Sunday, 19 February 2017

Post-Berembun

Kami selesai hiking pukul 3 petang. Lepastu terus singgah masjid. Haa kat masjid ni lah berlakunya satu tragedi. Time tu masjid takde orang. Yela dah pukul 3 kan jemaah zohor semua dah balik. Aku dan Mey solat seperti biasa. Aku solat sebelah Mey. Syid solat kat belah lelaki.

Masa aku rakaat kedua (Mey rakaat ketiga), aku dengar orang buka pintu. Ya memang tak khusyuk aku solat dengan busuk, letih, sakit kaki lagi. Aku tak tahu siapa yang buka pintu tu. Aku fikir ada lah tu perempuan yang nak singgah solat macam kami jugak. Aku dengar macam bunyi besi berlaga-laga. Ala macam bunyi handbag yang tali dia macam cangkuk-cangkuk besi tu. Boleh imagine dak? Tapi aku pelik jugaklah apa orang tu buat kat belakang kami lama-lama. Dia tak nak pi amek air sembahyang ka? (Gilalah time solat pun aku boleh pikir macam-macam lagi -.- ). Time aku rakaat ketiga, tiba-tiba je Mey melompat kedepan pastu pusing mengadap belakang. Dia berdiri kat tempat sujud pastu dia menjerit.

"AAAAAAAAA!!!"

*Amacam suspen tak?*

Aku pun panik. Walaupun aku tak tahu apa yang jadi, aku ikut ja dia melompat sekali. Lepastu aku nampak sorang lelaki melayu berjalan kearah pintu keluar SAMBIL PAKAI TALI PINGGANG. Patutlah aku dengar bunyi besi berlaga-laga. Dia tengah tanggalkan tali pinggang rupanya. Allahuakbar.. Aku yang masih blur tanyalah Mey apa jadi.

"AKU KENA RABA! MASA AKU RUKUK DIA RABA AKU. AKU PUSING BELAKANG TENGOK DIA TENGAH ZIP SELUAR!"


Menggigil-gigil aku masa tu. Aku pun terus keluar surau dengan bertelekung untuk minta tolong sesiapa. Mey dah menangis-nangis dah time tu. Nasib baiklah bila kami keluar ja kami nampak Syid tengah tahan lelaki pervert tu. Syid sangat pantas! Syabas! Aku pun dekat pintu surau jerit kat Syid.

"SYID DIA RABA MEY! REPORT POLIS SYID. JANGAN LEPASKAN DIA SYID!"

Aku takut dia auta pusing cerita sana-sini, Syid yang tak tau apa-apa pun terpedaya. Pastu dia pun terlepas. Mana boleh macam tu! Nasib baik Syid anak polis. So dia tahu the proper way to deal with criminal. Kalau tak, dah lama dia hempuk je lelaki tu. Nasib baik balai polis dekat. Seminit ja dah sampai. Sejam setengah kat balai duk buat report. Lelaki tu pun ada kat situ. Aku sound dia depan polis.

"Dalam masjid pun jadi!"

Pegawai tu cuba tenangkan kitorang.

"Dia ni memang tak betul sikit."

Aku terus tanya, "Dia gila ke?"

"Aah dia gila. Banyak kali buat hal. Dulu dia naik motor berbogel sekitar sini. Tokong cina belakang tu dia buat macam rumah sendiri. Makan tidur sesuka hati dia je."

Dalam hati aku "ahhh ko ingat ko gila aku nak kesian?!? Report tetap report. Dahla kitorang tengah lapar, letih, sakit, ko cari pasal pulak!"


Masa polis ambik keterangan Mey cakap dia raba pakai jari. Syid pun pelik, "Cemana kau tahu dia pakai jari? Bukan penis?"

Aku dengan Mey terkedu kejap. Tak terpikir pulak yang tu.

