do i look like i was born yesterday?????? Tiba emo. 

Pastu dia cerita pulak dia duda. Bini dah lama meninggal. So sekarang tinggal dengan anak-anak je. Kemonlah cubalah come out with a more interesting story, like kau baru lepas kena abduct dengan alien ke, or your wife turned into a monstrous zombie ke, or your kids found a dinosour egg ke. Dah alang-alang nak menipu create lah topik yang menarik nak dibawa menyembang, tak gitu?

Saja nak bagi hangpa terliur

Tengah sembang tiba-tiba dia minta nombor telefon aku. Omg too random to brain diz shitz. Apa kejadahnya ni. Banyak kali dia insist. Aku rasa dia tengah cari jodohlah. Lama sangat menduda camni lah jadi dia. And of course, me being me, memang tak lah aku nak bagi. Orang hensem pun aku reject, inikan pula orang tua. And alhamdulillah time tu dah nak masuk maghrib. Dia pun blah nak pergi surau katanya. Sempat pesan kat aku, "Awak pun pergilah sembahyang lepas ni." Hey hey hey jangan fikir aku akan tewas dengan ke-alim-an mu. Kahkah.

Oh my goodness all i wanted to do is to just eat ayam goreng, why the Jahim (hell) all these random things must happened to me. Berilah aku kesabaran untuk terus menempuh ranjau kehidupan ini ya Tohan. Nevertheless, I've learnt my lesson. Hope you can take this story as a lesson too.

Akhirnya aku selamat sampai ke Seremban dengan purse nipis tak berduit.

Thursday, 25 August 2016

From Him, to Him.

24 ogos birthday abah. Siangnya - group whatsapp family mencanak naik noti berbual untuk sambut birthday abah. Malamnya - mencanak juga naik noti, tapi topik yang totally opposite; pak ngah dah meninggal.

Hari lahir bapak aku adalah hari perginya bapak diorang.

The moment i got that news i was speechless. Begitulah ironinya kita. Bila berita kematian datang kepada kita, kita akan terkejut seolah-olah benda tu mutahil berlaku, walaupun kita memang tahu 

mati itu pasti.

Baru two weeks ago pak ngah sekeluarga datang ke rumah. Sihat walafiat lagi. Siapa sangka, at that moment, the last 20 days of his life had just begun.

Kisah bermula apabila dia tercekik kek apollo. Apollo ni macam srikandi juga kan. Tangan yang disangka lembut menghayun buaian menggoncang dunia mencipta sejarah. Apollo yang disangka lembut rupanya boleh membawa maut. 3 hari tak makan menderita sakit tekak. Pergi hospital terus kena admit ward. Rupanya tekaknya dah banyak berkumpul nanah sehingga sukar bernafas. Dua minggu ditahan wad. Doktor terpaksa buat surgery. Disangkakan selamat tapi maut tak pernah menunda. Berlaku pula jangkitan kuman. Jam 10.44 malam berakhirlah penderitaannya. Pak ngah dah tak ada.

Sebab kematian - Severe sepsis secondary to extensive neck abscess with intrathoracic extension.

(Mujur anak sulung pak ngah kerja nurse)

Semua bergegas balik ke Kelantan.

Kakak aku dari Seremban terus naik flight malam tu juga.

Abang aku lagi kental. Dua hari lepas, dia balik Jtown, tapi tiba-tiba petang semalam boss call suruh masuk kerja malam tu. So petang tu juga dia gerak balik Kuantan. Then malamnya pula dapat berita pasal pak ngah. Habis je kerja malam tu juga dia balik semula ke Jtown. Sampai je rumah, dia minta pinjam powerbank aku. Nampak tak punyalah dia rushing sampai tertinggal powerbank. Pukul 2 pagi tu juga dia drive sorang-sorang balik Kelantan. Kalau pak ngah tahu ni mesti dia terharu.

Pak-pak sedara yang jarang balik kampung pun tiba-tiba whatsapp "Kami otw". 
Dalam aku terkelu dengan berita ni, sejujurnya aku senang melihat kematian menyatukan adik-beradik yang berjauhan. 

Mak aku pun nak balik Kelantan juga tapi apakan daya dia pun sakit tak mampu nak travel jauh-jauh.

Aku tak adalah rasa nak menangis meraung meratap hiba sangat. Sebab aku taklah rapat mana dengan pak ngah.

Cuma aku rasa kesian bila fikirkan mak ngah yang kehilangan suami. Bila aku bayangkan mak aku kat tempat dia, it hits me hard. I mean if this could happen to them, it could happen to my family as well right?

Aku kesian bila fikirkan apalah perasaan anak-anak dia. Aku tahu family diorang rapat. Hubungan mak ayah dengan anak-anak, hubungan keadik-beradikan diorang memang sangat rapat. They must be very devastated.

Bila fikirkan pak ngah yang dah pergi, aku tak adalah rasa sedih.
Tapi bila fikirkan anak bini yang dia tinggalkan, aku rasa nak menangis.

Ironi sungguh hidup ini. Yang sakit berbulan-bulan itu mak aku, tup-tup orang lain yang pergi dulu. Betullah orang kata, maut tak kenal sesiapa.

Saturday, 20 August 2016

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri

Antara perkara yang menganggu fikiran saya sedari dulu lagi ialah dialog malaikat dalam [2:30].

"Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah..."

