Thursday, 15 November 2012

Gaza, kau jauh.


1 Muharam 1434 H

Gaza was under attack.


Sungguh berbeza Tahun Baru di Malaysia berbanding di Gaza.

Gazans sebenarnya hebat. Kerana itu mereka diuji dengan ujian yang cukup hebat. Ujian peluru dan bom.
Sedang kita, umat islam di Malaysia sangat lemah. Cukup hanya diuji dengan hiburan, kita dah hanyut.



Kusangkakan daging ayam, rupanya daging saudara sendiri


Kita selesa sebab kita tak rasa. Selesa yang membunuh.
Forgive me for being such an ignorant, oh my brothers and sisters.
Makanya.. mulai detik ini, akan kuboikot McDogol. Tekad. Wuwuu peberet nii T_T
Cuma ini usaha kecilku untuk membantu.

Usaha yang kecil, jangan dipandang kecil.
Something is better than nothing, yes?
^^

Selain doa, hanya simpati yang mampu kukirim untuk saudaraku dibalik dunia sana.

Boikot McD. 
Tulis gedabak gedabak + colour colour kasi ingat.
Azamku sempena 1434 H. Hoyeahh ! *Bersemangat menggenggam tangan berkerut dahi*
Oh tak lupa juga, coke.

Ingin pandang McD sebagai;
sejenis tempat yang haram dijejak dek kaki
sejenis makanan yang haram dirasa dek taste buds
sejenis minuman yang haram ditelan dek oesophagus.

Biar kesedaran ini terus-terusan mengalir didalam arteries, veins, mahupun capillaries
dan terus-terusan ia mencengkam setiap butir haemoglobin. Terus-terusan. Agar tidak Palestin cuma disebut bermusim.

Kudoakan israHELL cepat-cepat terkubur.

Ini doa dari aku yang bukan malaikat,
untuk mereka yang separa iblis.





~This isn't just about muslims, christians, jews or atheists, it's about HUMANITY. ~

Friday, 7 September 2012

Ko-Q


Aku bukan sang pemuisi
yang hebat menyusun kata
bermain bahasa
mengatur aksara
membentuk madah pujangga

Aku bukan sang pemuisi
tidak gampang aku melontar idea
meluah rasa yang terbuku dijiwa
membiarkan jemari tari menari ria
bersama aliran idea selaju terjunan Niagara
ah! sudah.
aku hilang kosa kata

Bukankah sudah kukata.
aku bukan sang pemuisi.


*****

Hari tu daftar subjek Puisi.
Tapi ingat nak tukarlah.

Nak pilih subjek ko-q ni boleh mengundang dilemma jugakan.


Asas Penulisan Puisi
Bimbingan Kerjaya
Pemudahcara(fasilitator)

Mana satu nak pilih? Secara gediknya fikiran i tengah kusut sekarang ni.
Proses pemilihan dan timbangtara dibuat dari aspek masa, minat dan manfaat. Ok, skemanya bahasa. Haha

Rasa macam nak ambil Puisi. Tapi macam yang saya kata kat atas tu, saya bukan pemuisi. Walaupun minat tu ada, tapi bakat tak ada.
Bimbingan Kerjaya macam sangat bermanfaat. Saya pun blur lagi pasal kerjaya apa yang saya nak. Mana tahu dari kelas ni saya boleh temui pencahayaan agung. Eheh.
Pemudahcara macam menarik juga. Tapi timing tu tak kena lah. Aiseyh.

Hatiku berbelah tiga. -.-


ps: Gampang tu dicedok dari bahasa Indonesia. It means EASY. Mohon jangan rujuk kamus Dewan Bahasa  dan Pustaka. Lulz

Sunday, 2 September 2012

100 degree celcius


Blogwalking.

Itulah hobi favourite saya kalau tak ada kerja lain. Kalau TAK ADA KERJA LAINLAH.

Kadang-kadang blogwalking ni boleh buat saya panas. Ini bukan panas "eh panaslah diri ini bila kipas berpusing pada kelajuan yang sangat comel". Bukan. Bukan. Bukan panas tu. Ini adalah panas "Kau buat hatiku panaaaasssss. Besar kecik besar kecik je aku tengok kau". Ya, panas yang itu. Haruslah buat contoh ayatkan.

Persoalannya, kenapa panas?


Sebab tak sejuk. haha

Ok serious. Saya panas sebab tulisan dan ejaan. Panas betullah bila terpaksa membesar dan menjulingkan bebola mata untuk membaca apa yang blogger tu cuba sampaikan. Masalah betul bila pemilihan tona warna tak matching antara tulisan dan background. Contohnya, background cerah berkilau umpama sinar suria, tulisan pun sama cerah menyilaukan. Terus hilang minat nak membaca. Cubalah buat tulisan tu gelap sikit. Kasi kontra. *Panas ni panas*

Pulak tu, ejaan tu cuba jangan macam budak baru balik tadika. Rasa macam nak baling je kamus dewan bahasa edisi ke 12 ke muka sang penulis.


Contoh ayat yang mungkin terdapat dimana-mana blog;

"Kmbali lah pd islam...brjuang x semestinya d medan prg..brdkwah ikot kmampuan & kkuatan jiwa/iman..dkt kan dri pd Allah...rhmatnya akn brsama.."

Apa yang mungkin kelihatan pada pandangan penulis;

"Kembalilah pada Islam. Berjuang tak semestinya di medan perang. Berdakwah ikut kemampuan dan kekuatan jiwa atau iman. Dekatkan diri pada Allah, rahmatnya akan bersama."