Dia kena masuk lokap. Kami pulak kena pi balai polis Nilai. Buat report kat sana pulak so that tindakan boleh diambil keatas lelaki tu. Inspektor ambik keterangan kitorang bertiga once again. Mey as pengadu. Aku and Syid as saksi. First time aku bagi keterangan kat polis. Rasa teruja kejap hahahaha. Btw inspektor tu cantik gila. Rasa macam dalam drama gerak khas pulak lol. Dari 7pm sampai 9pm kat balai polis Nilai. Mak lelaki tu pun kena datang bp Nilai. Tapi kami tak bersemuka pun dengan makcik tu. Takut rasa kesian tertarik pulak report. Oh otw pergi Nilai makcik tu call Mey. Menangis-nangis merayu suruh Mey tarik report. Memanglah kesian. Kami pahamlah perasaan seorang ibu tu. Tapi bila pikir balik apa yang anak dia buat terus rasa nak marah.

Inspektor ada tanya Mey in private, "Betul ke nak teruskan report ni?"

"Ye betul. Tekad."

"Kenapa? Awak sanggup turun naik mahkamah? Saksi pun kena naik mahkamah jugak."

"Hm. First, sebab safety. Second, saya taknak benda ni jadi kat orang lain."

Mey ni bateri kereta kena curi pun dia tak report polis. Duit kena tipu pun dia tak report polis. Bateri hilang boleh beli. Duit hilang boleh cari. Maruah hilang mana nak beli? Sebab tu lah kami tekad.

Lepas dah setel and masuk kereta baru Mey tanya aku, "Kau takpe ke kena turun naik mahkamah?"

"Wahhhh aku pun kena naik mahkamah ke? Bestnya! First time ni hahahahaha."

"Bolehlah kita check in swarmp kat mahkamah hhaahaha", said Mey.

*Perks of having bestfriends by your side. You can still laugh even on your darkest day. :)*

The end. So be careful girls. Be extra careful. Even masjid is not safe anymore. Crazy people are everywhere. Sekarang aku trauma nak solat kat masjid atau surau awam. Sigh.

Saturday, 18 February 2017

Gunung Berembun

Ahad, 19/2/2017

So citer dia hari khamis haritu Kamil whatsapp aku "Sap sis, weekend buat apa? Hiking ayuh!". Lantas aku roger group hiking gegirls. Too bad Ama tak boleh join. Long story short, aku, Mey, Syid, Piju and Kamil je yang available. Aku suggest untuk naik gunung Telapak Buruk. Depa ni setuju je walaupun tak pernah dengar nama gunung tu. Lol! Plan nak gerak pukul 5 pagi hari ahad. Pagi tu tiba-tiba je Piju and Kamil cancel last minute. Nohorom betul budak-budak ni. Tapi kitorang tiga gigih gak nak teruskan misi.

Pukul 7 gerak dari Bangi. Singgah petronas beli air botol and roti 5,6 ketui. Sampai Jelebu tak jumpa entrance Telapak Buruk. Jumpa entrance Berembun ja. So kitorang hiking ja la gunung berembun. Pas masuk rm5. Start pendakian pukul 8.40 lebih kurang. Aku gugel blog-blog orang tengok Berembun ni 1000+ meter ja. TAPI YANG 1000m TU PART YANG MENCANAK NAIK KE PUNCAK. DEPA TAK CAKAP PULAK SEBELUM MENCANAK TU KENA JUNGLE TREKKING 4 KM. SO TOTAL UNTUK NAIK KE PUNCAK IALAH 5KM. ANDA RASA???

Perjalanan dari tempat parking ke entrance Berembun
4km berjalan dalam hutan tu terasa sangat lama. Rasa macam tak sampai-sampai. Track dia kecik-kecik. Pastu pulak kena berjalan tepi tebing-tebing curam dengan track yang kecik tu. Start dari entrance tu berjalan dalam 2 km jumpa air terjun Lata Berembun. Sejuk sikit hati. Hihi. Kena jalan atas kayu balak untuk menyeberang sungai tu. 

