Aku.
Terbentuk daripada jujukan huruf. A, U, G, dan C.
Terlahir
daripada salinan fotokopi DNA.
Aku yang pra-matang bakal meredah takdirku yang sungguh
berliku!
Liku perjalanan yang bukan sahaja sukar untuk aku lalui,
bahkan sukar juga difahami oleh manusia yang berakal sempurna.
Kehidupan yang bagaikan tiada erti didalam kepompong
nukleus, membuatkan aku teringin benar amat meneroka dunia luar.
Tapi apakan daya, aku masih setahun jagung.
Dunia disebalik lapisan membrane sana, bukan tempat untuk
aku. Ia medan ujian.
Ia tempat untuk mereka yang matang.
Mereka yang sanggup berdepan tribulasi dan cabaran.
Mereka yang tahu arah tujuan hidup.
Mereka yang tergalas tanggungjawab dipundak.
Bukan untuk anak kecil seperti aku, yang masih tidak mengerti apa-apa.
Ia tempat untuk mereka yang matang.
Mereka yang sanggup berdepan tribulasi dan cabaran.
Mereka yang tahu arah tujuan hidup.
Mereka yang tergalas tanggungjawab dipundak.
Bukan untuk anak kecil seperti aku, yang masih tidak mengerti apa-apa.
Mereka yang berjaya melepasi tembok membrane itu, langsung
tidak pernah kembali.
Aku tertanya-tanya sendiri, masih hidupkah mereka? Atau
telah diracik-racik enzyme buas?
Ngeri. Ngeri untuk aku bayangkan dunia sana.
Kupanjangkan imaginasi. Mungkin dunia sana terlalu indah.
Terlalu indah, hingga membuatkan mereka asyik.
Terlalu asyik, hingga terlupa daerah asal.
Meski beribu perasaan mencengkam, sedikit pun tidak meragut
semangatku yang membuak-buak untuk menerjah dunia luar, Lautan Cytoplasm.
Hanya ditengah lautan sana dapat aku realisasikan impianku.
Satu-satunya tempat yang dapat aku sumbangkan bakti. Menghasilkan protein.
Kerana impianku adalah untuk berbakti.
Menyumbang jasa. Agar kewujudanku bererti.
Seperti pesannya Syed Qutb;
"Orang yang hidup untuk dirinya sendiri adalah orang
yang kecil dan mati juga sebagai orang yang kecil. Orang yang hidup untuk orang
lain adalah orang yang besar dan mati juga sebagai orang yang besar"
****
Pintu-pintu gerbang untuk sampai ke dunia sana diselia ketat
oleh pengawal yang gagah dan tegas.
Exportin. Nama yang digeruni oleh aku.
Hanya mereka yang cukup syarat sahaja yang dapat melepasi
gerbang pemisah itu.
Dibekali azam, aku berdepan beberapa episod mehnah sebagai
persediaan.
Persediaan yang melayakkan aku melepasi Exportin.
Dari pangkalku sampai kehujung aku disaring. Dilengkapkan
dengan pelbagai perisai. Perisai, yang tika aku diserang musuh, membuatkan aku
tidak terkesan apa-apa. Pangkal kepalaku dilindungi 7-methylguanosine cap sedang hujung tubuhku dilengkapi poly-A tail. Poly-A tail itu pasport dan signal identiti didunia baruku.
Ibarat pohonnya orkid yang mendapat kesempurnaan air,
nutrients, minerals, dan cahaya matahari namun tidak pula dicantas segala
semak-samun meliar yang bersaing hidup disekelilingnya, masakan sang orkid
boleh hidup subur menjulang langit?
Begitu jua halnya aku. Perisai semata bukan jaminan
kehebatan. Hakikatnya, aku perlu mencantas segala cacat cela diri yang
melambatkan gerak perjuanganku.
Mujurlah ada Spliceosomal complex, teman setia kala diperlukan. Dialah yang
tegar-tegarnya menghakis segala sampah(junk) yang membentuk sebahagian tubuhku,
introns.
Tidak cukup dengan itu, tubuhku telah di-edit (apa eh bahasa
melayunya?) supaya aku jelas dengan tugas yang bakal aku galas. Mereka yang
matang adalah mereka yang mempunyai misi dan visi yang jelas dalam hidup. Nah,
kini aku telah matang!
Wahai badai cytoplasm, bersiap siagalah dengan kehadiranku.
Datangkanlah tsunami mu, kerana sebentar lagi akanku bolos
liang(pores) kawalan Exportin itu!
**********
Ps: Kahkahkah. Ini hasil imaginasi liar akibat test next
week. Cerita sikit-sikit jelah. Kalau cerita detail karang
jadi wikipedia pulak. Eh, boleh teka tak siapa ‘aku’? Secara spesifik dan
saintifiknya siapa ‘aku’? :D
Cellular and molecular Genetics. Wish me luck bebehh.