Bagaimana malaikat tahu bahawasanya manusia itu akan berbunuhan dan berbuat kerosakan walhal nabi Adam belum lagi diturunkan ke bumi dan manusia belum lagi menjadi khalifah? (Anyway, majority of us just proved that malaikat were absolutely right.)

Sedangkan pada ayat berikutnya jelas mengatakan bahawa "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami.", begitu jawapan malaikat apabila Allah berfirman, "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini jika kamu golongan yang benar."

Nota sisi; Nama benda-benda itu merujuk kepada setiap benda bernyawa dan tidak bernyawa seperti pokok, sungai, dan roh-roh kita. Ya, roh-roh sekalian umat manusia. Apabila Allah menitahkan Nabi Adam untuk menamakan setiap benda tersebut, Nabi Adam menyebut satu-persatu nama roh-roh umat manusia berserta ciri-ciri dan sifat-sifatnya. Senpai actually noticed you!!! Itu Zaiton bakal cikgu sejarah, ini Sameon atlit renang negara berbadan sado berhati insta, itu Latifah usahawan tudung berjaya, ini Leyla Medina anak Ahmad Nabil Ahmad dan sebagainya.

Jikalau benda-benda didepan mata pun malaikat tidak ada pengetahuan mengenainya, bagaimana pula malaikat boleh membaca tentang masa depan khalifah yang masih belum wujud lagi di muka bumi ketika itu? Dari manakah malaikat membuat kesimpulan? Tidakkah terlalu awal untuk malaikat menghakimi? Apakah malaikat juga tidak terlepas dari perbuatan bersangka buruk? Adakah itu sangka buruk malaikat semata-mata atau sebenarnya itulah "realiti ketika itu"?

Fuh, resah juga dibuatnya bila meletakkan 'sangka buruk' dan 'malaikat' di dalam ayat yang sama.

Kalau mengikut teori sains, sistem solar kita tercipta 4.5 billion tahun lalu. Zaman Nabi Adam pula sekitar 7 ribu tahun lalu. Dan sekarang kita sudah pun berada di akhir zaman. Sedikit masa sahaja lagi sebelum bumi ini hancur. Satu tempoh masa yang sangat panjang diantara penciptaan bumi dan turunnya Nabi Adam ke bumi. You do the maths. 4.5 billion minus 7 thousand. Sejarah manusia hanyalah sejuzuk kecil sahaja daripada sejarah bumi.

Apakah untuk tempoh waktu yang cukup panjang itu, bumi hanya didiami oleh haiwan semata? Atau sebenarnya telahpun wujud 'manusia' di bumi ketika itu?

Nota sisi (2); Saya percaya haiwan telahpun wujud sebelum nabi Adam berdasarkan kisah Habil dan Qabil yang perlu mempersembahkan binatang korban kepada Allah [5:27] dan pengajaran burung gagak [5:30] membuktikan haiwan telah lama bertebaran di bumi. Selain itu, terdapat penemuan fossil binatang yang berusia sehingga ratusan ribu tahun lebih lama daripada zaman nabi Adam. Sebagai contoh, fossil Lucy berusia 3 juta tahun. Para pengkaji berselisih pendapat tentang apakah sebenarnya Lucy? Sebahagian mengatakan bahawa Lucy adalah seekor beruk. Manakala bagi pendokong teori Darwin, Lucy adalah spesis transisi dari beruk kepada manusia kerana bentuk rangkanya kelihatan terlalu manusia untuk dikatakan sebagai beruk dan terlalu beruk untuk dikatakan sebagai manusia.

Berbalik kepada persoalan utama, tidak ada ayat Al-quran ataupun hadis yang mengatakan bahawa nabi Adam adalah manusia pertama. Baginda adalah khalifah pertama, tidak secara automatis menjadikannya manusia pertama.

Ajaib. Kerana disaat kepala saya pusing memikirkan hal ini, diizinkan Tuhan saya terjumpa dengan hasil tulisan Ustaz Hasrizal sambil-sambil melayari laman sosial tanpa niat. Dan juga ketika sambil-sambil melayani lagu-lagu lagha di youtube saya terjumpa video ini. Alhamdulillah, ini sangat menjawab persoalan saya.


Saya kalau kepala tengah kusut memang comel macam ni
Seperti apa yang Ustaz katakan, teori evolusi itu luas. Bukan sekadar beruk bertukar menjadi manusia.

Teori ini telah wujud berkurun lamanya dan masih hidup sehingga kini. Teori hasil penyelidikan seumur hidup seorang Darwin yang merentasi seluruh kepulauan Galapagos untuk mengkaji pelbagai spesis burung dan 5436 spesis haiwan dan tumbuhan lainnya yang dicatatkan setebal 368 muka surat didalam buku catatannya. Bermula dari idea "adaptive radiation" membawa kepada "descent with modification" seterusnya "survival of the fittest" dan "natural selection". Pada usia 50 tahun Darwin menerbitkan bukunya yang pertama, "On the Origin of Species". Terlalu banyak umur dan usaha yang diletakkan oleh Darwin atas kajiannya. Jadi saya rasa tidak adil untuk kita menghukum seluruh kajiannya sebagai sampah. 