Lata Berembun
Jalan lagi 2km jumpa Gua Kambing. Gua jela ada. Kambing takde. 

Gua Kambing
Dah penat bertrekking 4km nak kena hiking mencanak pula. Lepas dari gua tu track dah start curam 70 degree. Serius satu km terakhir ni aku tak larat langsung. Bateri tinggal 5% je lagi. Nak angkat kaki sendiri pun tak larat. Kalau boleh berjalan dengan tangan dah lama aku switch. Lol. Rasa macam nak givap. Tapi rugilah dah sejauh ni aku berjalan takkan nak givap???? Memang takde choice lain. Aku proceed je. Slow pun slow lah nanti sampai jugak. Finally pukul 11.40 kitorang sampai kat atas. ALHAMDULILLAH. 3 jam naik. Kira power gak ah untuk orang yang takde stamina cam aku ni. Hihihi. Ramai manusia atas tu. Ada sorang uncle cina ni dia hiking dengan team dia ramai gila. So sepanjang perjalanan tu kejap-kejap kitorang jumpa dengan dia.

Puncak Berembun
Bila sampai atas puncak tu hikers semua ada dua pilihan. 

1) Balik terus guna track yang sama
2) Teruskan perjalanan ke crash site kat gunung Telapak Buruk. Hat ni makan masa lagi 3 jam. So untuk berpatah balik ke pangkal jalan pukul 6 petang baru habis.

Kitorang decide nak balik terus sebab lapar wei. Orang lain semua bawak beg macam nak daypack. Megi, dapur, air pelbagai color semua ada. Kitorang? Bawak beg kecik yang ada roti dengan air ja. Kitorang bawak air total 3.5 litre tak cukup woi. Rasa nak je minum air sungai tu. Tak expect plak perjalanan sejauh ni. So bawak bekal gitu-gitu ja la. Memang kebulurlah dalam hutan tu.
Ingat tak uncle cina tadi tu? Haa dia ada menyembang dengan kitorang. Dia terkejutlah kami hiking bertiga ja. Pastu tiga-tiga first time naik gunung ni. Dia decide nak pergi crash site. Kami cakap kami nak balik sebab lapar teroxx. Tapi dia tak bagi kami balik hahahah. Dia cakap rugilah dah alang-alang baik pergi je.

"You tau tak apa special nya you bertiga?"

Tiga-tiga blur tunggu jawapan.

"You guys are DARE. You naik tak buat preparation. You belasah saja. You sangat berani. Orang cakap bodo2 naik bodo2 pergilah"

Ye memang berani. Berani and stupid. Hahahahha. 

Lepas tu kami turun. Uishh time turun laju. Bila sampai gua kambing kami rilex2 kejap sebab takde orang. Pastu kat Lata Berembun kami celup-celup kaki sat. Air dia sejukkkk. Time turun lah baru boleh nak menikmati. Hee. Nak habiskan dua km terakhir tu rasa macam jauh gila. Maybe sebab energy dah low kot. Banyak kali perut aku berbunyi-bunyi masa nak turun. Perut aku dan bunyi hutan (burung, air terjun, angin, babi hutan) galak bersahut-sahutan seperti membentuk simfoni. Finally bila dah sampai kat entrance rasa macam nak sujud syukur je. TAKBIR!!! Syid yang stamina padu pun boleh penat. Ni kan pulak aku dengan Mey. Check timing tengok turun pun 3 jam. Cemana entah turun naik boleh sama. Padahal kami singgah gua dengan lata tu kejap je.

Balik je dari hiking ada satu kejadian buruk berlaku kat kami. Nanti aku cerita dalam next post.

The end.

Thinking of the title is always the hardest thing to do

I watched a sharing by Ustaz Omar Suleiman on youtube yesterday. Gotta admit I kinda amazed by his sharing. Not just because of his content,...