Apa yang kelihatan pada pandangan mata saya;

"Az iszlám Kmbali pd ... brjuang x szükségszerűen d prg .. brdkwah területén Herbal Medicine & kkuatan kmampuan soul / pd Isten iman .. dkt jobbra dri ... rhmatnya majd brsama .."

Ibarat bahasa Hungary yang sukar untukku hadam. -.-

Hyperbola sikit. Eheh. Mengejalah dengan betul menunjukkan tahap ketamadunan dan kematangan. Bila kita mengeja dengan betul, menunjukkan kita menulis with full of concious. Kita aware dengan apa yang kita cakap. Barulah orang akan yakin dengan penulisan kita. Ewah.

Kadang-kadang tu tulis setengah-setengah. "Aku" jadi "ak". "Nak" atau mungkin juga "nah" jadi "na".

Pulau pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Kalau tulis setengah-setengah,
Nak baca pun tak ada selera.

Pantun tiba-tiba.

Saya tak kisah kalau blog tu blog hiburan ataupun diari hidup entah-sape-sape-entah yang menceritakan rutin hidup beliau dari bangun tidur sampailah bangun tidur. 24/7. Tapi blog dakwah pun bermasalah serupa. *boiling*.




Nabi pesan, mudahkan, jangan susahkan. Mudahkanlah kami yang nak membaca ni. Lagipun, anda mesti tak tahu lingkungan umur berapa yang sudi berjalan-jalan di blog anda. Mungkin bakal calon UPSR (kanak-kanak), mungkin juga peserta PLKN (pemuda pemudi), atau mungkin ibu kepada 8 orang anak (petua petui). Oleh itu, gunalah ejaan standard yang boleh difahami oleh semua lapisan masyarakat. Ewah ewah.

Rugilah kalau anda ada potensi, ada points, ada hujah, ada ilmu yang boleh disampaikan tapi tak sempat nak sampai kepada kami. Traffic jam katanya. Eh. Tulisan dan bahasa adalah medium perantaraan ilmu. Tapi kalau bahasa dan tulisannya tidak jelas, maka bagaimana hendak dijelaskan ilmunya?

Tidak ditujukan khusus kepada sesiapa. Hanya sekadar luahan rasa. :D


Sunday, 26 August 2012

Mati itu pasti. Hidup inshaAllah.


Semenjak duamenjak tigamenjak ni asyik dapat berita kematian je. Tua, muda, tak kira umur. Bangun pagi, dapat sms, ayah kepada kawan meninggal. Hari tu, kawan kepada kawan sekolej, sehat walafiat je dia tapi dah pergi. Tak sempat dia nak beraya. Walaupun tak berapa kenal, tetap rasa nak nangis tersedu sedan terkilan.

Tubuh yang sehat tak menjanjikan umur yang panjang. Umur yang panjang juga tak bermakna tubuh tu sehat. Eh?

Dah banyak kematian yang disaksikan sepanjang hidup,
Kalau tak reti nak ambik iktibar, rugi rugi rugiiiiiiii
*Cakap depan cermin*

70 kali sehari malaikat maut datang jenguk kita. Maknanya lebih kurang 20 minit sekali lah. Hari ni dia jenguk kita, dia amek orang lain. Esok lusa dia jenguk orang lain, dia amek kita pulak. :O ... Tak lama dah kita ni. Tak lama dah. Boleh dah kalau nak tempah alamat rumah baru. No 12, Batu Dua, Tanah Merah, Taman Pusara Damai. Err..


Ada sesiapa sudi berjiran?

Kalau saya ada mesin masa doreamon lah kan, saya teringinlah nak pergi ke masa depan. Curious giler kot nak tahu bila and macam mana lah gamaknya saya mati. Sangat sangat sangat teringin. Bila agaknya tarikh keramat saya akan bergelar bakal pengantin bakal jenazah. Normal ke perasaan ni?  Moga-moga dapatlah husnul khatimah dihujung hayat nanti. Dalam curious curious ni pun rasa cuak jugak. Mau tak cuak dosa bertimbun kottt. T.T ...Bila nak taubat woi.

Kita teringin ke tak teringin ke, suka ke tak suka ke, nak ke tak nak ke, sabar ke tak sabar ke, ready ke tak ready ke, mati tetap mati. *gulp*.. Bak kata sahabat saya, dari Allah kita datang dan kepada Allah kita berjuang untuk kembali.

Who knows, the moment I wrote this, the final countdown of the last 10 days of my life had just begun...




Saturday, 4 August 2012

Celik hati




Buta hati lebih merbahaya dari buta mata. 

Buta mata tidak nampak dunia. Buta hati tidak nampak kebenaran.

Buta mata ditipu orang. Buta hati ditipu syaitan.







"maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar?

Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada."

[Al-Hajj(22): 46]


Friday, 3 August 2012

Bagai pungguk rindukan bulan




Langit 14 Ramadhan,
lihatlah insan indahnya bulan.








Manusia sering bersalah sangka, resam pungguk memuja bulan.

Hakikatnya ia melafaz zikir, ingatkan manusia agar berfikir.






"Constantly thinking about someone is a sign of true love. So how often do those who claim to love Allah, remember Him? Are we people who claim to love Allah? How often do we remember Him? How often are we thankful to Him?"
-Syeikh Yasir Qadhi-






Wednesday, 1 August 2012

Beauty is in the eyes of the beholder



Saya yakin saya cantik.

Sebab [64:3] ada mengatakan yang demikian.
Malahan, disokong pula oleh [95:4].






"....Dia membentuk rupamu dan dibaguskanNya rupamu itu...."
[At-Taghabun(64): 3]

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."
[At-Tiin(95): 4]







Any objections? :p


Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...