Sebahagian dari teorinya boleh digunapakai. Sebagai contoh masalah yang dihadapi oleh dunia perubatan masa kini yakni kemunculan drug-resistance bacteria itu kerana apa? Evolusi. Survival of the fittest. Bukan bermaksud yang paling kuat fizikal itulah yang akan survive, tetapi sejauh mana mereka mampu beradaptasi dengan persekitaran. Kalau yang paling kuat sahaja mampu survive, takkanlah dinasour pupus? Sesado manalah sangat bakteria tu? Tak sado pun tapi mereka mampu beradaptasi. 

Nota sisi (3): Malang sungguh apabila idea "survival of the fittest" ini dimanipulasi oleh pihak-pihak yang mementingkan diri sendiri. Adolf Hitler misalnya, yang membawa kepada malapetaka eugenics. 5 juta yahudi, gypsies, golongan tua dan kurang upaya dihapuskan kerana dikategorikan sebagai 'life unworthy of life'. Geram betul dibuatnya.

"Ahhh teori evolusi itu mengarut!"

Bukan teori evolusi yang mengarut. Kefahaman kita tentang teori evolusi itu yang mengarut. Kena bezakan.

Eh kenapa aku cerita pasal teori evolusi pula? MashaAllah fokus ya ukhti.

Ah sudahlah. Panjang pula membebel. Kesimpulannya, ada adam sebelum Adam. Apa, siapa, dan bagaimana itu Allah sahajalah yang mengetahui.

Monday, 15 August 2016

Talks about random

Last week I went to the hospital. Coincidentally, I met my childhood friend. I didn't recognized her at first. But she was taken aback when she saw me. Seeing her odd reaction then only I remembered it's Wardah! Huuuu what a surprise.

I didn't even remember when was exactly the last time I met her. We went to primary school together. Gosh.. that was 12 years ago. We haven't seen each other since then.

Eh dah lah penat pulak nak speaking germany lepas tu kena translate pulak ke english sebab korang tak paham. Aikkk bajet betul.

Masing-masing jadi excited sebab dah lama tak jumpa. Padahal dia duduk belakang rumah aku je pun.

"Ya Allah rumah punya dekat, kat hospital jugak kita nak jumpa. Awak duk atas tu lagi ke?"

"Ha yelah kenapa awak dah pindah ke?"

"Laaa saya pun duk bawah tu lagi."

Then we laughed hysterically.

Lepas hashtag-sembang-kencang, rupanya kami sama-sama ada urusan nak dibereskan di Kuantan.

Kami set date untuk pergi sekali. So this morning she picked me up at home. Lepas dah setel urusan seri paduka baginda (amboih sangat) di Kuantan, semestinya kami memanjangkan langkah sampai ke Jerantut. Orang pahang sebut Jantet. Kahkah huduh sungguh bunyi.

Sepanjang dalam kereta tu mestilah hashtag-sembang-lebat, hashtag-gosip-panas, hashtag-throwback, hashtag-good-old-time, hashtag-memory-lost.


Power betul memori Wardah. Dia ingat lagi nama kelas 6 Arif. Tak futuristik langsung nama kelas aku kan? Kahkah. Dia ingat lagi nama cikgu-cikgi. Dia tahu semua perkembangan kawan-kawan. Terbaik. Aku dah lost contact dengan semua. Sorry lah aku lupa. Banyak sangat makan semut. Dah blog pun nama semut. What a life!

I still remember most of the names she mentioned. Tapi rupa diorang semua memang aku totally forgot lah. Adalah certain nama yang dia sebut buat aku blur 4 saat. Yang paling durhaka bila dia sebut nama Cikgu Fikri aku tak boleh nak recall langsung siapa. I TOTALLY HAVE NO IDEA WHO ON EARTH IS CIKGU FIKRI. Sorry cikgu :(

Baru tahu ramai kengkawan aku masuk USIM.

Baru tahu some of them dah pindah rumah.

Baru tahu Cikgu Hasrina yang dulu ajar aku BM sekarang dah buka spa dan laundry. Kagum kejap. 6000 km jauh lari profession dia. Aku lupa dah muka cikgu cemana. Yang aku ingat kulit dia putih dan suka melawa. Cikgu fav aku nih. Sebab dia suka bagi perhatian kat aku dalam kelas. Eh ke aku yang syok sendiri? Lulzz

Baru tahu Ustazah Masrina still mengajar kat sekolah tu. Dulu masa tution dia selalu bawak anak-anak dia sekali. Sekarang anak dia dah besar dah. Dah tu kau expect makin kecik ke? Susah aku nak brain benda ni. Cepat betul masa berlalu.

Baru tahu Teacher Dayang dah tukar sekolah. Ehmargerddddd Teacher Dayang Zukyanatussaniah! Aku tak boleh lupa nama ni. Rare teroxxx. Bukan nama je rare, tulisan dia pun rare. Tulisan dia sumpah awesome. Dialah satu-satunya manusia yang aku kenal bertulisan cantik, classy, classic, dan eye-catching. So far aku tak jumpa lagi tulisan yang lagi cantik dari dia. Microsoft word pun takde font macam ni. Setiap huruf dia ada ekor. Dan tulisan dia konsisten. Walaupun dah tulis penuh papan hitam, tulisan dia maintained. Dia macam tak kenal erti penat. Aku pulak yang penat tengok dia menulis.

