Saturday, 25 May 2013

Jarak

There are 6 stages to knowledge:
Firstly, Asking question in a good manner.
Secondly, remaining quiet and listening attentively.
Thirdly, understanding well.
Fourthly, memorising.
Fifthly, teaching.
Sixthly, it is its fruit -- acting upon its knowledge and keeping to its limits. 
-Ibn Qayyim AlJawziyyah-



Jika ditanya apakah tanda ilmu bermanfaat?
Apa sahaja ilmu yang mendekatkan jarak antara diri dan Tuhan.

Hmm, tolong beri aku masa
Untuk aku ukur jarak itu.

Friday, 24 May 2013

KL Sentral

#Satu

Seusai membayar harga makanan dan mendapatkan tempat duduk yang strategik di sebuah francais makanan segera, kami berlima tanpa lengah menadah tangan memohon hindar azab neraka (baca doa makan). Selang dua minit selepas tangan menerkam juadah didepan mata demi mendiamkan perut yang berkeroncong, datang seorang lelaki berpakaian kemas meletakkan sekeping kad diatas meja kami.

Bisu. Diam. Jeda.

Dipendekkan cerita, lelaki bermata sepet itu rupanya meminta derma untuk sebuah persatuan orang-orang pekak. Anehnya derma diwajibkan sebanyak RM10. Pada mulanya hati keberatan. Tapi aku terfikir, aku sedang duduk menikmati juadah RM13 untuk memenuhi hak perutku seorang, justru mengapa begitu berkira untuk menyumbang RM10 kepada si kurang upaya yang mungkin berpuluh orang? Sangat selfish aku rasa. Sudahnya setiap dari kami menderma RM2 seorang. Lelaki itu lantas melemparkan senyuman terima kasih dan berlalu pergi tanpa sepatah langsung komunikasi.

Seketika kemudian, terdetik, persatuan orang pekak? Entah benar entah tidak. Berpakaian rapi dan sopan menyantuni meski diam seribu bahasa, bersahaja 'merompak' wang ku.


#Dua

"Semua ni masih belajar ke?"

Soalan tiba-tiba, kepada kami berempat dari seorang pakcik lewat umur yang menggelar dirinya 'apak', berkulit gelap, dan berpakaian sedikit tidak terurus. Aku melayan berbasa-basi. Sekadar memberi senyum segaris dan menjawab satu atau dua patah. Mungkin senyumku meruntun jiwanya sehingga aku dipuji sebakul. Mungkin juga pujian itu hanya sebagai taktik beliau untuk memperpanjang perbualan. Sesungguhnya aku curiga pada orang yang terlebih  dos ramahnya.

"Rasa terganggu ke apak tegur?"

"Terganggu", jawabku dengan curiga yang padu. Sekali lagi aku dipuji kerana berterus-terang. Tapi beliau masih tetap meneruskan lagi perbualan syok sendirinya tanpa rasa bersalah. Aduh apak, ketahuilah, jawapan jujur yang kejam itu adalah satu permintaan sopan untuk kami tidak terus diganggu apak lagi. =.=

Tapi hairan, semakin lama kami berbual, semakin aku rasakan sesuatu tentang beliau. Aku yakin beliau bukan biasa-biasa. Beliau mungkin 'seseorang' ketika mudanya. Ditengah metropolitan ini, diantara beribu manusia lain lagi, kami juga yang ditegur. Disebalik kebetulan yang penuh curiga ini banyak yang aku pelajari dari dia. Meski kelihatan agak kurang waras, ada kebijaksanaan yang mengalir dari kata-katanya. Pertuturannya sarat dengan falsafah. Nasihat yang diberi dari satu sosok tubuh yang tidak terjangka, membuatkan aku berfikir lama. Siapa sangka, seorang lelaki asing dengan perwatakan yang meragukan mampu mengajar aku lebih dari cikgu disekolah perturunkan.


******

Di satu tempat yang sama pada hari yang sama aku bertemu dua lelaki dengan jarak umur, perwatakan, dan penampilan yang jauh berbeza, cukup memberiku pengajaran berguna.

Didunia yang penuh serigala jadian, suudzhon itu perlu. Kerana husnudzhon selalu memakan diri. Serigala yang tak hanya muncul saat bulan mengambang tidak pernah memilih mangsa. Asal sahaja ada ruang dan peluang, jiwa-jiwa innocence mudah sahaja dicakar-cakar tanpa belas.


Sekian, ragamku ketika berhadapan dengan manusia yang bermacam ragam.

Sunday, 19 May 2013

Sesak


Aha! But I have all of them. xD


Untuk seketika, terpaksa kurangkan dos ketiga-tiganya because...CONASS typhoon is coming!!
Priority must comes first.

Semoga berjaya kawan-kawan. Mari pulun. Biomed rocks!

Berusahalah seolah-olah segalanya terletak ditangan kita, dan bertawakkallah seolah-olah tiada langsung usaha yang kita berikan.
May Allah ease everything.

"Dan sesungguhnya manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya"
[53:39]




Mohon tembakan doanya!

Saturday, 20 April 2013

Wednesday, 3 April 2013

Malam kian larut

Menghitung detik. Dua hari yang masih terbaki.

Lewat pekat malam ini, entah mengapa, jiwaku meronta-ronta minta segera pulang ke kampung halaman. Fikiran saat ini sudah pun rakus terbang melayang kesana membebaskan diri dari jasad yang terkurung disebalik dinding dimensi ruang dan masa.

Malam ini, kerana fikiran setegarnya meninggalkan jasad terkontang-kanting telah memaksaku melakukan sesuatu yang tak pernah aku ingin cuba. Ya, meng-google image dan meng-google map daerah asalku. Apakah?



Masa, pantaslah menderu. Lebih pantas dari lajunya cahaya. Meski kutahu satu hal yang pasti - cuti ini akan jadi satu bebanan yang berat. Kerana hal yang terlebih pasti - seusai cuti deretan tests dan tugasan akan menyambutku seperti kawan yang sudah lama tidak bersua.


Monday, 1 April 2013

Doa

Kepada pemeluk teguh


Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut namaMu

Biar susah sungguh
Mengingat Kau penuh seluruh

CahayaMu panas suci
Tinggal kerdip lilin di kelam sunyi

Tuhanku

Aku hilang bentuk
Remuk

Tuhanku

Aku mengembara dinegeri asing

Tuhanku
DipintuMu aku mengetuk
Aku tidak bisa berpaling


Chairil anwar
13 November 1943

Saturday, 16 March 2013

Melankolik


Aku sayang kalian.
Kalian istimewa.
Kalian bukan pungguk merindu bulan.
Kalianlah bulan dipagar bintang!

Sahabat seperjuangan


Buat sang bulan
Terima kasih untuk langkahan bersama selama ini
Ketahuilah betapa aku bersyukur
Kerana dalam kitab takdirku, tertulis cerita kalian.

Terima kasih Tuhan, untuk itu.



---



Aku sayang kalian lebih.
Kalian extra istimewa.
Kalian bukan bulan di pagar bintang.
Kalianlah mentari di ufuk senja!

Ayah dan bonda


Buat mentari hidupku,
Terima kasih untuk pancaran cahaya yang kilau
Kalian setia memberi cahaya disetiap hujung pekat malam
Betapa mungkin kelam hidupku tanpa kalian

Jasa kalian, tak pernah mampu kubalas.

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...