Baru tahu Cikgu Latipah dah jadi guru besar sekolah lain. Wah wah wah tak sangka naik pangkat tinggi betul. Muka dia aku ingat lagi sikit-sikit. Masa dia mengajar math dulu dia suka tanya "Faham dah?" banyak kali. Tengah-tengah mengajar tiba-tiba "Faham dah?" Takde noktah pun. Mula-mula aku ingat dia sebut "Farhanah?" Nama budak kelas aku. Pelik aku kenapa dia suka tanya Farhanah ni??? Tapi aku tengok Farhanah rileks je muka buat tak tahu bila cikgu tanya. Tak puas hati betul aku kenapa selamba sangat budak ni. At least tunjuklah muka cuak sikit. Ni tenang sangat ni. Tapi lama-lama baru aku faham rupanya dia sebut "Faham dah?" bukan "Farhanah?" Haih kesian aku nih. Dah lah makan semut, pekak pulak tu.

Bila borak dengan Wardah kadang-kadang aku rasa macam aku tengah borak dengan Jep. Satu benda yang aku perasan pasal Wardah yang membuatkan aku respect kat dia ialah, bila dia describe orang dia tak akan describe dengan ciri-ciri negatif walaupun ciri-ciri tu lah yang paling obvious dekat orang tu. Contohnya benda yang paling obvious dekat si X ialah mata sepet. Macam bila sebut mata sepet automatik orang akan terbayangkan si X. Normal lah kan kita describe dengan benda yang paling obvious kan? Tapi Wardah tak macam tu. Dia akan cuba sedaya upaya untuk describe dari segi lain. Dari sudut yang lebih positif. Contoh kalau orang tu gemuk, dia tak akan cakap "Ala yang badan besar tu." Kalau orang tu pendek dia tak akan cakap "Ala yang pendek2 tu." Dia akan cuba jugak describe in a positive way. Baguskan dia? Kadang-kadang kita rasa benda ni macam not a big deal pun kan sebab benda yang kita cakap tu memang betul. Tapi sebenarnya benda ni a big deal weh. Ada dalam suratul humazah. Kita sembang pasal ni lain kali.

Lepas maghrib barulah kitorang balik ke pangkal jalan. It was a fun day. Hopefully dapat lepak sesama lagi.

Thursday, 11 August 2016

Renjer Puteri

Apabila melihat gambar Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang juga Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia memakai uniform hijau ini, aku terus tercampak kedalam pusaran memori yang dalam.


Eight years ago, I used to be in that uniform too. Uniform inilah yang telah menjadikanku siapa aku hari ini. Terlalu banyak kenangan yang tak mungkin aku lupakan.

Semasa di MRSM, aku adalah ahli renjer puteri. Uniform ini sering menjadi bahan ejekan kami kerana coraknya yang seakan-akan baju tidur. Kami yang pakai dan kami jugalah yang membahan sesama sendiri. Walaupun begitu, kami tetap bangga memakainya.

Setiap minggu di hari rabu. Can you spot me?
Perkara yang paling tidak dapat aku lupakan sepanjang menjadi ahli renjer puteri ialah apabila kami menyertai Kempori Renjer Puteri MRSM Se-Malaysia. Mana tidaknya, berbulan-bulan sebelum kempori berlangsung kami telah pun melakukan persediaan. Bukan berminggu-minggu, tetapi berbulan-bulan. Pada tahun itu (2008), MRSM Taiping menjadi tuan rumah.

Dalam pelbagai acara pertandingan, kawad kakilah yang memberikan kesan paling dalam di hati. Persediaan berbulan-bulan yang aku katakan tadi adalah mengenai latihan kawad kaki. Kebanyakan yang menyertai kawad kaki adalah pelajar tingkatan empat. Cuma ada 2, 3 orang pelajar tingkatan dua.

Pagi, petang, siang, malam, hujan ribut, panas terik kami tetap berlatih. Setiap petang kami berlatih. Setiap kali habis prep malam juga kami berlatih. Dari jam 11 hingga 12 malam. Setiap hujung minggu juga kami berlatih. Seperti didera gayanya. Penat dan lelah ditolak ketepi. Kerana guru yang menyelia renjer puteri adalah seorang yang tegas. Cikgu Faridah namanya. Guru kesayanganku. Beliaulah warden, guru usrah, dan guru renjer puteri. Kata-katanya selalu penuh dengan hikmah. Kisah hidup dan peribadinya membuatkan aku sangat menghormatinya.

Antara tempat kami berlatih ialah dihadapan pejabat
Dan disekeliling dewan peperiksaan
Terdapat lagi seorang cikgu yang bertanggungjawab keatas renjer puteri tapi aku sudah lupa namanya. Beliau seorang yang sedikit kasar kata-katanya. Kadang-kadang beliau akan memeriksa persembahan kawad dan formasi kami. Selepas berminggu-minggu berlatih, kami mempersembahkan progress kami dihadapannya. Tanpa lengah kami dimaki sesudah itu. Beliau mengatakan kawad dan formasi kami sungguh teruk seperti tidak pernah berlatih! Hati kami sangat terguris. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa kami korbankan masa, tenaga, peluh, dan air mata untuk berlatih. Sekurang-kurangnya bagilah kami kata semangat. Bukannya menghina melulu. Kebanyakan kami terasa hendak give up sahaja. Tapi demi Cikgu Faridah, kami kuatkan hati. Aku masih ingat kata-kata Qiqi, 

"Aku buat ni semua untuk Cikgu Faridah je, bukan untuk dia. Kalau tak, dah lama aku quit."

Pernah suatu ketika, Mim selaku bekas komander mengeluh kepadaku, "Aku tak bolehlah jadi komander. Tapi ko faham-fahamlah Cikgu Faridah tu macam mana. Kalau dia kata nak, maknanya dia nak juga. Walaupun aku tak nak, tapi dia nak juga aku jadi komander. Haih."

Benar sekali apa yang Mim katakan. Memang susah untuk ubah pendirian Cikgu Faridah. That's exactly the same reason we're practising days and nights. Sebab cikgu mahukan tempat pertama.

Walau bagaimanapun, cikgu akhirnya mengambil keputusan menukar komander setelah melihat prestasi Mim yang kurang memuaskan. Junior kami, yang lebih selesa dipanggil Mama, menjadi pengganti Mim.

Kami berlatih tidak kira masa. Aku masih ingat pernah suatu ketika di musim peperiksaan. Untuk ke tapak latihan kawad dari asrama, apabila melalui blok akademik dihujung minggu, kami melihat kawan-kawan semuanya sedang mengulangkaji. Ketika itu terdetik dalam hati, "Ah beruntungnya mereka tidak punya komitmen lain. Banyak masa untuk study."

Blok akademik
Pada awalnya kami dilatih oleh senior-senior renjer puteri. Muka mereka selalu ketat! Semasa musim peperiksaan, kami berlatih sendiri. Di akhir-akhirnya kami dilatih pula oleh kadet polis. Begitu tekad Cikgu Faridah mahukan kemenangan.

Semakin menghampiri hari pertandingan, semakin dasyat latihan kami. Seakan-akan latihan tentera. Mana tidaknya, couch diimport khas dari Kadet Polis atas arahan Cikgu Faridah. Beliau adalah komander pasukan kawad kadet polis. Kawan kami juga. Nama gelarannya Gent. Singkatan kepada Sergeant (Sarjan). Seorang yang sangat tegas, kasar dan bajet, sesuai dengan gelarannya.

Yang dihadapan sekali itulah Gent
Muka nak macho je semua.
MRSM kami memang masyhur dengan kadet polis. Jika ada pertandingan kawad kadet polis, semua akan sedia maklum bahawa MRSM kamilah yang akan menang.

Gent memang betul-betul mendera kami. Latihan biasanya ditamatkan pada pukul 2, 3 pagi. Ketika hari kami berangkat ke Taiping, pada malam itu kami tidak dapat tidur kerana Gent memaksa kami berlatih kaw-kaw untuk terakhir kalinya. Hari panas terik atau hujan renyai-renyai pun kami perlu berlatih. Kusangkakan hujan lebat boleh berehat. Rupanya tetap kena berlatih didalam dewan. Sepanjang latihan, kami ditengking, dijerit, dikutuk sebagai satu cara untuk membuatkan kami kuat.

"APAHAL LEMBIK SANGAT NI?!?!"

"AKU NAK SUARA KORANG LEBIH KUAT DARI AKU. FAHAM?!?!!!"

"KAU PUMPING 10 KALI SEKARANG!!!"

Bukan sahaja kuat fizikal malah kental hati dan mental. Kami berlatih gaya kadet polis.

Dewan peperiksaan juga menjadi mangsa. Asal boleh.
Akhirnya tibalah hari yang dinanti-nanti. Kami datang menaiki bas maktab dengan segunung harapan. Bas kami menarik perhatian ramai orang kerana sangat antik (buruk).

Bas lama
Ini bas baru yang tak sempat kami rasai
Di tapak perhimpunan MRSM Taiping kami berkawad. Ketika itu pasukan lain memakai kasut kawad feminin, tetapi kami meminjam kasut kawad kadet polis. Sungguh maskulin. Ala-ala boot. Sebab MRSM kami tak cukup bajet untuk beli kasut kawad untuk renjer puteri.

Begitu ramai penonton di sekeliling kami. Semasa persembahan kawad kami, ada suara-suara enak dari penonton yang kami dengar.

"Smart gila diorang kawad. Macam kadet polis."

"Pergh ni dah berapa tahun practise ni."

"Gila sharp!"

Penat nak control supaya jangan tersenyum. Mana boleh senyum dalam barisan!

Untuk keluar dari barisan, kebiasaannya ketika latihan, komander akan memberi arahan "Keluaaaaar baris!", maka kami akan pusing ke kanan dan bergerak tiga langkah. Tetapi pada hari kejadian, entah bagaimana kami sudah pun mengadap ke kanan sebelum keluar barisan. Jadi apabila komander memberi arahan untuk keluar barisan, sebahagian dari kami terus bergerak tiga langkah manakala sebahagian yang lain berpusing ke kanan terlebih dahulu. We messed up at the very last step! Kesilapan ini tak pernah kami lakukan ketika latihan. At the very last minute fate decided to say "Surpriseeeee!!!" Yeah congrats you got us.

Bersurai dari barisan, kami semua mengeluh dengan wajah yang sangat kecewa dan sugul. Hati kami bagaikan bandar Hiroshima yang baru dimusnahkan oleh The Little Boy, bom atom milik tentera US. That little mistake was very devastated. Kami hanya tunduk memandang jalan tar. Tak mampu rasanya untuk mengangkat wajah kerana terlalu sedih dan malu. Tapi tak disangka penonton-penonton memberi kami kata pujuk dan semangat. Mereka seolah-olah memahami jerih perih kami berlatih.

"Takpe takpe, korang kawad smart gila."

"It's okay korang dah buat yang terbaik."

"Relakslah sikit je tu. C'mon."

Sungguh saat tu kami sangat terharu. Padahal mereka dari MRSM lain. Instead of being happy their rival messed up, they comforted us. How lovely they were. To see this kind of humanity was worth all the pain. :')

Mungkin persembahan kami begitu memberi kesan sehinggakan ada dalam kalangan penonton yang ingat wajah kami. Aku masih ingat beberapa minggu selepas pertandingan, aku ditegur oleh seorang pelajar dari MRSM lain.

"Muka awak macam familiar lah. Awak join kawad kat Taiping kan? Dalam barisan last, hujung sekali kan?"

Terkedu aku seketika. Punya ramai yang join kawad, dia boleh ingat muka aku. Nak kata dia salah orang, posisi aku yang dia sebut tu betul.

Ketika hari terakhir kempori, keputusan diumumkan. Kami berkumpul beramai-ramai di padang. Seperti yang kami jangkakan, pertandingan kawad dimenangi oleh tuan rumah. Setelah diumumkan, suasana menjadi bingit dengan teriakan dari sidang hadirin.

"Boo boooooo!!!"

"Apasal Taiping pula yang menang?!?!?"

"Taiping kawad teruk gila kot."

"Muadzamlah patut menang!!!!"

Ada juga aku dengar suara sarkastik dari orang yang berdekatan denganku.

"Sendiri beli hadiah, sendiri balut, sendiri dapat. Tahniahlah."

Cikgu Faridah pernah berkata kepada kami semasa latihan, "Kalau kita jadi tuan rumah, kita tak akan menang." Begitu kiasan cikgu untuk mengajar kami supaya jujur. Kerana mengikut resam, pertandingan apapun, tuan rumah pasti akan menang kerana bias, walaupun mereka tidak sebenarnya layak. Cikgu tidak mahu menang cara kotor.

Apabila berita ini sampai ke pengetahuan maktab kami, rupanya Gent juga kecewa.

Pernah aku bergurau dengan Gent setelah pulang ke maktab, "Kitorang dapat nombor 1..."

"Seriously?", tanya Gent dengan wajah seakan-akan baru menang loteri sebelum aku menyambung ayatku,

"...kalau tolak tuan rumahlah."

Terus awan mendung berarak di wajahnya. Haha.

Kami redha sahaja.

Bila aku fikir-fikirkan semula, terlalu banyak pengajaran yang aku dapat dari semua ini.
Pertama-tama sekali, disiplin dan kerja keras boleh menjadikan kita manusia hebat. Tak pernah terdetik dalam hati kami untuk memukau manusia hanya dengan kawad. Disiplin sangat penting dalam berkawad. Bila masuk barisan, automatis muka jadi ketat, tiada lagi senyum dan gurau. Aku masih ingat ketika di tingkatan 5, bilamana Cikgu Wan mengarahkan kami membuat demonstrasi kawad dihadapan pelajar tingkatan 4, muka kami semua tiba-tiba menjadi serius sehingga ditegur oleh cikgu, "Kenapa serius sangat ni hahaha." Apa boleh buat, dah memang dilatih berbulan-bulan begitu.

Namun harus diingat, takdir Allah melebihi tadbir manusia. Walau sekuat mana kami berlatih, jika sudah tertulis rezeki kami tempat kedua maka nombor dua jugalah yang kami dapat.

Seperti lagu Wani ft. Juzzthin, "Walau genggamannya kuat, jika bukan milik kita, akan terlepas jua."

Seterusnya, jangan pernah riak dengan kelebihan yang Allah beri. Mungkin ketika mendengar pujian yang melambung semasa persembahan, hati kami menjadi takbur. Maka berlakulah plot twist dihujungnya yang memaksa hati (figuratively) dan wajah (literally) kami untuk tunduk melihat kembali bumi yang dipijak.

Pengajaran berikutnya adalah teamwork. Bak kata Malique, ketawa bersama, menangis bersama, kubersumpah harap kita matipun bersama. Sebaik sahaja masuk dalam barisan, apa sahaja sengketa kami di luar, kami lupakan. Kalau nak menang mesti bersatu, tak boleh pentingkan diri sendiri dan ketepikan ego. Mesti ikut semua arahan komander meskipun dia seorang junior. Faham-faham sahajalah kehidupan berasrama, junior tidak boleh mengarah-arah senior. Kalau ada senior yang tidak berpuas hati dengan junior walaupun hal kecil, akan terus diadakan roll-call untuk brainwash junior. Sungguh poyo, bukan?

Selain itu, reaksi dari pelajar-pelajar MRSM lain atas kesilapan dan kekalahan kami mengajar aku bahawa memiliki empati dan simpati itu lebih penting daripada memiliki trofi. Kejujuran itu nilainya sangat mahal. Jangan dijual dengan harga hanya sebuah trofi. Dan keadilan mestilah diperjuangkan meskipun suara kita tidak didengar.

Rasa seperti menjawab soalan penulisan SPM pula.

They got the trophy but we got the life-long lessons. Moga juniors kami yang akan datang dapat tebus kembali kekalahan ini.

Ketika berkemas sebelum berangkat pulang ke Muadzam, Qiqi selaku ketua kontinjen bertanya kepada Cikgu Faridah.

"Cikgu sedih tak kita tak dapat tempat pertama?"

Cikgu hanya tersenyum. 

Senyum yang tak dapat kami rungkai maksudnya.

Saturday, 6 August 2016

Someone is missing me that makes me miss them all


Sometimes you meet people a little too late in life.

And sometimes, time runs out too quickly before you can get the chance to properly know them. Maybe the world is cruel like that.

But I'm glad we met; and for what little time we did have, and all the memories and moments.

So wherever life takes you, I wish you all the best. I pray that the world will be kinder, will be softer. I hope you find another happiness. And that happiness will find you.

I hope we cross paths again.


Missing this bunch of people.

Everyone was so gorgeous on this day

This place holds a lot of memories.


Buaya semua ni. Hari-hari libas ekor. 
Kaki selfie, kaki drama, buaya darat, dan mek ganu

24/7 with them.
My closest friend for the whole month.
Again
And again.
TMJ
That was someone's heels yang tercabut tapak. He tried to fix it.
One thing that I like about them is they really took a good care of each other.

Human brains (or hearts) are mysterious. How can we miss people we just spent time for only one month?

Tuesday, 2 August 2016

May Allah bless her with goodness in abundance :')


"Baik datang KL cepat ambil barang London ko sebab aku dah nak start membakar."

"Lek ah nanti aku datang. Jangan bakar lagi."


*****

"Teoh ada dak tu?"

"Oh lupa nak citer aku dah pindah rumah."

"Pindah manaaaaaaa? Awat pindah?"

"Haha cam biasa things happened."

"What happened? Ko pindah mana?"

"Tahsia."

"Takyahlaa tahsia tangat. Baju aku ada lagi dak? Ke dah bakor?"

"Tinggal kat rumah lama. Hakhak"


*****

"Next week duane?"

"Why?"

"Nak pi KL. Ko duane. Nak pulang buku. Nak tshirtttt"

"Tak tahu lagi. Pape aku gitau."


******

"Dah beli tiket jumaat 11.30"

"Harap terlepas bas."


******

"Duane awop?"

"Ada kerja ciked ni weh. Aku tanya pagi tadi tak jawab."

"Kerja apa?"

"Kat UM. Terperangkap. Next week aku mai KL lagi so lek."

"Dalam jasad kukeliru mujur ada kau si peneutralisasi pilu. Penat aku bawak baju. Lenkali nak baju datang ambil sendiri kat rumah aku malas bawak dah."

"Hahahahahaha ye next time aku datang sendiri kutip."


*****

"Nak kena wish ke birthday ko ni? Duane tu? Meh aku belanja makan."

"Wuhuuuuu Seoul garden."


******

"Woi ko block twitter aku. Kenapa block aku. Apa salah akuuuuuu. Sungguh dasyatnyaaaaaaa"

"Dah lama kot. Takkan baru perasan. Bulan 3 tu lagi."

"Woi. Pak ah, Natam nih. Bakpe block aku gilaaaaaaa. Aku perasan je ko hilang kat twitter. Ingat deactivate. Rupanya block aku."

"Eh taklah. Tak block pun. Aku malas nak follow sebab ko asyik reply2 wan. Sakit mata haha."

"Tu ko main salji katne tuh?"

"Mana?"

"Twitcon ko."

"Ohhhh ni kan haritu aku pi ski."

"Bilaaaaa. Tak habaq pun."

"Ehhhh mak tak citer eh. Tu lah ko pun busy event manjang.

"Sorry lah mak. Dalam proses nak take over negara ni."

"Take over! Nanti dah vvip dapat naik private jet jemput2 lah ye."

"Tak skang ni ko pi main ski kat mana?"

"Kat sini2 ja."

"Kat sini mana ada salji."

"Hadoiiiiii."

"Mende mak ni dia putar belit dia pening."

"Ni hat aku pi Korea hari tu lah."

"Hmm mana tahu pi time winter"

"?????????????bulan 2??????????? Obviously winter..."

"Lah bulan 2 ke. Rasa cam baru lagi. Sorry memory lost."

"Dah2 la tu stalk aku."

"Tak stalk dah. Hatiku terguris lepas kena block."

"Lol lek ah aku block ramai bukan ko sorang."

"Tau. Dari beratus tinggal berapa puluh je. Terguris gak tak termasuk dalam kalangan insan terpilih."

"Biasalah josh orang tengah marah dia buat tak pikir."

"Sudahlah mey baru skang nak justify. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna."

*Inserts depressed meme*

"Kusangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari. Puting beliung turut tumpang sekaki."

*Inserts Wan's dp*

"Bosan dah aku tengok gambar ni."

"Nampak sangat selalu whatsapp. -.- Sudahlah josh."

"Tak selalu whatsapp pun syaiton. Aku suka scroll contact list nampak a gambar tu."

"Motif scroll contact list?????????"

"Motif ko download and save gambar tu???????? Saja scroll. Bosan."

"Orang send gilaaaaaaa. Dia autosave."

"Sudahlah mey. Banyak alasan."

"Aku pulak."

"Motif tak delete???????"

"Buat apa delete"

"Buat apa simpan. Nak santau??????"

"Simpanlah nanti dah cerai boleh viralkan. Dulu acah sweet."

"Ko part-time Siakap Keli ke? Or Beautifulnara?"

"Informer Ohbulan dengan twt_yipas"


*****


"Weh pernah pergi perpustakaan negara?"

"Tak. Ko nak gi ke? Holy cow."

"Jom weh. Haha. Ko takde rasa nak pi ke?"

"Pi mendenya aku kat Jtown."


*****

"Weh try jadi apheresis donor. Boleh donate every 2 weeks instead of 3 bulan sekali."

"Apheresis whats dat"

"Donate plasma/platelet je. Rbc return back to donor."

"Macam aku yang hb low ni boleh jugak? Cane nak donate?"

"Methinks. Boleh kot. Sebab bukan donate rbc. Donate platelet. No need hb. Kot."

"Platelet bukan before rbc ke sorry bio fail."

"Next time nak gi donate blood tu try tanya."

"Orang sakit apa nak platelet je? Hmm nak kena study platelet pulak ni."

"Hmm gi la study kat library mak."

"Takmo lah. Nak tunggu ko. Nak gi kena bawak muka budak nerd. Muka pecah rumah ni kang kena pandang serong pulak."

"Pakailah spek. Setel."

"Namoooooo"


*****


"Weh lelaki semua sama."

"Ko baru tau ke hahahahha. Sabor mey. Jangan songsang pulak. Laknatullahhhh."

"Jom kapel."

"Sorry you're not my taste"


*****

"Amende EU Brexit ni amende wey?"

"Europe union. England nak keluarkan. Boleh google sendiri kan!!!!"

"Habis apa effect kat kita? Apasal tiba-tiba? Why now?"

"Pound jatuh. Ada cakap diorang akan makin lemah. Yang effect2 dia ni aku tak tahu lah pulak. Nantilah mak pi library study sana."

"Since bila isu ni start? And kenapa sekarang baru nak vote?"

"Pi library baru mak citer."

"Apalaaa yang ko obses sangat kat library tu."


*****

"Adakah syid telah madukan ko?"

"Whut"

"Be strong mey. Lelaki memang camtu. Semuanya sama."

"Haha lol! Syid je pun."

"Syid pun lelaki."

"Hahahahahaha seriously. Tak nampak pun sebab kena be strong. Ke ko yang heart broken."

"Apasal aku pulak siakkk"

"See. Apasal aku jugak siak"

"Takpe mey. Ngaku je. Lelaki memang takleh caye."

"Thefuqq iz diz"

"The fish mey"

"Fish it is"

"Bong bong pun heart broken pasal brexit. Siapa kata jam takde perasaan. Sedangkan jam ada perasaan. Inikan pulak ko mey. Be stronkk."

"Tau dak kenapa nama dia Big Ben?"

"Kenapa?"

"Sebab dalam tower tu ada bell besar. Saiz dia sama besar dengan size Ben. Ben tu yang duk bunyikan bell tu."

"Who the fish iz Ben?"

"Itz Ben! Dia gemuk so orang panggil dia Big Ben."

"Ben who?"

"Benjamin Hall. Hat citer tu tour guide bagitau. Tapi bila aku search takde pulak citer camtu. Harem."

"Tour guide nipu. Takkanlah manusia sebesar tu. Orang obese pun tak besar gitu."

"Weh aku debor"

"Dah kenapa"

"Esok nak gi library. Haha!"

"Dengan siapa. Finally!"

"Sorunk!"

"Jiwa katunk!"

"FTW!"

"Library tu katne? Cane nak gi sana?"

"Dataran merdeka. Tak tahu. Esok explore."

"Selfie ciked! Muka pecah rumah pergi library. Study pasal apheresis. Pasal Brexit sekali!"


*****

"Weh ko sure ke yang ko nak pi ni perpustakaan negara? Bukan perpustakaan KL?"

"Bukan sama ke? Perpustakaan negara kuala lumpuq"

"Lainnnnnn. Perpustakaan KL kat Dataran Merdeka. Negara dekat IJN tu."

"Aikkkk. Oshit."

"Jangan carut. Gi google tengok"

"Adoiiiiii. Stress dah. Takmo lah pi. Patut debor semacam."

"Powerlah naluri keibuan mak. Pi je lah library KL ada beza ke?"

"Takmo kl"

"Pi la. Ajak Ijam."

"Ijam jetlag baru balik outstation."

"Cheput?"

"Tolonglah Cheput. End up duk membahan je nanti."

"Mmmkayh."

"Namo lah pi. Tunggu ko."


*****

"Bebi esok remind me to return your book."

"Ohhhh aku pun ada benda nak kena bawak."


*****

"Kenapa buku aku dah jadi budu?"

"Boleh ko buat dinner lol. Baju London je? Baju Krabi mana?"

"Errrr kan aku dah kata jangan tanya pasal baju Krabi. Aku dah bagi orang lain hahahhaha."

"The fishhhhh"


*****

"Selamat hari raya josh. Jumpa lagi lain kali."

"Selamat hari raya mey. Thanks for everything. I love you."

"Errrr aku patut rasa seram ke sekarang ni?"


******




Finally. After berbulan-bulan dia perap souvenirs ni akhirnya I got my hands on these. :D
Sebenarnya aku tak kisah sangat pasal souvenirs ni. Cukuplah bila dia pergi London, Paris, Korea, Vietnam, Krabi tu dia ingat kat aku. Ececehhhh haktuih!


Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...